Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

TOPIK 5

PENILAIAN DAN
PENGUKURAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI

5.1 DEFINISI, TUJUAN DAN CIRI-CIRI


PENILAIAN DAN PENGUKURAN
Penilaian

ialah satu prinsip untuk


mengukur pencapaian secara sistematik.
Bagi menjamin satu sistem berjalan
dengan lancar dan mencapai objektif,
penilaian memainkan peranan yang
penting.
Perlulah sentiasa dilakukan kerana
keberkesanan sesuatu proses pedagogi
diketahui setelah penilaian dibuat.

5.1.1 Definisi Penilaian dan Pengukuran


Penilaian

boleh didefinisikan adalah satu proses


yang berupaya memberikan maklumbalas
terhadap pencapaian objektif pengajaran dan
pembelajaran murid serta dapat membantu guru
dan murid meletakkan asas keberkesanan
pengajaran.
Pengukuran boleh ditafsirkan sebagai satu
kaedah yang bertumpu kepada pemerolehan
keputusan yang bersifat angka atau kuantitatif.

5.1.1 Definisi Penilaian dan Pengukuran

Penilaian di bahagikan kepada tiga kumpulan:


1. Penilaian Serta-merta
- dijalankan semasa pengajaran berlaku di
dalam kelas.
- melalui kaedah penilaian pemerhatian
tindak balas dan kerja harian pelajar guru
dapat menilai sama ada pelajar dapat
memahami pelajaran yang hendak
disampaikan.

5.1.1 Definisi Penilaian dan Pengukuran


2. Penilaian Kemajuan
- dijalankan selepas beberapa kemahiran
diajar.
- bertujuan mengesan penguasaan pelajar
terhadap kemahiran-kemahiran yang telah
didedahkan.
- maklum balas penilaian dicatatkan dalam
buku laporan prestasi dari semasa ke
semasa.

5.1.1 Definisi Penilaian dan Pengukuran


3. Penilaian Pencapaian
- diadakan selepas beberapa unit
pembelajaran disampaikan.
- markah yang diperolehi oleh pelajar
ditukar menjadi gred
- dicatat dalam buku rekod profil.
- dijalankan pada hujung penggal
persekolahan.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

5.1.2 Tujuan Utama Penilaian dan


Pengukuran
dalam Pendidikan Jasmani

Menentukan aras kemampuan murid.


Tumpuan kepada murid.
Meransang dan memotivasikan murid.
Menilai keberkesanan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
Membantu dalam proses dokumentasi dan
penyelidikan.
Menentukan kumpulan murid berasaskan
kebolehan.

5.1.3 Ciri-Ciri Penilaian dan


Pengukuran yang
Baik

Dua aspek penting dalam penilaian dan


Pendidikan Jasmani, iaitu:
1.

2.

Apakah jenis yang akan digunakan seperti


penilaian berasaskan kriteria (criterionreference measurement) atau penilaian
berasaskan norma (norm-reference).
Mengetahui apakah kriteria utama yang
memastikan kebolehpercayaan dan kesahan
terhadap sesuatu ujian.

5.2 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

Terdapat dua jenis ujian yang akan


dibincangkan dalam topik ini:
1.

Ujian berasaskan kriteria

2.

Ujian berasaskan norma

5.2.1 Ujian Berasaskan Kriteria

Ujian jenis ini akan digunakan apabila guru ingin


menilai tahap prestasi kemajuan muridnya.
Keputusan yang diperolehi dari ujian ini tidak akan
dibandingkan dengan prestasi kemajuan murid lain.
Selalunya ianya digunakan bagi menilai tahap
kecergasan berkaitan kesihatan.
Contoh 1
Dalam ujian larian 2.4km murid perlu memenuhi syarat
yang ditetapkan seperti tamat dalam lingkungan 13:00
minit misalnya. Jika dalam ujian bertulis Pendidikan
Jasmani murid perlu menjawab dengan betul sekurangkurangnya 80% dari soalan yang ada.

