Soalan Pembentangan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SOALAN

PEMBENTANGAN
PISMP SEM 8 AMBILAN JAN 2011
BC/PJ/PM
Nama ahli kumpulan:
Chuah Lei Sian
Kong Jing Xia

SOALAN
Guru merupakan penjawat awam, guru hendaklah mematuhi
peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib (Perintah Am
dalam Bab D) 1993 - Pindaan 2002 yang merupakan elemen
penting dalam profesion perguruan.

Sejauhmanakah peraturan-peraturan Tatakelakuan dan
Tatatertib (Perintah Am dalam Bab D) 1993 - Pindaan 2002
pada masa kini mampu membentuk guru berkualiti?
JAWAPAN
Dasar Kawalan dalam pendidikan merupakan satu bentuk
pencegahan, pengajaran dan peringatan. Tindakan ini
merupakan satu bentuk pembentukan disiplin dalam
perkhidmatan awam.
Contoh dasar adalah Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan
Tatatertib (Perintah Am dalam Bab D) 1993 - Pindaan 2002
pula berkaitan dengan penyelesaian masalah.
Ia bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul yang
berlaku disebabkan trend atau perkembangan semasa.
Setiap peraturan dan larangan yang telah
dikuatkuasakan bukanlah satu ugutan dan
amaran keras kepada guru
Namun, ia adalah satu bentuk pengajaran
secara langsung atau tidak untuk memastikan
guru sentiasa berada dalam landasan yang
betul dan tidak akan tersasar daripada
matlamat sebenar menjadi seorang pendidik.
Secara umum, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) mengandungi
peraturan-peraturan seperti berikut:

Peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta
larangan kesalahan khusus.
Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan
tatatertib.
Prosedur dan tindakan tatatertib.
Hukuman tatatertib.
Peruntukan pelbagai yang berkaitan.
Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib (Perintah
Am dalam Bab D) 1993 - Pindaan 2002 mampu membentuk
guru berkualiti berdasarkan 4 matlamat tataterbib berikut:
i. Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap,
beramanah dan bertanggungjawab.
ii. Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam
lebih daripada kepentingan mereka sendiri.
iii. Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam.
iv. Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau
melanggar peraturan.
i. Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan
cekap, beramanah dan bertanggungjawab.

Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib
diperkenalkan sebagai panduan untuk guru semasa dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Sebagai guru yang cekap, beramanah dan
bertanggungjawab, semasa melangsungkan proses
pengajaran adalah amat penting untuk memahami objektif
dan isi kandungan pelajaran.
Maka adalah penting untuk guru membuat persediaan
sebelum pengajaran diadakan.
Dalam kesinambungan itu juga, kumpulan sasaran iaitu
murid, perlulah diketahui latar belakang kemampuan dan
pengetahuan sedia ada.
Justeru, kaedah atau teori pendidikan yang sesuai perlulah
dipilih bagi memastikan murid dapat mencapai objektif
pembelajaran pada tahap yang optimum.
Selain itu, guru juga perlu menyediakan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa kepada murid
untuk pembelajaran yang lebih berdikari.
ii. Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam
lebih daripada kepentingan mereka sendiri.

Guru harus mempunyai tanggungjawab terhadap
pelajar. Maka guru harus lebih mengutamakan
kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.
Guru harus membimbing atau mengajar seseorang
pelajar tanpa sebarang bayaran.
Guru juga mesti bersikap rendah diri dan tidak
mengharapkan ganjaran daripada ibubapa.
iii. Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam.
Sebagai pegawai kerajaan, guru harus sentiasa
berwaspada untuk tidak bersikap yang boleh mencemarkan
diri dan sifat professional.
Prioriti utama seorang guru adalah murid-muridnya kerana
guru adalah pengganti ibubapa. Justeru, guru patut
mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan
atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik
seseorang guru di hadapan murid.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh
menjejaskan kecekapan sebagai guru atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang
guru.
Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan
nama baik profesion keguruan.
Guru harus berusaha dengan sepenuh-penuhnya
menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan
kemajuan ikhtisas dan sosial.
iv. Menghukum pegawai yang melakukan
kesalahan atau melanggar peraturan.
Guru perlu mematuhi Peraturan Pendidikan
yang telah dikuatkuasakan.
Sekiranya gagal dilaksanakan, guru boleh
dikenakan Hukuman Tindakan Tatatertib.
Terdapat juga perkara-perkara yang todak
dibenarkan dalam profession keguruan seperti
membelakangkan tugas kerana urusan peribadi
dan mencemarkan nama baik perkhidmatan.
Guru juga perlu peka dengan larangan-larangan
penjawat awam yang berkaitan dengan sosial,
kewangan dan dadah.
Jika seseorang guru didapati melanggar peraturan
akan dikenakan hukuman tatatertib seperti
memberi amaran, mengenakan denda, melucutkan
hak emolument, menangguh pergerakan gaji,
menurun gaji, menurun pangkat dan buang kerja.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan
Tatatertib (Perintah Am dalam Bab D) 1993 - Pindaan
2002 merupakan tonggak dalam memastikan
profession keguruan adalah murni.
Setiap garis panduan, peraturan dan larangan
mempunyai manfaat yang tertentu bagi memastikan
sistem pendidikan di Malaysia adalah berkualiti.

You might also like