Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 46

Tajuk 4: Ketaksamaan

Peluang Pendidikan
Hasil Pembelajaran:
1. Menghuraikan konsep ketidaksamaan
peluang pendidikan
2. Mengenal pasti unsur yang menghasilkan
peluang pendidikan yang tidak sama
3. Menganalisis isu-isu tentang peluang
pendidikan bagi semua murid, khususnya
bagi murid orang Asli, penduduk
peribumi dan penduduk dalaman

Pengenalan
merapatkan jurang pendidikan, yang
merangkumi jurang antara bandar dan
luar bandar; jurang antara yang miskin
dengan yang kaya; jurang digital dan
jurang antara mereka yang
berkeperluan khas; agar tidak ada
sebarang golongan yang tercicir dari
arus pembangunan negara.
YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein
Perutusan Tahun Baru 2006

Pengenalan
Ketaksamaan peluang pendidikan
merupakan isu yang hangat
diperbincangkan
Isu ini merangsang banyak kajian seperti
kesan sekolah, ketaksamaan ras dalam
pencapaian akademik dan lain-lain
Coleman (1966) mendapati latar belakang
keluarga menyebabkan jurang pencapaian
dalam pendidikan
Dasar Ekonomi Baru (1970 1990) banyak
merancang program merapatkan jurang
perbezaan

Konsep Ketaksamaan
Peluang Pendidikan
Merujuk kepada peluang pendidikan tidak sama
rata untuk semua penduduk
Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan peluang
pendidikan mungkin disebabkan oleh faktor-faktor
kedudukan sekolah, latar belakang pelajar, status
sosioekonomi, pencapaian akademik, minat pelajar,
peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa

REFLEKSI
Berdasarkan pengalaman anda di
sekolah, beri contoh antara anda dan
rakan anda dari segi prospek pendidikan
setelah tamat pendidikan menengah?
Adakah kesan negatif atau positif? Jika
negatif, bagaimana anda menangani
perkara tersebut?

Unsur-unsur Pewujudan
Ketaksamaan Peluang
Pendidikan
Kelas sosial
Jantina
Kumpulan minoriti
Kumpulan berkeperluan khas

Aktiviti Perbincangan
Apakah yang anda faham tentang

kelas sosial?
Bagaimana kelompok dalam
masyarakat dibezakan kelas sosial
mereka?
Bagaimanakah kelas sosial
mewujudkan ketaksamaan
pendidikan di negara kita?

Kelas Sosial
Stalcup (1968) Kelas sosial sebagai lapisan dalam
masyarakat
Meighan (1986) menggambarkan perbezaan cara
hidup atau pendapatan
Karl Marx membahagikan masyarakat kepada
golongan Bourgeoisie; iaitu kelas yang memiliki
punca pengeluaran, dan Prolitariat; golongan yang
mempunyai tenaga kerja sahaja
Ahli Sosiologi pula merujuk kelas sosial sebagai
kelompok individu yang mempunyai kedudukan
yang sama dalam sistem ekonomi

5 Kelas Sosial menurut Max


Weber
Golongan Atasan atau orang kaya
dan ahli korporat
Kumpulan pertengahan atasan yang
berpendapatan tinggi, profesional
dan mempunyai jawatan baik dalam
organisasi
Kumpulan pertengahan bawah
Kumpulan pekerja (Pekerja kolar biru)
Golongan meskin

Perbincangan
Berdasarkan kelas sosial Max

Weber, jelaskan ciri-ciri lima


golongan tersebut
Golongan manakah mementingkan
pendidikan untuk anak-anak
mereka?
Jelaskan kesan kelas sosial kepada
masyarakat?

Kelas Sosial di Malaysia


Unit Perancang Ekonomi (2001)
membahagikan penduduk negara seperti
Berikut:
Golongan berpendapatan tinggi
(melebihi RM3500)
Golongan berpendapatan sederhana
(antara RM1500 RM3500)
Golongan berpendapatan rendah
(bawah RM1500)

Bagaimana wujud ketaksamaan


Peluang Pendidikan?
Golongan berpendapatan tinggi:
Akses kepada pilihan dan peluang
pendidikan di dalam atau di luar negara
Dapat menyediakan tuisyen atau kelas
tambahan
Menyediakan komputer dan bahan
pembelajaran
Kesihatan melalui penjagaan
pemakanan

Bagaimana wujud ketidaksamaan


pendidikan
Golongan berpendapatan rendah:
Tidak mempunyai akses kepada
pendidikan bermutu seperti di luar negeri
atau swasta
Jurang digitan berlaku sebab tidak dapat
menyediakan komputer
Pemerolehan maklumat terbatas sebab
tiada kemudahan internet
Pemakanan yang kurang seimbang dan
boleh menjejaskan kesihatan

Perbincangan
Dalam konteks Malaysia sejauh

manakah ketidaksamaan peluang


pendidikan wujud dalam kelas sosial?
Cuba anda buat renungkan tentang
punca-punca ketaksamaan peluang
pendidikan yang mungkin anda
hadapi apabila berada di sekolah
nanti.