5.2.2 Ujian Berasaskan Norma


Ujian

ini digunakan apabila guru yang ingin


mentafsir kemajuan prestasi dalam satu-satu
ujian dan ianya berupaya membandingkan
keputusan dikalangan murid dalam satu darjah
ataupun kumpulan.
Perbandingan ini dilakukan berdasarkan norma
yang berupaya membandingkan keputusan di
antara satu sama lain.
Sering digunakan untuk menentukan gred yang
diperolehi oleh murid dalam satu-satu ujian.

Perbandingan antara Kedua Jenis Ujian


(Jadual 5.1: Perbandingan antara Ujian
Rujukan normal
Ujian Rujukan Normal
Ujian Rujukan Kriteria
dengan Ujian Rujukan
Kriteria)
Penggunaan

Membandingkan pencapaian
dan keupayaan individu.

Membandingkan pencapaian
dengan kriteria yang telah
ditetapkan

Kayu
Pengukuran

Berdasarkan perbezaan
pencapaian individu.

Berdasarkan pencapaian dengan


kriteria yang telah ditetapkan.

Disiplin

Mempunyai disiplin
matapelajaran yang luas.

Tertumpu kepada tugasan


pembelajaran yang terhad.

Pelan Ujian
Item Ujian

Pencapaian

Jadual penentuan yang umum Kriteria terperinci ditentukan.


digunakan.
Soalan disusun pada
peringkat kesukaran yang
berbeza.

Semua soalan mempunyai peringkat


yang sama.

Diukur dari segi kedudukan


dalam kumpulan.

Jadual yang telah terbina digunakan


untuk merujuk taraf pencapaian
pelajar.

5.2.3 Jenis-jenis Penilaian


1.

Penilaian Formatif
- digunakan bagi mengenalpasti
perkembangan pembelajaran yang
telah dilalui oleh murid semasa mereka
mengikuti sebarang kelas pelajaran.
- dapat membantu guru membimbing
pelajar yang agak ketinggalan supaya
dapat dipertingkatkan kemajuannya
secara tersusun.

5.2.3 Jenis-jenis Penilaian (Penilaian Formatif)


Contoh 1
Ketika guru sudah mengajar kemahiran sukan seperti tendangan asas
dalam permainan bola sepak. Sebelum guru beralih kepada kemahiran
asas seterusnya guru akan bertindak menguji semula latihan asas
yang telah diberikan. Jika guru telah berpuashati bahawa kemahiran
tersebut telah dikuasai oleh murid maka guru boleh beralih kepada
kemahiran seterusnya berdasarkan maklumat ujian yang telah
dilaksanakan oleh guru itu sebelumnya. Jika keputusan yang diterima
sebaliknya guru boleh mengulangkaji dan menambah latih tubi
kemahiran itu ataupun bertindak memodifikasikan cara latihan yang
sedang diamalkan.
Contoh 2
Guru telah mengajar sesuatu topik yang berkaitan seperti keselamatan
ketika beraktiviti dan guru telah memperjelaskan semua isi kandungan
pelajaran, guru boleh bertindak menguji secara lisan bagi melihat
timbal-balas akan aras kefahaman murid.

5.2.3 Jenis-jenis Penilaian


2.

Penilaian Sumatif
- penilaian jenis ini sering digunakan pada
peringkat akhir sesuatu topik pengajaran.
- sering dilaksanakan apabila sudah tiba akhir
penggal persekolahan atau sudah berada
pada peringkat akhir persekolahan.
- tujuan utama penilaian ini dilaksanakan bagi
mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian
murid bagi satu kelas atau kumpulan.
- adalah berbentuk permarkahan yang
mengutamakan aras gred atau diberikan pangkat
kepada pencapaian yang dikuasai oleh murid.

