Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

SUMBANGAN DAN HASIL

PENCAPAIAN TAMADUN
MELAYU TERHADAP
PERADABAN DUNIA
TOPIK 5

Asas tamadun Melayu adalah bersumberkan daripada bangsa

Melayu yang berteraskan kepada agama Islam, kebudayaan


Melayu dan bahasa Melayu.

Kedatangan agama Islam telah merubah tamadun Melayu

kepada tamadun Islam atau tamadun Melayu Islam.

Banyak unsur dalam tamadun Melayu dari segi intelektual

ilmu, penggunaan bahasa, amalan agama dan pola hidup


budaya telah berubah menjadi Islam sepenuhnya.

Bukti kegemilangan Melayu pada hari ini bersumberkan

daripada tamadun Islam.

Pencapaian tamadun Melayu terhadap peradaban dunia boleh

dilihat dari tiga aspek utama, iaitu agama dan kepercayaan,


keilmuan dan kebendaan.

PENCAPAIAN TAMADUN
MELAYU
Agama &
Agama, adat istiadat.
(Kepercyaan)spiritual
Keilmuan
(intelektual)

Pendidikan, perundangan, komunikasi,


bahasa, tulisan, persuratan, sastera,sains
dan teknologi, kemahiran pembuatan.

Kebendaan
(material)

Kerajaan, sistem peerintahan, ekonomi,


kemahiran pembuatan.

SUMBANGAN DALAM
PEMBENTUKAN KERAJAAN
DAN SISTEM PEMERINTAHAN
Tamadun Melayu kaya dengan pelbagai sumber sejarah melalui pelbagai

sumber dari penulisan hingga penemuan berbentuk arkeologi.

Negara bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politik atau kerajaan

Melayu sebelumnya.

Sistem berkerajaan Melayu kesinambungan dari beberapa buah kerajaan

atau pusat tamadun Melayu lama seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, JohorRiau dan Lingga.

Malaysia mengamalkan sistem beraja (monarki) melalui sistem

pentadbiran berparlimen dan berperlembagaan yang merangkumi seluruh


16 buah negeri.

Empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak

diperintah melalui Ketua Menteri dan Gabenor.

Kesemua negeri tersebut diletakkan di bawah Kerajaan

Persekutuan yang diketuai oleh Duli Yang Maha Mulia Yang diPertuan Agong.

Sistem pemerintahan raja berperlembagaan.


Perlembagaan Malaysia memaktubkan dua institusi beraja, iaitu

Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai


komponen penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen di
negara kita.

YDPA ketua utama negara yang mengetuai tiga buah badan dalam

kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan


perundangan (legislatif) dan badan kehakiman ( judiciary ).

Semua sistem pemerintahan dapat disepadukan, keadilan dapat

ditegakkan, agama Islam dapat dipelihara, budaya dan bahasa


yang datang daripada pelbagai kaum juga telah dapat disatukan.

Kesultanan Melayu inilah menjadi tunjang utama dalam

kelangsungan tamadun Melayu hingga sekarang.

Susur-galur sistem pemerintahan di bahagian selatan Tanah

Melayu bermula melalui kerajaan Islam Palembang, Pasai,


Acheh dan Riau di Tanah Melayu.

Utara Tanah Melayu dimulai dengan kerajaan Islam Patani.


Sistem pentadbiran berasaskan syariat Islam.
Penemuan batu bersurat dan makam para raja atau sultan

yang bertulisan Arab.

Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka yang

juga mengamalkan perundangan syariat Islam.

Kedah telah menerima pengaruh kerajaan Islam Patani

melalui Undang-undang Kedah.

Tersebar di Kerajaan Kesultanan Melayu Perak melalui sistem

pentadbiran yang diberi nama al-Asmaullah.

Undang-undang 99 oleh kerajaan Melayu Pahang.

SUMBANGAN DALAM
BIDANG EKONOMI
Pelabuhan Melaka, Acheh dan lain-lain di rantau alam Melayu telah berjaya

menggerakkan sistem perekonomian masyarakat Melayu hingga terkenal.

Kekayaan dan kemakmuran ekonomi kerajaan Melayu Melaka telah

menjadi faktor utama penaklukan Portugis ke atas Melaka.

Awal perdagangan, pelabuhan dikuasai sepenuhnya oleh masyarakat

Melayu Melaka yang dibuat secara mikro perdagangan.

Perekonomian makro hasil aktiviti perdagangan Melaka mula menjalankan

kegiatan import dan eksport melalui kedatangan para pedagang luar.

Ditadbir urus oleh Sultan Muzaffar Shah yang telah menubuhkan satu

jawatankuasa khas.

Mengawasi semua laluan dan aktiviti perdagangan kota Melaka melalui

Datuk Shah Bandar yang memperkenalkan sistem kutipan cukai serta


peraturan perniagaaan yang lain.

Menjalankan perniagaan domestik melalui hasil pertanian,

ternakan, perikanan, barangan tembaga, emas, kraf, kayu,


gaharu dan rempah ratus.

