Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 36

PERTANDINGAN KAWAT

PASUKAN PAKAIAN
SERAGAM SEKOLAH RENDAH

SYARAT PENYERTAAN
Terbuka

kepada pasukan-pasukan
pakaian seragam di sekolah-sekolah
rendah kerajaan dan bantuan kerajaan
yang berdaftar dengan badan induk.

Hanya

dua pasukan sahaja akan


mewakili sesebuah negeri bagi
pertandingan peringkat kebangsaan
a) Kategori lelaki
b) Kategori perempuan

PENDAFTARAN

Anggota pasukan dan ketua platun


mestilah terdiri daripada pelajar
yang sedang menuntut.

Jumlah anggota bagi sesebuah


pasukan yang didaftarkan
hendaklah tidak kurang daripada 31
orang dan tidak melebihi 37 orang
termasuk seorang ketua platun dan
anggota simpanan.

Semua

anggota yang didaftarkan


hanya diterima daripada platun
yang dianggotai oleh pelajar lelaki
atau perempuan sahaja.

Setiap

peserta diminta membawa


salinan sijil kelahiran yang disahkan
untuk tujuan penyemakan.

PAKAIAN

Pakaian ahli pasukan dan ketua


platun hendaklah pakaian kawat
atau pakaian rasmi pasukan pakaian
seragam yang diwakili.
Untuk pakaian tambahan (aksesori)
yang dinilai adalah sarung tangan
putih sahaja.

JANGKA MASA PERSEMBAHAN

Masa persembahan sepenuhnya


bagi sesebuah pasukan adalah 12
minit sahaja.

Masa pertandingan diambil kira


bermula dari hukuman BUKA
BARISAN sebelum lapor kepada
ketua hakim

Pemberian

markah bermula apabila


platun bergerak masuk ke padang
kawat dan berdasarkan
persembahan dalam tempoh masa
yang ditetapkan

Persembahan

terbahagi kepada dua


bahagian: Kawat Asas dan Kawat
Formasi. Persembahan hendaklah
merangkumi kedua-dua bahagian
tersebut dan didahului oleh kawat asas.

Sekiranya

masa persembahan melebihi


12 minit, 5 markah akan dipotong dan
perbuatan selepas 12 minit itu tidak
lagi diberi markah.

PELAKSANAAN PERTANDINGAN
BILANGAN ANGGOTA

Setiap pasukan hendaklah dianggotai


oleh tidak kurang 31 anggota dan
tidak lebih 37 anggota termasuk ketua
platun ketika pendaftaran
pertandingan.
Semasa pertandingan dijalankan
setiap pasukan mestilah dianggotai
oleh 31 ahli termasuk ketua platun.

Jika

ada anggota yang bertanding tidak


dapat meneruskan pertandingan atas
apa juga sebab sehingga menyebabkan
bilangan anggota pasukan kurang
daripada yang ditetapkan, 5 markah
akan ditolak bagi setiap anggota yang
kurang.
Tiada sebarang penggantian anggota
ketika pertandingan kawat sedang
berjalan. Penggantian hanya boleh
dilakukan sebelum pertandingan kawat
dijalankan untuk setiap pasukan.

PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN


Pemeriksaan pakaian dijalankan sebelum
giliran pasukan yang mengambil
bahagian masuk ke padang kawat.
Pemeriksaan pakaian akan dijalankan 15
minit sebelum pasukan membuat
persembahan.
Pasukan yang gagal menepati masa
untuk pemeriksaan pakaian akan
kehilangan seluruh markah pakaian (20
markah).

4. Hukuman secara statik (hukuman : ke

kanan lurus. pandang depan)

5. Melapor Ketua Platun melapor kepada


Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun
melapor, skuad akan berada dalam
keadaan sedia dan buka barisan.
6. Tutup Barisan ( hukuman : tutup
barisan..gerak)

7. Platun diwajibkan melakukan semua


pergerakan kawat statik yang berikut :
i] Ke kanan lurus.. pandang depan
ii]Bergerak ke kanan /ke kiri, ke kanan/
ke kiri pusing
iii]Bergerak ke kanan/ ke kiri, ke
belakang pusing
iv]Menghadap ke belakang, ke kanan/ke
kiri pusing
v]Menghadap ke hadapan
.belakang pusing

KAWAT ASAS
1.

Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke


padang kawat dalam tiga barisan
berjalan, dalam masa cepat jalan dan
berhenti di hadapan Ketua Hakim.

2.

Kelajuan langkah semasa cepat jalan


adalah 120-128 langkah seminit).
Kelajuan yang lebih atau kurang daripada
yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

3. Buka Barisan
(hukuman : buka barisan..gerak)

8.

Hukuman bergerak ke kiri diberi


(bergerak ke kiri, kiri pusing)

9.

Berjalan dalam masa cepat jalan


(satu pusingan, semasa membelok
hukuman kiri belok diberikan).
Rujuk Plan Litar Pertandingan.

10. Semasa melalui para hakim dalam


pusingan kedua, tukar langkah
perlahan jalan.
(hukuman : tukar langkah
perlahan, perlahan jalan).
Hukuman cepat jalan diberi
ketika platun berada di tengahtengah antara
kon C dan kon D.

11. Semasa melintas ketua hakim dalam

pusingan ketiga, hukuman hormat ke


kanan di beri
(hukuman : hormat,
hormat ke kanan hormat).

