Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 60

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan

konsep perpaduan dalam


kepelbagaian.
Menjelaskan konsep kesepaduan sosial.
Menjelaskan dinamika hubungan etnik
di Malaysia.

CUBA ANDA FIKIRKAN


Apakah

perbezaan Malaysia dengan negara


membangun yang lain
Di manakah uniknya Malaysia
Senaraikan etnik-etnik yang anda tahu selain
Melayu, Cina, India
Senaraikan ciri-ciri etnik anda

Sebuah Negara, Dua


Imaginasi : Antara
Perpaduan (Unity) atau
Kesepaduan(Integration
)

PENGENALAN
1.
Di Malaysia, sepanjang 58 tahun
merdeka, banyak yang dihighlight adalah
konflik. Namun hubungan etnik yang
positif sebenarnya lebih banyak.
Oleh itu, konsep kesepaduan sosial
diutarakan untuk menjelaskan fenomena
yang berlaku di Malaysia.

Maksud

Perpaduan:
Proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan
bangga kepada tanah air.
unity is uniformity atau 'perpaduan ialah
keSAMAan atau keSATUan -- satu bangsa, satu
agama, satu bahasa, satu negara, yang juga
merupakan kata-kata slogan. unity is uniformity
hanyalah suatu gambaran tentang suatu
masyarakat yang sempurna yang tidak boleh
menjadi kenyataan

Kesepaduan:
Kesepaduan merupakan proses yang dinamik
sesuatu kumpulan untuk bersatu dan bersama
mencapai matlamat dan objektif kumpulan
tersebut.
Walaupun terdapat perbezaan sosial yang sedia
ada dalam kalangan masyarakat majmuk seperti
unsur agama, etnik, budaya, bahasa, wilayah dan
sebagainya, namum manusia sedar bahawa
mereka perlu mengurus dan menyusun perbezaan
antara mereka atas keinginan untuk mewujudkan
keadaan aman dan stabil dalam meraihkan
kesenangan dan mungkin juga kemewahan
material.

Antara perpaduan dan


kesepaduan
1. Ungkapan perpaduan dalam
2.

kepelbagaian sudah menjadi kebiasaan


dalam kehidupan seharian rakyat
Malaysia.
Ungkapan ini mengangkat dan sekaligus
memuji kemampuan kelompok manusia
yang berbeza-beza tapi dapat hidup
dalam sebuah masyarakat

Kesepaduan
1.(samb)
Jika timbul sebarang konflik akibat perbezaan

sosial yang sedia ada, para anggotanya akan


segera mencari jalan penyelesaian melalui
perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk.
2. Umumnya, melalui perundingan akan
terhasilkan persetujuan, kompromi dan tolak
ansur. Namun, konflik tetap ada tapi dalam
keadaan terkawal kerana anggota masyarakat
amnya menolak keganasan sebagai jalan
penyelesaian.

Konsep

kesepaduan adalah lebih


realistik dalam konteks Malaysia.

Oleh

itu, konsep kesepaduan


sosial diutarakan untuk
menjelaskan fenomena yang
berlaku di Malaysia.

Ungkapan perpaduan dalam


kepelbagaian (Unity in Diversity)?
Kemampuan kelompok manusia yang
berbeza-beza hidup dalam sebuah masyarakat.
Manusia sejak zaman-berzaman sedar
bahawa mereka tidak ada pilihan, tetapi mesti
hidup bersama-sama dengan manusia dan
kelompok sosial yang berbeza-beza.
Oleh yang demikian, mereka mesti mencari
jalan dan mengatur berbagai-bagai cara
supaya perbezaan ini tidak menjadi halangan
untuk mereka terus hidup aman damai dan
produktif.

Kepentingan

memahami konsep Unity

in Diversity:
Menyekat wujudnya golongan
Chauvanisme (golongan yang
memperjuangkan semangat kesukuan atau
perkauman melalui kaedah keganasan.
Menghalang pengorbanan nyawa
Merangsang individu dan institusi untuk
mencari jalan bagaimana untuk hidup
dalam keadaan aman walau dalam konteks
kepelbagaian.
*Harus diingat, Peaceful atau Keamanan tidak
tercapai melainkan dengan wujudnya perpaduan
atau Unity

Hubungan Etnik di
Malaysia
1.Mengikut Sejarah Malaysia, selepas tamatnya
Perang Dunia Kedua (WW2), pada 1945, terdapat
tiga era penting.
2. Pola hubungan etnik di Malaysia memperlihatkan
pola turun naik dalam hubungan etnik tetapi pada
amnya, keadaan di Malaysia aman damai dengan
hubungan etnik yang harmoni.

