Presentation Novel

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 48

JBEA 3310 Novel

Melayu






Siapakah Ahmad Rashid Talu?
Nama asal beliau ialah Ahmad bin Haji
Muhammad Rashid Talu. Beliau dilahirkan di
Pulau Pinang pada tahun 1889. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu
Chowrasta hingga darjah tiga sebelum bekerja
sebagai buruh, penoreh getah, kerani pengira
wang dan penulis untuk menambah rezeki di
samping belajar berdikari. Beliau berhenti
sekolah akibat daripada kenakalannya.
Perselisihan faham antara beliau dengan ibu tirinya
menyebabkan beliau melarikan diri dan mengembara ke
beberapa buah negeri di Tanah Melayu antaranya Taiping,
Muar, Kuala Selangor, Singapura, dan Selatan Siam.
Pengembaraan inilah yang menjadi sumber inspirasi beliau
dalam bekarya.

Novel pertama beliau, Kawan Benar diterbitkan ketika


beliau berumur 38 tahun. Walaupun tidak mendapat
sambutan yang baik, beliau masih terus bekarya. Antara
karya beliau yang lain termasuklah Dua Belas Kali
Sengsara (1929), Siapa Jahat (1929), Iakah Salmah?
(1929), Perangkap Hitam (1934), Silap (1934), Sedih
(1935), dan Dua Kali Selamat (1935).
Sinopsis Kawan Benar karya
Ahmad Rashid Talu
Novel ini mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Abdul
Bar yang mempunyai kawan sejati bernama Yaakub. Abdul Bar
merupakan seorang anak yatim piatu. Namun dia tidaklah hidup
susah kerana bapanya meninggalkan harta yang banyak. Dia juga
mempunyai orang gaji yang menjaga dirinya sejak kecil lagi.
Kisah bermula apabila Abdul Bar telah terpandang
seorang gadis yang memikat hatinya. Abdul Bar berusaha
mendekati Siti Ramlah anak seorang peraih ikan di Kelawai
melalui surat dengan pertolongan sahabatnya Yaakob. Percintaan
mereka berakhir dengan perkahwinan. Setelah berkahwin selama
tiga tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki, perangai Abdul
Bar berubah. Dia menjalin hubungan sulit dengan Zainab, pelacur
di Jongkina Mess. Ramlah tidak pernah menegur sikap buruk
suaminya tetapi dia telah mengadu hal ini kepada Yaakub.
Dengan pertolongan Yaakub, dia telah dapat membuktikan
Zainab mempunyai kekasih lain iaitu Yusuf. Yaakub juga menasihatkan
Abdul Bar untuk kembali ke pangkal jalan. Yaakub mengingatkan Abdul
Bar bahawa dia belum lagi menunaikan cita-citanya untuk memajukan
anak bangsa dan mengangkat kedudukan ekonomi dan sosial anak
Melayu yang masih tertinggal di belakang. Akhirnya, Abdul telah
berubah sikap dan meninggalkan tabiatnya yang buruk itu.
Abdul Bar telah menasihatkan Yusuf dan Zainab supaya
berkahwin dan menjaga maruah Islam. Sebagai seorang majikan, Abdul
Bar tidak lagi menghilangkan diri selepas waktu makan tengah hari. Dia
telah berubah dengan memberi contoh yang baik. Dia menasihati
pekerjanya untuk sembahyang lima waktu dan tidak meminum arak.
Jika didapati ingkar, mereka akan dipotong gaji. Abdul Bar juga telah
menaikkan gaji untuk menggalakkan kerajinan dan ketaatan dalam
kalangan pekerjanya.
Sebagai seorang pengarang, Ahmad Rashid Talu telah
menyalurkan pendapatnya melalui watak Cik Putih, sahabat baik
Ramlah. Cik Putih tidak bersetuju dengan ibu bapa masa itu yang tidak
menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Dia juga
mencadangkan agar ditubuhkan tiga jenis sekolah bagi memberi
pendidikan kepada anak-anak Melayu.
Pengenalan
o Tradisi penulisan novel Melayu di Malaysia hanya bermula
kira-kira dalam tahun 1925 sebelum berkembang pesat pada
tahun 1941, iaitu selepas zaman perang dunia ke dua.
o Kawan Benar karya Ahmad Rashid Talu yang lahir pada
tahun 1929 merupakan salah satu bentuk awal novel Melayu
selepas adanya Hikayat Faridah Hanum nukilan Syed Syaikh
al-Hadi yang dikatakan novel yang pertama di Malaysia.
o Novel awal Melayu ini lebih dikenali sebagai novel hikayat.