5.2.3 Jenis-jenis Penilaian (Penilaian Sumatif)


Contoh 1
Diakhir sesuatu pengajaran seperti kemahiran sukan hoki
murid telah diajar semua kemahiran berkaitan, bagi tujuan
penilaian guru boleh melaksanakan satu permainan hoki
bagi menilai akan kemampuan penguasaan oleh murid.
Guru boleh menilai pelajar berasaskan gred yang boleh
digunakan seperti Baik, Sederhana dan Lemah.
Contoh 2
Menggunakan penilaian berbentuk bertulis bagi menguji
kefahaman murid pada akhir penggal. Soalan yang
berbentuk objektif boleh digunakan dan ianya perlu
meliputi semua topik pengajaran. Setelah pelajar
menduduki ujian ini guru boleh memeriksa jawapan murid
dan seterusnya menetapkan kemahiran murid berasaskan
markah yang berjaya diperolehi oleh murid.

5.3 ASPEK PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI


Bidang

Perkara Dinilai

Syarat

Fizikal

Tahap Kecergasan

Menilai kemajuan dalam meningkatkan tahap


kecergasan.

Pemainan

Psikomoto
r

Olahraga
Pendidikan
Pergerakan
Ujian

Kognitif
Folio

Afektif

Amalan Nilai

Menilai sekurang-kurangnya 2 aktiviti


pemainan setahun.
Menilai sekurang-kurangnya 1 acara olahraga
yang menliputi 3 bidang iaitu larian, balingan
dan lompatan.
Menilai sekurang-kurang 1 pendekatan
setahun.
80% markah bahagian kesihatan dan 20%
markah bahagian jasmani.
Menilai sekurang-kurangnya rekod amalan
kecergasan murid, tugasan dan penjadualan
masa.
Meliputi semua amalan nilai dalam bidang
fizikal dan psikomotor, pengetahuan nilai
dalam kognitif dan pemerhatian guru.

5.3.1 Aspek Penilaian Tahap Fizikal


Kecergasan fizikal boleh dibahagikan
kepada dua jenis:
1.

Kecergasan berkait dengan kesihatan

2.

Kecergasan berkait dengan perlakuan


motor

5.3.1 Aspek Penilaian Tahap Fizikal


(Rajah 5.1: Carta pecahan kecergasan
jasmani)
KECERGASAN
JASMANI

KESIHATAN
Daya Tahan
Kardiovaskular
Daya Tahan Otot
Kekuatan Otot
Kelenturan/
Fleksibiliti
Komposisi
Badan

PERLAKUAN
MOTOR
Kepantasan
Ketangkasan
Koordinasi
Kuasa
Imbangan
Masa
Tindakbalas

5.3.2 Kecergasan Fizikal Berkait dengan


Kesihatan
Dapat membantu seseorang individu itu bergerak dengan
lebih mudah, efisien dan membantu melakukan tugasan
harian dengan cekap dan dengan penggunaan tenaga
yang minimum. Antara komponen tersebut adalah:
1.

Daya Tahan Kardiovaskular (Cardiovascular


Endurance)
- satu elemen kecergasan yang bertumpu kepada
fungsi kelicinan sistem jantung dan fungsi peredaran
darah seseorang individu.
- mempunyai perkaitan yang rapat dengan sistem
respiratori yang berfungsi membekalkan oksigen
dalam tubuh badan supaya kerja yang melibatkan
jangka masa yang agak panjang dapat diharungi
dengan baik.

5.3.2 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Kesihatan


2.

Daya Tahan Otot (Muscle Endurance)


- didefinisikan sebagai tahap keupayan individu
melakukan kerja yang membebankan satu bahagian
badan yang dilakukan secara berterusan.
- contoh latihan memukul bola skuasy secara
berulang-ulang.

3.

Kekuatan Otot (Muscle Strength)


- keupayaan salah satu bahagian otot menghasilkan
daya (kerja) untuk mengharungi satu-satu rintangan.
- kekuatan otot juga dapat mengelakkan atlet dari
menerima kecederaan dan membantu menggandakan
pergerakan serta memelihara postur yang baik.
- contoh mengangkat dumbell yang berat dengan
menggunakan tangan.

