Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA

PETRA 1,
18000 KUALA KRAI, KELANTAN.
TEL / FAX: 09-9666162

BUKU
RUJUKAN

KATA
MAJMUK (1)
Nama : __________________________
Darjah : _______________
Siri Bahan www.galeri-A.com Kata Majmuk (1)

air batu
air yang telah beku dan rasanya terlalu sejuk.
Contoh: Penjual ikan itu menyimpan ikan-ikan yang tidak habis
dijualnya itu di dalam peti air batu supaya ikan-ikan itu tidak busuk.
air hujan
air yang turun atau menitik dengan banyak dari langit atau udara.
Contoh: Kanak-kanak itu sedang mandi air hujan dengan seronoknya di
padang permainan itu.
alat tulis
semua perkakas atau kelengkapan yang digunakan untuk menulis, membaca,
dan mengira serta melukis atau untuk tulis-menulis.
Contoh: Salmi membeli alat tulisnya itu di Pustaka Seri Mutiara.
anak angkat
anak orang lain yang diambil atau dianggap sebagai anak sendiri atau bukan
anak kandung.
Contoh: Oleh sebab Puan Halimah tidak dapat melahirkan anak, beliau
terpaksa memelihara Amalina sebagai anak angkatnya.
anak patung
barang permainan kanak-kanak, khususnya bagi kanak-kanak perempuan
yang berbentuk manusia atau haiwan.
Contoh: Anita mendapat hadiah sebuah anak patung daripada ibunya
pada hari jadinya yang keenam itu.
anak tiri
anak kepada isteri atau suami (seseorang) daripada perkahwinannya yang
terdahulu.
Contoh: Encik Jalil melayani anak tirinya itu seperti anak kandungnya
sendiri.
arang batu
sejenis galian berwarna hitam yang digunakan sebagai bahan api untuk
mengeluarkan tenaga.
Contoh: Kereta api wap pada zaman dahulu menggunakan arang batu
sebagai bahan api untuk menggerakkan enjinnya.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

baja asli
bahan untuk menyuburkan tanam-tanaman atau tumbuh-tumbuhan yang
berasal daripada najis haiwan, reputan, dan hasil pembakaran tumbuhtumbuhan, iaitu bukan daripada bahan-bahan kimia.
Contoh: Pada zaman dahulu, petani-petani menggunakan baja asli untuk
menyuburkan tanam-tanaman mereka.
baju kemeja
sejenis baju lelaki yang berkolar dan berlengan pendek atau panjang
mengikut potongan Eropah.
Contoh: Lelaki yang memakai kemeja putih berlengan panjang itu ialah
seorang pegawai di bank itu.
baju kurung
baju yang tidak berbelah di dada, berlengan panjang, dan agak labuh yang
dipakai oleh kebanyakan perempuan Melayu.
Contoh: Gadis yang memakai baju kurung itu ialah kerani di Pejabat
Pelajaran Daerah.
baju mandi
sejenis pakaian khas yang digunakan untuk mandi-manda di sungai, di laut
atau di kolam renang.
Contoh: Mei Ling memakai baju mandi ketika berenang di dalam kolam
renang di hotel penginapan keluarganya itu.
balai raya
bangunan khas untuk orang ramai atau orang awam menjalankan berbagaibagai kegiatan kemasyarakatan atau mengadakan majlis umum.
Contoh: Penduduk kampung sedang berkumpul di balai raya itu untuk
mendengar ceramah tentang kepentingan menjaga kebersihan daripada
seorang pegawai kesihatan.
bapa angkat
orang yang mengambil atau menjadikan lelaki lain sebagai bapa sendiri
atau orang yang tiada pertalian darah tetapi dianggap sebagai bapa
sendiri.
Contoh: Encik Darus telah menjadi bapa angkat kepada kedua-dua
orang anak yatim itu.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

bapa tiri
suami kepada ibu setelah bapa sendiri meninggal dunia atau bercerai
dengan ibu itu.
Contoh: Bapa tiri Badrul amat mesra dengannya, walaupun ibu Badrul
baru berkahwin dengan bapa tirinya itu.
batu kapur
batu yang berasal daripada hidupan laut yang mati berjuta-juta tahun
dahulu yang membentuk kapur yang keras dan biasanya berwarna putih.
Contoh: Gua-gua di dalam bukit di sekitar bandar Ipoh adalah terdiri
daripada gua batu kapur.
bawang merah
sejenis bawang yang kecil dan merah warnanya yang digunakan sebagai
salah satu bahan masakan seperti gulai atau sayur-sayuran.
Contoh: Emak menggunakan beberapa ulas bawang merah untuk
membuat sambal ikan bilis.
bawang putih
sejenis bawang kecil yang berulas-ulas berwarna putih dan kuat baunya.
Contoh: Untuk membuat mi goreng, kita perlu memasukkan beberapa
ulas bawang putih ke dalam tumisnya.
bendera kebangsaan
bendera yang menjadi lambang negara.
Contoh: Nama bendera kebangsaan kita ialah 'Jalur Gemilang'.
bendera negeri
bendera yang menjadi lambang sesebuah negeri.
Contoh: Warna bendera negeri Terengganu ialah hitam dan putih.
bintang filem
pelakon dalam cerita sesebuah filem atau artis dalam lapangan perfileman.
Contoh: P. Ramlee ialah seorang bintang filem Melayu yang terkenal.
bom tangan
sejenis bom kecil yang dapat dilemparkan dengan tangan.
Contoh: Sebuah trak tentera musuh musnah sama sekali apabila dua
butir bom tangan yang dilemparkan oleh seorang pejuang itu meletup.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

