Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

MOHD RAZZIEF B LAWRENCE

HILFI SYAFIQ B AFANDI


Konsep Variasi Bahasa
Kamus Dewan (2007), variasi bahasa secara umumnya
bermaksud kepelbagian ragam yang terdapat dalam bahasa
disebabkan faktor tertentu.
Amat Juhari Moaian (2000), variasi bahasa wujud
berdasarkan keadaan, suasana, latar dan bidang.
Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur
bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita
membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu
kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza.

Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :
Pengguna orang yang menggunakan sesuatu bahasa
Penggunaan kesesuaian jenis bahasa yang digunakan
dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.
Finegan (2004), variasi bahasa terdiri daripada dialek dan
laras bahasa.
Jenis Variasi Bahasa
Variasi Standard :
- Merujuk kepada bahasa baku yang telah digunakan
sebagai bahasa komunikasi dan mempunyai sistem tulisan
yang tersendiri serta digunakan dalam situasi rasmi.
- Bahasa baku ialah bahsa standard, mempunyai struktur
yang lengkap dan sempurna daripada segi sistem ejaan,
tatabahasa, dan kosa kata.
Variasi Kawasan :
- Dikenali juga sebagai dialek dan mempunyai bentuk
tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza
daripada variasi standard atau baku dari segi sebutan,
tatabahasa dan penggunaan kata-kata tertentu.
- Terdapat 3 jenis dialek iaitu dialek sosial, dialek seketika
dan dialek daerah.
Dialek Sosial :
- Dikenali juga sebagai laras bahasa.
- Dialek ini digunakan oleh kumpulan-kumpulan penutur
mengikut kelas sosial mereka.
- Dengan kata lain dialek sosial bergantung kepada kelas
sosial.
Dialek Seketika :
- Dilihat dari sudut zaman, iaitu penggunaan dialek
mengikut perkembangan zaman, seperti zaman Melayu
kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu pra moden,
dan bahasa Melayu zaman moden.
- Antara satu zaman dengan satu zaman yang lain terdapat
perbezaan-perbezaan.
Dialek Daerah :
- Dialek yang dituturkan oleh kumpulan manusia dalam
satu-satu kawasan geografi.
- Misalnya, dialek Kelantan, kerana dialek tersebut
terdapat dalam daerah Kelantan.
Variasi Sosial :
Merujuk kepada pertuturan sesuatu masyarakat
bahasa yang terdedah kepada penilaian sesuatu
kelompok sosial yang lain.
Variasi standard juga berupaya menjadi variasi
sosial.
Dapat dilihat dalam sektor perniagaan dan
institusi swasta di negara kita

Variasi Fungsional :
Merujuk kepada penggunaan yang merangkumi
semua variasi bahasa.
Berkait rapat dengan situasi pertuturan dan
tempat sama ada formal atau tidak formal.
Dipengaruhi faktor latar belakang, jantina dan
umur penuturnya.


Bahasa Isyarat :
Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan
komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir.
Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.
Digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan
seperti bisu dan pekak.
Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan
kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).



SEKIAN ,TERIMA KASIH

You might also like