Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Dasar pendidikan sekular

British
telah
berjaya
melemahkan
sistem
pendidikan Islam di Malaysia.
Bahaskan.
NAMA PENSYARAH
: Dr. NIK HASLINDA NIK HUSSAIN
NAMA PEMBENTANG :
: FAIRUS NABILAH BINTI MOHD HANAFIAH, 127651

PENGENALAN
Pendidikan Islam di Malaysia merujuk pada pembelajaran
berkurikulumkan pelajaran agama Islam iaitu Al-Quran dan hadis nabi.
Sebelum
kedatangan
penjajah,masyarakat
tempatan
sudah
mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri iaitu sistem pendidikan
bersifat tidak formal.
Diajar pengajian al-Quran dan ilmu pengetahuan agama. Diajar di
surau atau masjid di kampung-kampung pada waktu malam. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah cara menghafal
kitab-kitab dan ajaran guru - sebagai Menadah Kitab.
Pada abad ke-18, sistem pendidikan Sekolah Pondok semakin
berkembang pesat apabila beberapa orang ulama dari Timur Tengah
berhijrah ke NNM - lebih kemas dan teratur berbanding pengajaran
agama yang diadakan di surau atau masjid.

Pada zaman penjajahan British, terdapat empat aliran persekolahan di


Tanah Melayu iaitu sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.
Wujud pelbagai aliran persekolahan ini berpunca daripada sikap dan dasar
Inggeris yang cuba memecahkan perpaduan kaum. Sistem pendidikan
Inggeris di Tanah Melayu telah dikembangkan oleh mubaligh-mubaligh
Kristian.
Mereka memilih pendidikan sebagai satu saluranuntuk mengembangkan
agama mereka. Antara sekolah yang terkenal ialah Penang Free School
(1816), Convent, Methodist dan sebagainya. Walaupun sekolahsekolahInggeris telah dibuka kepada semua kaum, tetapi pada masa itu
orang Melayu tidak ramai yang berpeluang untuk belajar di sekolah
tersebut akibat tidak mampu membayaryuran persekolahan yang begitu
mahal.
British telah menubuhkan sekolah-sekolah yang mengembangkan
pendidikan sekularmanakala Islam dihadkan kepada perkara-perkara ritual
sahaja seperti sembahyang,mengerjakan haji, menyambut hari raya dan
lain-lain. Dalam bidang politik, ekonomi dan sosial, Islam telah dipinggirkan

Pernyataan menyokong dasar pendidikan sekular


British Berjaya melemahkan system pendidikan
islam di Malaysia :
SEKOLAH PENDIDIKAN MELAYU

Sekolah Melayu mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 di NNS. Sek.
Melayu Gelugor dan Sek. Melayu Bayan Lepas. 1856 - dua buah sek. Melayu
dibuka di Singapura, iaitu di Sek. Melayu Telok Belanga dan Sek. Melayu
Kampung Gelam. Pada tahun 1863, tiga buah sekolah Melayu lagi telah dibuka di
Seberang Perai, iaitu di Penaga, Permatang Pauh, dan Bukit Tambun.
Sambutan ibu bapa tidak begitu menggalakkan menganggap bertentangan
dengan agama Islam. Ibu bapa bimbang anak mereka terpengaruh dengan
Kristian dan tidak mempunyai nilai ekonomi. Mereka lebih memerlukan tenaga
anak untuk menolong ibu bapa.
Peringkat awal - dibuka untuk pelajar lelaki sahaja kerana ibu bapa tidak
berminat menghantar anak-anak perempuan ke sekolah. Kemudian sekolah
vernakular Melayu berasingan ditubuhkan untuk kanak-kanak lelaki dan
perempuan. Sekolah perempuan Melayu pertama dibina di Teluk Belanga,
Singapura (1884) dan diikuti dengan sebuah sekolah lagi di Pulau Pinang pada
tahun 1889. Menjelang tahun 1900, terdapat 14 buah sekolah perempuan
Melayu, iaitu 12 buah di Perak dan dua buah lagi di Selangor.

