Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Jenis-jenis kebolehpercayaan dan

nilai pekali untuk dibentangkan.

Definisi Kebolehpercayaan
Mohd. Majid Konting (1990):
- Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu alat
ukuran dalam mengukur sesuatu pemboleh ubah atau
gagasan.
- Alat ukuran yang mengukur sesuatu pemboleh ubah atau
gagasan
dengan
tekal
dikatakan
mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi, sebaliknya alat ukuran yang
menghasilkan skor yang berubah-ubah bagi mengukur
gagasan yang sama dikatakan tidak tekal dan mempunyai
kebolehpercayaan yang rendah.

Sidek Mohd Noah (1997):


- Kebolehpercayaan alat ukuran yang tinggi berlaku
apabila skor yang sama diperoleh individu yang
sama dengan menjawab ujian yang sama pada
masa yang berbeza.
Syaharom Abdullah (1990) :
- Kebolehpercayaan ialah ketekalan sesuatu alat
ukuran dalam melahirkan skor yang setara.

Murphy dan Davidshover (1998):


- Kebolehpercayaan adalah ketekalan pengukuran.
- Faktor yang menyokong ketekalan adalah ciri
individu yang stabil, manakala faktor yang tidak
menyokong ketekalan adalah situasi yang kurang
baik.

Konsep
Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan ujian bermakna ujian itu adalah konsisten


(Tuckman 1978).
Sesuatu ujian atau alat ukuran itu dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya skor yang sama
diperoleh individu yang sama dengan menjawab ujian atau alat
ukuran yang sama pada masa yang berbeza (Sidek Mohd
Noah, 1990).
Indeks kebolehpercayaan sesuatu alat ukuran adalah suatu
pekali yang menunjukkan konsistensi dan indeks ini ditentukan
dengan menggunakan kaedah korelasi.
Kaedah korelasi bermaksud menghubungkan dua set skor yang
diperoleh daripada hasil gerak balas subjek terhadap item-item
dalam pengukuran (Anastasi, 1997).

Murphy
dan
Davidshover
(1998)
telah
menerangkan
bahawa
kegunaan
pekali
kebolehpercayaan adalah untuk menyediakan
maklumat yang berguna untuk menilai kualiti
sesuatu alat ukuran.
Pada hakikatnya, pengukuran kebolehpercayaan
adalah tidak mutlak konsistennya.

X=T+e
X = skor pengukuran yang
diamati
T = skor sebenar
e = ralat pengukuran

Dalam
membuat
pentafsiran
pekali
kebolehpercayaan yang diperoleh, seseorang itu
boleh
melihat
pertalian
antara
pekali
kebolehpercayaan dan ralat piawai bagi
pengukuran.

Ralat Pengukuran Piawai


Ralat piawai pengukuran adalah anggaran sisihan piawai
yang didapati daripada satu siri pengukuran terhadap
individu yang sama.
Menjangkakan kekerapan seseorang melakukan kesalahan
di dalam ujian yang diberi.
Ralat piawai kecil, kebolehpercayaan tinggi.
Ralat piawai besar, kebolehpercayaan rendah.
Digunakan untuk menganggarkan perbezaan antara skor
yang diperolehi oleh seseorang dan skor yang sebenar.
Perbezaan yang besar menunjukkan kebolehpercayaan
rendah.

Jenis-Jenis
Kebolehpercayaan

1. Kebolehpercayaan Uji & UjiKembali


Memberi ujian atau alat ukuran yang sama sebelum &
selepas sesuatu tempoh tertentu dan kemudian
membandingkan skor kedua-dua ujian tersebut (Sidek
Mohd Noah, 1990).
Kaedah uji dan uji kembali merupakan kaedah bagi
mendapatkan dua set skor dengan mentadbir alat ukuran
yang sama ke atas subjek yang sama sebanyak dua kali
pada masa yang berbeza. (Mohd. Majid Konting, 1990)
Selang masa: - seminggu/ 2 minggu/ 1 bulan/
6 bulan/ 1 tahun/ 3 tahun/5tahun
Skor-skor yang didapati pada pengukuran pertama dan
pengukuran kedua dikorelasikan.