bulan sabit
bulan yang berbentuk melengkung seperti sabit, iaitu bulan berada di
peringkat awal atau akhir bulan.
Contoh: Malam ini agak gelap kerana hanya disuluhi oleh bulan sabit.
bunga api
bahan bakar yang mengeluarkan percikan api yang berkilau-kilau dan
berwarna-warni.
Contoh: Pertunjukan bunga api telah diadakan di Stadium Sultan
Muhammad IV sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.
bunga rampai
campuran pelbagai jenis bunga dan bahan-bahan bauan lain yang
mengeluarkan bau harum atau wangi yang baru.
Contoh: Dalam majlis sambutan Maulidur Rasul itu, setiap tetamu
diberikan seuncang bunga rampai.
cermin mata
sepasang kepingan kaca yang dipasangkan bingkai untuk membantu atau
menambahkan daya penglihatan seseorang.
Contoh: Datuk memakai cermin mata semasa membaca surat khabar
kerana matanya sudah kabur.
cermin muka
kepingan cermin yang disapu dengan raksa untuk membolehkan kita
melihat wajah dan wajah kita sendiri.
Contoh: Ah Huat menyikat rambutnya di hadapan cermin muka yang
tergantung pada dinding itu.
cincin emas
cincin yang diperbuat daripada emas.
Contoh: Encik Salam menghadiahi isterinya sebentuk cincin emas
bertatahkan permata berlian sempena hari jadi isterinya itu.
darah merah
darah yang berwarna merah yang mengandungi plasma.
Contoh: Sel darah merah di dalam diri kita berfungsi sebagai
pembawa oksigen ke seluruh badan.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

dasar laut
bahagian laut yang paling bawah dan terdapat pasir.
Contoh: Kita dapat melihat pemandangan di dasar laut negara kita
yang sangat indah apabila kita menggunakan peralatan menyelam
yang lengkap.
daun pandan
daun daripada pokok pandan yang berbentuk panjang dan berwarna hijau
tua yang mengeluarkan bau wangi serta dijadikan bahan pewarna.
Contoh: Perahan daun pandan biasanya digunakan sebagai bahan
pewarna di dalam kuih-muih tradisional.
daun pintu
kepingan papan dsb yang digunakan untuk menutup pintu.
Contoh: Daun pintu rumah orang kaya itu diperbuat daripada kayu
jati.
demam kuning
sejenis penyakit yang menyebabkan badan dan mata kekuningkekuningan.
Contoh: Penyakit demam kuning biasanya berpunca daripada
kerosakan dalam organ hati.
doktor gigi
orang yang terlatih dan ahli dalam bidang pergigian.
Contoh: Dr. Zaki ialah seorang doktor gigi yang mempunyai dua buah
klinik gigi di bandar ini.
doktor haiwan
orang yang terlatih dan ahli dalam bidang penyakit yang dihadapi oleh
haiwan dan memberikan rawatan kepada haiwan yang sakit.
Contoh: Puan Aini membawa kucing kesayangannya yang sakit itu ke
klinik untuk dirawat oleh doktor haiwan.
doktor mata
doktor yang pakar tentang rawatan penyakit mata.
Contoh: Encik Salleh akan menjalani pembedahan kornea matanya di
klinik seorang doktor mata yang terkemuka itu.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

duta besar
pegawai diplomatik yang tertinggi yang dihantar oleh kerajaan atau
negaranya ke negara asing untuk tinggal menetap di sana sebagai wakil
rasmi kerajaan.
Contoh: Dato' Dr. Ismail Ibrahim telah dilantik sebagai duta besar di
negara Mesir.
ekor kuda
rambut wanita yang agak panjang diikat dan dibiarkan berjuntai bahagian
hujungnya seperti ekor kuda.
Contoh: Gadis yang berambut ekor kuda itu ialah anak Tauke Chong.
ekor rambut
bahagian hujung rambut yang terlebih pada dahi dan pada tengkuk.
Contoh: Ekor rambut Amin sangat panjang hingga mencecah kolar
bajunya.
emak saudara
adik-beradik kandung kepada ibu atau ayah kita.
Contoh: Puan Suhaila ialah emak saudara kepada Aminah, iaitu adik
bongsu kepada ibunya.
emak tiri
wanita yang menjadi isteri kepada bapa kita dan bukan ibu kandung kita.
Contoh: Puan Rokiah telah menjadi ibu tiri kepada Jamil selepas
ayahnya berkahwin dengan Puan Rokiah sebulan yang lalu.
emas urai
emas yang halus-halus seperti pasir keadaan atau rupanya.
Contoh: Pendulang-pendulang emas di kawasan itu setakat ini hanya
memperoleh emas urai.
embun jantan
wap air yang turun pada waktu malam dengan titik-titiknya yang kasar.
Contoh: Apabila waktu dinihari hampir menjelang, embun jantan mulai
turun.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