Antara tahun 1900-1923, Enakmen mewajibkan kanak-kanak lelaki


Melayu ke sekolah jika tinggal dalam lingkungan 2 batu dari sekolah.
Tempoh belajar hanya untuk selama 4 tahun - diajar menulis, membaca
dan mengira serta kraftangan mudah. Matlamat pendidikan Melayu hanya
untuk memastikan supaya seorang anak nelayan atau petani menjadi
seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapa mereka.
Sek.
Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, diajar
oleh guru-guru berbangsa Melayu dan tidak mempunyai buku-buku teks
wajib. British tidak mempunyai perancangan yang teliti untuk memulakan
pendidikan di peringkat menengah dalam bahasa Melayu.

SEKOLAH PENDIDKAN INGGERIS


Sekolah aliran Inggeris yang pertama ialah Penang Free School (1816) di Pulau Pinang dibuka
oleh R.R.S. Hutchings, seorang paderi gereja tempatan. Pada mulanya sekolah ini merupakan
sebuah sekolah rendah, tetapi kemudian dijadikan sekolah menengah sepenuhnya pada tahun
1920-an. Pada tahun 1826, Malacca Free School dibuka oleh badan mubaligh Kristian dan pada
tahun 1920 ditukar kepada Malacca High School, diikuti dengan Anglo-Chinese School (1821)
dan St. Xaviers Institution (1829) di Pulau Pinang; St. Joseph dan Convent of Holy Infant Jesus
di Singapura; Victoria Institution (1893), Methodist Boys School (1897), Convent Girl School,
dan St. John Institution (1904) di Kuala Lumpur. Sekolah
Inggeris dibiayai melalui pungutan yuran dan derma daripada badan-badan persendirian dan
orang ramai. Bantuan kewangan kerajaan hanya diberi secara tahunan mengikut jumlah murid
yang mengambil peperiksaan awam. Kebanyakan sekolah aliran Inggeris lebih tertumpu di
bandar-bandar utama di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Pada tahun 1930-an, anak-anak Melayu mula diberi peluang untuk belajar di sekolah aliran
Inggeris apabila Special Malay Class diperkenalkan. Murid-murid Melayu dari darjah empat
perlu mengambil peperiksaan khas sebelum diterima masuk ke Special Malay Class.
Murid-murid di sekolah Inggeris sebahagian besarnya berasal daripada golongan atasan dan
hanya segelintir daripada golongan bawahan. Keadaan ini berlaku kerana wujud sekatan
kemasukan orang Melayu ke sekolah-sekolah aliran Inggeris. Sekolah-sekolah Inggeris lebih
tertumpu di pusat-pusat Bandar dan bayaran yuran yang dikenakan agak tinggi.

MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR


Pada tahun 1905, British menubuhkan sebuah maktab khas untuk anak-anak
golongan bangsawan Melayu yang dikenali sebagai Malay College, Kuala
Kangsar (MCKK). Kebanyakan lulusan maktab ini diambil berkhidmat dalam
perkhidmatan awam.

Kurikulumnya sekolah Inggeris dibentuk dengan memberi tumpuan kepada


pelajaran akademik dan akan menduduki peperiksaan Cambridge Overseas
School Certificate. Bagi mereka yang lulus mempunyai peluang pekerjaaan yang
lebih cerah. Mata pelajaran yang diajar di sekolah Inggeris ialah Bahasa Inggeris,
Matematik, Sejarah Eropah, ilmu Alam, ilmu Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan
Jasmani, dan Lukisan. Sistem pendidikan Inggeris.

Bertujuan melahirkan golongan terpelajar yang dapat membantu pentadbiran


negara di samping menanam perasaan taat setia kepada British. Dalam
sesetengah mata pelajaran seperti Sejarah, murid-murid hanya didedahkan
kepada sejarah keagungan British seperti peperangan dan sejarah Eropah serta
perkembangan empayar British.