Urutan Sejarah
Malaysia

Sejarah

Malaysia selepas tamat Perang Dunia


Kedua pada tahun 1945 sehingga sekarang
memaparkan tiga era penting iaitu
1. Era Konflik (1945 1960)
2. Era stabil Tapi Tegang (1961 1970)
3. Era Kepaduan Sosial (1971 2011)
Era ini diukur berdasarkan pola konflik,
keamanan dan kestabilan dalam masyarakat.

14

A. ERA KONFLIK (1945


1960)

15

A. Era Konflik (1945 Selepas WW2 (Japanese Occupation),


1960)
keadaan hidup rakyat sangat daif dengan

persekitaran fizikal dan sosial yang


memerlukan pembangunan.
Suasana sangat kritikal dan terbuka kepada
potensi negatif dan pelbagai masalah etnik.
Masalah paling besar ialah konflik etnik
antara etnik Cina dan Melayu ekoran tindakan
pasukan Komunis, Bintang Tiga yang masih
memburu etnik Melayu yang pernah menjadi
anggota polis Jepun.

Era Konflik (samb)

Pada 1948 pula terdapat rusuhan kaum dan


mogok besar-besaran oleh pekerja-pekerja
ladang di Malaya.
Rusuhan ini didalangi oleh Bintang Tiga dan
bertindak membunuh tiga orang pengurus
ladang keturunan Eropah pada 16/8/1948.
Ini menyebabkan British mengisytiharkan
darurat.
Era konflik boleh dirumuskan sebagai cukup
kritikal dari semua segi iaitu pemerintah,
pengagihan kuasa, sistem perundangan dan
penentuan hak rakyat.

MALAYAN UNION
Keadaan

tidak aman berlanjutan setelah


kerajaan Kolonial British mengisytiharkan
Malayan Union pada 1 April 1946
Dalam inti pati Pengisytiharan Malayan Union
Penyerahan semua kuasa Raja-raja Melayu,
kecuali yang berkaitan dengan agama Islam
kepada Mahkota British
Menjadikan sebelas buah negeri di Malaya
sebagai sebuah British Crown Colony

18

Era

konflik boleh dirumuskan


sebagai cukup kritikal dari semua
segi iaitu pemerintah, pengagihan
kuasa, sistem perundangan dan
penentuan hak rakyat.

WW2 (Japanese Occupation)

Etnik Konflik
Darurat (Emergency)
Malayan Union

B. ERA STABIL TAPI


TEGANG (1961 1970)

21

B. Era Stabil Tapi Tegang


(1961-1970)

Perang Dingin masih berlaku 10 tahun


selepas tamatnya darurat.
Implikasinya: Malaya yg merdeka pada 1957
dan Malaysia yg dibentuk pada 1963
terpaksa menangani cabaran terhadap
kesepaduan sosial yang sudah ada tapi perlu
berhati-hati dengan ancaman keganasan
komunis.
Ini bermakna keadaan stabil tapi tegang
bermaksud pelbagai cabaran masih wujud
untuk menguji kesepaduan sosial yg dibina
oleh rakyat.

Era Stabil (samb)

Pembentukan Malaysia merupakan satu lagi


kejayaan pengaplikasian prinsip tolak ansur
etnik yang diamalkan sejak 1947.
Rusuhan etnik 13/5/1969 dikatakan telah
mengorbankan kira-kira 250 orang dan selepas
itu pelbagai usaha diambil untuk
mengembalikan kepercayaan rakyat.
Antaranya ialah usaha top-down iaitu dengan
bantuan kerajaan seperti penubuhan Majlis
Perundingan Rakyat, Jab perpaduan Negara,
Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.