embun pagi
kabut atau kabus yang turun pada waktu awal pagi.
Contoh: Embun pagi yang tebal itu menghalang pandangan setiap
pemandu kenderaan di jalan-jalan raya.
engsel pintu
sesendi besi yang dipasang pada daun pintu dan jenangnya untuk
membolehkan pintu dibuka dan ditutup dengan mudah.
Contoh: Engsel pintu itu sudah berkarat yang menyebabkan daun
pintu itu berbunyi apabila dibuka atau ditutup.
gaji bulan
upah kerja yang dibayar setiap bulan atau apabila genap sebulan
bekerja.
Contoh: Kakitangan awam atau kerajaan dibayar gaji bulan pada
setiap hujung bulan bekerja.
gaji pokok
upah asas kepada pekerjaan atau perkhidmatan sebelum ditambah elaun.
Contoh: Gaji pokok bagi jawatan itu ialah RM1400.00 sebulan.
garis pusat
garisan lurus yang merentasi di tengah-tengah bulatan, iaitu melalui
titik pusat bulatan dan kedua-dua hujung garisan itu menyentuh
lilitannya.
Contoh: Garis pusat bulatan yang perlu dilukis oleh pelajar-pelajar
itu ialah 14cm.
gempa bumi
gegaran yang kuat yang berlaku akibat gerakan kerak bumi.
Contoh: Pulau Sumatera, Indonesia sering mengalami gempa bumi
sejak akhir-akhir ini.
gergaji kayu
sejenis alat yang bergerigi pada matanya untuk membelah, memotong
atau mengerat kayu sahaja.
Contoh: Ramasamy mengerat kayu itu dengan gergaji kayu yang baru
dibelinya itu.
8
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

gigi emas
gigi tiruan yang diperbuat daripada emas dan dipasang untuk
menggantikan gigi asli yang tercabut.
Contoh: Mak Limah menggunakan dua batang gigi emas untuk
menggantikan gigi-giginya yang tertanggal itu.
gigi palsu
gigi tiruan untuk menggantikan gigi-gigi asas yang telah tercabut atau
tertanggal.
Contoh: Encik Nordin terpaksa memakai gigi palsu apabila beberapa
batang giginya patah akibat kemalangan yang dialaminya itu.
gula batu
sejenis gula yang berketul-ketul seperti batu kerasnya.
Contoh: Beberapa ketul gula batu digunakan sebagai salah satu
bahan untuk upacara bercukur bayi itu.
hampas kelapa
sisa isi kelapa yang diparut atau dimesin selepas diperah atau diambil
santannya.
Contoh: Puan Hasni mengisi hampas kelapa itu ke dalam guni untuk
dijadikan sebagai makanan ayam dan itiknya.
hari cuti
hari kelepasan atau hari seseorang yang bekerja tetapi tidak pergi
bekerja pada hari tersebut.
Contoh: Pada hari cuti, biasanya Encik Daud berada bersama-sama
dengan ahli keluarganya di rumah.
hari kebangsaan
hari atau tarikh yang tertentu yang disambut dan dirayakan oleh
seluruh rakyat sesebuah negara sebagai memperingati kemerdekaan
dsb.
Contoh: Hari Kebangsaan negara kita disambut setiap tahun pada
tanggal 31 Ogos.
hari minggu
hari cuti hujung minggu, iaitu hari orang tidak bekerja.
Contoh: Pada hujung minggu, ramai orang berkelah di pantai Port
Dickson.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

harta karun
barang-barang yang bernilai atau harta-benda yang terpendam dan
ditemui yang tidak diketahui pemiliknya atau yang didapati (ditemui)
dengan tidak sah.
Contoh: Peladang itu menemui harta karun ketika dia menggali parit di
ladangnya itu.
hujan batu
air hujan yang turun dalam bentuk air beku atau ais yang keras.
Contoh: Penduduk taman perumahan itu menjadi gempar apabila hujan
batu turun di kawasan perumahan mereka itu.
hujan gerimis
hujan yang turun renyai-renyai atau rintik-rintik atau hujan yang menitik
halus-halus dan tidak lebat atau banyak.
Contoh: Pengadil perlawanan meneruskan juga permainan bola sepak
itu kerana hujan yang turun pada masa itu hanyalah hujan gerimis.
huruf besar
jenis huruf yang digunakan untuk menulis ejaan di permulaan ayat dan
nama khas seperti A, B, C dll.
Contoh: Apabila kita ingin menulis nama seseorang, kita mesti
menggunakan huruf besar di permulaan ejaan namanya itu.
huruf condong
huruf yang ditulis atau dicetak miring atau sendeng ke kanan bagi menulis
perkataan, frasa atau rangkai kata dsb.
Contoh: "Berikan maksud rangkai kata yang berhuruf condong," kata
Cikgu Ramlah.
ibu bapa
orang tua, iaitu emak dan ayah yang melahirkan dan membesarkan kita.
Contoh: Anak-anak perlulah menghormati dan mematuhi segala nasihat
ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada kita.
ibu negeri
bandar yang menjadi pusat pemerintahan atau pentadbiran sesebuah
negeri.
Contoh: Bandar Seremban ialah ibu negeri bagi Negeri Sembilan.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