TIDAK BERSETUJU!
Kemunculan madrasah lebih banyak.
Sistem pendidikan sekolah Vernakular
Melayu.
Undang-undang bertulis pendidikan.
Kurikulum

KEMUNCULAN MADRASAH LEBIH


BANYAK
Dalam tempoh 40 tahun (1900-1940) banyak madrasah telah dibina di semenanjung Tanah
Melayu dengan jumlah yang menggalakkan.
Pulau Pinang dan Singapura
Tercetusnya kerana kemunculan Syed Sheikh al-Hadi, pelajar Universiti al-Azhar, beliau
berusaha mengubah sikap orang Melayu supaya memahami Islam dengan lebih lengkap.
Beliau cuba menyedarkan masyarakat Islam di rantau ini supaya mengubah sistem
pendidikan yang ada kepada institusi yang dapat mendidik masyarakat yang mampu
menenteng pengaruh sekular barat serta dapat mengambil alih pentadbiran negara yang
dipegang oleh penjajah.
Hasil daripada itu muncullah:
a) al-Madrasah al-Misriyyah, Bukit Mertajam, 1906.
b) Madrasah al-Iqbal, Singapura, 1908. (Dipimpin oleh Syed Sheikh al-Hadi)
)Hakikatnya sistem madrasah lebih sistematik dan lebih formal dalam system pondok. Dalam
sistem madrasah, sudah tidak tertumpu kepada soal-soal ibadat dan tauhid semata-mata.
)Kurikulum lebih meluas dengan memasukan mata pelajaran lain dalam pendidikan Islam,
seperti Ilmu hisab, Bahasa Arab, Geografi erta meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah.

Tempat

Tahun

Nama Madrasah

Nama Pemimpin

Paya Rumput

1901

Madrasah Nur ad-Diniyah

Haji Ahmad Bin Haji Md. Kassim

Temoh, Perak

1912

Madrasah Saadiah Salihiyah

Kiyai Haji Salleh Bin Abdul


Rahman

Pulau Pinang

1914

Madrasah al-Mashyur

Kuala Kangsar,Perak

1922

Madrasah Idrisiah

Ketapang,Pekan, Pahang

1923

Madrasah al-Attas

Kuala Terengganu

1925.

Madrasah Zainal Abidin

Gunung Semanggul

1934.

Maahad Ihya Asyarif,

Alor Setar, Kedah

1934

al- Maahad al-Mahmud

Negeri Sembilan

1935

Madrasah as-Saidiyah

Bagan Datoh, Perak

1937

Madrasah al-Ulum asy-Syariah

Haji Muhammad Arshad bin Haji


Mohd Salleh

Bagan Serai,Perak

1943

Madrasah al-Akhlak al-Islamiyah

Haji Abdul Rahman bin Haji


Arshad

Sabak Bernam
Selangor

Akhir abad ke19

Madrasah Awammiyah,

Mohd Awam Bin Rosdi

Padang Luas

Madrasah al-Huda

Padang Rengas, Perak

Madrasah al-Yahwiyah

Habib Hasaan al-Attas

Disokong oleh Khoo Kay Kim (1985) menyatakan bahawa sistem


pendidikan Islam tradisional menuju ke zaman gemilang dengan
bermulanya abad ke 20.
Ini kerana ulama yang terdahulu berjaya melahirkan murid-murid
berkebolehan dan Berjaya menanamkan semangat cintakan agama
khasnya masyarakat di Kelantan.
Sebelum tahun 1940 di Kelantan, sebanyak beratus-ratus bilangan
pondok. Sehingga dikenali Serambi Mekah. (Artikel: Early History of
Islamic Education and its Expansion in the State of Kelantan, Malaysia,
Middle-East Journal of Scientific Research).