Antara

rentetan peristiwa yang


berlaku ketika Era ini adalah
Terbentuknya Malaysia
Konfrontasi atau mengganyang
Malaysia
Rusuhan etnik

24

Terbentuknya Malaysia
Wujudnya

Malaysia pada 16 September 1963,


selepas suatu referendum di Sarawak dan
Sabah, merupakan salah satu lagi kejayaan
pengaplikasian prinsip tolak ansur etnik yang
diamalkan semenjak
Perjanjian dibuat oleh kerajaan persekutuan
dengan Sabah yang menjanjikan autonomi
kepada Sabah dalam 20 perkara dan Sarawak
dalam 18 perkara antaranya ialah Mengurus
sendiri hal imigresen

25

Brunei:
Pada peringkat awal Sultan Brunei bersetuju
dengan kemasukan Brunei ke dalam
Pembentukan Malaysia, namum akhirnya baginda
telah membatalkan rancangan menyertai
Pembentukan Malaysia atas beberapa perkara
yang tidak dapat di setujui oleh kedua-dua pihak,
ia itu antara pemerintah TM dan baginda.
Perkara-perkara tersebut termasuk penguasaan
hasil minyak Brunei, pelaburan Brunei dan masa
pemerintahan Sultan Brunei, Omar Ali Saffuddin
dalam Majlis Raja-raja. Masa pemerintahan
baginda tidak akan dikira daripada tarikh baginda
menjadi sultan tetapi dari tarikh kemasukan
Brunei ke dalam Pembentukan Malaysia.

Konfrontasi atau mengganyang


Malaysia
Idea/konsep

Malaysia itu tidak diterima oleh

Indonesia
Melalui pemimpin Presiden Sukarno, beliau
menganggap Malaysia sebagai neo-colony iaitu
sebuah koloni baharu, tetapi dalam pemerintahan
orang tempatan sehingga Indonesia melancarkan
konfrontasi atau mengganyang Malaysia

27

Ramai

pengkaji mendakwa ada beberapa faktor


Presiden Sukarno menentang pembentukan Malaysia.
Faktor utama ialah pembentukan Malaysia
menggagalkan rancangan Sukarno menubuhkan
empayar Indonesia Raya.
Konfrontasi yang dilaungkan Indonesia merebak dan
memuncak sehingga mengakibatkan penglibatan
tentera. Tentera Indonesia bertindak menyerang
wilayah-wilayah sempadan Sabah dan Sarawak.
Malahan, sekumpulan tentera juga dihantar ke pantai
barat Johor atas tujuan pengintipan. Tentangan
daripada Indonesia terus wujud selepas Malaysia
ditubuhkan.
Penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965
apabila Sukarno digulingkan dan tempatnya diambil
alih oleh Jeneral Suharto. Pada bulan Ogos 1965,
Indonesia mengakhiri dasar konfrontasi terhadap
Malaysia.

Singapura
Lee Kuan Yew, pemimpin parti politik Parti Tindakan
Rakyat (Peoples Action Party: PAP) telah cuba hendak
bertanding dengan Parti Perikatan di bawah pimpinan
Tunku Abdul Rahman.
PAP cuba menarik perhatian orang Cina bahawa MCA
tidak mampu menjaga kepentingan orang Cina.
Kempen ini telah dijalankan oleh PAP sehingga
pergerakan PAP telah memperkecilkan MCA dalam
kalangan orang Cina.
Untuk merealisasikan cita-cita ini, Singapore telah
membentuk United Opposition Front yang kuat
memperjuangkan persamaan hak.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul
Rahman untuk meredakan keadaan ini, tetapi tidak
berjaya. Akhirnya pada bulan Ogos 1965, Singapore
telah di minta keluar daripada Malaysia.

Usaha Kerajaaan menyatukan


rakyat

Selepas peristiwa 16 Mei 1969, pelbagai usaha


top-down untuk mengembalikan kepercayaan
umum tentang perlunya kesepaduan sosial
dilaksanakan
Antaranya :
Penubuhan Majlis Perundingan Negara
Jabatan Perpaduan Negara
Rukun Negara
Dasar Ekonomi Baru
Rancangan Malaysia Kedua

30

Kesimpulannya

dalam era ini ialah


kesepaduan berlaku dalam suasana yang
umumnya stabil dan aman tetapi tersentak
juga dengan keganasan etnik 13/5/1969
dan konfrontasi pada 1967.