Dalam melihat Kawan Benar sebagai sebuah karya novel


hikayat haruslah ditinjau dahulu bentuk-bentuk novel dan
hikayat yang mendasari pembentukan novel hikayat tersebut.
Apa itu Novel?
Perkataan novel dipinjam daripada kata Itali
‘novella’ yang bermaksud ‘perkhabaran baru’
atau ‘cerita yang pendek’. Kemudiannya novel
mula berkembang dalam kesusasteraan barat
sehinggalah menjadi satu bidang penulisan yang
popular. Kini novel menjadi satu genre dalam
kesusetaran Melayu moden.
Ciri-ciri Novel
o Menekankan aspek realiti yang mendalam.
o Wataknya terdiri daripada manusia biasa yang menampakkan
realitinya dengan kehidupan semasa .
o Diberikan perincian yang lebih kepada perwatakannya.
o Penempatan plot peristiwa dalam novel terhasil daripada
pengalaman manusia yang nyata.
o Penggunaan unsur latar yang khusus.
o Penggunaan gaya bahasa yang biasa.
Apa itu Hikayat?

Hikayat merupakan kata nama atau nama


perbuatan daripada bahasa Arab, yang
bermakna ‘cerita, kisah, naratif, atau legenda’.
Seterusnya kata ini diserap dalam bahasa
Melayu dengan makna yang sama.
Ciri-ciri Hikayat
o Unsur realiti atau realisme kurang diambil perhatian.
o Cerekanya lebih mementingkan aksi dan plot tampak menarik
dengan kupasan peristiwa-peristiwa yang menarik.
o Mengabaikan pelukisan watak dan perwatakan.
o Bebas berubah bentuk kepada bentuk mitos, alegori,
perlambangan dan cerita rakyat kerana tidak memperkatakan
tentang realiti.
o Gaya bahasa lebih terarah kepada bentuk formal dengan
iringan bahasa puisi tradisional.
Novel Hikayat
o Satu bentuk novel Melayu yang padanya terserlah dua ciri
khusus, iaitu ciri-ciri baru dan ciri-ciri tradisional.
o Terhasil daripada kombinasi sifat-sifat tertentu yang ada
pada novel dan hikayat.
o Masih memiliki ciri-ciri dasar sebuah novel seperti yang
ditanggapi pada masa kini, tetapi ciri-ciri tersebut tidak mampu
menampung keseluruhan bentuk novel berkenaan terutamanya
dalam memperkatakan perihal persoalan struktur dalaman
sesebuah novel.
o Ini kerana masih terdapat pengekalan dari pengaruh sastera
tradisional yakni hikayat.
Dengan ini dapat diperkatakan bahawa novel hikayat
terhasil kerana berlakunya gembelingan yang mantap
antara ciri-ciri novel baru dengan ciri-ciri hikayat.
Hasil kombinasi dua ciri tersebut akhirnyanya
membentuk ciri-ciri tersendiri yang dimiliki oleh
sesebuah novel hikayat.

Novel Hikayat dikatakan memenuhi ciri-ciri sebuah


novel kerana penciptaan novel hikayat berlandaskan
kepada realiti atau realisme yang dibuktikan melalui
jenis, sifat dan latar watak, juga persoalan dan tema
yang didukung novel hikayat berkenaan.
1. Tema
o Terdiri daripada tema biasa, iaitu persoalan sosial, ekonomi
dan politik yang sering terjadi dalam masyarakat ketika itu
seperti cinta muda mudi, kahwin paksa, kebebasan wanita,
peningkatan taraf hidup, nasianalisme, kemerdekaan, dan
sebagainya.
o Hampir keseluruhan novel hikayat menjadikan persoalan
tentang cinta sebagai tema dasar penceritaan yang menjadi
titik tolak untuk melihat persoalan-persoalan lain.
o Tema percintaan ini akan menggerakkan watak-watak untuk
melakukan sesuatu sehinggakan menimbulkan pelbagai
peristiwa.
o Di sinilah akan diperlihatkan kemunculan persoalan-persoalan
lain dalam novel hikayat.
o Antara persoalan lain yang diperkembangkan menerusi
persoalan cinta adalah seperti persoalan darjat, pangkat dan
kekayaan, keharmonian rumah tangga, tanggungjawab suami
isteri, dan sebagainya.