12. Skuad akan berjalan sehingga


penanda
hijau (rujuk lampiran Plan
Litar
Pertandingan), belok kiri dan
berhenti di hadapan Ketua Hakim
(hukuman : skuad, skuad..henti).

13. Ketua Platun memberi hukuman


untuk skuad menghadap ke hadapan.
14. Platun akan mara menghadap
(hukuman : skuad akan mara
menghadap, dari tengah,
cepat.jalan).
15. Tamat kawat bahagian asas.

CATATAN (1)

Semasa platun hendak membelok,


Ketua Platun hendaklah memberi
hukuman kiri belok.

Semasa kawat asas tiada suara dari


anggota platun, hanya hukuman
Ketua Platun sahaja
(contohnya anggota platun
menyebut kiraan masa kiri-kanan
semasa berjalan adalah tidak
dibenarkan).

Ketua

Platun
memberi
arahan
secara statik dan menghadap ke
arah skuad semasa keseluruhan
kawat asas. Jika Ketua Platun
bergerak
bersama
anggota,
5
markah ditolak. Semasa mara
menghadap Ketua Platun hendaklah
masuk ke padang kawat dan mara
menghadap
bersama
anggota
platunnya.

Tidak

dibenarkan menggunakan
sebarang alatan semasa
membuat persembahan
(contoh: tongkat atau
wisel).

Isyarat

tamat masa pertandingan


akan diberi oleh penjaga masa.

PERGERAKAN
MEMBENTUK FORMASI

Sebaik sahaja tamat mara menghadap,


platun akan mempersembahkan kawat
formasi mengikut kreativiti platun
masing-masing.

Semasa persembahan kawat formasi


sebarang isyarat atau arahan dari Ketua
Platun atau anggota dalam barisan
seperti hentak kaki, suara dan alatan
tidak dibenarkan. Sekiranya perkara di
atas dilakukan, 5 markah akan ditolak.

Setiap

formasi mestilah diakhiri


dengan kembali ke kedudukan asal
dalam tiga barisan di tengah-tengah
padang kawat dan tidak berhenti
terlalu lama antara satu formasi
dengan satu formasi yang berikutnya.

Pergerakan

kawat formasi, hendaklah


mengandungi pergerakan kawat sahaja.
Pergerakan lain seperti pergerakan tatu,
tarian, silat dll, tidak dibenarkan.

Setiap

platun dikehendaki
mempersembahkan empat formasi yang
berlainan. Formasi yang diulang
pergerakannya dikira sebagai satu
formasi.

PENGHAKIMAN

Hakim terdiri daripada 11 orang


( setiap kategori) yang
mewakili lima hingga sembilan
badan beruniform yang berbeza.
Ketua Hakim dilantik
daripada
kalangan Pegawai Pendidikan.

Hakim daripada hendaklah terdiri daripada :Bahagian Kawat


Bahagian Pakaian Badan Induk
masing.

- Jurulatih bertauliah dari


agensi di atas.
Pegawai Kanan
NGO masing-

Hakim-hakim

yang dilantik oleh


pihak penganjur mestilah mendapat
pengesahan daripada Kementerian
Pendidikan (peringkat Kebangsaan),
Jabatan Pendidikan Negeri
(peringkat Negeri dan Zon )

Sekiranya berlaku persamaan markah di


antara pasukan-pasukan markah kawat
dinamik akan menjadi penentu. Jika markah
sama juga markah kawat statik akan
diambil kira. Sekiranya masih sama,
markah formasi diambil kira.
Setiap satu item yang tidak berada pada
kedudukannya (pakaian) ketika kawat statik
atau kawat dinamik atau kawat formasi
dijalankan akan ditolak satu markah untuk
satuitem.
Keputusan hakim adalah muktamad.

PERMARKAHAN KETUA
PLATUN
Permarkahan

Ketua Platun diambil


dari kawat asas dan diadili oleh
Hakim yang berasingan .
(contoh Hakim pertandingan kawat
pasukan oleh 5 hakim. Hakim untuk
Ketua Platun oleh 3 Hakim yang
berasingan)

PERINGKAT PERTANDINGAN
Pertandingan

akan dijalankan pada


empat peringkat:
i. Peringkat Sekolah
ii. Peringkat Daerah / Zon
iii.Peringkat Negeri
iv.Peringkat Kebangsaan

PEMARKAHAN
a)

Persediaan
markah

i. Pakaian Asas
ii. Kekemasan diri
dan pakaian
iii. Kelengkapan
Tambahan (aksesori)

20

7 markah
10 markah
3 markah

b)

Kawat Asas

i. Masuk padang kawat


ii. Melapor
iii. Kawat Statik
markah
iv. Kawat Dinamik
v. Melapor Keluar

121 markah
18 markah
15 markah
18
39 markah
21 markah

c)

Kawat Formasi

108 markah

i. Kreativiti 36 markah
ii. Kemantapan
36 markah
iii. Dinamik 36 markah
MARKAH PENUH

239 markah

CATATAN (2)
Platun-platun yang bertanding di
Peringkat Negeri dan Kebangsaan
boleh dianggotai oleh pelajarpelajar dari sebuah sekolah atau
gabungan beberapa buah sekolah
tetapi mereka hendaklah daripada
unit pakaian seragam yang sama.

LAMPIRAN
1. BORANG MARKAH Sekolah Rendah

2. Plan Litar Pertandingan Kawat


Sekolah Rendah

SEKIAN.
TERIMA KASIH

You might also like