10

ibu pejabat
pejabat besar atau utama yang menjadi pusat pentadbiran dan
pengurusan sesebuah jabatan, syarikat dsb.
Contoh: Ibu pejabat syarikat pengangkutan itu berpusat di Kuala
Lumpur.
ikan darat
jenis ikan yang hidup di dalam air tawar seperti sawah, paya, sungai, tasik
atau parit dsb.
Contoh: Ikan sepat, haruan dan keli adalah antara jenis ikan darat
yang terdapat di negara kita.
ikan kering
ikan yang digaramkan dan dijemur kering.
Contoh: Emak menggoreng ikan kering untuk dimakan dengan nasi air.
industri hiliran
perusahaan atau industri di pesisir pantai yang berasaskan perkhidmatan
dan pengurusan insuran, perkapalan, eksport, dan import serta
pertukaran asing.
Contoh: Wilayah Persekutuan Labuan telah menjadi pusat industri
hiliran yang bertaraf antarabangsa bagi negara kita.
jalan raya
jalan perhubungan darat yang besar dan berturap.
Contoh: Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, banyak jalan
raya dibina di seluruh negara untuk memudahkan perhubungan rakyat.
jam dinding
sejenis jam yang digantung pada dinding.
Contoh: Jam dinding di dalam bilik tidur Amin sudah tidak berfungsi
lagi kerana baterinya sudah kehabisan kuasa.
jam tangan
sejenis jam yang dipakai di tangan.
Contoh: Jam tangan yang dipakai oleh Azlina itu ialah hadiah hari
jadinya.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

11

jari kelengkeng
jari tangan yang terkecil dan terpendek atau jari anak.
Contoh: Jari kelengkengnya berdarah kerana tersepit di pintu
biliknya.
jari manis
jari tangan yang letaknya di antara jari kelengkeng dengan jari hantu
atau jari tangan yang keempat dari ibu jari.
Contoh: Aminah memakai cincin pertunangannya itu pada jari
manisnya.
jinjang pelamin
tempat bersanding pengantin baru atau berkahwin.
Contoh: Perkenalan antara Rohana dengan Omar, akhirnya
membawa mereka ke jinjang pelamin.
kacang panjang
sejenis kacang dan buahnya berwarna hijau dan panjang serta halus
yang digunakan untuk membuat sayur dan ulam.
Contoh: Ah Seng banyak menanam kacang panjang di belakang
rumahnya itu.
kain tudung
kain untuk menutup kepala, biasanya digunakan oleh wanita Islam.
Contoh: Puan Zaleha selalu memakai kain tudung apabila keluar
dari rumah untuk ke mana-mana.
kapal korek
jentera yang berupa kapal untuk mengorek tanah atau bijih.
Contoh: Kapal korek banyak digunakan untuk melombong bijih
timah di negeri Perak pada zaman dahulu.
kapal layar
kapal yang bergerak menggunakan layar yang ditiup oleh angin, iaitu
tanpa kuasa enjin.
Contoh: Kapal layar itu bergerak dengan laju apabila angin
kencang bertiup.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

12

kasut sekolah
sepatu yang dipakai oleh murid-murid sebagai salah satu pakaian
seragam sekolah.
Contoh: Alimin didenda oleh guru disiplin kerana selalu tidak
memakai kasut sekolah.
katak puru
sejenis katak darat yang badannya menggerutu.
Contoh: Seekor katak puru telah masuk ke dalam kasut Mazlan yang
terletak di tepi tangga itu.
kayu api
kayu yang digunakan sebagai bahan bakar seperti memasak,
memanaskan atau mengeringkan sesuatu dsb.
Contoh: Pada zaman dahulu, orang kampung menggunakan kayu api
untuk memasak.
kebun bunga
taman untuk bersiar-siar yang ditanami pelbagai pokok bunga dan
pokok-pokok lain.
Contoh: Pada setiap petang hari minggu, Puan Haslina pergi bersiarsiar di kebun bunga dengan keluarganya.
kebun sayur
kawasan tanah yang ditanam dengan pelbagai pokok sayur-sayuran.
Contoh: Sayur-sayuran yang ditanam di kebun sayur Ah Chong
tumbuh dengan subur sekali.
kedai kopi
kedai khas sebagai tempat untuk menjual minum-minuman, makanan dan
kuih-muih.
Contoh: Encik Samad amat gemar bersarapan pagi di kedai kopi
sebelum masuk ke pejabatnya.
kedai runcit
kedai yang menjual pelbagai barang keperluan secara kecil-kecilan atau
sedikit-sedikit.
Contoh: Puan Mahani pergi membeli sabun, minyak masak, dan gula
di kedai runcit berdekatan dengan rumahnya itu.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

13

kedai ubat
tempat menjual pelbagai jenis ubat-ubatan.
Contoh: Pak Lajis membeli ubat batuk itu di kedai ubat yang
berdekatan.
kelapa kering
Isi kelapa yang dikeringkan (dijemur atau disalai) untuk dibuat minyak.
Contoh: Wak Karto membelah buah-buah kelapa itu untuk dibuat
kelapa kering.
kelapa muda
buah kelapa yang belum tua dan masih lunak atau lembut isinya yang
boleh dimakan terus dan airnya boleh diminum begitu sahaja.
Contoh: Air kelapa muda sungguh enak diminum.
kenduri kahwin
jamuan makan sempena meraikan majlis perkahwinan seseorang.
Contoh: Kenduri kahwin di rumah keluarga Encik Hassan itu akan
diadakan pada hujung minggu hadapan.
kereta lembu
kenderaan yang menggunakan roda yang ditarik oleh lembu.
Contoh: Kereta lembu adalah salah satu kenderaan yang agak popular
pada zaman dahulu sebelum terciptanya kenderaan bermotor.
kereta lumba
kereta khas yang digunakan dalam perlumbaan kereta yang sangat laju.
Contoh: Kereta lumba yang dipandu oleh Michael Schumacher dari
Jerman itu adalah daripada jenis Ferrari.
kertas kerja
rencana yang disediakan untuk dibentangkan dalam sesuatu kursus atau
sidang untuk dibincangkan.
Contoh: Encik Hashim Ismail akan membentangkan kertas kerjanya
dalam seminar itu.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