Tema percintaan yang menjadi dasar bagi novel hikayat ini


memperlihatkan persamaan dengan tema-tema yang terdapat di
dalam hikayat romantis yakni cerita lipur lara. Cerita lipur lara
turut menjadikan tema percintaan sebagai dasar yang
mengembangkan perjalanan peristiwa dalam cerita.
Kawan Benar :

Tema percintaan - Kisah percintaan dan rumah tangga Abdul


Bar dengan Siti Ramlah, anak seorang peraih ikan yang tinggal
di Kelawai menjadi dasar dalam pengolahan karya ini. Cinta
pandang pertama Abdul Bar terhadap Siti Ramlah
membibitkan kisah manis antara mereka berdua. Dengan
pertolongan Yaakub, sahabat Abdul Bar surat cinta yang
dikirimkan menemui balasan. Akhirnya kisah cinta mereka
bersatu dengan ikatan perkahwinan.

Persoalan lain - persoalan tanggungjawab suami isteri,


persahabatan, agama, kebebasan menuntut ilmu, pemikiran
masyarakat, sosial dan lain-lain.
Cth : Persoalan pemikiran masyarakat
Dalam perbualan antara Cik Putih dan Siti Ramlah. Cik Putih
digambarkan sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan luas
tentang perangai lelaki dan hal ehwal semasa terutamanya
mengenai pelajaran anak-anak perempuan. Padanya, ramai anak-
anak perempuan tidak ke sekolah kerana ibu bapa terpengaruh
dengan pandangan orang alim yang mengatakan

“.......tiada elok dihantar ke sekolah anak-anak perempuan


kerana bersekolah kelak jahat kanak-kanak itu apabila ia besar
pandai membuat surat-surat kepada yang dihajati”.
(Rosnah Baharuddin,m/s 161)

Cik Putih berpendapat bahawa orang alim itu ‘guru palsu’ kerana
beliau menyatakan bahawa
“agama kita menyuruh belajar apa-apa pun ilmu, dan tidak pula
dipaksanya kepada perempuan, ini-ini boleh dan ini-ini tak boleh
dan laki-laki semuanya boleh.”
(Rosnah Baharuddin, m/s 161)
Tema percintaan sebegini tidak jauh bezanya dengan tema
yang terdapat dalam penceritaan cerita lipur lara.
Cth : cerita lipur lara, Cerita Bujang Cik Sindu

Mengisahkan tentang pertemuan dan percintaan Bujang Cik


Sindu dengan Puteri Asmara Wati. Bermula daripada
percintaan ini lahirlah peristiwa lain seperti peperangan
dengan tunang puteri (Raja Bongsu), usaha mendapatkan
buah delima yang diidamkan isterinya, percintaan dengan
Puteri Terus Mata, berperang dengan puteri tersebut,
pencarian buah pauh untuk isteri muda, dan pengembaraan
hanyut ke negara orang tuanya. Ini jelas memperlihatkan
peranan tema percintaan dalam menggerakkan jalan cerita.
Secara tidak langsung ini juga menimbulkan persoalan lain
dalam karya lipur lara tersebut.
Kesan :-
Memperlihatkan persamaan tema dasar antara novel
hikayat dan hikayat itu sendiri.

Namun demikian, novel hikayat memperlihatkan aspek


pendedahan tema yang berbentuk realiti menerusi
pengolahan tema penceritaan karya yang bersifat biasa,
yakni mudah ditemui dalam kehidupan seharian manusia.
Novel hikayat memberikan penekanan terhadap tema
secara berlebihan sehingga menjadi pencetus atau
penggerak utama kepada pembentukan dan
perkembangan peristiwa dalam cerita.
2. Jenis Watak
o Watak-watak yang terpilih terdiri daripada manusia biasa
seperti yang terdapat dalam dunia nyata dan bukannya
makhluk luar biasa seperti raja-raja, dewa-dewa, jin dan
sebagainya yang mendasari watak dalam hikayat lipur lara.

