Bab 1 Pengenalan Hubungan Etnik Di Malaysia

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PENGENALAN

HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA

Sejara
h
Sentime
n dan
Psikolog
i

Agama,
Sosial
dan
Budaya

Hubunga
n Etnik
di
Malaysia
Ekono
mi

Bahasa

Politik

Sejara
h

Sejarah berperanan mencorakkan bentuk, jenis dan


suasana hubungan etnik di negara ini.
Pelbagai kaum, etnik dan subetnik dalam wilayah
Nusantara bebas berhijrah dari satu kawasan ke
kawasan yang lain. Mereka berasal daripada
keturunan dan rumpun yang sama.
Proses interaksi antara kaum peribumi dan pedagang
asing berlaku melalui kegiatan perdagangan
khususnya di Melaka.
Perkahwinan campur berlaku antara penduduk
tempatan dengan kaum asing. Contoh: perkahwinan
antara Sultan Mansur Shah dan Puteri Hang Li Po.

Sejara
h

Perhubungan antara wilayah Nusantara dengan


Timur Tengah melalui aktiviti penyebaran agama
Islam.
Kontrak sosial permuafakatan pelbagai kaum
yang diterjemahkan dalam semangat
Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan
kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu
dan diberikan jus soli.
Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai
agama rasmi dan sistem beraja.

Agama,
Sosial
dan
Budaya

Kepelbagaian dari segi sosial, agama dan


budaya Melayu, Cina, India, orang Asli dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Takrifan Melayu seorang yang beragama Islam,
mengamalkan adat resam dan budaya Melayu
dan bertutur dalam bahasa Melayu.
Perbezaan agama dan budaya boleh menjadi
penghalang kepada interaksi antara kaum.

Agama,
Sosial
dan
Budaya

Agama Islam ialah agama persekutuan kerana ia


merupakan satu kontrak sosial yang perlu
diiktiraf oleh semua orang.
Agama lain bebas diamalkan oleh penganut
masing-masing.

Ini merupakan persepakatan antara pemimpin


kaum terbesar ketika perlembagaan digubal.

Ekono
mi

Sebelum merdeka, negara dijajah oleh penjajah


yang melaksanakan dasar pecah dan perintah.
Ini memperluas jurang perhubungan antara
kaum.
Demografi kependudukan ditentukan oleh
fungsi ekonomi atau sektor pekerjaan yang
diceburi oleh mereka.
Kaum Melayu tinggal di kampung dan
menjalankan kegiatan pertanian.
Kaum Cina terlibat dalam perniagaan dan
tinggal di bandar.
Kaum India bekerja di ladang dan estet sebagai
buruh.

Ekono
mi

Ketiadaan interaksi antara kaum menyebabkan


timbul rasa curiga dan menjadi halangan dlam
usaha memupuk persefahaman.
Kemuncak kepada keadaan ini ialah peristiwa
13 Mei 1969. Ia membawa kepada
pembentukan Dasar Ekonomi Baru yang
bertujuan membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat.
Peluang pendidikan juga diperluaskan kepada
semua golongan. Jurang ekonomi juga berjaya
dirapatkan.

Politi
k

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan


berdasarkan prinisip Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berperlembagaan.
Sistem demokrasi dan amalan pilihan raya
membenarkan kewujudan parti politik untuk
bertanding dalam pilihan raya.
Kebanyakan parti berasaskan kaum seperti
UMNO, MCA dan MIC. Walaupun begitu, partiparti ini membentuk gabungan dalam
permuafakatan politik iaitu parti Perikatan dan
mengamalkan konsep pengasingan kuasa.

Politi
k

Sejak pilihan raya pertama pada 1955,


gabungan parti-parti berasaskan kaum
menyertai pilihan raya sebagai Parti Perikatan
dan kemudiannya Barisan Nasional telah
memenangi 13 pilihan raya dan memerintah
negara sehingga sekarang.
Kaum-kaum di Tanah Melayu ketika itu memberi
dan menerima serta bertolak ansur dalam
perkara yang melibatkan perbezaan serta
berkorban untuk membina masyarakat yang
aman.
Keistimewaan yang diberikan kepada kaum
Melayu dan Bumiputera merupakan
permuafakatan politik antara kaum utama yang
terlibat dalam proses menuntut kemerdekaan.

Bahas
a

Bahasa merupakan identiti sesuatu bangsa dan


setiap kaum mempunyai bahasa pertuturan dan
persuratan tersendiri.
Faktor bahasa menjadi tembok yang memagari
hubungan antara kaum daripada berinteraksi.

Mengikut Perlembagaan, bahasa Melayu ialah


bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi manakala
bahasa lain masih boleh digunakan.

Bahas
a

Peruntukan Perkara 152 dalam Perlembagaan


Persekutuan:
1. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan
hendaklah ditulis dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang-undang oleh
Parlimen. Dengan syarat bahawa:
a. Tiada seorang pun boleh dilarang atau
dihalang menggunakan (selain bagi maksud
rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar,
apa-apa bahasa lain; dan
b. Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh
menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri untuk memelihara dan
meneruskan pengajian bahasa mana-mana
kaum.

Bahas
a

Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa


kebangsaan untuk menyatupadukan kaum-kaum
berlainan budaya dan bangsa.
Dengan menguasai bahasa Melayu, semua
kaum-kaum di Malaysia dapat berinteraksi
menggunakan satu bahasa.
Melalui bahasa, seluruh rakyat Malaysia dapat
membina jati diri mereka sebagai bangsa
Malaysia selari dengan ungkapan Bahasa Jiwa
Bangsa.

Sentim
en &
Psikolo
gi

Ini juga merupakan faktor penghalang kepada


proses pemupukan hubungan antara kaum
kerana ia bersifat dalaman yang sukar dikesan
dan dikikis.
Sentimen ialah perasaan dalaman yang
menyebabkan seseorang itu bersikap negatif,
tidak adil, diskriminasi, stereotaip dan
seumpamanya.
Sentimen boleh dikekang jika seseorang itu
dapat melihat sesuatu yang berlaku di
hadapannya dengan pemikiran dan sikap yang
waras, bijaksana, rasional dan positif.

Sentime
n&
Psikolog
i

Faktor psikologi yang dilandasi oleh stereotaip


dan prejudis yang wujud dalam diri individu
terhadap kaum lain boleh menyebabkan
kurangnya kepercayaan antara satu sama lain.
.
Masyarakat perlu disedarkan akan realiti
tempat mereka berada. Tiada kaum yang
boleh hidup sendirian tanpa memerlukan
kewujudan rakannya daripada kaum lain..
Setiap orang saling memerlukan antara satu
sama lain. Perkara sensitif oleh satu kaum
terhadap kaum lain perlu dihentikan. Begitu
juga tindakan provokasi dan tuntutan yang
bukan-bukan tanpa menjaga sensitiviti dan
sentimen kaum lain akan membawa padah.

You might also like