14

ketua kampung
orang yang mengepalai atau memimpin penduduk sesebuah kampung atau
penghulu kampung.
Contoh: Masalah yang dihadapi oleh mereka itu akan diadukan kepada
ketua kampung untuk tindakan lanjut beliau.
ketupat nasi
nasi yang dimasak di dalam kelongsong atau bungkusan daun kelapa yang
beranyam.
Contoh: Nenek membuat ketupat nasi untuk dimakan dengan rendang
ayam dan kuah kacang.
kikir kayu
sejenis alat daripada keluli yang bergerigi halus pada permukaannya atau
tepinya yang digunakan untuk mengikis atau melicinkan kayu.
Contoh: Pak Dali menggunakan sebilah kikir kayu untuk melicinkan hulu
kapak yang baru dibuatnya itu.
kincir angin
sejenis roda atau baling-baling besar yang digerakkan oleh angin untuk
mengisar bijirin seperti gandum dsb.
Contoh: Petani-petani Eropah pada zaman dahulu menggunakan kincir
angin untuk mengisar gandum.
kipas angin
alat-alat yang mempunyai bilah-bilah yang dapat bergerak ligat untuk
mengadakan atau menggerakkan angin.
Contoh: Penonton-penonton di dalam dewan itu berasa amat rimas
kerana beberapa buah kipas anginnya tidak berfungsi.
kocek seluar
poket atau saku atau kantung pada seluar.
Contoh: Wang syiling Azmi sudah tercicir kerana kocek seluar
sekolahnya telah bocor.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

15

kolam renang
kolam khas yang besar dibina daripada batu atau simen dll sebagai
tempat orang berenang atau bersukan air.
Contoh: Setiap hotel mewah biasanya mempunyai sebuah kolam
renang untuk membolehkan pelanggan masing-masing berenang dan
beriadah.
kopi susu
air kopi dimasukkan atau bercampur susu.
Contoh: Encik Majid biasanya minum secawan kopi susu sebelum pergi
bekerja.
kuda kepang
kuda-kudaan yang diperbuat daripada anyaman bilah buluh dan dijadikan
sebagai permainan tradisional, iaitu tarian kuda kepang.
Contoh: Tarian kuda kepang amat diminati oleh masyarakat Melayu
di negeri Johor.
kuda lumba
kuda yang dipelihara untuk berlumba.
Contoh: Dato' Husin memelihara beberapa ekor kuda lumba yang
dibelinya dari Amerika Syarikat.
kulit pisang
lapisan luar yang membaluti isi buah pisang.
Contoh: Pak Leman mengumpul kulit pisang di gerai menjual pisang
goreng itu untuk dimakan oleh kambingnya.
kunci pagar
alat yang digunakan untuk mengancing pintu pagar yang terdiri daripada
mangga dan pembukanya.
Contoh: Encik Wahab tidak dapat masuk ke dalam kebunnya kerana
kunci pagar kebunnya itu telah berkarat dan tidak dapat dibuka
lagi.
kunci rumah
alat yang terdiri daripada mangga dan pembukanya untuk mengancing
pintu rumah.
Contoh: Kunci rumah yang dibeli oleh Encik Aziz itu diperbuat
daripada keluli yang tidak berkarat.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

16

kuning telur
bahagian isi telur yang berwarna kuning.
Contoh: Zaki suka makan kuning telur kerana rasanya agak lemak.
labu manis
sejenis labu yang rasanya agak manis dan boleh dibuat sayur, halwa atau
disira.
Contoh: Nenek membuat halwa daripada labu manis.
labu sayung
sejenis buyung bekas air atau kendi yang diperbuat daripada tanah yang
berbentuk seperti buah labu.
Contoh: Air yang disimpan di dalam labu sayung dapat dijadikan
penawar dan enak diminum.
lada hitam
sejenis lada yang berbutir-butir dan hitam warnanya serta rasanya pedas.
Contoh: Mak Lijah menumbuk sesudu teh lada hitam untuk dimasukkan
ke dalam kuah laksa itu.
lagu asli
lagu yang irama atau senikatanya telah dinyanyikan turun-temurun yang
mempunyai ciri-ciri tertentu tempatan.
Contoh: Suara Tan Sri S.M. Salim amat sesuai dengan irama dan
rentak lagu asli.
lagu kebangsaan
lagu rasmi bagi sesebuah negara yang diperdengarkan atau dinyanyikan
kepada umum dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi dsb.
Contoh: Lagu 'Negaraku' ialah lagu kebangsaan negara kita.
lantai simen
bahagian atas dasar rumah tempat kita berpijak atau berjalan yang
diperbuat daripada simen atau konkrit.
Contoh: Ruang dapur rumah datuknya mempunyai lantai simen.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

17

lesen radio
surat kebenaran atau surat izin daripada pihak berkuasa untuk memiliki
radio secara sah.
Contoh: Kerajaan telah memansuhkan bayaran lesen radio di negara ini
sejak beberapa tahun lalu.
lesen televisyen
surat kebenaran atau surat izin daripada pihak berkuasa untuk memiliki
televisyen secara sah.
Contoh: Rakyat negara ini tidak perlu lagi membayar lesen televisyen
kerana kerajaan telah memansuhkannya.
lesung batu
sejenis lesung yang diperbuat daripada batu untuk menumbuk cili, kacang
tanah dll.
Contoh: Nenek menggunakan lesung batu untuk menumbuk cili.
lesung pipit
lekuk kecil pada pipi seseorang.
Contoh: Apabila dia tersenyum, kelihatan lesung pipit pada pipinya itu.
lidah buaya
sejenis tumbuhan atau pokok renek yang berdaun tunggal dan agak tebal.
Contoh: Puan Hamidah banyak menanam pokok lidah buaya di halaman
rumahnya.
limau nipis
sejenis pokok dan buahnya yang masam dan nipis kulitnya.
Contoh: Rasa sup tulang itu menjadi lebih enak lagi apabila dimasukkan
air perahan limau nipis.
limau purut
sejenis limau kecil yang agak masam dan kesat atau menggerutu kulitnya.
Contoh: Untuk menghilangkan bau hanyir ikan darat, kita perlu
menggaulkan ikan-ikan itu di dalam air perahan limau purut.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