Kawan Benar
o Watak kelas menengah seperti watak Abdul Bar, Siti Ramlah,
dan Yaakub.
o Watak lain – Yahaya (bapa saudara Abdul Bar), Muhammad Noh
(bapa Siti Ramlah), Cik Putih, Zainab (penghibur di Jongkina
Mess), Maimunah (emak saudara Siti Ramlah), Mak Yu (orang gaji
Abdul Bar, berketurunan jawa), Mak Siah dan sebagainya.
3. Sifat Watak
o Digambarkan mempunyai sifat fizikal tertentu yang dapat menyerlahkan
sifat peribadi sebagai seorang individu, yakni mempunyai perasaan,
keinginan dan fikiran.

Kawan Benar
Watak Siti Ramlah digambarkan sebagai
• Seorang gadis berpelajaran dan taat kepada suaminya.
• Seorang wanita yang berjiwa baru dalam mencari jodohnya.
• Berfikiran terbuka tentang lelaki.
• Berani, penyayang, dan taat kepada agama.
Cth sifat berani Siti Ramlah
“Ayah, ayah! Cek nak bilang satu pada ayah, jangan ayah marah dekat cek
no?” kata Ramlah
“Apa? Tiada marah, tapi yang baik , bilanglah lekas,” kata Muhammad Noh.
“Ayah kahwinlah dengan Mak Munah itu alangkah elok,” kata Ramlah.
“Apa pasal sudah datang perasaan ini pada hang, Lah?” tanya Muhammad Noh.
“Tidak apa-apa, cuma melepaskan daripada sangka-sangka orang sahaja,”
jawab Ramlah.
“Adakah sudah sampai ke telinga hang buah butir yang tiada elok pada
pendengaran hang, Lah?” tanya Muhammad Noh.
“Tiada! Cuma ada sedikit sumbang pada fikir cek disangka orang diluar-luar,”
jawab Ramlah.
“Adakah hang muafakat dengan saudara hang, Manaf?” tanya Muhammad
Noh.
“Sudah! Ia pun suka juga,” jawab Ramlah.
“Baiklah, malam esok nikah. Bilang Pak Hussain kepala jermal dan belat, suruh
panggil kadi dan orang-orang penangkap ikan semuanya ceritakan hal ini
dengan kehendak hang. Dan esok pagi Manaf datang kereta mel pukul 10,”
kata muhammad Noh.
“Terima kasih ayah. Allah panjangkan umur selama-lamanya,” ucapan Ramlah
sambil..........
(Rosnah Baharuddin, m/s 170)
4. Lingkungan Latar Watak yang Jelas
o Bermaksud watak yang wujud dalam novel hikayat dihidupkan
dalam suatu tempat, masyarakat, dan masa tertentu.
o Berbeza daripada lingkungan latar yang terlukis di dalam
kebanyakan hikayat romantis, yakni wataknya dihidupkan dalam
‘vacuum’ atau ‘dunia antah-berantah’ yang abstrak dan kabur
dari segi masa dan daerah.

Kawan Benar
Latar Tempat
Mengetengahkan kisah yang berlaku di tanah air dan
memaparkan kehidupan masyarakat Melayu, iaitu di Pulau
Pinang yang latar masanya dipaparkan bermula pada bulan
Februari 1920.
Latar masyarakat
Perihal sejarah komponen penduduk saudagar dari Hindi dan Arab
turut diceritakan melalui Cik Putih yang berbunyi:-
“Alhamdulilah apabila sampai musim jalan-jalan yang bengkak
bengkok telah dibetulkan Orang Putih dan rumah-rumah terdiri
dengan aturan, maka saudagar-saudagar dari Hindi dan Arab telah
datang berniaga ke mari. Dan mereka itu telah nikah dan berumah
tangga dengan orang sini.”
(Rosnah Baharuddin, m/s 158)

Latar watak
Abdul Bar digambarkan sebagai seorang pemuda berkelulusan
Penang Free School yang baru mewarisi harta daripada
ayahanda dan bondanya yang telah meninggal dunia. Abdul Bar
juga digambarkan sebagai seorang yang bercita-cita tinggi
dalam mengangkat kedudukan ekonomi dan sosial anak-
anak Melayu.
Justeru, dapat diperkatakan bahawa novel hikayat memiliki
ciri-ciri novel yakni dalam memperlihatkan realiti dalam
perwatakan wataknya. Namun dalam masa yang sama
terdapat juga ciri-ciri hikayat yang terserlah menerusi
perlukisan wataknya yang terbentuk sebagai motif-motif
berulang berdasarkan keunggulan atau idealisme yang
menjadi intipati kepada sifat karya.

