Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Definisi ilmu ekonomi:

"Ilmu ekonomi adalah satu bidang ilmu


sains sosial yang mengkaji tentang
gelagat atau tinkah laku manusia
(individu dan masyarakat) dalam
mengurussumber ekonomi yang
terhad (tanah, buruh, modal dan
usahawan)bagi memenuhikehendak
yang tidak terhad"

BURUH
Buruh: memiliki sumber dalam
bentuk Tenaga fizikal atau mental
yang disumbangkan dalam aktiviti
ekonomi dan akan mendapat
ganjaran dalam bentuk upah. Contoh
buruh ialah doktor, guru, pembantu
rumah, buruh binaan dan lain-lain.
Ganjaran yang diperolehi hanya
cukup untuk memenuhi keperluan
hidup seperti makanan, pakaian dan

TANAH
Tanah : Anugerah Alam semula jadi
yang dimiliki oleh individu dan
merupakan bahan mentah yang
diperlukan dalam proses
pengeluaran. pemilik sumber alam
akan menerima Ganjaran dalam
bentuk sewa. Contohnya, bahan
galian, hasil laut dan khazanah hutan

Modal : Merupakan Wang atau lain lain


sumber peralatan ciptaan manusia yang
digunakan untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan. Ia boleh dikelaskan kepada
dua kategori:
modal fizikal : iaitu peralatan yang
digunakan untuk mengeluarkan barang lain.
contohnya seperti jentera dan peralatan
modal kerja : iaitu sumber dalam bentuk
wang tunai (untuk membeli input), stok dan
bahan mentah yang diproses untuk
menghasilkan barang-barang dan
perkhidatan.
Ganjaran kepada pemilikan modal adalah
faedah

Usahawan
memiliki kepakaran untuk
menggabungkan faktor pengeluaran
iaitu buruh, tanah dan modal untuk
menghasilkan barang dan
perkhidmatan. Pengusaha akan
menerima ganjaran dalam bentuk
keuntungan dan menanggung risiko
kerugian.
Contohnya, pengusaha kilang,
peniaga, peruncit dan pemborong

BIDANG KAJIAN EKONOMI


Ilmu ekonomi dibahagikan kepada
dua iaitu Mikroekonomi dan
Makroekonomi

Mikroekonomi
Juga dikenali sebagaiteori harga(harga
input dan harga output).Mengkaji unit atau
bahagian kecil dalam pengajian ekonomi iaitu
gelagat pengguna, pengeluar dan industri.
Kajian tertumpu kepada interaksi pembeli
dan pengeluar untuk menentukan tingkat
harga dan kuantiti barang dalam pelbagai
pasaran. Pengguna akan cuba mencapai
tingkat kepuasan yang maksima, pengeluar
akan cuba mencapai keuntungan yang
maksima.

Makroekonomi
Kajian terhadap ekonomi secara menyeluruh
dan agregat. Mengkaji aspek penentu kegiatan
ekonomi sesebuah negara iaitu berkaitan
pendapatan negara, pertumbuhan ekonomi,
inflasi, guna tenaga dan pengangguran,
imbangan pembayaran. Petunjuk-petunjuk
ekonomi ini penting bagi menentukan dasar
dan perancangan ekonomi sesebuah negara
untuk meningkatkan taraf hidup dan kebajikan
penduduk.

Perbandingan kajian
Mikroekonomi dan Makroekonomi
Skop-Kecil
Matlamat-Mengkaji
interaksi pengguna,
pengeluar dan industri
dalam pelbagai pasaran
untuk mencapai
matlamat masing-masing.
Menyelesaikan masalah
asas ekonomi iaitu apa,
berapa, bagaimana dan
untuk siapa dikeluarkan
Pengeluaran-Output firma
/ industri

Skop-Besar
Matlamat-Mengkaji kegiatan
dan masalah ekonomi yang
lebih luas dan menyeluruh.
Menilai dan pelaksanaan dasar
aktiviti ekonomi sesebuah
negara untuk mencapai
peningkatan dalam
pendapatan negara,
pertumbuhan ekonomi, guna
tenaga, imbangan pembayaran
dan mengatasi masalah inflasi
dan pengangguran
Pengeluaran-Nilai Keluaran
Negara

Harga satu barang


dan perkhidmatan.
Agihan pendapatan
Upah,sewa,bunga
dan
untung

Tingkat harga
umum
Pendapatan
Negara
Pendapatan
Perkapita
Pendapatan benar
Imbangan
pembayaran

UNIT-UNIT EKONOMI
Isi Rumah
Boleh didefinisikan sebagai Individu/sekumpulan
individu yang membuat keputusan kewangan
secara bersama untuk mencapai matlamat
memaksimumkan kepuasan. Isi rumah
menawarkan faktor pengeluaran (buruh, tanah,
modal dan usahawan) dan memperoleh pulangan
(upah, sewa, bunga dan untung) sebagai sumber
kewangan/pendapatan. Dengan sumber kewangan
tersebut isi rumah akan mewujudkan permintaan
terhadap barang dan perkhidmatan bagi memenuhi
kehendak dan memaksimumkan kepuasan.