18

lobak merah
sejenis tumbuh-tumbuhan berubi dan ubinya itu boleh dibuat sayur, acar
atau dijadikan ramuan masakan kari.
Contoh: Arnab amat gemar makan lobak merah.
lori balak
sejenis kenderaan pengangkut yang besar dan panjang khusus untuk
mengangkut kayu balak.
Contoh: Pemandu lori balak itu telah disaman oleh polis kerana
membawa muatan yang melebihi hadnya.
lumba lari
perlawanan untuk beradu cepat atau deras berlari.
Contoh: Dalam acara lumba lari 100 meter itu, Azhar telah muncul
sebagai johannya.
lumba renang
perlawanan untuk beradu atau menentukan orang yang paling laju atau
deras berenang.
Contoh: Dalam acara lumba renang itu, perenang-perenang negara
kita telah berjaya memenangi tiga pingat emas dan satu pingat
perak.
madu lebah
benda cecair yang manis yang diperoleh daripada sarang lebah.
Contoh: Madu lebah amat berkhasiat dan dapat menyihatkan badan .
malam minggu
malam sebelum hari minggu atau malam Ahad.
Contoh: Biasanya pada malam minggu, Zainal tidur agak lewat.
mata pelajaran
jenis atau bidang ilmu pengetahuan yang diajar secara formal di sekolah
dsb.
Contoh: Haslina mendapat markah yang tertinggi dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

19

meja makan
meja yang menjadi tempat untuk makan dan minum.
Contoh: Pelayan restoran itu sedang membersihkan beberapa buah
meja makan di restoran itu selepas pelanggan-pelanggannya beredar
dari situ.
meja tulis
meja yang digunakan dan menjadi tempat untuk membaca dan menulis
serta mengira dsb.
Contoh: Buku-buku dan alat-alat tulis bertaburan di atas meja tulis
Akmal itu.
merah jambu
warna merah yang keputih-keputihan atau warna merah yang agak muda,
iaitu warna merah seperti buah jambu air.
Contoh: Puan Zakiah memakai tudung kepala yang berwarna merah
jambu hari ini.
merah tua
warna merah seperti kesumba atau buah saga iaitu warna merah yang
pekat.
Contoh: Kereta Produa Myvi yang baru dibeli Cikgu Azhar itu
berwarna merah tua.
meriam buluh
sejenis meriam yang diperbuat daripada buluh yang mengeluarkan bunyi
yang kuat.
Contoh: Setiap kali menjelang hari raya, budak-budak kampung suka
bermain meriam buluh.
meriam katak
meriam yang kecil dan pendek larasnya.
Contoh: Di hadapan Muzium Negeri itu terdapat beberapa laras
meriam katak lama.
mesin jahit
sejenis alat atau mesin untuk menjahit pakaian dll.
Contoh: Puan Gayah sedang menjahit baju kurung anak perempuannya
itu dengan mesin jahit yang baru dibeli oleh suaminya.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

20

mesyuarat tahunan
suatu majlis perundingan atau perbincangan besar oleh ahli-ahli atau ahliahli jawatankuasa sesebuah jabatan, institusi atau organisasi untuk
mencapai kata sepakat atau ketetapan yang diadakan sekali setahun
seperti mesyuarat agung dsb.
Contoh: Mesyuarat tahunan persatuan belia itu akan diadakan pada
hujung minggu hadapan di balai raya.
mi goreng
mi yang digoreng dengan perencah-perencahnya.
Contoh: Mi goreng yang dijual di restoran itu sangat enak.
mi kuah
mi yang dimasak dengan perencah-perencahnya yang berkuah.
Contoh: Mi kuah yang dimasak oleh ibu sungguh sedap kerana beliau
memasukkan pelbagai perencah.
mi kuning
bahan makanan seperti laksa yang diperbuat daripada tepung gandum yang
berwarna kuning.
Contoh: Puan Zaleha pergi ke pasar untuk membeli mi kuning untuk
digoreng.
minyak tanah
sejenis bahan bakar cecair yang digunakan untuk lampu atau bahan api.
Contoh: Semalaman rumah Dali hanya diterangi oleh lampu minyak
tanah kerana bekalan elektrik telah terputus sejak awal petang lagi.
minyak wangi
sejenis minyak yang harum baunya dan menjadi salah satu alat solek.
Contoh: Minyak wangi yang dipakai oleh Datin Salmah itu berbau harum
semerbak.
mi rebus
sejenis mi yang dimasak dengan perencah-perencah yang direbus.
Contoh: Jalil suka makan mi rebus.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