JANTINA
Jurang jantina agak ketara di mana
kebanyakan negara hampir 81%
perempuan mendaftar disekolah
berbanding 86% lelaki
Di Kemboja kemasukan di sekolah ialah
19% perempuan berbanding 30% lelaki
Papua New Guinea, 21% perempuan,
27% lelaki
Malaysia, Filipina 65% perempuan, 54%
lelaki belajar peringkat menengah

% perempuan kurang
sebab:
Ketiadaan keselamatan ulang alik ke
sekolah
Bias jantina dalam buku teks dan bahan
pengajaran
Perempuan lebih kepada kerja demostik
Persaingan sengit dengan lelaki
Kurikulum lebih cenderung kepada
lelaki

Bagaimana mengimbangi
ketaksamaan peluang
pendidikan
Amalan Pedagogi harus berubah supaya peka
terhadap jantina di bilik darjah
Guru perlu ubah persepsi terhadap jantina
Tanggapan perempuan kurang minat Sains dan
Matematik dapat dikikis
Perbezaan gaya pembelajaran antara jantina
di kenal pasti
Penaksiran yang boleh merangsang
pembelajaran bukanmemilih pencapaian yang
lemah

Peranan Guru dalam Penaksiran


Tambah pelbagai jenis soalan
dalam item ujian
Guna pelbagai jenis soalan
Imbangkan kaedah penaksiran
seperti tugasan kumpulan dan
individu, lisan dan bertulis
Semak semula ujian supaya bebas
drp memihak kepada satu jantina

Perbincangan
Merujuk kepada kurikulum bidang
pengajian anda, cuba analisis
sama ada berlaku ketidaksamaan
dari segi jantina?
Anda adalah guru permulaan di
sekolah. Bagaimana anda
menyediakan satu set kertas
soalan yang tidak memihak
kepada mana-mana jantina?

Kumpulan Minoriti
Merujuk kepada golongan kecil orang yang sama

keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang


tinggal di sebuah tempat yang majoriti
penduduknya berlainan keturunan, agama dan
sebagainya (Kamus Dewan, 2007)
Orang Asli adalah kumpulan minoriti sebab
bilangannya 141230 orang
Kedudukan dalam kawasan terpencil menyebabkan
mereka terpinggir dalam kebanyakan aspek
Mereka terus ketinggalan daripada arus perdana
sebab kelainan dari segi fizikal, ekonomi, budaya
dan tingkah laku

Sebab-sebab Berlaku
Ketidaksamaan Pendidikan
Lokasi tempat tinggal
Perhubungan dan pengangkutan
Infrastruktur
Kemudahan asas
Kelengkapan sekolah

Akibatnya
Kadar keciciran yang tinggi
Jurang pencapaian murid adalah
besar berbanding kumpulan
majoriti
Jurang digital yang luas

Kumpulan Minoriti di
Sekolah
SKJ(C) dan SKJ(T) kumpulan minoriti pula ialah
orang Melayu
Di SK kumpulan minoriti ialah orang Cina dan
India
Sekolah perlu peka supaya kumpulan minoriti
tidak terpinggir
Peluang sama rata harus diberikan untuk
pencapaian matlamat
Guru harus berperanan supaya dapat
menyesuaikan kurikulum supaya mesra
budaya

Perbincangan
Melalui perbincangan koperatif iaitu
meja
Bulat, imbas kembali aspek yang
dilakukan oleh guru anda dalam
menangani ketaksamaan peluang
pendidikan di bilik darjah yang terdiri
daripada kumpulan minoriti.

