Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

BRAKE SYSTEM

PENGENALAN
Sistem brek direka untuk membenarkan pemandu memperlahankan serta
memberhentikan kenderaan.
Selinder induk disambungkan ke pedal brek yang diinjak oleh pemandu bagi
memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap pepasangan brek roda. Disini
daya hidraul digunakan untuk memaksa pad dalam pepasangan brek piring
menentang pusingan rotor atau menolak keluar kekasut brek menentang
pusingan gelendong brek.
Sistem brek letak/brek tangan kereta biasanya menggunakan kaedah mekanikal
dan dipasang pada roda belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda
kenderaan ketika meletakkan kenderaan ( parking ) atau membrek dalam
kecemasan.
Satu pengalak kuasa ( servo ) digunakan keatas selinder induk untuk menambah
kuasa ketika membrek.

KEGUNAAN

Untuk membolehkan kenderaan berhenti dengan segera


dan selamat
Untuk mengawal kenderan semasa dalam perjalanan
Untuk meletak kenderaan ditempat yang curam

SISTEMBREKYANGBAIKMESTILAH:

Boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki.


Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada setiap
masa.
Tidak boleh kehilangan kuasa brek.
Tidak berkehendakkan larasan yang kerap.
Sesuai untuk segala kelajuan,keberatan dan suhu.

JENIS-JENISSISTEMBREK

Mekanikal
Gabungan mekanikal dan hidraulik
Hidraulik
Angin (pneumatik)

Brek jenis disc


Brek jenis drum

JENIS-JENISBREK

BREK JENIS DISC


Biasanya digunakan ke atas roda hadapan
pada kebanyakan kereta dan ke empatempat roda bagi sesetengah kereta.
Satu disk dipasang ke hab roda dan
berputar sekali dengan tayar dan roda.
Apabila pemandu mengenakan brek,
tekanan hidraulik daripada selinder induk
digunakan untuk menolak lapik geseran
( pad ) melawan gerakan rotor kemudian
memberhentikannya.

Disk / Piring
Brek disk mempunyai permukaan yang licin pada kedua-dua belah
permukaannya.
Biasanya diperbuat dari besi tuangan. Ada juga yang dibuat padu dan ada
yang dibuat bersirip pendingin diantara permukaan brek

Pad Brek / Brake Pad


Pad brek digunakan bagi mencengkam disk semasa kenderaan
bergerak.
Pad brek biasanya diperbuat daripada campuran asbestos,
logam lembut dan damar.

Angkup Brek (Brake Caliper)


Angkup brek biasanya mempunyai dua jenis iaitu :1. Angkup tetap (Fix Caliper)
2. Angkup Apungan (Floating Caliper)

1. Angkup Tetap / Fix Caliper


Jenis angkup tetap biasanya
mempunyai 2 atau 4 piston
yang
dipasang
secara
bertentangan antara satu sama
lain.
Tiap-tiap silinder terdapat satu
sesendal (seal).
Sesendal ini berfungsi untuk
menghalang
minyak
brek
keluar dari silinder dan bersifat
menarik balik piston ke tempat

2. Angkup
Apungan
/
Floating
Caliper
. Angkup jenis apungan (floating)
mempunyai satu piston sahaja,
tetapi saiznya agak besar dari
saiz piston yang digunakan
pada angkup tetap.
. Angkup
brek
biasanya
digunakan bagi brek jenis disk
(piring).

BREK JENIS DRUM


Brek jenis gelondong biasanya digunakan pada

brek belakang kenderaan yang diadukan dengan


brek disk sebelah hadapannya.
Kereta lama biasanya gunakan keempat-empat
brek gelendong
Brek ini memberhentikan pusingan gelendong dan
roda melalui geseran di antara alas brek
gelendong.
Permukaan drum licin dan rata.Lining brek
dipasang pada kekasut supaya dapat bergesel
dengan drum.
Diantara kekasut brek terdapat silinder roda
(wheel cylinder) yang akan menolak kekasut brek
supaya bersentuhan dengan drum brek.

