Kontraksosia

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

KONTRAK SOSIAL

ASAL USUL KONTRAK SOSIAL

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli


teori demokratik Eropah seperti Thomas
Hobbes dan John Locke ialah bahawa
manusia mewujudkan negara sebagai satu
perjanjian bersama di mana setiap individu
itu bersetuju kepadanya.
Kontrak ini bererti individu-individu yang
bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya
untuk memerintah diri sendiri itu kepada
satu institusi bersama yang berkuasa dan
berdaulat.

APAKAH ITU KONTRAK SOSIAL

kontrak sosial merupakan satu istilah


permuafakatan antara kaum yang dicapai
sebelum merdeka melalui satu persetujuan
di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina dan India.

BAGAIMANA TERBENTUKNYA
KONTRAK SOSIAL?

Kewujudan pekerja kontrak di bawah


penjajahan asing.
Isu hak kerakyatan.
Kemerdekaan bersyarat yang ditawarkan oleh
kerajaan british.
Permuafakatan pemimpin UMNO, MCA, MIC.
Kelahiran kontrak sosial.
Pemberian kerakyatan kepada pemastaudin.
Pembentukan perlembagaan.
Negara Malaysia yang berdaulat.

ADAKAH KONTRAK SOSIAL TERKANDUNG


DALAM PERLEMBAGAAN?

Kontrak sosial bukan istilah yang wujud


dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun
1957 tetapi permuafakatan yang mewakili
semangat Perlembagaan.
Ia merupakan muafakat antara kaum yang
mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang
diterjemahkan ke dalam Perlembagaan.
Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada
dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada
pada ciri-ciri perlembagaan itu.

APAKAH KANDUNGAN DALAM


KONTRAK SOSIAL INI?

KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Terhasilnya sistem raja berperlembagaan.

Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan


cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap
peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan
keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja
negeri.

Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah.

Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan


Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur
utama daripada tiga unsur utama badan perundangan
persekutuan iaitu parlimen.

HAK KEISTIMEWAAN ORANG


MELAYU

Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan,


permit dan sebagainya untuk orang Melayu.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah


peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa
undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang
sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu
daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak dan


diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang
secara amnya termasuklah hak mendapat
kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan
kewarganegaraan dalam perlembagaan.

KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI


AGAMA RASMI

Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi


agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana bahagian Persekutuan

Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang


menyebut tetapi agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan:

Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksudmaksud agama atau khairat, dan
Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan
mentadbirkannya mengikut undang-undang.

BAHASA MELAYU SEBAGAI


BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam


menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu
bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan
bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk
menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masingmasing dengan bahasa pertuturannya.

Terdapat bantahan dari pihak lain,tetapi isu ini dapat


diselesaikan malalui penerangan Tun Tan Siew Sin :
Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan
bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan
Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang
mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasabahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa
perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan
dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak
dan dipelihara, mereka bersetuju

APAKAH PERKARA PENTING PERLU


DIFAHAMI DALAM KONTRAK SOSIAL?
Rakyat Malaysia perlu memahami kontak
sosial dengan jelas berdasarkan kepada
fakta sejarah. Kontrak sosial harus
difahami sekurang-kurangnya tentang
hubung kaitnya kepada empat perkara
utama iaitu - perlembagaan,
kemerdekaan, hubungan kaum dan
sistem pemerintahan negara. Tanpa
kontrak sosial mungkin kita tidak dapat
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957
kerana pihak British ketika itu
menjadikan permuafakatan itu sebagai
prasyarat. Kontrak sosial adalah anak
kunci kepada hubungan kaum
sebagaimana yang termaktub dalam
perlembagaan.

ISU KONTRAK SOSIAL DAN


PANDANGAN AHLI POLITIK

KEPENTINGAN KONTRAK
SOSIAL

Ternyata selepas hampir 50 tahun


kemerdekaan Malaysia, formula kontrak
sosial yang telah dipakai telah berjaya
menyatupadukan semua kaum di Malaysia
tanpa berlaku sebarang konflik perkauman.
Malah negara kita juga pernah gempar
dengan kontroversi berkaitan isu agama iaitu
tentang penubuhan IFC.

SAMBUNG

Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan


juga kes perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga
terbaru Rayappan antara keluarga si mati dan juga
Jabatan Agama Islam.

Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan


bagi menjamin keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana
mengapa perlu kontrak sosial dirombak sedangkan formula
tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara
perpaduan antara kaum.

ADAKAH MASIH RELEVAN LAGI


KONTRAK SOSIAL INI?
Kontrak sosial merupakan
benda abstrak yang seringkala
dipertikaikan oleh orang yang
ingin merosakkan
perpaduan.Perlembagaan
menjadi teras negara.
Sekarang semua kaum hidup
secara aman dan bersumbang
dalam kemajuan negara,
diskriminasi tidak berlaku.
Kerajaan harus terus berusaha
untuk melindungi rakyat dan
mengukuhkan perpaduan yang
amat berharga itu.

KESIMPULAN
'Perpaduan teras kemajuan'
'persefahaman teras kemakmuran

'

You might also like