Motif berulang tersebut adalah :-

a) Pencapaian dan daya kebolehan


b) Pengenalan wirawati
c) Kepentingan pengasingan wira dan pengalamannya
d) Adanya penglibatan yang sulit dalam satu-satu misteri
Motif Berulang 1 : Pencapaian dan Daya Kebolehan
Dilihat menerusi perlukisan watak yang bersifat ideal dan
serba boleh terutamanya pada watak utamanya. Sesuatu watak
itu akan digambarkan sebagai seorang yang berkebolehan dari
segi fizikal dan mental.

Kawan Benar
Watak Abdul Bar (watak utama) dilukiskan sebagai seorang
pemuda lulusan Penang Free School, kaya dan bercita-cita
tinggi. Kebolehan Abdul Bar terserlah apabila beliau berjaya
menasihati Yusuf agar mengahwini Zainab dan membawa
Zainab kembali ke pangkal jalan dari terus hanyut
bergelumang dosa. Abdul Bar juga tidak pernah berbangga
dengan kekayaan yang dimilikinya bahkan beliau turut
menolong pekerjanya dalam beberapa perkara.
Pewarnaan watak sebegini turut menemui persamaan
dengan watak wira dan wirawati menerusi hikayat-
hikayat romantis yang mempunyai daya kebolehan atau
pencapaian yang luar biasa.

Cth dalam Hikayat Beruk :-


watak Cik Embung dalam Hikayat Beruk yang
digambarkan sebagai seorang yang bijak
dalam mengaji al-quran, pandai ilmu perang,
dan sebagainya.
Motif Berulang 2 : Pengenalan Wirawati
Watak wirawati turut diperkenalkan dengan sifat-sifat
fizikal yang sempurna dan luar biasa seperti rupa paras yang
cantik, budi pekerti yang mulia dan sebagainya. Kebiasaannya
teknik pelukisan stereotype digunakan dalam menyerlahkan
keanggunan watak wirawati yang bukan hanya megambarkan
kesempurnaan paras rupa bahkan hampir seluruh anggota
badannya.

Kawan Benar
o Pelukisan watak wirawatinya diceritakan dalam bentuk
puisi, iaitu syair dan pantun.
oJelas memperlihatkan pengaruh besar daripada hikayat
romantis sama ada daripada isi perlukisan mahupun
gaya pelukisan.
Cth Pengelanan Wirawati – Siti Ramlah

Dahi sebagai sehari bulan, Lehernya jenjang membawa cantik,


Menunjukkan tanda akal kebetulan, Sebagai bunga baharu dipetik,
Terbayang-bayang air ditelan, Habis alam sudah diselidik,
Merasakan akalnya merebak simpulan. Kehabisan manis kepada adik.

Kening bagai bentuk taji, Dadanya bidang membawa senang,


Laksana emas sudah teruji, Memabukkan hati segala lanang,
Patut sekali abang memuji, Menarik nafas nampaknya tenang,
Di hadapan khalayak lebai dan haji. Di situlah hati abang terkenang.

Pipi laksana pauh dilayang, Betis laksana bunting padi,


Melebihi daripada bedaknya wayang, Lembut seperti batang keladi,
Siapalah menyatakannya hati tak senang, Sebarang langkah semua menjadi,
Tidur malam terbayang-bayang. Patut sekali abang memuji.