C. Era Kesepaduan Sosial


(1971-2011)

C. Era Kesepaduan Sosial (19712011)


40 tahun selepas rusuhan etnik 13/5, suasana di

Malaysia terus aman, stabil dan harmoni.


Slogan perpaduan dalam kepelbagaian dan
perpaduan nasional adalah suatu harapan positif
terhadap suatu masa depan yang lebih gemilang.
Yang jelas pada rakyat Malaysia ialah sebarang
perbezaan sosial antara mereka mesti diselesaikan
dengan aman kerana kos melepas sebarang konflik
adalah terlalu tinggi pada individu, etnik, wilayah
dan negara Malaysia amnya.

Era Kesepaduan Sosial (samb)


Kunci kesepaduan sosial malaysia adalah
kematangan rakyatnya.
Dari sudut takrifan harian, rakyat tak segan
menyuarakan rasa tak puas hati mereka melelui
SMS, internet dll. Suasana ini menunjukkan satu pola
yang jelas iaitu
rakyat Malaysia suka bertikam lidah tapi tak
suka menggunakan parang.
(Malaysians prefer tongue wagging to parang wielding)

Era Kesepaduan Sosial (samb.)

Keterbukaan rakyat menyuarakan rasa tak puas


hati mereka merupakan satu lagi perilaku rakyat
Malaysia pada peringkat takrifan harian atau
everyday-defined iaitu they talk conflict, they
walk cohesion. Ini bermaksud mereka terus
berdebat tentang hal-hal yg tak betul.
Perilaku ini merupakan satu kegiatan psikososial
sihat iaitu lebih suka meluahkan perasaan
daripada menyimpan hal itu dalam hati.

Era Kesepaduan Sosial


(Rumusan)

Era Kesepaduan Sosial adalah era


berlakunya pemantapan interaksi antara
masyarakat,negara dan pasaran (M+N+P).
Dalam era ini, ekonomi mampu bertahan.
Justeru, paksi/fokus utama kesepaduan sosial
ialah kemakmuran dan kestabilan ekonomi
yg seterusnya mendukung keamanan dan
kestabilan politik.

Konsep Etnisiti
Etnisiti

merujuk kepada rasa


kekitaan sesuatu kumpulan etnik
tertentu.
Ini bererti wujudnya satu
kebudayaan atau sub-budaya
jelas di mana anggotanya berasa
disatukan dengan satu sejarah,
nilai, sikap dan tingkah laku yang
sama.

Etnosentrisme
Manakala

etnosentrisme pula merujuk


kepada kepercayaan atau rasa bangga
yang wujud dikalangan anggota
sesebuah kelompok etnik bahawa
budaya dan etnisiti mereka adalah
jauh lebih baik dan hebat daripada
kelompok lain.

Etnosentrisme

juga membawa makna


suatu perspektif melihat kelompok
etnik lain daripada lensa dan
kacamata etnik sendiri.

Konsep Ras dan Rasisme

Istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan


walaupun membawa makna berbeza.

Di Malaysia, istilah ras dan etnik sering kali dicampuraduk dan


digunakan secara bertukar sehingga maknanya menjadi lebih
kurang sama.

Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah
dan Sarawak sepatutnya dikenali sebagai etnik tetapi juga
dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok


sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciriciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna
rambut dan selainnya.

Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan


manusia ialah warna kulit.

Manakala

rasisme ditakrifkan sebagai


pandangan, pemikiran, atau kepercayaan
negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau
para anggotanya mengenai sesuatu
kelompok lain berdasarkan perbedaan
wajah fizikal-bilogikal atau ras sematamata dan ini ditunjukkan secara terbuka
melalui prilaku atau tindakan terbuka.

Rasisme

adalah gabungan prejudis dan


kuasa diartikulasi melalui diskriminasi
berasaskan warna kulit, mata dan ciri-ciri
fizikal-biologikal selainnya.

Masyarakat Pelbagai
Etnik di Malaysia

41

42

Portret Hubungan Etnik di


Malaysia
Campuran pelbagai etnik secara tidak langsung

menggalakkan perspektif bahawa hubungan


etnik di Malaysia adalah rapuh, mudah retak
dan cenderung kepada ketegangan dan konflik.
Namun, Malaysia terus kukuh, maju dan
membangun malah disegani.
Kedaan aman damai telah melahirkan
kestabilan politik, sosial dan ekonomi yang
membolehkan rakyat pelbagai etnik hidup
hidup bersama dan bebas daripada konflik
kaum yang kerap dan berpanjangan.

