Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Perjanjian

Hudaibiyah

Maksud Perjanjian Hudaibiyah

Perjanjian Hudaibiyah ialah perjanjian damai


di antara rasulullah dengan musyrikin quraisy
yang membawa kepada gencatan senjata.

Berlaku pada bulan Zulkaedah tahun


keenam hijrah (Mac 628 M)
Dinamakan perjanjian Hudibiyah sempena
tempat persetujuan dimeterai

Peristiwa Perjanjian
Hudaibiyah

Rasulullah bermimpi menziarahi Kaabah


bersama-sama para sahabat.
Seramai 1400 orang bersiap sedia berangkat ke
Makkah untuk mengerjakan umrah

Apabila diketahui kafir Quraisy, mereka telah


mengumpulkan tentera untuk memerangi dan
menghalang rombongan rasulullah

Rasulullah meneruskan perjalanan kerana perancangan telah


diatur demi meyakinkan kafir Quraisy bahawa kedatangan
mereka hanya untuk mengunjungi kaabah

Rasulullah telah dikunjungi Budail bin Warqa Al-khuzaI dan


diberitahu kepadanya tujuan kedatangan mereka

Budail bertolak ke Mekah untuk menyampaikan maklumat


kepada kaum musyrikin

Kaum musyrikin menghantar Urwah bin Masud sebagai


wakil kaum musyrikin dan Rasulullah menghantar Uthman
bin Affan untuk berunding

Uthman ditahan selama 3 hari dan rasulullah


menghantar perisik untuk mengetahui keadaan Uthman
namun Rasulullah menerima berita yang menyatakan
bahawa Uthman dibunuh

Rasulullah mengumpulkan para sahabat dan mengadakan


Baiah untuk menuntut bela kematian Saidina Uthman
dengan beriqrar akan berperang

Pakatan tersebut dinamakan Baiah Al-Ridhuan atau


Baiah Syajarah dan Saidina Umar ditugaskan untuk
mengepalai serangan itu

Namun, Saidina Uthman telah dibebaskan dan


kafir Quraisy menghantar Suhail bin Amru untuk
berunding dengan rasulullah

Selepas perbincangan, perjanjian damai


hudaibiyah dimeterai antara musyrikin
Quraisy dan Rasulullah

Persiapan Rasulullah Mengerjakan


Umrah
1. Memakai ihram di Zulhulaifah
2. Membawa binatang ternakan
3. Melantik pengawal keselamatan
daripada penunggang kuda
4. Mengelak berlaku peperangan
dengan memilih jalan diplomasi
5. Melalui jalan yang berliku, bukan
jalan utama supaya sukar dikesan
pihak musuh

6.Rasulullah sentiasa bermusyuarat


dengan sahabat dalam perjalanan
sebelum membuat keputusan
7.Melantik Basyar bin Sufian dari
Qabilah Khuzaah sebagai perisik
untuk meninjau reaksi Musyrikin
Makkah terhadap kedatangan
rombongan Rasulullah
8.Umat Islam sentiasa bertalbiah
sepanjang jalan

Sebab berlakunya perjanjian Hudaibiyah


Keputusan Rasulullah untuk mengerjakan
umrah bersama-sama para sahabat
dihalang
Ketaatan para sahabat kepada kepimpinan
Rasulullah
Kebijaksanaan Rasulullah mengatur strategi
menghadapi kaum Quraisy
Sikap toleransi Rasulullah dan para sahabat
Sikap umat islam yang cintakan kedamaian

Isi kandungan perjanjian


Hudaibiyah

Gencatan senjata
antara keduadua pihak
selama 10 tahun

Umat Islam boleh mengerjakan haji


pada tahun seterusnya
- Tanpa membawa peralatan
perang
-Tidak boleh berada di Makkah
melebihi 3 hari

Orang Makkah yang memasuki


Madinah tanpa kebenaran
walinya hendaklah dihantar
pulang ke Makkah walaupun
sudah memeluk islam

Orang Madinah yang


datang ke Makkah
tidak perlu dihantar
pulang ke Madinah

Orang Islam Madinah dan orang Quraisy dibenarkan


membuat perjanjian dengan pihak lain yang belum
membuat perjanjian dengan salah satu dari kedua-dua
pihak

Hikmah Perjanjian Hudaibiyah


Kaum Quraisy mengiktiraf kepimpinan
Rasulullah SAW di Madinah
Orang kafir dan orang Islam boleh berinteraksi
antara satu sama lain
Ramai orang kafir memeluk Islam secara
terang-terangan
Perjanjian ini merupakan perintis ke arah
pembukaan Makkah
Kedua-dua belah pihak terhindar daripada
peperangan dan pertumpahan darah
Orang Islam berpeluang menyebarkan dakwah
dengan lebih luas lagi

Tindakan Susulan
Menghantar utusan ke Negara asing
untuk tujuan menyeru raja-rajanya
memeluk Islam
Menghantar utusan kepada kabilah
sekitar Madinah yang dinamakan sariat
pada tahun ke-7 Hijrah
Memantapkan kedudukan Negara Islam
Madinah dan bersedia kembali semula
ke kota Makkah apabila mendapat
peluang

Kesan Perjanjian Hudaibiyah


Musyrikin Quraisy semakin lemah.
Islam berkembang dengan meluas dan
Madinah semakin maju
Orang Yahudi yang khianat diusir dari
Madinah.
Rasullah mengajar ummatnya
bagaimana untuk membuat perjanjian
dengan kaum kafir.
Corak politik Rasulullah yang lebih
menjurus kepada pemerhatian dan
pemikiran

Sekian Terima Kasih!

Any questions?

You might also like