(Rosnah Baharuddin, m/s 142-144)


o Melalui syair ini, kecantikan wirawati
digambarkan menerusi keseluruhan anggota
badannya meliputi rambut, anak rambut, dahi,
mata, kening, mulut, pipi, dagu, telinga, leher,
bahu, paha, dada, betis, pinggang, dan sebagainya.
o Gaya pelukisannya pula menampakkan
penggunaan ungkapan-ungkapan dan bandingan-
bandingan yang mempunyai persamaan dengan
pelukisan watak wirawati, Tuan Puteri Renek
Jintan dalam Hikayat Raja Muda, sebuah karya
hikayat romantis.
Muka bujur daun sirih,
Dahi sehari bulan
Kening bentuk taji,
Hidung kuntum seroja,
Telinga telipuk layu,
Pipi pauh dilayang,
Bibir pati dicarik,
Gigi delima merkah,
Leher gombak dilarik,
Dadanya bidang awak,
Rambut ikal mayang seludang,
Panjang lebat sampai tumit,
Hitam berkilat bagai dakwat,
Lengannya baur panah,
Jarinya tombak serai,
Pinggangnya secekak jari manis,
Paha seperti paha belalang,
Betis bunting padi,
Tumitnya telur burung.

(Hashim Awang, m/s 29)


Motif Berulang 3 : Pengasingan Wira dan Pengembaraannya
Pemusatan cerita hanya berlaku kepada watak wira dan
pengalamannya. Wira menjadi punca kepada segala
kepentingan atau penglibatan peristiwa manakala hal-hal yang
lain hanya menjadi penting apabila wira itu merasainya,
melayaninya atau menemuinya sahaja.

Watak pembantu atau antogonis yang berinteraksi dengan wira


hanya berperanan dalam melonggarkan pengasingan wira.
Segala masalah yang muncul berkait rapat dengan interaksi
wira dengan watak-watak lain.

Terdapat beberapa cara pengasingan watak dilakukan:


a) Perpisahan dengan ibu bapa atau perselisihan faham.
b) Penglibatan wira dengan masalah peribadi
c) Pemisahan wira dan wirawati.
Kawan Benar
a) Perpisahan dengan ibu bapa atau salah faham

o Watak wira iaitu Abdul Bar terpisah daripada ibu bapanya


kerana kematian.
o Dapat dilihat pengarang cenderung untuk membiarkan wira
menjalani kehidupan sendirian, yakni terpisah dari ibu bapa
dan keluarga.
oWira mewarisi harta peninggalan keluarga yang akhirnya
menjerus wira kepada peristiwa-peristiwa tertentu.
Abdul Bar yang kematian ibu bapa dan mewarisi harta
peninggalan keluarga yang akhirnya terperangkap dalam
pelbagai peristiwa pahit seperti ditipu oleh wanita-wanita
cantik yang mata duitan.
b) Penglibatan Wira dengan Masalah Peribadi

o Kebiasaannya berupa pertemuan dan percintaan antara


watak wira dan wirawati.

Percintaan Abdul Bar dan Siti Ramlah digambarkan secara


mudah oleh pengarangnya. Perkenalan dan pertemuan
antara Abdul Bar dan Siti Ramlah berlansung dalam
suasana yang mudah dan biasa yang lantas membibitkan
kisah cinta. Namun demikian, kisah indah percintaan ini
tidak terlaksana secara mudah hingga ke akhir cerita.
o Pengarang akan memisahkan hubungan cinta mereka
sebelum menyambungkannya kembali.

o Merupakan satu lagi teknik pengasingan yang memisahkan


wira dan wirawati.

Hubungan cinta Abdul Bar dan isterinya menemui


pergolakkan apabila Abdul Bar mula berubah cinta kepada
Zainab, gadis yang ditemui di Jongkina Mess. Hal ini
dikaitkan dengan sifat peribadi Abdul Bar yang mula lalai
dengan tanggungjawabnya.

o Di sinilah segala sifat baik buruk wiranya terserlah


seperti kelakuan, kecerdasan mental dan kecerdasan
fizikal.
Perbandingan dengan hikayat

o Babak pengasingan sebegini dikaitkan dengan unsur


pengembaraan atau adventure.
o Menerusi pengembaraan ini wira akan didedahkan dengan
pengalaman yang melibatkan pertarungan dalam menghadapi
pelbagai kesukaran dan kecekalan.
o Peristiwa-peristiwa menarik ini penting kerana peristiwa
inilah yang bakal menggerakkan plot sesebuah hikayat.
o Memperlihatkan persamaan teknik pengasingan watak
antara novel hikayat dan novel.
o Pengarang menggunakan ruang pengasingan ini untuk
menyampaikan pemikiran dan pengajaran kepada
pembacanya.
c) Pemisahan Wira dan Wirawati

o Bermaksud wira dan wirawati terlibat dalam satu


peristiwa yang asing akibat daripada pengembaraan yang
dialami mereka seperti dalam motif ketiga tadi.
o Seterusnya memperlihatkan keupayaan watak untuk
mengatasi segala kesulitan dan kesukaran yang timbul
dalam pengembaraannya.