Warga desa bermigrasi ke bandar yang berpusat di kota

Melaka.

Pertambahan penduduk kota menyebabkan Sultan Melaka

menyediakan prasarana yang selengkapnya seperti jalan,


sistem pengairan, perumahan dan sebagainya.

dididik dengan hidup menurut peraturan dan undang-undang

yang merupakan sebahagian daripada cara hidup bertamadun.

Sultan Muzaffar Shah memperkenalkan penggunaan mata

wang menggantikan sistem barter.

Antara mata wang yang telah digunakan ialah mata wang

Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu Acheh


Darussalam.

SUMBANGAN DALAM
BIDANG PENDIDIKAN
Selepas kedatangan Islam, sistem pendidikan di Tanah Melayu

mula menampakkan ciriciri pendidikan yang tersusun.

Berkembang dari istana ke rumah ulama atau rumah tok guru,

masjid, pondok dan madrasah.

Kebijaksanaan para pendakwah dari negara Arab dapat

menyebarkan agama Islam.

Sultan yang terlebih dahulu memeluk Islam.


Oleh sebab itu sistem pendidikan Islam yang mula bertapak di

istana akan tersebar kepada sekalian rakyat melalui teori


domino tersebut.

Pendidikan informal dibuat secara tradisional melalui pantun, syair,

hikayat, gurindam, seloka, nazam dan sebagainya.

Pendidikan formal pula dibuat secara lebih bersistematik melalui

institusi pondok dan madrasah.

Kurikulumnya memfokuskan kepada bidang pendidikan Islam seperti

tauhid, fikah, akhlak, tafsir dan sejarah Islam.

Pendidikan Melayu yang berteraskan pendidikan Islam berkembang

maju apabila sultan mengetuai sistem pendidikan dalam sesebuah


negeri.

Sultan Melaka telah membuka sistem pendidikan melalui pengajian di

istana disamping memperkenalkan sistem gaji melalui bayaran upah


mengajar di rumah tok guru, masjid, pondok dan madrasah.

Banyak kitab agama berbahasa Arab telah diterjemahkan ke dalam

bahasa Melayu melalui tulisan Jawi-Arab.

Melahirkan ramai golongan intelektual Melayu yang berperanan

membantu kerancakan, kematangan dan penerusan dalam memberi


ilmu pengetahuan kepada masyarakat Melayu.

Intelek Melayu yang tercatat dalam sejarah ialah Hamzah Fansuri,

Shamsuddin al-Sumaterai, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Abdul


Samad al-Palembani, Yusuf Tajul Khalwati Makasar, Muhamad Nafis alBanjari, Muhamad Arsyad al-Banjari, Daud al-Fatani dan keturunannya.

Intelektual Melayu inilah yang telah melahirkan karya dan naskhah Melayu

atau manuskrip Melayu.

Merangkumi segala aspek kehidupan masyarakat seperti perubatan, ilmu

falak (astronomi), undang-undang, pemerintahan (ketatanegaraan),


pertanian, pengetahuan Islam, sejarah Melayu dan kemasyarakatan.

Naskhah perubatan, naskhah undang-undang, naskhah ketatanegaraan,

naskhah pertanian berjudul dan naskhah agama Islam.

Ditulis dengan menggunakan tulisan jawi yang berteraskan 30 aksara arab

dengan beberapa penambahan enam abjad Melayu.

Naskhah Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi kerana penulis dan

penyalin memaparkan daya kreatif semasa menghasilkan karya.

Adanya ilustrasi dan seni hias pada naskhah Melayu.


Mempunyai keunikan yang menampakkan identiti bangsa Melayu.

SUMBANGAN DALAM
BIDANG PERUNDANGAN
Paling awal dikesan adalah melalui perundangan adat

Melayu dan perundangan Islam (hukum syarak).

Prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di

Sungai Teresat, Kuala Berang, Terengganu.

Undang-undang Pahang yang disusun pada zaman

pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah


(tahun 1592 hingga 1614).

Dipengaruhi oleh Undang-undang Melaka, Hukum Kanun

Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Adat Perpatih dan


Adat Temenggong juga telah dijadikan sistem
perundangan di Melaka pada masa itu.

HASIL PENCAPAIAN DALAM


FAHAMAN BERAGAMA DAN
ADAT
ISTIADAT
Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu turut memantapkan adat

istiadat Melayu selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Islam dan adat Melayu secara khususnya telah menjadi salah satu

struktur yang saling melengkapi dan berintegrasi ke wadah


kemelayuan.

Islam terus menjadi faktor identiti Melayu.


Pentakrifan Melayu ini telah diletakkan dalam Perlembagaan

Persekutuan yang merujuk takrifan Melayu dari sudut undangundang dalam perlembagaan.

Islam menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu.


Termaktub Perlembagaan Persekutuan bahawa orang Islam menjadi

ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia.

HASIL PENCAPAIAN DALAM


BIDANG KOMUNIKASI
Komunikasi di alam Melayu dijalinkan melalui hubungan diplomatik

antara pelbagai negara di samping perdagangan dan interaksi budaya.