(Rujukan: Pengurusan pendidikan di sekolah: huraian menurut perspektif


Islam)

Sebab terbina Sekolah vernakular Melayu


Isunya tercetus kerana laporan rasmi Sistem Pendidikan di Negeri Bersekutu, 1905, kritikan mengenai
haji mengajar murid-muridnya.

hari demi hari ayat-ayat panjang Al-Quran dalam bahasa Arab,


yang mereka tidak faham, dan dengan usaha paling sabar untuk
memberikan sebutan yang betul, intonasi, serta susunan kata,
walaupun mereka tidak boleh sama ada membaca atau menulis
dalam watak Jawi mereka sendiri atau, sesungguhnya, yang lainlain, nama-nama murid-murid mereka dalam kelas mereka .
(Dipetik daripada: The Foundation of a Malay School System, 18751891, m/s 31)

Pihak British beranggapan sekolah bersistemkan pendidikan Islam tidak memenuhi fungsi sebenar sekolah
bagi mengajar murid untuk membaca dan menulis.
Pihak British cuba untuk mewujudkan satu sistem sekolah-sekolah vernakular Melayu daripada jenis moden.
Sekolah Melayu Vernakular pertama di Sekolah Melayu Gelugor, (1816), Sekolah Melayu di Bayan Lepas,
(1855).
Tidak mendapat sambutan kerana para ibu bapa takut anak mereka bergaul bebas antara lelaki dan
perempuan.

Pendidikan Islam dalam sistem


pendidikan Vernakular Melayu
Sekolah vernakular tidak menggantikan sekolah Al-Quran ( pendidikan Islam) tetapi
diwujudkan selari dengannya. (Dipetik daripada: The Foundation of a Malay School
System, 1875- 1891, hlm. 31)
Mereka sepenuhnya dikawal dan ditaja oleh kerajaan.
Bagi membina sekolah vernakular Melayu, pegawai daerah dan penghulu
mempunyai jaminan residen akan ada kehadiran minimum di sekitar dua puluh
orang murid.
Ini adalah nombor yang paling kecil ia telah menganggap akan mewajarkan
perbelanjaan menyewa atau membina sebuah rumah, dan pengambilan guru.
Tahun 1872, Skinner telah memperkenalkan persekolahan dua sesi iaitu sesi pagi
pembelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Pada sesi petang, pembelajaran
Bahasa Arab dan Al-Quran.
Perkara ini dinyatakan dalam Kod Pelajaran (Education Code) bahagian 5 UndangUndang Pelajaran Melayu di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Bersekutu tahun
1936 dalam senarai tugas Penolong Nazir Melayu Sekolah. (Kementerian Pelajaran

Bangunannya digunakan sebagai sekolah Melayu pada waktu pagi dengan


mendapat bantuan penuh daripada pemerintahan Inggeris manakala
sekolah al-Quran pula dilaksanakan pada waktu petang di bangunan yang
sama.
Walaupun penjajah dapat menubuhkan sekolah Melayu dan mengasingkan
sekolah al-Quran di sebelah petang.
Namun masyarakat Melayu tetap mengekalkan asas pendidikan Islam yang
menjadi warisan agama dan bangsa. Mereka berjaya mempertahankan
institusi tradisional Melayu yang menjadi warisan sejak turun.
Menurut Swettenham, ciri guru yang bersesuaian adalah dapat mengajar:
(i) Al-Quran
(ii) Membaca dan menulis Bahasa Melayu
(iii) Aritmetik
Guru akan dibayar gaji sebanyak $20 setiap bulan bagi mengajar BM, guru
kelas agama ibu bapa yang membayar yurannya.
Masa mengajar adalah daripada pukul 8 pagi-11 pagi, dan dari pukul 2-4
petang, hanya 6 hari perlu mengajar.