21

muka bumi
bahagian lapisan atas bumi yang meliputi daratan, sungai, laut, gunungganang, dan tumbuh-tumbuhan.
Contoh: Muka bumi di negara-negara Arab dilitupi oleh padang pasir
yang luas.
murid sekolah
budak atau pelajar yang masih belajar di sekolah atau orang yang sedang
atau pernah belajar sesuatu ilmu dengan guru di sekolah.
Contoh: Setiap murid sekolah mesti mematuhi segala peraturan yang
ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing.
nasi ayam
nasi yang ditanak dengan sup ayam dan dimakan dengan lauk ayam.
Contoh: Nasi ayam yang dihidangkan oleh Mak Siti sungguh enak.
nasi lemak
nasi yang ditanak dengan santan dan dimakan dengan sambal ikan bilis
atau kerang dan rendang dll.
Contoh: Pada setiap pagi, dia bersarapankan sebungkus nasi lemak.
nasi minyak
nasi berempah yang dimasak dengan minyak, marjerin atau minyak sapi
dll.
Contoh: Encik Dolmat telah dijemput makan nasi minyak di rumah
Encik Johan sempena kenduri kesyukuran atas kejayaan anaknya itu .
nombor ganjil
nombor atau angka apabila dibahagi dua akan mempunyai baki seperti 3,
5, 7 dsb.
Contoh: Semua nombor kad pengenalan bagi orang lelaki berakhir
dengan nombor ganjil.
nombor genap
nombor atau angka apabila dibahagi dua tidak mempunyai baki seperti 2,
4, 6 dsb.
Contoh: Semua nombor kad pengenalan bagi orang perempuan berakhir
dengan nombor genap.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

22

nyamuk tiruk
nyamuk yang boleh membawa penyakit malaria.
Contoh: Di sekitar paya itu telah menjadi tempat nyamuk tiruk membiak
yang boleh membawa demam malaria.
orang kenamaan
seseorang yang berpangkat atau berjawatan tinggi, berpengaruh, dan
masyhur serta amat dihormati.
Contoh: Ramai orang kenamaan hadir dalam majlis perkahwinan anak
perempuan Datuk Omar itu.
orang ramai
golongan atau kalangan orang biasa atau orang awam.
Contoh: Kemudahan-kemudahan awam yang disediakan itu adalah untuk
orang ramai semasa mereka dalam kecemasan atau keadaan amat
memerlukan.
otak udang
suatu kiasan untuk orang bodoh atau tidak mampu berfikir.
Contoh: Dia dikatakan otak udang kerana tidak dapat menjawab
langsung soalan-soalan ujian yang mudah itu.
padang bola
suatu kawasan tanah lapang yang luas yang digunakan sebagai tempat
untuk orang bermain bola.
Contoh: Kanak-kanak itu sedang bermain bola sepak di padang bola
sekolah mereka.
padi bukit
sejenis padi yang ditanam di kawasan kering, iaitu padi yang tidak
memerlukan bekalan air yang banyak atau padi huma.
Contoh: Orang Asli yang tinggal di kaki gunung itu menanam padi bukit
untuk sumber makanan mereka.
pagar besi
sesuatu yang didirikan atau dibina untuk melingkungi dan melindungi
sesuatu kawasan atau bangunan yang diperbuat daripada besi.
Contoh: Kawasan rumah orang kaya itu dilingkungi oleh pagar besi.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

23

paip air
pancuran air atau pili iaitu batang besi atau plastik yang menyalurkan
air.
Contoh: Paip air di dalam tandas awam itu telah bocor yang
menyebabkan air melimpah di atas lantai.
paku payung
sejenis paku yang lebar dan pipih kepalanya.
Contoh: Atap zink rumah Pak Leman dipaku dengan paku payung.
pam air
alat untuk memasukkan atau mengeluarkan air yang berterusan.
Contoh: Pekerja binaan itu menggunakan pam air untuk mengeringkan
air yang bertakung di dalam lubang tiang itu.
pam minyak
alat untuk mengisi atau mengeluarkan minyak pada bekasnya atau
tempat membeli minyak petrol, diesel dll atau stesen minyak.
Contoh: Encik Husin selalu mengisi minyak keretanya itu di sebuah
pam minyak yang berdekatan dengan rumahnya.
pandu puteri
pasukan atau badan beruniform atau pengakap yang dikhususkan kepada
wanita sahaja.
Contoh: Hamidah ialah salah seorang ahli pasukan pandu puteri di
sekolahnya.
papan hitam
papan yang luas dan lebar yang berwarna hitam atau hijau untuk ditulis
dengan kapur.
Contoh: Papan hitam di dalam Kelas Empat Ikhlas itu telah diconteng
dengan cat berwarna-warni oleh murid-murid yang tidak
bertanggungjawab.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

24

parang panjang
sejenis senjata atau alat pemotong yang besar dan panjang serta tajam
matanya atau golok atau pisau besar.
Contoh: Pak Idris menebas semak-samun di dalam kebunnya itu
dengan sebilah parang panjang.
parang pendek
sejenis senjata atau alat pemotong yang kecil dan pendek.
Contoh: Nenek memotong tebu itu dengan sebilah parang pendek.
parut kelapa
alat untuk mengukur isi kelapa.
Contoh: Din membantu ibu mengukur kelapa tua dengan parut kelapa.
pasar malam
tempat berjual-beli barang-barang yang diadakan pada waktu malam.
Contoh: Puan Aliah selalu membeli barang-barang keperluan dapurnya
di pasar malam yang diadakan berdekatan dengan rumahnya itu .
pasu bunga
bekas yang diperbuat daripada tanah liat atau plastik untuk menanam
pelbagai jenis pokok bunga.
Contoh: Puan Rahimah banyak membeli pasu bunga di pasar tani itu
untuk menanam bunga.
payung kertas
alat untuk melindungi atau meneduhi badan daripada panas atau hujan
yang diperbuat daripada kertas tebal.
Contoh: Payung kertas yang baru dibeli oleh ayah itu sudah terkoyak
kerana terkena paku.
pejabat pos
tempat bekerja atau tempat penyelenggaraan pelbagai urusan yang
berkaitan pos-mengepos (surat, kiriman, hantaran dll).
Contoh: Aini membeli setem itu di pejabat pos.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

