Edu 3093

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 8

BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN

SEMASA
INTEGRASI NASIONAL

OLEH :
Siti Puspa binti Mohd Kamsan

Pendidikan perlu bagi sesebuah negara untuk membangun


dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

Kerajaan memberi penekanan kepada pendidikan melalui


pembentukan beberapa dasar - Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.

Sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran


dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian
pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK dan
gejala sosial.

Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan


mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut.

Menurut Vyas (1993), Satu proses atau pun


matlamat di mana semua penduduk dalam
sesuatu wilayah tertentu hidup bersama
selama-lamanya dan saling menghormati
tanpa mengira agama, perbezaan etnik dan
bahasa serta sudi berkongsi pengalaman,
latar belakang, sejarah dan nilai.

Cabaran yang besar bagi kerajaan ialah untuk


menyatupadukan semua kumpulan Malaysia terdiri
daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu,
Bumiputera, Cina dan India yang berbeza dari segi bahasa,
seni, kebudayaan, kepercayaan dan agama.
Demi mengurangkan jurang sosio ekonomi antara
kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan
yang harmoni dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan
telah memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi Dasar
Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaan, dan Polisi
Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaan polisi-polisi tersebut
dapat meningkatkan kefahaman Rukun Negara iaitu
ideologi kebangsaan Malaysia.

Perbezaan dalam agama dan budaya


Polisi pecah perintah British
Sistem pendidikan dan penggunaan bahasa
pengantara yang berbeza di sekolah
Penglibatan sektor ekonomi berasaskan
kumpulan etnik
Penempatan geografi yang berbeza
berdasarkan sumber pendapatan kumpulan
etnik
Parti politik berdasarkan kumpulan etnik

Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang


menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di
semua sekolah.
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk
semangat bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang
berbeza.
Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai
moral dan seni dalam semua mata pelajaran.
Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan
kewarganegraan di sekolah rendah dan sekolah
menengah pada tahun 2003.
Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.

Tiga jenis sekolah, iaitu SK / SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) yang
terlibat dalam rancangan ini.
Objektif pelan ini adalah:
Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis
sekolah dalam aktiviti-aktiviti khas.
Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan
toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolah
Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersamasama secara maksimum.
Boleh dicapai melalui
- Modul Aktiviti untuk kecemerlangan akademik
- Modul Aktiviti untuk sukan dan permainan
- Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum
- Modul Aktiviti untuk perkhidmatan sosial
- Modul Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia,


YAB Dato' Sri Najib Tun Razaksebagai salah satu langkah yang
paling penting untuk memupuk perpaduan negara dan untuk
membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan etnik di
Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah.

Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1


Malaysia, iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati,
penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
Nilai penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan
integriti adalah faktor yang paling penting dalam pembangunan
integrasi nasiona

Lapan nilai tersebut berfungsi sebagai tunggak dalam


mengintegrasi dan menyatukan semua rakyat Malaysia untuk
mencapai wawasan 2020.

You might also like