Kaedah Holistik - Fatin, Farizah, Adibah

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

KAEDAH

HOLISTIK
FA T I N N A B I L A H B I N T I A B D U L L A H
FA R I Z A H B I N T I M A N S O R
ADIBAH AQILAH BINTI MOHD ADIB

PENGENALAN
Terdapat dua bentuk ujian yang diberikan kepada murid:
Kertas objektif
Bentuk esei

Kedua-dua bentuk ujian ini memerlukan semakan


jawapan yang berbeza.
Objektif- OMR
Esei ditulis oleh murid

OMR lebih mudah disemak dan diproses menggunakan


mesin khusus memproses kertas jawapan OMR
Esei, memerlukan guru memeriksa dengan teliti dan
tidak boleh disemak oleh sesiapa kecuali guru-guru yang
pakar dalam sesuatu mata pelajaran berkenaan.

Pemarkahan berbentuk esei boleh dijadikan alat


pengukuran yang berkesan jika dilengkapi dgn Panduan
Memberi Markah (PMM).
PMM perlu diperiksa oleh pemeriksa yang cekap dan ada
penyelarasan antara pemeriksa.
Kecekapan dan keselarasan pemeriksa adalah perkara
mesti, jika ujian itu ialah ujian pencapaian dan
pemeriksanya lebih seorang.
PMM juga adalah salah satu perkara MESTI bagi soalan
esei walaupun pemeriksanya hanya seorang.
Faktor di luar dan di dalam diri si pemeriksa itu sentiasa
sahaja mempengaruhi kebolehpercayaan pemarkahan.

KRITERIA PENGUKURAN DAN PENILAIAN


Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan jawapan esei berkait rapat
dengan tujuan dan tugasan soalan.
Kriteria tersebut terbahagi tiga:
Kriteria isi kandungan
Kriteria pengolahan
Kriteria proses

KRITERIA ISI KANDUNGAN


Merujuk kepada penguasaan maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut
kehendak soalan
PSV - memahami kehendak tugasan, boleh melukis dan mampu mengolah
idea secara kreatif

KRITERIA PENGOLAHAN
Merujuk kepada kemahiran menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara
logik dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat.
PSV- boleh mengolah motif secara mendalam dan kreatif
PSV- mahir mempelbagaikan penggunaan alat dan bahan

KRITERIA PROSES
Merujuk kepada aspek ketepatan, kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan,
keaslian dan kreativiti dalam teknik penulisan.
PSV - berupaya mempelbagaikan teknik dan proses secara kreatif dan
sistematik
PSV - berkebolehan menghasilkan projek / artifak mengikut spesifikasi dan
berkualiti

PEMARKAHAN HOLISTIK
Pemarkahan holistik ialah skema yang disediakan secara umum sebagai
panduan untuk memberi markah kepada jawapan murid.
Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya
diberi berdasarkan kepada impresi.
Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu
jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelaskan pencapaian mengikut
kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu
soalan.

Pemeriksaan secara holistik memerlukan pemeriksa yang berpengalaman


dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran tertentu
Pemarkahan holistik boleh dikelaskan kepada 6 kriteria berdasarkan markah
0 sehingga 6.
Kaedah yang lazim digunakan untuk pemarkahan holistik ialah ialah kaedah
ordinal dan nominal.

Markah

Kriteria

CEMERLANG

Semasa perbincangan, idea-idea yang dilontarkan adalah bernas

21-30 markah

dan murid menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Murid juga


bijak dalam mengendalikan perbincangan kumpulan dan
mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberi maklum balas
serta berrkongsi maklumat. Kualiti kerja berkumpulan juga adalah
baik serta mempamerkan kemahiran pemikiran analitikal yang tinggi

BAIK
11-20 Markah

Semasa perbincangan , murid tidak selalu menyumbang idea yang


bernas namun tetap berfungsi sebagai ahli kumpulan yang baik
dalam menjalankan tugas yang diberikan. Walau bagaimanapun,
kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit kemahiran
berfikir secara kritikal di alam hasil kerja

LEMAH
0-10 Markah

Semasa perbincangan, murid jarang menyumbang idea bernas dan


lebih banyak mendiamkan diri serta kurang memberikan kerjasama
dengan ahli yang lain. Kualiti kerja juga adalah rendah tanpa
sebarang aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal

KAEDAH ORDINAL
Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan kaedah
ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
Memeriksa setiap skrip jawaapn murid secara keseluruhan
Menyusun skrip2 jawapan murid mengikut prestasinya prestasi terbaik
diletakkan di atas, prestasi tidak baik diletakkan di bawah
Menentukan berapa peratus murid yang patut diberi gred A, B, C, D, E dan
sebagainya
Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan
peratusan murid yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred

KAEDAH NOMINAL
Pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal,
pemeriksa perlu mengikuti langkah2 berikut:
Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama ada
menggunakan markah atau gred.
Gred A- cemerlang, B-Kepujian, C- lulus, D- gagal. Gred
berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan dan
kriteria proses
Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip sekali
lalu untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap
jawapan murid berdasarkan 3 kriteria tadi
Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali
kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai
diberikan kepada skrip tersebut berdasarkan skema
pemarkahan yang disediakan
Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk
membuat pengubahsuaian, jika ada pada gred-gred yang
telah diberikan.

SKEMA PEMARKAHAN HOLISTIK


GRED/MARKAH

CIRI JAWAPAN

Gred A
75%- 100%

pemilihan tema yang sgt tepat dalam menghasilkan


kolaj. Pemilihan bahan untuk menghasilkan kolaj
mempunyai kepelbagaian dari bahan alam semula
jadi dan alam benda serta mempunyai warna asas,
sekunder dan tertier yang sgt menarik. Susunan
bahan juga sgt kemas dan teratur serta
mempamerkan kualiti kerja yang sgt baik

Gred B
60%-74%

pemilihan tema yang tepat dalam menghasilkan


kolaj. Pemilihan bahan untuk menghasilkan kolaj
mempunyai bahan alam semula jadi dan mempunyai
warna asas dan warna sekunder yang menarik.
Susunan bahan kemas dan teratur serta
mempamerkan kualiti kerja baik

Gred C
40%-59%

pemilihan tema yang sederhana tepat dalam


menghasilkan kolaj. Pemilihan bahan untuk
menghasilkan kolaj mempunyai bahan alam benda
dan warna sekunder sahaja. Susunan bahan
sederhana kemas dan teratur serta mempamerkan
kualiti kerja yang sederhana baik

GRED/MARKA
H

CIRI JAWAPAN

Gred D
30%- 39%

pemilihan tema yang kurang tepat dalam


menghasilkan kolaj. Pemilihan bahan untuk
menghasilkan kolaj dari bahan alam benda serta
mempunyai warna asas sahaja. Susunan bahan
kurang kemas dan teratur serta mempamerkan
kualiti kerja yang kurang baik

Gred E
0-29%

pemilihan tema yang tidak tepat dalam


menghasilkan kolaj. Pemilihan bahan untuk
menghasilkan kolaj dari bahan alam benda serta
mempunyai warna asas sahaja. Susunan bahan
tidak kemas dan teratur serta mempamerkan
kualiti kerja yang tiada kualiti

KEBAIKAN PEMARKAHAN HOLISTIK


Murid bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada
kehendak soalan
Pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang kerana
pemeriksaan dibuat secara umum tanpa memberikan penekanan pada
aspek isi kandungan, pengolahan bahasa dan sebagainya.
Pemeriksa skrip jawapan dibuat lebih daripada seorang pemeriksa dan juga
pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan untuk
memastikan bahawa setiap pemeriksa memberi markah yang sama antara
mereka.

Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek


penguasaan pengetahuan serta dapat menilai
kemahiran yang lain terutamanya kemahiran aras tinggi
seperti kebolehan mengolah idea dan membuat
rumusan tentang sesuatu perkara atau keadaan
Pemeriksa mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada
murid yang memberi jawapan secara kreatif dan
inovatif.

KELEMAHAN HOLISTIK
Memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar2 menguasai
bidang atau mata pelajaran berkenaan sebagai pemeriksa.
Adalah pemarkahan secara umum tanpa memberi perhatian kepada aspek
khusus penulisan karangan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain. Cara
ini lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan pelajar di IPT
Kemungkinan perselisihan pendapat dalam memberikan markah di antara
pemeriksa dan sukar hendak dijelaskan

KESIMPULAN
Gunakan kaedah elektik- kaedah gabungan, contoh jawapan hendaklah
disediakan semasa membina soalan kerana dapat membantu menentukan
ketepatan fakta.
Membolehkan perhatian diberi kepada aspek perincian fakta dan
pengolahan jawapan.

SEKIAN,
TERIMA KA SIH

You might also like