25

pelantar minyak
tempat yang menjadi operasi menyedut minyak mentah di kawasan cari
gali yang biasanya di tengah-tengah laut.
Contoh: Pelantar minyak di laut yang berhampiran loji Kerteh,
Terengganu mampu menyedut minyak beribu-ribu tong sehari.
pensel warna
alat untuk menulis atau melukis daripada grafit di dalam batang kayu
yang berwarna-warni.
Contoh: Adik Azni melukis dengan pensel warna yang dibeli oleh
ayahnya itu.
perhentian bas
tempat khas untuk bas penumpang berhenti untuk menurunkan atau
mengambil penumpangnya.
Contoh: Murid-murid sekolah sedang menunggu bas di perhentian bas
itu.
peti besi
kotak yang bertutup diperbuat daripada besi untuk menyimpan wang atau
barang-barang berharga.
Contoh: Encik Darus menyimpan wang tunai hasil daripada
perniagaannya itu di dalam peti besi di biliknya itu.
peti sejuk
sejenis peti penyejuk untuk menyimpan makanan dan minuman (sayursayuran, ikan, buah-buahan dsb.) supaya tahan lama.
Contoh: Emak menyimpan sayur-sayuran dan ikan yang dibelinya itu di
dalam peti sejuk.
peti surat
kotak yang berlubang kecil tempat memasukkan surat yang hendak
dikirimkan.
Contoh: Siti memasukkan surat yang hendak diposkan itu ke dalam
peti surat di pejabat pos yang berdekatan.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

26

pinggan kaca
bekas makanan yang bulat leper yang diperbuat daripada kaca.
Contoh: Puan Mary menggunakan beberapa biji pinggan kaca untuk
menghidangkan lauk-pauk itu.
pinggan nasi
bekas untuk mengisi nasi yang bulat leper yang dibuat daripada
tembikar, kaca dsb yang agak besar.
Contoh: Pinggan nasi itu tidak boleh digunakan untuk mengisi nasi
lagi kerana sudah retak.
piring emas
bekas bulat leper untuk mengisi kuih dll atau untuk mengalas cawan
dan bentuk lebih kecil daripada pinggan yang diperbuat daripada
emas.
Contoh: Sebiji piring emas dan beberapa biji barangan tembaga
lama telah dijumpai oleh penduduk kampung semasa mereka
membersihkan kawasan pinggir bukit itu.
piring hitam
sejenis cakera, iaitu sesuatu yang berbentuk bulat dan leper iaitu
apabila dipusingkan dengan alatnya boleh mengeluarkan suara atau
bunyi, khususnya lagu-lagu.
Contoh: Biduan yang terkenal, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
telah merakamkan beratus-ratus lagu ke dalam piring hitam
sepanjang hayatnya itu.
pisang tanduk
sejenis pisang yang buahnya sangat besar dan berbentuk tanduk.
Contoh: Pisang tanduk amat enak dimakan jika digoreng.
pisau lipat
sejenis pisau yang boleh dilipat matanya ke dalam hulunya dan
bentuknya agak kecil.
Contoh: Ahmad menggunakan pisau lipat untuk menajamkan
penselnya itu.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

27

pukat hanyut
jaring besar dan lebar serta panjang untuk menangkap ikan di laut pinggir
pantai secara dihanyutkan dan tergantung di dalam air.
Contoh: Sekumpulan nelayan itu menggunakan pukat hanyut untuk
menangkap ikan di laut.
pukat jerut
sejenis pukat yang dilabuhkan melingkungi sekumpulan ikan dan ikan-ikan
terperangkap apabila bahagian bawah pukat dijerutkan dan kemudian ditarik
ke atas bot.
Contoh: Ikan kembung, selar, tongkol, dan udang biasanya ditangkap
dengan pukat jerut.
pukat tunda
dikenali juga sebagai pukat harimau, iaitu sejenis pukat yang amat besar
dan lebar serta panjang yang digunakan oleh kapal besar di kawasan laut
dalam yang mampu menangkap banyak ikan.
Contoh: Penggunaan pukat tunda harus dikawal untuk menjamin sumber
bekalan ikan tidak terjejas.
puncak bukit
bahagian yang tertinggi sesebuah bukit.
Contoh: Puncak bukit itu telah digondolkan.
puncak gunung
bahagian yang tertinggi sesebuah gunung.
Contoh: Puncak gunung itu sentiasa diselubungi kabus dan awan, walaupun
pada waktu tengah hari.
puntung kayu
baki atau bahagian lebihan kayu yang dipotong dan hendak dibuang.
Contoh: Mak cik Zaharah menggunakan beberapa batang puntung kayu
untuk merebus ketupat.
puntung rokok
baki atau lebihan di bahagian pangkal rokok yang telah dihisap.
Contoh: Banyak puntung rokok dibuang oleh orang ramai di kaki lima
stesen bas itu.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk

28

You might also like