5.3.2 Kecergasan Fizikal Berkait dengan


Kesihatan
4. Kelenturan Badan (Flexibility)
- melibatkan keupayaan sesuatu sendi atau bahagian badan
yang membolehkan sesuatu pergerakan dalam tempoh masa
yang panjang dan sejauh mungkin dengan tidak sebarang
melibatkan kecederaan kepada mana-mana bahagian otot.
- contoh aktiviti duduk berlunjur sambil tangan cuba menjangkau
hujung kaki.
5.

Komposis Badan (Body Composition)


- ditentukan oleh kadar peratusan lemak berbanding yang bukan
lemak (otot dan tulang).
- lebihan peratusan lemak badan bakal menimbulkan masalah
obesiti yang boleh menggugat tahap kecergasan seseorang
individu.
- senaman dan latihan jasmani adalah kaedah yang paling
sesuai bagi individu yang ingin mencapai kadar komposis
badan yang seimbang.

5.3.3 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Perlakuan Motor


1.

Kepantasan (Speed)
- kemampuan seseorang individu melakukan
pergerakan pantas dalam tempoh yang
singkat.
- berkait rapat dengan kekuatan otot dan
masa tindakbalas.

2.

Kuasa (Power)
- kemampuan otot menghasilkan daya atau
pergerakan yang mendadak (explosive)
dalam tempoh singkat.
- contoh pukulan yang kencang dalam fasa
pukulan badminton.

5.3.3 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Perlakuan Motor


3.

Ketangkasan (Agility)
- kebolehan melakukan pergerakan yang berulang-ulang
ke arah yang berbeza-beza dengan pantas dan efisien.
- seseorang pemain yang tangkas berupaya melakukan
penukaran posisinya ketika mengawal imbangan bola.

4.

Koordinasi (Coordination)
- kebolehan seseorang individu menyelaraskan
pergerakannya bagi mendapatkan tindakan yang
diinginkan.
- sebagai contoh memerhatikan bulu tangkis dan
membuat pukulan balas.

5.3.3 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Perlakuan Motor


5. Imbangan (Balance)
- keupayaan seseorang individu mengimbangi
dan mengekalkan keseimbangan badan
ketika melakukan aktiviti pergerakan yang
statik atau bergerak.
- imbangan terdiri daripada dua iaitu statik dan
dinamik.

Masa Tindak Balas


- adalah jangka masa yang diambil bagi
seseorang individu bagi memulakan sesuatu
tindakan atau pergerakan apabila ianya
dirangsang untuk bertindak.

5.4 ELEMEN DALAM PENGUKURAN


Terdapat 3 elemen yang diukur dalam Pendidikan Jasmani
iaitu:

Elemen psikomotor
Elemen kognitif
Elemen afektif

5.4.1 Elemen Psikomotor


- merupakan satu komponen yang dinilai
oleh guru dalam Pendidikan Jasmani.
- ianya amat berkait rapat kepantasan,
kelenturan, daya tahan, koordinasi saraf otot
dan imbangan.

5.4 ELEMEN DALAM PENGUKURAN


5.4.2 Elemen Kognitif
Bertumpu kepada tahap kefahaman dan pengetahuan murid dalam kesemua
topik dalam Pendidikan jasmani. Melalui ujian seperti ini guru perlu melihat
murid-murid dari aspek kefahaman dan pengetahuan murid ketika murid
sedang melaksanakan sesuatu bidang kemahiran. Murid juga perlu diterap
dan dilatih untuk mentafsir, mengguna dan melaksanakan kemahiran
berdasarkan teknik-teknik yang telah diajar oleh guru.
5.4.3 Elemen Afektif
Mengukur pencapaian pelajar dari segi sikap dan nilai memerlukan pungutan
data dari pelbagai cara. Cara ini merangkumi pemerhatian tingkah laku
pelajar sewaktu mereka terlibat dalam aktiviti tertentu, mendengar komen
mereka dan meminta mereka untuk mengisi soal selidik.
Alat penilaian yang digunakan untuk penilaian elemen afektif ialah:
(i) Senarai semak, pemerhatian, tingkah laku pelajar-pelajar
(ii) Rekod-rekod anekdot
(iii) Temu duga
(iv) Soal selidik aneka pilihan
(v) Skala pemerhatian

You might also like