Alif Lam Syamsiah juga dikenali dengan Idgham Syamsi.
Diidghamkan Lam Ta'rif apabila bertemu dengan manamana Huruf Syamsiah. Huruf Syamsiah ada 14 huruf iaitu Ta', Tha', Dal, Dzal, Ra'. Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, To', Zha', Lam dan Nun. Apabila alif lam bertemu dengan salah satu huruf syamsiah maka alif lamnya tidak dibaca (hilang)
Contoh Alif lam Qamariah
Alif Lam Qamariah (Izhar Qamari)
Alif Lam Qamariah juga dikenali dengan Izhar Qamari.
Diizharkan Lam Ta'rif apabila bertemu dengan nama-nama
Huruf Qamariah. Huruf-huruf Qamariah itu ada empat belas huruf iaitu Ba', Jim, Ha', Kha', 'Ain, Ghain, Fa', Qaf, Kaf, Mim, Wau, Ha', Hamzah dan Ya. Apabila alif lam bertemu dengan salah satu huruf Qamariah maka alif lamnya dibaca jelas.