Kumpulan Berkeperluan
Khas
Merujuk kepada kanak-kanak istimewa (luar
biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani,
sosial ayau emosi)
Dikatakan istimewa sebab ibu bapa
menumpukan perhatian yang lebih berbanding
kanak-kanak normal
Contoh: murid yang menghadapi penyakit
autisme, sindrom down, disleksia, cerebral
palsy, cacat pendengaran dan penglihatan,
pintar cerdas, kecelaruan tingkah laku dan lainlain.
Kumpulan ini memerlukan pendidikan khas

Ketaksamaan peluang pendidikan


Wujud kekurangan peluang untuk belajar pada
abad ke-19
Sekolah Rendah Alma (St. Nicholas), Sekolah
Puteri Elizabeth adalah sekolah paling awal
menyediakan peluang pendidikan bagi kanakkanak kurang upaya penglihatan
Peringkat awal kemudahan pendidikan peringkat
rendah sahaja
Mulai 1962 pendidikan peringkat menengah
diberikan
Sebelum merdeka tanggungjawab pendidikan
dipikul oleh pertubuhan sukarela

Sambungan
Selepas merdeka kerajaan melibatkan diri
secara langsung melalui Akta Pelajaran 1961
Sekolah Pendidikan Khas (SPK) disediakan
untuk murid berkeperluan khas
KPM menyediakan program Pendidikan Khas
Integrasi serta pendidikan inklusif dalam
sekolah biasa
Selaras dengan hasrat antarabangsa
Education for All, ketaksamaan peluang
pendidikan dapat dikurangkan

Merapatkan ketaksamaan
pendidikan bagi Murid Berkeperluan
Khas
Kemudahan sekolah dan peralatan khas
diubahsuai mengikut tahap dan jenis kecacatan.
Peralatan sukan, makmal sains, TMK disediakan
Guru dilatih khusus untuk murid berkeperluan khas
untuk menangani masalah pembelajaran murid
Penggunaan kurikulum yang bersesuaian dengan
murid berkeperluan khas
KPM menyediakan program Pendidikan Khas
Integrasi, kelas inklusif, Kia2M, pemulihan khas,
Gerak Gempur 3M PROTIM (Program pemulihan
3M)

Isu-isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan


Murid Orang Asli, Peribumi dan Murid di
Pedalaman
Siapakah orang Asli?
Akta Orang Asli (Akta 134) semakan 1974
mentakrif orang Asli sebagai:
Mana-mana bapanya ialah ahli daripada
kumpulan etnik orang Asli dan lazimnya mengikut
cara hidup orang Asli, adat dan kepercayaan
orang Asli, termasuklah keturunan lelaki itu.
Mana-mana orang daripada mana-mana kaum
yang diambil sebagai anak angkat semasa budak
oleh orang Asli dan telah dibesarkan sebagai
orang Asli

Orang Asli

Anak daripada penyatuan antara seorang perempuan orang Asli


dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat
bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa orang Asli,
lazimnya mengikut cara hidup orang Asli serta adat dan
kepercayaan orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada
masyarakat orang Asli
Mana-mana orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada
kepercayaan orang Asli oleh kerana dia telah memeluk manamana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia
masih mengikut cara hidup orang Asli dan adat orang Asli atau
bercakap bahasa orang Aslitidak boleh disifatkan sebagai tidak
lagi menjadi orang Asli semata-mata oleh sebab dia
mengamalkan agama itu

Orang Asli Malaysia


Keturunan manusia Austranesian awal
Banci penduduk JHEOA 2004:

- 141,230 0rang
- 3 kumpulan utama iaitu Melayu
Proto,
Negrito dan Senoi
- 18 suku kaum
- Ekonomi pertanian dan sara diri

Taburan Penduduk Orang


Asli
Suku kaum Negrito di pedalaman negeri

Perak dan Kelantan. Sebahagiannya


hidup secara nomad
Suku Kaum Senoi di lereng banjaran
Titiwangsa pedalaman Perak, Kelantan
dan Pahang
Suku kaum Melayu Proto hidup
berhampiran kampung tradisional Melayu
di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan
Johor

Isu ketaksamaan Peluang


Pendidikan
Infrastuktur pendidikan yang kurang

lengkap
Kemudahan bekalan elektrik, air bersih dan
jalan
Sekolah dan Bilik darjah kurang kondusif
Kadar keciciran yang tinggi
Prestasi pencapaian pelajar sangat rendah
Ketidakhadiran murid ke sekolah
Sikap tidak ambil berat ibu bapa

Isu Keciciran
Ketidakhadiran murid ke sekolah sangat
tinggi sebab:
Kesedaran ibu bapa terhadap
pendidikan
Lebih pentingkan kehidupan harian.
Anak perempuan jaga adik. Anak
Lelaki tolong mencari nafkah
(Kadar keciciran 45% Buta huruf 49.2%)