Menghubungkan perpaduan dan penyampaian sistem maklumat

secara berkesan untuk mengukuhkan ikatan pelbagai bangsa dan


negara di alam Melayu.

Bahasa perantara (lingua franca) Bahasa Melayu.


Ilmu persuratan yang dapat dikuasai dengan baik melalui tulisan Jawi-

Arab oleh para pemerintah Melayu telah dapat menghubungkan


antara kerajaan Melayu Islam.

Penyampaian sistem komunikasi dibuat melalui perutusan surat antara

kerajaan kepada kerajaan.

HASIL PENCAPAIAN DALAM BIDANG BAHASA,


TULISAN PERSURATAN DAN SASTERA
Bahasa ialah medium yang sentiasa berkembang dan berubah.
Pengaruh Islam sangat dominan menerap masuk ke dalam bahasa Melayu

sehingga dan menjadikan kosa kata bahasa Melayu lebih meluas.

Segi penulisan, bahasa Melayu bermula dengan penggunaan skrip Sanskrit

(Pahlawi) seterusnya bertukar kepada penulisan dalam skrip Arab (Jawi).

Tulisan Jawi telah diperkenalkan dan digunakan oleh orang Melayu sejak

zaman Melaka pada abad ke-14.

Perkembangan bidang persuratan Melayu boleh dibahagikan kepada

beberapa bahagian :

sastera rakyat Melayu


sastera pengaruh Jawa
sastera Hindu
sastera pengaruh Islam

Hubungan komunikasi dibuat melalui

perkahwinan.
Medium komunikasi yang sangat berkesan
pada masa itu dibuat melalui surat menyurat.
Kerajaan Melayu telah mengadakan interaksi
komunikasi dengan orang bukan Melayu
khususnya kuasa Eropah.

Sastera Melayu berbentuk prosa dan puisi dapat dilihat dalam

naskhah Melayu.

Prosa merupakan karya dalam bentuk esei atau karangan

untuk menjelaskan satu perkara.

Puisi pula merupakan karya yang memaparkan kemahiran

bahasa dan penggunaan bahasa yang indah melalui rima


bunyi yang tertentu.

Puisi Melayu terdiri daripada beberapa genre.


Syair, pantun, gurindam, seloka, nazam dan sajak.

HASIL PENCAPAIAN DALAM


BIDANG KEMAHIRAN
PEMBUATAN

Masyarakat Melayu terkenal dengan pelbagai kemahiran pembuatan

barang keperluan.

Hasil kemahiran disematkan nilai falsafah Melayu yang berteras

kepada agama Islam.

Dipenuhi dengan nilai estetika yang tinggi.


Kemahiran membuat rumah memberi identiti pada rumah Melayu.
o Bumbung seperti bumbung limas
o Kepelbagaian ruang: ruang induk atau ruang ibu, ruang tengah,

ruang dapur dan serambi atau beranda


o Rumah panggung yang dilengkapi dengan seni hias pada tingkap,
dinding, atap dan lain-lain
o Peralatan kelengkapan rumah.

Masyarakat Melayu awal bijak mengolah tanah liat untuk

menghasilkan keperluan rumah.

Hasil kreativiti dan inovasi yang diusahakan oleh titik peluh sendiri.
Bekerjasama dan berganding bahu menghasilkan keperluan harian.
Satu lagi penciptaan masyarakat Melayu adalah dalam mereka cipta

bentuk fesyen pakaian.

Fesyen pereka Melayu jelas memaparkan identiti dan jati diri bangsa

Melayu, contoh yang jelas adalah seperti baju kurung, baju Melayu,
kebaya dan busana Muslim.

Masyarakat Melayu juga bijak menggunakan tumbuhan di sekeliling

mereka bagi menghasilkan peralatan menulis.

HASIL PENCAPAIAN DALAM


BIDANG KESENIAN
Masyarakat Melayu ialah satu bangsa yang sangat kreatif

dengan penghasilan yang bercirikan nilai estetika.

Rekaan seni yang dibuat daripada logam seperti emas,

tembaga dan koper juga ukiran kayu.

Masyarakat Melayu setanding dengan seni bina bangsa lain

dalam membina tamadun mereka.

Seni ukiran yang diilhamkan oleh masyarakat Melayu dapat

dilihat melalui ukiran batu nisan yang bermotifkan geometri


dengan adunan seni tulisan khat.

HASIL PENCAPAIAN DALAM


SAINS DAN TEKNOLOGI
Masyarakat Melayu telah banyak menghasilkan inovasi sebagai

manifestasi keperluan dalam kehidupan mereka.

Pelbagai peralatan dicipta sama ada untuk bidang pertanian dan

perikanan.

Contohnya, terdiri daripada parang, cangkul, tajak dan sabit

digunakan bagi memudahkan kerja pertanian.

Peralatan bagi menangkap ikan pula adalah seperti bubu, jala, rawa

dan rawan.

You might also like