Kawan Benar
Kerukunan rumah tangga Siti Ramlah dan Abdul Bar mengalami
pergolakan apabila Abdul Bar mula beralih kasih kepada
perempuan lain. Bermulanya motif adanya penglibatan sukar
yang dialami oleh Abdul Bar dalam dia menemui jalan kembali
kepada keluarga, agama, dan pekerjaannya.
o Memperlihatkan wujudnya unsur-unsur keanehan yang
bermaksud gambaran yang berlebihan atau luar biasa
terhadap sifat dan tindakan watak tertentu.
o Ciri-ciri ini ditimbulkan bagi memberikan keseronokan dan
kepuasan kepada pembacanya selain bagi memenuhi
keinginan dan kemahuan pembaca.
o Keanehan ini berupaya melahirkan gambaran tentang satu-
satu peristiwa seperti yang dikehendaki oleh pembacanya.
o Memperlihatkan persamaannya dengan hikayat romantis
lain iaitu dari segi gambaran ideal sesuatu peristiwa.
o Peristiwa yang berakhir dengan kegembiraan atau ‘happy
ending’ turut memperlihatkan kesamaannya dengan hikayat
romantis.
Plot Karya
o Bergerak secara kronologi
o Pendapat - novel-novel yang memiliki ciri-ciri hikayat
digolongkan sebagai novel aksi yakni novel yang jalinan
plotnya merangkaikan peristiwa-peristiwa mengenai hasrat
dan cita-cita manusia.
o Novel sebegini juga tidak lagi menceritakan tentang
gambaran kehidupan tetapi suatu fantasi keinginan yang
terlihat dalam hampir semua novel hikayat seperti yang
ditegaskan Edward Muir:-

“The plot of the novel of action is in accordance wiyh our


wishes not with our knowledge... It is a fantasy of desire
rather than a picture of life. ”
(Hashim Awang, m/s 39)
Gaya Bahasa
o Novel hikayat masih memperlihatkan persamaan dengan
hikayat lama Melayu. Bahasa formal menjadi intisari gaya
bahasa.
oKawan Benar memperlihatkan dengan jelas pengaruh daripada
bahasa formal di samping diselitkan dengan syair dan pantun.
o Penggunaan perkataan bahasa Inggeris seperti kata back
street, Pahang Road, Soon Teik Road, pump shoes, football,
Beach Street, office, dan banyak lagi akibat daripada
perkembangan budaya ketika itu.
o Penggunaan dialek Pulau Pinang dan utara dalam perbualan
watak-wataknya seperti kata kata ganti diri, iaitu cek dan
hang.
Cth penggunaan pantun dalam Kawan Benar:-

Baadibul takzim serta hormat,


Wazkahtultahayat serta selamat,
Daripada yang hina datang berkhidmat,
Ke hadapan majlis yang berhemat.

Encik Abdul Bar orang yang mulia,


Ini Abdullah orang yang kaya,
Dipohonkan ke hadirat rabul baria,
Semuanya dilanjutkan umur usia.

Sihat afiat rezeki bertambah,


Melimpah laksana air yang bah,
Dianugerahi oleh rabul kaabah,
Sujud berdiri janganlah rebah.

