Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Lecture 1

SISTEM PERUNDANGAN DI
MALAYSIA

Objektif Pembelajaran
i.
ii.
iii.
iv.

Pengenalan Kepada Undang-undang


Kelasifikasi Undang-undang
Sumber Undang-undang di Malaysia
Sistem Kehakiman di Malaysia

Pengenalan Kepada UndangUndang


Definisi

Suatu peraturan mengenai tingkah laku manusia yang


dikenakan dan dikuatkuasakan terhadap setiap ahli dalam
sesebuah negara yang digubal oleh badan perundangan
dan dikuatkuasakan oleh badan kehakiman
Sir John Salmond dalam bukunya Jurisprudence
Undang-undang merupakan hubungan suatu peraturan
dengan peraturan yang lain sehinggalah ia menjadi
kumpulan undang-undang yang tertinggi
Kelsen.
3

Undang-undang adalah suatu perintah daripada


seorang yang berkuasa kepada seorang yang
lemah. Perintah ini dikuatkuasakan oleh sanksi.
Sanksi merangkumi hukuman penjara, denda,
pembayaran ganti rugi, injunksi dan dekri
perlaksanaan spesifik. Undang-undang yang sah
mestilah terhasil daripada pemerintah yang
menerima kesetiaan daripada rakyat
Austin
dalam
bukunya
The
Province
of
Jurispudence Determined

Rumusan Definisi Undang-Undang


1. Undang-undang ialah suatu badan peraturan.
2. Undang-undang sebagai panduan tingkah laku manusia
yang dibentuk mengikut autoriti dan adat sesuatu kaum.
Ia merangkumi etika moral, peraturan yang menerangkan
kesalahan eg larangan merokok dll.
3. Undang-undang mestilah dikuatkuasakan. Penguatkasaan
undang-undang dijalankan oleh sesuatu negeri atau
badan perundangan seperti PDRM.
4. Kandungan undang-undang haruslah bersesuaian dengan
keadaan semasa. Undang-undang yang ketinggalan
zaman akan membawa kezaliman kepada rakyat.
5. Undang-undang yang dikuatkuasakan mestilah adil dan
saksama.

Kelasifikasi Undang-Undang
Undangundang
Undangundang Awam

Undangundang
Antarabangsa

Undangundang
Abangsa
Awam
Undangundang
Perlembaga
an

Undangundang
Jenayah

Undang-undang
Persendirian

Undang-undang
Abangsa
Persendirian

Kontra
k

Tort

Amana
h

Undang-Undang Awam
Undang-undang yang mentadbirkan perhubungan
antara individu dengan negara atau pihak kerajaan eg.
Undang-undang perlembagaan dan undang-undang
jenayah.
Undang-undang perlembagaan menyediakan hak-hak
individu dalam sesebuah negara. Ia juga
membincangkan persoalan keluhuran perlembagaan
dan bidang kuasa tiga jentera pentadbiran iaitu
eksekutif, legislatif dan kehakiman.
Undang-undng jenayah mengkodifikasikan beberapa
kesalahan yang dilakukan oleh individu terhadap
negaranya. Matlamat utama ialah menghukum pesalah
dan mengurangkan jenayah. Hukuman disediakan oleh
negara dan tindakan diambil oleh Pendakwaraya.
7

Undang-Undang Persendirian
Mentadbirkan perhubungan antara individu dengan
individu.
Tindakan diambil atas permintaan individu berkenaan.
Pihak yang memulakan sesuatu tindakan biasa dirujuk
sebagai pihak yang menuntut atau plaintif, sementara
pihak yang didakwa ialah pihak yang kena tuntut atau
defendan.
Contoh: undang-undang kontrak yang merupakan satu
perjanjian yang mengikat pihak terlibat secara undangundang ; dan undang undang tort menyentuh tentang
peruntukan gantirugi bagi kecederaan peribadi dan
kerosakan harta. Ia turut melindungi lain-lain
kepentingan saperti reputasi dan kebebasan peribadi
seseorang.
8

