Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 21

PENATARAN

FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN


BAGI PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
(UPSR) MULAI TAHUN 2016

BAHASA MELAYU PENULISAN KOD KERTAS 012/022/032


BIL

PERKARA

FORMAT TAHUN 2016

Jenis Instrumen

Subjektif

Jenis Item

Respons Terbuka

Bilangan / Bahagian
soalan

Bahagian A = 1 soalan mesti dijawab


Bahagian B = 1 soalan mesti dijawab
Bahagian C = 2 soalan
Jawab 1 daripada 2 soalan

Jumlah Markah

Bahagian A = 10 markah
Bahagian B = 15 markah
Bahagian C = 25 markah
Jumlah
= 50 markah

Tempoh Ujian

1 jam 15 minit

Konstruk

Kaedah Penskoran

Holistik

Pengetahuan dan Kefahaman Sistem Bahasa


Kemahiran Aplikasi Bahasa
Kemahiran Aplikasi Maklumat
Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa

BAHASA MELAYU PENULISAN


JENIS ITEM : RESPONS TERBUKA
Menghasilkan atau mengolah sesuatu idea secara
asli /autentik
Membuat pertimbangan dan penilaian / rumusan
tentang sesuatu idea atau maklumat

Memberi ruang kepada murid-murid untuk menjawab dengan lebih bebas


Murid bebas menentukan panjang atau pendek jawapan serta gaya penulisan dan
pendekatan yang difikirkan sesuai, asalkan tidak terkeluar daripada konteks yang
dikehendaki
Menguji pemikiran tahap tinggi (analisis, sintesis dan penilaian)
Dapat mentaksir kebolehan murid (mengaitkan idea, maklumat dan lain-lain dalam
penulisan)

Menulis ayat dengan peluasan subjek atau


peluasan predikat dalam pelbagai situasi

Memindahkan maklumat
Soalan bergambar
Bina lima ayat (Tiada had bilangan patah perkataan tetapi terhad kepada 5
ayat sahaja)
Bahan rangsangan graf, carta, gambar bersiri/tunggal, peta pemikiran, dll

[10 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara penjagaan kesihatan.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara menjaga kesihatan berdasarkan
gambar.

[10 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]
Gambar di bawah menunjukkan jenis-jenis makanan.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

RUBRIK PENSKORAN JAWAPAN BAHAGIAN A [10 markah]


PERINGKAT

CEMERLANG

BAIK

KRITERIA
i. Penggunaan ayat yang gramatis dan menepati bahan
grafik/tugasan.
ii. Setiap ayat ada peluasan subjek/peluasan predikat.
iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas dan sesuai dengan
bahan grafik/tugasan.
iv. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
i. Penggunaan ayat yang gramatis dan menepati bahan
grafik/tugasan.
ii. Setiap ayat ada peluasan subjek/peluasan predikat.
iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta sesuai dengan
bahan grafik/tugasan.
iv. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapI tidak
menjejaskan ayat.
i. Penggunaan ayat tunggal/kurang gramatis tetapi sesuai dengan
bahan grafik/tugasan.
ii. Penggunaan kata/kosa kata yang terhad tetapi masih sesuai dengan

Menulis ulasan tentang bahan sastera dan


bukan sastera yang dilihat dan dibaca dengan
jelas menggunakan ayat yang gramatis

Mengulas
Memberikan pendapat atau pandangan atau rumusan yang bertepatan /
bersesuaian/ relevan / berdasarkan stimulus

Mengulas bahan sastera dan bukan sastera


50 hingga 80 patah perkataan dalam perenggan
Bahan rangsangan grafik atau bukan grafik;
Bahan grafik
gambar bersiri, gambar tunggal, carta,
iklan, poster,peta pemikiran, peta minda
dan sebagainya
Bahan bukan grafik petikan cerita, dialog, surat, rencana,
laporan dan sebagainya

KONSEP ULASAN
1. Rumusan keseluruhan bahan
2. Pandangan pro atau kontra
3. Taksiran kandungan
4. Kupasan berbentuk deskriptif
5. Huraian pengembangan idea
6. Nilai amalan baik / faedah
7. Pengajaran mesej yang diperoleh

[15 markah]
[Masa dicadangkan : 25 minit]
Gambar di bawah menunjukkan poster piramid makanan.
Tulis ulasan tentang piramid makanan tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

RUBRIK PENSKORAN JAWAPAN BAHAGIAN B [15 markah]


PERINGKAT
CEMERLANG
( 13m 15m )
( 15 bersih )

BAIK
( 9m 12m )

MEMUASKAN
( 5m 8m )

PENCAPAIAN

KRITERIA
i. Idea menepati tugasan.
ii. Ulasan idea sangat jelas, tersusun dan menarik.
iii. Penggunaan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan
rangsangan/tugasan.
v. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
i. Idea menepati tugasan.
ii. Ulasan idea jelas, tersusun dan menarik.
iii. Penggunaan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta sesuai dengan bahan
rangsangan/tugasan.
v. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca.
i. Idea masih menepati tugasan.
ii. Ulasan idea ringkas dan mudah.
iii. Penggunaan ayat yang kurang gramatis berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana tetapi masih sesuai dengan bahan
rangsangan/tugasan.
v. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.
i. Idea kurang menepati/tidak menepati tugasan.
ii. Ulasan idea kurang menepati/tidak menepati tugasan.
iii. Penggunaan ayat yang kurang/tidak gramatis berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.