Isu Kurang Prestasi Murid


Minat yang rendah dalam pelajaran
Kurang persaingan yang sihat
Kadar buta huruf yang tinggi di
kalangan penduduk dewasa
Tiada pengetahuan bidang perniagaan
Keadaan hidup yang dhaif dan meskin

Sebab Kurang Minat


Belajar
i) Perwatakan orang Asli:
rendah diri
malu
pasif
tidak suka dipaksa melakukan sesuatu
sensitif
suka kebebasan bergerak
suka aktiviti fizikal

Sebab Kurang Minat


Belajar
ii) Mental
Kurang berdaya tahan
Ingatan yang singkat
Cepat jemu
Kurang menghayati kepentingan

pendidikan
Tahap kesedaran yang rendah
terhadap pendidikan

Masalah Pendidikan Di
Kalangan Orang Asli
Penggunaan bahasa yang kurang
difahami
Kurikulum atau bahan pengajaran
tidak berkaitan dan bermakna kepada
kehidupan mereka
Mengutamakan peristiwa dan gaya
kehidupan yang memberikan hak
kebebasan tanpa kawalan tentang
kehadiran

Masalah
Tidak suka terikat kepada rutin seperti rutin

bilik darjah
Jarak tempat tinggal dari sekolah yang jauh
Kurang kemudahan pengangkutan
Ibu bapa meskin dan tidak berkemampuan
Makanan seimbang tidak disediakan
Ibu bapa tiada pendidikan tidak dapat
memberi bimbingan
Orang Asli tidak dapat melihat hubung kait
antara pelajaran dengan kehidupan seharian

Refleksi
1. Apakah aspek-aspek yang perlu

diambil kira dalam pembentukan


kurikulum pendidikan orang Asli?
2. Cadangkan beberapa cara untuk
meningkatkan harga diri dan minat
belajar orang Asli
3. Cadangkan bagaimana usaha
untuk merapatkan jurang
pendidikan di kalangan orang Asli

Siapakah Masyarakat
Peribumi?
Kamus Dewan (2007) peribumi diertikan

sebagai penduduk asli dan juga bumiputera


Hasan Mat Nor (1998) peribumi adalah
golongan Bumiputera dan orang Asli
Umumnya masyarakat peribumi tinggal jauh di
pedalaman, agak ter pencil, kurang terdedah
kepada arus pendidikan, terikat kepada
kehidupan tradisional dan kurang mnerima
perubahan

Isu Ketaksamaan Peluang


Pendidikan
Jurang pencapaian murid
Jurang digital
Kekurangan infrastruktur dan
kemudahan asas
Sistem perhubungan kurang baik
Kadar keciciran tinggi (62%)
Motivasi murid rendah
Tidak minat bersekolah

Isu Ketaksamaan Peluang


Pendidikan Murid
Pedalaman
Kurang kemudahan asas seperti bekalan elektrik,

telefon, mesin faks, bekalan air bersih.


Kekurangan guru terlatih mengikut bidang
GSTT masih ramai di sekolah pedalaman
Ibu bapa kurang mampu membantu sekolah
Jurang digital, akses kepada TMK
Sekolah Kurang Murid (SKM)- sekolah amat daif,
kekurangankelengkapan, tiada guru besar dan guru
yang mencukupi, peruntukan kewangan yang tidak
mencukupi setanding dengan sekolah rendah yang
lain

Usaha KPM
Meningkatkan kadar penyertaan murid

pada peringkat rendah


Memantabkan kualiti guru
Meningkatkan infrastruktur sekolah
tanpa mengira lokasi
Meningkatkan kualiti proses P&P
Pembelajaran melalui pengintegrasian
TMK

Refleksi
Anda adalah guru permulaan di
sekolah
pedalaman. Fikirkan cara-cara yang
boleh
anda gunakan untuk mengurangkan
jurang digital di sekolah anda.

RUMUSAN
Ketaksamaan peluang pendidikan amat

ketara dari aspek kelas sosial, jantina


serta kumpulan etnik orang Asli dan
pedalaman
Faktor geografi, taraf sosioekonomi dan
pegangan budaya tradisional adalah
antara sebab-sebab mengapa
ketaksamaan peluang pendidikan wujud
Usaha KPM dapat mengurangkan
ketaksamaan peluang pendidikan

You might also like