Masyarakat Pelbagai Etnik di


Malaysia
Jumlah

penduduk Malaysia pada tahun 2014 :


30 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia)
Malaysia mempunyai lebih daripada 70
kumpulan etnik
Jika ditambah dengan kelompok yang
mewakili subetnik, kumpulan bahasa dan
dialek : melebihi 200 kumpulan

44

MASYARAKA
T PELBAGAI
ETNIK MALAYSIA

Kumpulan
etnik,
Subetnik,
Suku,
Kumpulan
Bahasa &
Dialek Semenanjun
g

Kumpulan
etnik, Subetnik,
Suku,
Kumpulan
Bahasa &
Dialek Sabah

Kumpulan
etnik, Subetnik,
Suku,
Kumpulan
Bahasa &
Dialek Serawak

Potret Hubungan..
Keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan
(samb)
politik dan sosial ini membolehkannya terus
membangun dengan pesat dalam
pertumbuhan ekonomi.
Dengan komposisi etnik, agama dan bahasa
yang kompleks, rakyat Malaysia hidup
bermasyarakat serta mencapai pembangunan.
Kestabilan dan keamanan ini diiktirafkan oleh
Global Peace Index (2011) yang
menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang
ke-19 paling stabil dan aman di dunia.

Global
Peace
Index
(2011)
Negara Kedudukan Negara Paling Aman di Dunia
New Zealand 1
Iceland 2
Jepun 3
Denmark 4
Republik Czech 5
Austria 6
Finland 7
Kanada 8
Norway 9
Slovenia 10
Ireland 11
Qatar 12
Sweden 13
Belgium 14
Jerman 15
Switzerland 16
Portugal 17
Australia 18
Malaysia 19
Hungary 20

PROSES KESEPADUAN SOSIAL

48

1.

2.

3.

Kesepaduan Sosial: Pandangan


alternatif utk memahami H.E di
Msia

Kerangka konseptual yang memaparkan HE di


Msia sebagai rapuh, mudah retak dan penuh
dgn ketegangan adalah
berorietasikan/berdasarkan konflik sahaja.
Perspektif yg digunakan pengkaji2 HE untuk
memahami masalah H.E di Msia ialah
polarisasi, segregasi, ketegangan, persaingan,
persengketaan, perpecahan dan perbezaan.
Namun, realitinya tahap kehidupan harian
masyarakat awam berada dalam kesepaduan
sosial yang relatifnya bersifat aman dan stabil.

Kesepaduan Sosial (samb)


4.

5.

6.

Konflik, pertentangan dan saling bertanding


memang ada dan sering muncul di kedai kopi,
di ruang blog, internet dan lain-lain.
Ada juga kalanya konflik ini berakhir dengan
kekerasan fizikal tapi ia bersifat local dan
terkawal serta tidak merebak.
Kehidupan harian masyarakat awam di luar
kawasan konflik tetap berterusan dalam
suasan aman dan stabil.

Meneliti Hubungan Etnik daripada Perspektif


Konflik

Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan ideologi


orientalisme pada asasnya adalah untuk membezakan
kumpulan dalam masyarakat agar wujud sempadan
binari (dual) yang jelas antara mereka yang menjajah
dengan mereka yang terjajah.

Mereka yang terjajah pula dikategorikan melalui


perbezaan yang berdasarkan ciri-ciri fisiologi, budaya,
bahasa, agama dan etnik yang dianggap secara mudah
dan cetek.

Ditambah dengan konflik 13 Mei, dan darurat


Etnik yang dominan menguasai etnik minoriti.
Media massa kerap mempotretkan hubungan etnik di
Malaysia dalam perspektif yang sempit - membangkitkan
sentimen etnik atau agama dalam laporan berita.

Walaupun terdapat konflik etnik seperti 13/5,


perpecahan kaum akibat tragedi itu tidak
menjadi kenyataan kerana nyata Malaysia
lebih stabil dan kukuh berbanding negara
lain, malah mencapai pertumbuhan ekonomi
yang tinggi, pembangunan yg pesat serta
taraf hidup masyarakat yg aman tanpa
konflik berterusan sehingga diiktiraf oleh
dunia sebagai negara majmuk yang berjaya.