Undang-Undang Antarabangsa
Undang-undang yang mengawal dan menghubungkan
antara negara-negara.
Undang-undang antara bangsa awam membincangkan
urusan antara negara-negara dan hak serta tanggunjawab
antara sesama mereka. Eg. Penubuhan dan pengiktirafan
negeri, peperangan, jenayah antara bangsa dan hak-hak
asasi manusia. Sumber undang-undang antara bangsa
diperolehi dari konvensyen dan triti, adat resam antara
bangsa dan prinsip am undang-undang yang diterimapakai
oleh negara-negara bertamadun.
Undang-undang antara bangsa persendirian yang dikenali
juga sebagai konflik undang-undang menyentuh tentang
pemakaian beberapa undang-undang kebangsaan keatas
sesuatu kes yang melibatkan dua atau lebih negara.
Contoh: Kontrak yang dibuat di Malaysia dan dilaksanakan
di luar negara.
9

Sumber Undang-Undang di Malaysia


Sumber bertulis
i) Perlembagaan Persekutuan
ii) Perlembagaan Negeri
iii)Undang-Undang Persekutuan
iv)Undang-Undang Negeri
v) Undang-Undang Subsidiari
Sumber tidak bertulis
i) Undang-Undang Inggeris*
ii) Keputusan Mahkamah
iii)Undang-undang Adat/ Undang-undang Natif
Undang-undang Islam meliputi yang bertulis
dan tidak bertulis.
10

Undang-Undang Inggeris *
Undang-undang Inggeris membentuk sebahagian
dari undang-undang di Malaysia.
Ia terdiri dari Common Law dan Rules of Equity
(Kaedah Ekuiti)
Bukan semua Common Law dan Rules of Equity
boleh membentuk sebahagian daripada undangundang di Malaysia.
Pemakaian Undang-Undang Inggeris di Malaysia
adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 3(1)
Akta Undang-Undang Sivil 1956. **

11

Pemakaian Undang-Undang Inggeris di


Malaysia **
Pemakaian undang-undang Inggeris di Malaysia
adalah tertakluk kepada dua syarat:
Apabila wujudnya kekesongan (kelompangan)
undang-undang tempatan di dalam sesuatu kes
yang tertentu.
Hanya Undang-Undang Inggeris yang sesuai
dengan kegunaan tempatan

12

Sistem Kehakiman di Malaysia


Mahkamah Sivil*
Mahkamah Syariah
i. Mahkamah Rendah
ii. Mahkamah Tinggi
iii.Mahkamah Rayuan
Mahkamah Khas
Mahkamah Juvana
Mahkamah Tentera
Mahkamah Perusahaan
Mahkamah Anak Negeri
13

Sistem Hirarki Mahkamah Sivil*


Mahkamah
Persekutuan
Mahkamah
Rayuan
Mahkamah Tinggi
Malaya

Mahkamh Tinggi Sabah &


Sarawak

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Majistret
14

Sistem Hirarki Mahkamah Syariah


Mahkamah
Rayuan
Mahkamah
Tiinggi
Mahkamah
Syariah
15

Mahkamah Khas
Mahkamah Khas ditubuhkan menurut Bahagian 15
Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai bidang kuasa
eksklusif untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan
oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja sesebuah negeri dan segala
kesalahan sivil oleh atau terhadap mereka. Segala tindakan
terhadap Yang Dipertuan Agong atau Raja sesebuah negeri hanya
boleh damdil setelah mendapat keizinan daripada Peguam
Negara.

Mahkamah Juvana
Mahkamah Juvana ditubuhkan dibawah Akta Juvana 1947.
Mahkamah ini membicarakan semua jenis kes yang dilakukan
oleh pesalah yang berumur dibawah 18 tahun kecuali hukum
mati. Perbicaraan dalam mahkamah ini djalankan secara tertutup
dan tidak terbuka kepada pihak awam.

16

Mahkamah Tentera
Mahkamah Tentera ditubuhkan berdasarkan Akta Angkatan
Tentera 1972. Ia mengadili semua kesalahan yang berkaitan
dengan ketenteraan.

Mahkamah Perusahaan
Mahkamah Perusahaan ditubuhkan dibawah Akta
Perhubungan Perusahaan 1967. Ia membicarakan hal-hal
berkenaan komersial dan industri.

Mahkamah Anak Negeri


Mahkamah Anak Negeri hanya wujud di negeri Sabah dan
Sarawak. Ia ditubuhkan di bawah Ordinan Mahkamah Anak
Negeri Sabah 1954 dan Ordinan Mahkamah Anak Negeri
Sarawak 1992.

17

Sekian

18

You might also like