Peta bulatan di bawah menunjukkan tentang pertanian organik.


Tulis ulasan kamu tentang kebaikan pertanian organik dalam bentuk
perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah
perkataan

Makanan berkualiti tinggi

Makanan yang
selamat

Pertanian
Organik

Mengawal rumpai
dan perosak

Proses kita semula sisa pertanian,


sisa dapur, dan najis haiwan secara
biologikal

Baca puisi di bawah dengan teliti.


Tulis ulasan kamu tentang cara menjaga keselamatan berdasarkan puisi yang diberi.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Tulis jawapan
dalam bentuk perenggan.Ketika ke Sekolah
Ketika kaki ini mengorak langkah ke gedung ilmu
Tangan ayah dan ibu
Kukucup pohon restu
Ketika menaiki bas
Berbaris aku tidak terlepas
Kuamati waspada langkah
Agar tidak sumbang tingkah
Ketika bas membelah jalan
Etika berhemah aku biasakan
Aku patuhi pesan ayah dan ibu
Usah berlari, tatapilah buku
Di tangga aku tidak berdiri
Di tingkap aku tidakjengahi
Ketika gedung ilmu kulihat
Dengan tenang
Roda bas kutunggu berhenti
Tidak kumahu mengundang tragedi
Ketika kaki ini menjejak ke gedung ilmu
Tangan kuangkat tanda kesyukuran
Aku selamat dalam perjalanan

PENGENALAN BAHAGIAN C
Menghasilkan penulisan kreatif jenis imaginatif dan
deskriptif menggunakan bahasa yang menarik dengan
betul

Karangan Berformat atau Tidak Berformat


Panjang karangan antara 80 hingga 120 patah perkataan

[25 markah]
[Masa dicadangkan : 35 minit]
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Soalan 1
Kamu telah dipilih untuk menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Guru di sekolah kamu.
Tajuk ucapan kamu ialah Cara-cara Menghormati Guru.
Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.
ATAU
Soalan 2
Takkan kubiarkan
Walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna Beta


Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kaubuka mata
Semua tak serupa

Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu Arjuna Beta yang menggambarkan kasih sayang seorang ibu
terhadap anaknya. Seorang ibu sanggup berkorban dan melakukan apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anak tersayang.
Berdasarkan maksud lirik lagu itu, tulis cerita tentang kasih sayang seorang ibu.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

RUBRIK PENSKORAN JAWAPAN BAHAGIAN C [25 markah]


PERINGKAT

CEMERLANG
( 20m 25m)

BAIK
( 13m 19m)

MEMUASKAN
( 6m 12m)

KRITERIA
i. Idea menepati tugasan.
ii. Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas, tersusun dan
menarik.
iii. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis serta bertepatan dengan
tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan
tugasan.
v. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
i. Idea menepati tugasan.
ii. Pengolahan idea yang baik dengan penyampaian yang jelas dan
menarik.
iii. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis serta bertepatan dengan
tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta sesuai dengan
tugasan.
v. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi tidak
menjejaskan karangan.
i. Idea masih menepati tugasan.
ii. Pengolahan idea yang ringkas dan mudah dengan penyampaian yang
kurang menarik.
iii. Penggunaan ayat kurang gramatis tetapi berkaitan dengan tugasan.

Pokok kelapa dikenali sebagai pokok seribu guna.


Tulis ulasan tentang keistimewaan pokok kelapa dalam bentuk
perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah
perkataan

Cadangan Jawapan
P1- Pendahuluan
Berkaitan dengan tugasan.
P2- Idea
-kesihatan
P3 - Idea
-tidak tercemar dengan bahan kimia berkhasiat Penutup
(idea utama atau cadangan calon yang disertai dengan pendapat/huraiannya sendiri) - Idea utama boleh ambil daripada maklumat
tersurat atau tersirat
Contoh Idea tersurat dengan pendapat
Kebaikan tanaman organik adalah merupakan makanan yang selamat. Oleh itu, kita perlu menjadikan tanaman organik
sebagai menu utama dalam hidangan harian kita.
Contoh Idea tersirat dengan pendapat
Tanaman organik baik untuk kesihatan diri kita kerana tidak menggunakan bahan kimia sebagai baja . Oleh itu, kita perlu
mengamalkan menu sayur-sayuran organik dalam hidangan harian untuk menjaga kesihatan diri.

You might also like