2. Kebolehpercayaan BerbahagiDua
Kaedah ini memerlukan item-item daripada satu ujian dipecahkan
kepada dua bahagian, iaitu Bahagian I (item bernombor ganjil) dan
Bahagian II (item bernombor genap) serta korelasi antara skor-skor
yang diperoleh daripada kedua-dua bahagian ditentukan.
Kaedah ini mudah kerana mentadbir satu ujian sahaja.
Kaedah ini bukan sahaja mudah tetapi juga murah, cepat dan lebih
praktikal.
Menurut Mohd. Majid Konting (1990), kaedah berbahagi-dua
menyebabkan kandungan item yang berkurang. Hal ini adalah
disebabkan item-item yang merangkumi kandungan bidang yang
dikaji telah dibahagi kepada dua bahagian.

Untuk mengatasi masalah tersebut, Sidek Mohd Noah (1990), Mohd.


Majid Konting (1990), Anastasi (1999), Kerlinger (1986), Brown
(1980), Tuckman (1978) dan Thorndike (1976) telah bercadang
untuk
menggunakan
formula
Spearman-Brown
untuk
memperbetulkan nilai pekali kebolehpercayaan yang telah diperoleh.

=
Indeks
Kebolehpercayaan
= Pekali Kebolehpercayaan
Berbahagi- Dua

3. Kebolehpercayaan Bentuk
Setara
Memberi dua ujian yang mempunyai bentuk dan kandungan

yang
setara kepada subjek yang sama dan mengira hubungan skor dalam
kedua-dua ujian tersebut (Sidek Mohd Noah 1990; Brown 1983;
Kerlinger 1986; Anastasi 1988).
Mohd. Majid Konting (1990) menyatakan bahawa kaedah bentuk setara
menggunakan satu alat ukuran yang dibina dan satu alat ukuran yang
piawai.
Kedua-dua alat ukuran tersebut mestilah setara dari segi kandungannya
tetapi mungkin berbeza dari segi penyampaian.
Sidek Mohd Noah (1990) menyatakan selain daripada kandungan,
bahasa yang digunakan, aras bahasa, bentuk rangsangan dan darjah
kesukaran item-item dalam kedua-dua alat ukuran juga perlu setara.
Untuk memperoleh pekali kebolehpercayaan, kedua-dua alat ukuran
perlu ditadbir ke atas subjek yang sama dan skor yang diperoleh
daripada kedua-dua alat ukuran itu kemudiannya dikorelasikan.

4. Kebolehpercayaan KuderRichardson
Kaedah ini adalah berasaskan kepada sisihan piawai alat
ukuran dan sisihan piawai item-item yang berlainan.
Pekali kebolehpercayaan yang diperoleh melalui kaedah
ini juga dikenali sebagai pekali kebolehpercayaan alpha
Cronbach.
Soal selidik yang telah sempurna diisi oleh pelajar, akan
dianalisis dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach
bagi memperoleh nilai pekali kebolehpercayaan modul
tersebut.

Menurut Sidek Mohd Noah (1990) dan Tuckman


(1978), apabila item-item ujian yang dibina
mempunyai format jawapan bentuk kategori, iaitu
sama ada A atau B, Salah atau Betul, Ya atau
Tidak; pada suatu alat ukuran yang tidak ditentukan
masa untuk menyelesaikannya untuk mengukur
sesuatu ciri atau kualiti, kaedah kebolehpercayaan
Kuder-Richardson ini sering kali digunakan.
Pekali kebolehpercayaan ini juga dikenali dengan
pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach.

Nilai Pekali
Kebolehpercayaan
Berdasarkan pandangan pakar pengujian
dan pengukuran dari dalam dan luar
negara menunjukkan bahawa nilai pekali
kebolehpercayaan alat ukuran yang
terendah yang boleh diterima pakai ialah .
50, sementara nilai pekali
kebolehpercayaan alat ukuran yang
tertinggi dan boleh diterima pakai ialah .
90.

Faktor-faktor YangMempengaruhi
PekaliKebolehpercayaan
Panjang ujian
Keheterogenan kumpulan
Kebolehan pelajar yang mengambil ujian
Teknik menganggarkan kebolehpercayaan ujian
Keadaan pembolehubah yang diukur
Batasan masa

Cara-Cara Mempertingkatkan
Kebolehpercayaan Sesuatu Alat
Ukuran
1. Pernyataan item yang jelas.
2. Item-item yang digunakan hendaklah homogenius.
3. Arahan-arahan ujian mestilah jelas, ringkas dan
padat.
4. Mengelakkan gangguan semasa subjek menjawab
ujian.
5. Pengumpulan data dilakukan dalam keadaan yang
piawai, serupa dan terkawal.

You might also like