Peta Aliran

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PETA ALIRAN

KUMPULAN 2:
MASLINI BINTI HAMID D20132065246

Definisi dan Fungsi Peta Aliran


Merupakan kaedah kartografi yang dilukis untuk menunjukkan
data-data yang bergerak seperti perpindahan penduduk, data
import dan eksport, pergerakan barangan, perkhidmatan dan lainlain.
Perkara yang yang paling penting dalam lukisan peta aliran ialah
pergerakan atau aliran diukur menerusi ketebalan garisan yang
mewakili jumlah sesuatu data yang bergerak

Kaedah Pembinaan Peta Aliran


Teliti data yang diberi dan kenal pasti dimana dan arah garisan
aliran yang perlu dibuat berdasarkan kehendak soalan dan peta
yang diberi
Punca kuasaduakan setiap data bagi setiap negeri. Pilih skala yang
sesuai untuk mewakili nilai punca kuasadua agar ketebalan garisan
tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Terdapat dua kaedah yang
boleh digunakan untuk mencari skala ketebalan garisan iaitu:

i) Skala arimetrik
Skala dalam unit biasa yang digunakan seperti 1cm=20 000 orang.
Skala ini digunakan sekiranya tidak terdapat perbezaan yang terlalu besar antara
nilai maksimum dengan nilai minimum di dalam data soalan yang diberi
ii) Skala geometri
Skala dalam unit punca kuasa dua. Skala ini digunakan sekiranya terdapat
perbezaan data yang terlalu besar antara nilai maksimum dengan nilai minimum.
Untuk menyelaraskan data-data tersebut maka semua data perlu dipunca kuasa
duakan agar tidak terlalu ketara perbezaannya. Apabila semua data sudah
dipuncakuasa duakan maka nilai yang diperoleh bukan lagi dalam unit biasa tetapi
bertukar menjadi unit punca kuasa dua. Dalam kes ini, kaedah yang digunakan
ialah skala geometric kerana wujudnya perbezaan data yang besar antara nilai
maksimum dan minimum.

Bahagikan setiap nilai punca kuasa dua bagi setiap negeri dengan
skala yang dipilih untuk mendapatkan ketebalan garisan bagi
setiap negeri.
Buat garisan aliran mengikut nilai ketebalan garisan masingmasing. Garis aliran boleh diplot secara lurus atau melekung tetapi
ketebalannya mestilah sama besar dari pangkal hingga ke hujung
aliran. Tunjukkan anak panah ke mana garisan itu bergerak. Garisgaris aliran juga boleh digabungkan antara satu sama lain untuk
mengelakkan pertindihan.

Sediakan petunjuk yang mesti dibuat secara bertangga mengikut


skala. Sekurang-kurangnya terdapat tiga tahap atau tanda yang
sediakan.
Lengkapkan peta dengan tajuk, petunjuk dan skala yang sesuai.

Jadual 1 menunjukkan bilangan migran yang


berhijrah ke Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
NEGERI

BILANGAN MIGRAN YANG BEHUJRAH (0RG)

Johor

7768

Kedah

5402

Melaka

5849

Negeri Sembilan

6128

Pahang

6157

Pulau Pinang

7908

Perak

17865

Perlis

719

Terengganu

3104

JAWAPAN
NEGERI

BILANGAN MIGRAN
YANG BERHIJRAH

PUNCAKUASADUAKAN
SETIAP DATA (UNIT )

KETEBALAN GARISAN
(SKALA 1CM MEWAKILI
150 MEWAKILI (UNIT )

JOHOR

7768

88.14

0.59

KEDAH

5402

73.50

0.50

KELANTAN

5849

76.48

0.51

MELAKA

6128

78.28

0.52

NEGERI SEMBILAN

6157

78.47

0.52

PAHANG

7908

88.93

0.60

PULAU PINANG

4177

64.63

0.43

PERAK

17865

133.66

0.90

PERLIS

719

26.81

0.12

TERENGGANU

3104

55.71

0.40

CONTOH PETA ALIRAN :


PERGERAKAN MIGRAN KE WILAYAH
PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR

Contoh Lain

Kekuatan Peta Aliran


Dapat melihat dengan jelas kawasan asal dan kawasan yang dituju
berdasarkan anak panah yang dilukis
Mudah untuk membuat perbandingan berpandukan ketebalan anak
panah.
Berkesan untuk menunjukkan maklumat pergerakan aliran
barang/penduduk selain ia lebih menarik dan ringkas.

Kelemahan Peta Aliran


Sukar untuk mengetahui nilai barangan/penduduk kerana perlu
diukur berpandukan petunjuk.
Penentuan skala adalah agak sukar jika terdapat perbezaan data
maksimum dan minimum terlalu besar menyebabkan anak panah
bertindan.
Oleh itu, sukar untuk mendapatkan maklumat secara tepat.
Peta yang agak rumit untuk dibina kerana memerlukan banyak
langkah untuk melengkapkan data.

Contoh Peta Aliran

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, peta aliran adalah peta yang kompleks
tetapi ia dapat menunjukkan pergerakan sesuatu benda seperti
barangan, migrasi penduduk, perdagangan malah aliran wang
secara terus.
Peta ini juga merupakan peta yang mudah difahami sekiranya
tiada perbezaan data maksimum dan minimum yang terlalu besar
yang boleh menyebabkan anak panah bertindan.
Peta ini berbeza dengan peta yang lain kerana ia menggunakan
punca kuasa dua untuk menentukan.

You might also like