Firma
Firma ialah unit ekonomi /
organisasi yang menggunakan
faktor pengeluaran untuk
mengeluarkan barang dan
perkhidmatan. Firma akan
memilih kombinasi faktor
pengeluaran yang dapat
meminimumkan kos dan
memaksimumkan keuntungan.

Kerajaan
Merupakan pelaku unit
ekonomi/ badan yang
mengawal aktiviti ekonomi
(isi rumah dan firma)
melalui dasar dan undangundang. Kerajaan juga
menyediakan barang dan
perkhidmatan yang tidak
dapat Disediakan oleh
firma (barang awam).

Sektor Luar
Merujuk kepada kegiatan ekonomi
dengan unit luar / organisasi luar
iaitu aktiviti perdagangan
antarabangsa. Aktiviti yang berlaku
bertujuan memaksimumkan
keuntungan hasil daripada
pertukaran barang dan
perkhidmatan.

MASALAH EKONOMI
Tiga masalah ekonomi ialah
masalahkekurangan, pilihan dan
kos lepasyang berpunca daripada
sumber ekonomi yang terhad dan
kehendak manusia yang tidak terhad.

Masalah Kekurangan
Kesan sumber yang terhad dan kehendak yang
tidak terhad mewujudkan masalah kekurangan.
Semua kehendak manusia tidak dapat
dipenuhi/diperolehi.Pendapatan Isi
rumahyang terhad tidak cukup untuk membeli
semua barang dan perkhidmatan yang
dikehendaki.Faktor pengeluaranyang
terhad menghalang firma mengeluarkan semua
barang dan perkhidmatan yang diingini.Hasil
kerajaanyang terhad menghalang kerajaan
untuk membiayai semua projek pembangunan.

Masalah Pilihan
Kesan daripada masalah kekurangan, manusia terpaksa membuat
pilihan. Pilihan yang dibuat adalah berdasarkan kepada keutamaan
dan matlamat unit ekonomi.Pendapatan Isi rumahyang terhad
memaksa isi rumah membuat pilihan membeli barang dan
perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan. Contoh jika
buku memberi kepuasan yang lebih tinggi berbanding baju, maka
isi rumah akan membuat pilihan membeli buku.Faktor
pengeluaranyang terhad seperti tanah, firma terpaksa membuat
pilihan mengeluarkan barang yang dapat memaksimumkan
keuntungan. Contoh jika tanaman kelapa sawit memberi
keuntungan lebih besar berbanding tanaman getah, maka firma
akan memilih pengeluaran kelapa sawit.Hasil kerajaanyang
terhad telah menyebabkan kerajaan terpaksa membuat pilihan
melaksanakan projek pembangunan yang dapat memaksimumkan
kebajikan masyarakat. Contoh jika pembinaan jalan raya akan
meningkatkan kebajikan yang lebih tinggi berbanding sekolah,
maka kerajaan akan memilih projek pembinaan jalan raya.

Masalah Kos Lepas


Kos lepas boleh didefinisikan sebagai pilihan
kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan hasil
daripada pemilihan barang yang terbaik.
SetelahIsi rumahmembuat pilihan membeli
buku (kekurangan wang untuk membeli keduadua barang) maka baju merupakan kos lepas
bagi mendapatkan buku tersebut. Begitu juga
dengan firma, kos lepas mengeluarkan kelapa
sawit ialah getah. Begitu juga dengan kerajaan,
projek pembinaan sekolah merupakan kos
lepas untuk membina jalan raya.

LATIHAN
Bagaimanakah unit-unit ekonomi
menyelesaikan masalah ekonomi?
1. Nyatakan unit-unit ekonomi
2. Terangkan masalah ekonomi
3. Terangkan bagaimana setiap unit
ekonomi menyelesaikan masalah
ekonomi beserta contoh

You might also like