Masyarakat

Malaysia terhasil daripada


perkongsian sejarah membina struktur
sosial, ekonomi, politik dan budaya.
Masyarakat Malaysia bersifat dinamik
membina kesepaduan sosial melalui
interaksi dan amalan harian secara
langsung dan tidak langsung secara
berterusan.

Kewujudan kesepaduan sosial disumbang secara


(i) top-down iaitu hasil tindakan kerajaan yang
diterapkan kepada masyarakat dan
(ii) bottom-up iaitu hasil interaksi dan jalinan
hubungan yang berlaku di peringkat masyarakat
awam dalam kehidupan harian tanpa
campurtangan
kerajaan).
Secara konseptualnya, kesepaduan sosial yang
wujud dalam masyarakat Malaysia terhasil
daripada proses perkongsian sejarah yang dilalui
dan dialami bersama oleh anggotanya.

Dalam

proses menghasilkan ungkapan


Perpaduan dan Kesepaduan menjadi realiti
unsur-unsur seperti :
Akomodasi
Akulturasi
Asimilasi
Amalgamasi
Unsur-unsur seperti di atas berlaku bagi terus
mengekalkan toleransi etnik, penerimaan
terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial
yang wujud sekarang.

55

Tahap-tahap Hubungan
Etnik
SEGREGASI

Pemisahan antara etnik.


Dasar apateid

AKOMODASI

Sedar perbezaan budaya.


Hidup dengan harmoni

AKULTURASI

Minoriti menerima budaya majoriti,


tanpa ubah budaya asal

ASIMILASI

Minoriti terima budaya dominan

AMALGAMASI

Percampuran membentuk kelompok baru


Kahwin campur

Proses runding sosial melalui 4 (4A)unsur ini


lebih cenderung kepada bentuk positif iaitu
merujuk kepada interaksi dan hubungan yang
membentukkan kesepaduan sosial hari ini
walaupun mereka berbeza etnik, latar
belakang, agama, bahasa dan budaya.
Contoh: Walaupun terdapat provokasi dan emosi,
semua ini tidak berakhir dengan rusuhan etnik
secara terbuka. Sebaliknya rakyat hidup aman
dan stabil.

Hubung Saling Terkait dan Saling


Menguntungkan

Jalinan hubungan sosial secara berterusan terbina


dalam kalangan masyarakat merentas agama, etnik,
budaya dan bahasa menerusi interaksi sesama
mereka.
Contoh: Jalinan rantaian menghasilkan padi
Padi ditanam oleh orang Melayu dan selepas
menuai, padi dihantar ke kilang Cina oleh pemandu
India.
Pekerja-pekerja Dayak di kilang itu
membungkuskan
beras dan dihantar ke tempat
lain oleh pemandu etnik
Punjab. Di restoran itu,
nasi dimasak oleh tukang masak Melayu,
dihidangkan kepada etnik Bidayuh.
(Ini menunjukkan mereka saling bergantungan dalam
jalinan rantaian kesepaduan sosial yg panjang)

Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti


akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi
sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza
sebagai mekanisme untuk terus mengekalkan
toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan
dan kesepaduan sosial yang wujud pada hari ini.

Rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam


tidak mudah terpengaruh untuk bertindak secara
melulu, emotif dan menggunakan kekerasan
terhadap isu-isu yang ditimbulkan.

Masyarakat Malaysia di peringkat awam telah pun


sedikit sebanyak terikat dengan suatu bentuk
kesepaduan sosial yang baik dan organisasi
sukarelawan masyarakat dan individu daripada
pelbagai etnik dan agama

Kesimpulan
Kesepaduan

sosial boleh wujud dan


bercambah, terutama jika terdapat usaha sedar
berpunca daripada tindakan authority-defined
dan topdown yang dapat melengkapkan dan
menjamin kelangsungannya dan meningkatkan
daya ketahanan dalam sesebuah masyarakat
majmuk itu
adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan
keadaan ini sebagai kesepaduan dalam
kepelbagaian(cohesion in diversity) dan bukan
perpaduan dalam kepelbagaian(unity in
diversity).

You might also like