Drum/Gelendung Brek
Diperbuat daripada besi tuangan dan
aluminium atau besi tuangan dan keluli.
Besi tuangan digunakan sebagai permukaan
dalam drum sahaja.
Kebanyakkan drum brek sekarang
menggunakan jenis besi tuangan dan
keluli.Ini adalah kerana keluli lebih teguh dan
besi tuang pula tahan dan bermutu tinggi dan
dapat mengalirkan haba dengan cepat.
Semasa brek beroperasi, drum akan menjadi
panas, unutk mengalirkan haba yang
terbentuk itu ke udara biasanya permukaan
luar drum dibuat bersirip (tidak pada semua
kenderaan) dan rim roda yang berlubang
digunakan.

Silinder Roda / wheel cylinder


Ia digunakan dalam brek hidraul. Ia mengembangkan
kekasut brek keluar untuk membuat sentuhan dengan
gelendong, tekanan ini akan dikenakan apabila pedal
brek diinjak. Didalam silinder roda terdapat satu atau
2 piston dengan mangkuk getah(rubber cup).
Diantara piston tersebut dipasang spring. Spring ini
akan mengembalikan semula piston ketempat asal
selepas beroperasi.
Pada silinder juga terdapat skru penjujus (bleeding
screw) untuk tujuan membuang udara yang
terperangkap dalam sistem brek.
Pengadang habuk (dust cover) dipasang dibahagian
luar silinder bagi mengelakkan kekotoran masuk
kedalam silinder. Silinder roda (wheel cylinder)
biasanya digunakan untuk brek jenis gelendung
(drum).

Terdapat juga komponen-komponen lain seperti:Spring kembali (return spring ) - bertindak sebagai
menarik kekasut brek ketempat asal selepas pedal brek
dilepaskan.
Pelaras untuk melaras kelegaan antara lining dengan
permukaan drum atau untuk membuat perlarasan hand
brek.
Cemat pengunci untuk menetapkan/mengunci
kedudukan kekasut brek pada backing plat

PRINSIPPASCAL
Sisten Brek Jenis Hidraulik menggunakan Prinsip Paskal yang mana
didalam prinsip ini menyatakan 'cecair yang tertutup dapat memindahkan
tekanan yang sama pada semua arah tanpa menghilangkan kuasa yang
dihasilkan.Cecair tidak boleh dimampatkan dan tekanan pada keseluruhan
sistem adalah sama'.

KOMPONENBREKJENISHIDRAULIK
Bahagian-bahagian utama brek hidraulik adalah
seperti berikut:

Pedal brek
Silinder induk (master cylinder)
Saluran paip brek (brake pipe line)
Silinder roda (wheel cylinder)
Angkup brek (brake caliper)

MASTERCYLINDER@SILINDERINDUK

Silinder induk dibina dalam dua bahagian utama iaitu takungan dan satu badan silinder
induk.
Takungan disediakan bagi membekalkan bendalir brek untuk mengendalikan sistem
brek.

Pada bahagian silinder mengandungi piston yang dipasangkan penyendal utama


(primary rubber cup) dan penyendal pendua (secondary rubber cup).
Spring dipasang di hujung piston bagi membolehkan piston kembali ke asal selepas
membrek.
Injap pampasan(check valve) pula dipasang dihujung silinder bagi mengekalkan tekanan
didalam paip brek.
Dua liang keluaran disambungkan keroda menggunakan saluran paip brek.Satu gelang
snap dipasang supaya dapat menahan komponen dalam silinder dari keluar Dibahagian
luarnya pula terdapat pengadang habuk (dust cover) untuk mencegah kekotoran
daripada masuk ke dalam silinder.
Rod tunjal digunakan untuk menyambungkan tekanan dari pedal ke silinder induk.

MASTER CYLINDER @ SILINDER INDUK

SALURANPAIPBREK(BRAKEPIPELINE)DANHOSBOLEHLENTUR(FLEXIBLE
HOSE)

Paip brek dan hos boleh lentur dipasangkan pada sistem brek adalah untuk menghantar
cecair yang bertekanan tinggi ke angkup brek (caliper) dan silinder roda (wheel cylinder).
Umumnya hos boleh lentur dipasang pada roda hadapan.Ini disebabkan roda hadapan
bergerak turun dan naik.
Oleh kerana bendalir brek beroperasi dalam tekanan yang tinggi,paip dan hos brek
mestilah diperbuat dari bahan yang bermutu tinggi bagi mengelakkan kebocoran.
Paip brek diperbuat daripada steel tube yang dapat menahan karat dan tekanan tinggi.
Manakala hos boleh lentur diperbuat daripada getah campuran yang bermutu tinggi.

You might also like