UNDANG-UNDANG BERTULIS PELAJARAN


Pada tahun 1952, satu ordinan pelajaran telah digubal yang dinamakan sebagai
Ordinan Pelajaran 1952.
Dalam ordinan tersebut diadakan peruntukan Seksyen 70 mengenai pelajaran agama
Islam dan menjadikannya sebagai sebahagian kursus-kursus pelajaran di sekolah
bantuan kerajaan. Tetapi tidak dapat diteruskan kerana berlakunya Darurat.
Pelajaran Agama Islam terus mendapat perhatian yang wajar daripada kerajaan
apabila Syor Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak).
Mencadangkan agar mana-mana sekolah yang jika murid-muridnya tidak kurang
daripada 15 orang yang beragama Islam, maka pelajaran agama yang diberikan
kepada mereka hendaklah di bawah peruntukan oleh kerajaan. Cadangan tersebut
diterima oleh kerajaan dan dimasukkan dalam Seksyen 49, Ordinan Pelajaran
1957. (Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956, Kuala Lumpur: Pencetak Kerajaan, h.
22.)
Selain itu, turut ditetapkan bahawa sekolah yang mempunyai murid Islam melebihi 15
orang diwajibkan mengadakan kelas agama Islam. Peruntukan masa juga ditetapkan
untuk kelas agama Islam iaitu sekurang-kurangnya dua jam seminggu. (Kementerian
Pelajaran Malaysia (1972), op.cit., h. 5.)

KURIKULUM
Akta Pendidikan 1961, Seksyen 36 (1) menetapkan pendidikan
agama Islam diajar di sekolah apabila terdapat 15 orang dan
lebih murid Muslim.
Mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM telah membawa
Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji
pelaksanaan dasar telah mengeluarkan satu laporan menyeluruh
berkaitan aspek pendidikan termasuklah kurikulumnya.
Hasilnya, KBSR telah digubal dan dilaksanakan secara
keseluruhan pada tahun 1983.
Tahun 1988, KBSM digunakan bagi sekolah menengah.
Diwajibkan kepada semua pelajar beragama Islam di peringkat
menengah rendah dan tinggi.
Mata pelajaran Pendidikan Islam dijadikan subjek teras di

Perkara 126, Laporan Jawatankuasa Kabinet, diwajibkan didalam


peperiksaan Pendidikan Islam.
Pada peringkat menengah atas, terdapat mata pelajaran elektif
seperti Tasawur Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah serta
Pendidikan Syariah Islam.
Semasa KBSR diperkenalkan ia memberi penekanan kepada
asuhan dan latihan membaca Al-Quran serta asas pelajaran
agama.
Tahun 1993, mata pelajaran Pendidikan Islam ditambah satu lagi
bidang iaitu asas akhlak Islam.
Tahun 1995, Ujian PAFA dilaksanakan.
Memberi penekanan terhadap tulisan jawi. Semua murid
bermula dari tahun satu dipastikan mengenali tulisan jawi.

RUMUSAN
Dapat dilihat sistem pendidikan vernakular ini tidak
melemahkan sistem pendidikan Islam malahan lebih
menyemarakkan lagi perkembangan sistem pendidikan
Islam.
Sehingga selepas merdeka, sistem pendidikan Islam
masih berkembang sehingga termaktub dalam Akta
Pendidikan Malaysia.

RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1997. Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Pemikiran.
Jakarta: Gema Insani.
Ishak Ramly. 2005. Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Khasnor Johan. 1984. The Emergence of The Modern Malay Administrative Elite. Singapore:
Oxford University Press.
Loh, Fook Seng Philip. 1975. Seeds of Separatism: Educational Policy in Malaya 1874- 1940.
Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Mohd Roslan Mohd Nor, Ahmad Zaki Berahim Ibrahim, Abdullah Yusof, Muhamad Fauzi Zakaria
and Mhd Faizal Mhd Ramli. 2012. Early History of Islamic Education and its Expansion in the
State of Kelantan, Malaysia, 11 (8): 1153-1160Middle-East Journal of Scientific Research.
Stevenson, R. 1975. Cultivators and Adminstrators: British Education policy towards the
Malays (1875-1906). Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Syed Muhd Khairudin Aljunied & Dayang Istiaisyah Hussin. 2005. Estranged from the ideal
past: Historical evolution of madrassahs in Singapore, Journal of MuslimMinority Affairs, 25:2,
249-260.
Wang Hoy Kee. 1971. Education in Malaysia. University Malaya: Faculty of Education.

You might also like