Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEJARAH PERKEMBANGAN BIMBINGAN

& KAUNSELING DI MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mencatat bahawa


usaha dalam bimbingan dan vokasional di Malaya telah
bermula sejak tahun 1939, dimana satu buku bertajuk A
Guide to Career in Malaya for parents, teachers and pupils
telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri
Selat dan Negeri Melayu Bersekutu.
Profesion kaunseling berkembang dan tersebar selepas
tercetusnya Perang Dunia ke-2 sehingga tahun 1959.

Pada tahun 1960,Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat pekeliling


berkenaan dengan bimbingan dan kaunseling.

Pada tahun 1961, Kementerian Buruh telah mengeluarkan sebuah buku bertajuk
Handbook Facilities in the Federation of Malaya. Terdapat banyak panduan
pekerjaan dan kerjaya diterangkan. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras Bimbingan
dan vokasional ditubuhkan dan jawatankuasa ini telah memanggil seorang pakar
rundingan dari luar Negara yang bernama Russel K. MacKenzie yang merupakan
seorang pakar Rancangan Colombo untuk membantu kerajaan mengembangkan
bimbingan dan kaunseling di Malaysia.

Beliau telah melatih beberapa orang pengelola dari jabatan-jabatan pendidikan


negeri berkenaan dengan aspek bimbingan. Hasil dari latihan tersebut,Dewan
Bahasa dan Pustaka telah menghasilkan sebuah buku panduan yang bertajuk
Perkhidmatan dan Panduan di Sekolah pada tahun 1966.

Beberapa perintah am telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia


seperti Surat Pekeliling KP 5209/30/(30) yang mengarahkan Pengarah
Pelajaran Negeri supaya semua guru besar memberikan kemudahan tempat
bagi aktiviti bimbingan dan panduan di sekolah masing-masing.
KP 5209/35/(40) pula, telah mewajibkan setiap sekolah rendah dan menengah
melantik seorang guru bimbingan. Surat Pekeliling KP5209/30/(13) serta Surat
Pekeliling Ikhtisas bil. 5/1976,menggesa kepada semua Pengarah Pelajaran di
seluruh negeri bagi mewajibkan penubuhan kegiatan kerjaya dan panduan di
setiap sekolah. Beberapa kemudahan seperti bilik darjah, guru khas yang
mengelolakan tugas-tugas dalam membimbing kerjaya pelajar di setiap
sekolah.

Pada tahun 1969, bersama dengan UNICEF, seramai 275 orang guru
telah dipilih bagi menghadiri satu kursus yang di anjurkan oleh UNICEF
bagi memberi pendedahan mengenai bimbingan selama enam hari di
IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras.

Kementerian turut menjalankan satu seminar selama tiga hari


berhubung dengan panduan dan bimbingan kerjaya di Sekolah
Menengah Bukit Bintang, Petaling Jaya.

Kelemahan disini ialah, usaha dalam menerapkan bimbingan dan


kaunseling hanya tertumpu pada sekolah-sekolah yang berada di
pusat-pusat bandar sahaja tetapi,sekolah sekolah di bahagian
pendalaman terus ketinggalan kerana kurangnya pendedahan
mengenai dasar kerajaan ini.

Beberapa garis panduan telah diperkenalkan kepada Guru-guru


bimbingan.
Guru-guru bimbingan ini juga telah atau hendaklah dilonggarkan
daripada bebanan tugas kepada tidak lebih daripada 25 waktu
seminggu serta terkecuali daripada segala kegiatan kumpulan yang
lain.
Ini membolehkan guru-guru bimbingan ini menumpukan
sepenuhnya kepada tugas membimbing pelajar dalam hal-hal
kerjaya. Dalam Surat Pekeliling KP 5209/35/(4) juga telah
menyenaraikan 11 garis panduan tugas guru bimbingan.

Pada tahun 1979, Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA) telah


ditubuhkan yang berpusat di Institut Teknologi MARA,Shah Alam.
Beberapa pertubuhan lain juga yang turut menjalankan khidmat
kaunseling seperti BeFrienders dan Woman Aids.
Galakan mengenai kaunseling kini semakin menonjol dimana beberapa
buah institusi pengajian tinggi turut membekalkan para kaunselor.
Maktab Perguruan Ilmu Khas mengendalikan kursus yang bertaraf sijil
selama setahun untuk para kaunselor di sekolah. Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) pula,menyediakan kursus peringkat
diploma dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada peringkat ijazah.

You might also like