( Rosnah Baharuddin, m/s 179)


Teknik Penulisan
o Teknik penulisan baru dalam penulisannya yang secara tidak
langsung memperlihatkan satu ciri sebuah novel.
o Pengarang memasukkan watak Kalam, Dakwat dan Kertas
yang mempunyai peranan sebagai pengulas, pengkritik dan
penutup sesuatu bab atau sesuatu bahagian.
o Watak-watak ini kerap ditimbulkan di bahagian permulaan
cerita dan penutupnya.
o Komen-komen yang diberikan watak ini menimbulkan
perasaan lucu dan saspen dalam kalangan pembacanya.
o Kelucuan dirasai apabila watak-watak tersebut digambarkan
menghentikan cerita di penghujung bab cerita dengan
menghisap rokok atau meminum air.
Cth Perwatakan Watak Kalam, Dakwat dan Kertas:-

“Ya bagus.”
“Apa sudah jadi di situ?”
“Ceritalah.”
“Nantilah, hendak menghisap rokok sebatang.”
“Saya pun begitu pula,” celoteh Kalam, Dakwat dan Kertas.

(Rosnah Baharuddin, m/s 155)

o Teknik penulisan sebegini tidak lagi terlihat dalam mana-


mana novel hikayat atau cerita hikayat sebelumnya.
Cth Peranan Watak Kalam, Kertas dan Dakwat dalam Karya:-

“Apa hal pengantin di dalam bilik masa hingar-bingar berbunyi dentum


meruas serta dengan suara ahli gambus dan rentak kaki ahli zapin yang asyik
dan tepuk tangan yang rawan?” pertanyaan Kertas.
“Seganlah saya mengkhabarkan hai sahabatku kedua-dua! Tentu sekali yang
pujuk rayu, madah gurindam keluar daripada mulut Abdul Bar dan senyum-
senyum serta jeling jeluat dengan lemah lembut daripada mata Siti Ramlah
dan kita rentikanlah hal mereka berdua masa di dalam bilik itu kerana tuan-
tuan pun sudah menempuh dan melalui jalan itu. Dan jika saya ceritakan pun
tiada memberi satu guna, hanya memberangsangkan hati tuan-tuan dan
memanjangpendekkan nafas tuan dan melemahkan otak tuan-tuan dan
memendekkan pandangan tuan d-a-n meninggalkan cerita ini,” jawab Kalam.
“Ha! Ha! Ha! Benar,” Kata Kertas dan Dakwat.

(Rosnah Baharuddin, m/s 221)


Penutup
Rumusan
Kawan Benar merupakan sebuah novel hikayat dan bukannya
sebuah novel mahupun hikayat.

Alasan
o Novel hikayat ini lahir dan berkembang dalam jangka
masa yang khusus, iaitu zaman perang dunia kedua.
o Novel hikayat merupakan kelompok novel Melayu yang
memiliki sejarah perkembangan, struktur dalaman dan
tujuan penciptaannya yang tersendiri.
o Struktur dalaman penciptaannya terbina daripada
kombinasi yang harmonis dan berkesan antara ciri-ciri
novel dan ciri-ciri hikayat.
o Kombinasi dua ciri ini membentuk satu ciri baru yang unik
pada sebuah novel hikayat seperti yang dibincangkan di
awal rencana ini.
o Penciptaan novel hikayat bertujuan untuk mengajar dan
membimbing masyarakatnya.

Justeru, Kawan Benar dikatakan sebagai sebuah


novel hikayat kerana memiliki ciri-ciri unik hasil
kombinasi ciri-ciri novel dan hikayat.
Bibliografi
o A. Wahab Ali, 2004. Kesusasteraan Melayu Moden :
Dalam Kajian dan Kritikan. Perak : Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

o A. Wahab Ali, 1988. Tradisi Pembentukan Sastera


Melayu Moden. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

o Hashim Awang, 1989. Novel Hikayat : Struktur


Penceritaan Melayu. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.

o Hashim Awang, 1986. Novel Hikayat : Satu Penelitian


Struktur Penceritaan Melayu. Tesis Ph.D. Jabatan
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
o Rosnah Baharudin, 2006. Kajian dan Karya Lengkap
Ahmad Rashid Talu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

o S. Othman Kelantan, 2003. Sejarah Kesusasteraan


Melayu Moden : Novel. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

o Sohaimi Abdul Aziz (ed.), 2003. Ahmad Rashid Talu


Sasterawan Mendahului Zaman. Pulau Pinang : Universiti
Sains Malaysia.

o Yahaya Ismail, 1970. Satu Kajian Mengenai Karya-karya


Ahmad Talu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Dely & Aza

You might also like