Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 30

E-Dagang & Undang-undang :

Perlindungan Pengguna Dalam


Transaksi Jualan Barang Di Malaysia.

Universiti Kebangsaan Malaysia


Fakulti Undang-undang
Program PHD Undang-undang
P58462
Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
MBL ( UKM )
1

Secara amnya kita dapat mengatakan bahawa


perdagangan elektronik atau e-dagang adalah
merujuk kepada sektor yang merangkumi bidang
perniagaan atau perdagangan yang menggunakan
peralatan serta infrastruktur teknologi komunikasi
dan maklumat sebagai medium untuk tujuan
komunikasi dan juga transaksi.
Manakala Deklarasi World Trade Organisation
(WTO) mendefinisikan e-commerce sebagai
the production, distribution,marketing,sale or
delivery of goods and services by electronic
means.

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang


atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce
(EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli
yang banyak menggunakan kemudahan teknologi
maklumat terutama telekomunikasi canggih
sehingga dapat melindungi dan memuaskan
pengguna-penggunanya iaitu yang terdiri daripada
penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti
bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit,
pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.
Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan
Internet khususnya Web untuk mengadakan satu
rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan
pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran
elektronik yang selamat untuk semua pihak serta
ianya boleh dipercayai.

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu


boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan
di mana sahaja di dunia ini.
Pra syarat terpenting untuk menjalankan
perniagaan dalam suasana yang menggunakan
teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan
kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana
telekomunikasi yang membolehkan anda
mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula
dengan sebuah komputer, modem dan talian
telefon.

Penggunaan E-dagang dijangka akan


melonjak naik dari setahun demi setahun
sesuai dengan meningkatan penerimaan IT
di kalangan masyarakat .
Walau bagaimanapun di antara yang
membelenggu penerimaan e-dagang secara
lebih meluas di kalangan khalayak ramai
ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak
boleh dipercayai dari segi keselamatan dan
kepercayaannya berbanding dengan
cara-cara tradisional perdagangan.

Namun E-dagang sekarang ini diakui oleh


syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar
pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan
pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan
menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis
perniagaan yang ingin pergi ke peringkat
antarabangsa sesuai dengan ungkapan
e-business or no business .

Salah satu kebaikan dan keuntungan


daripada menggunakan kaedah e-dagang ini
ialah perangkaian dan integrasi di antara
semua syarikat-syarikat yang berhubung baik
sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia
perkhidmatan yang berkenaan.
Dengan cara ini pertukaran maklumat dan
transaksi perniagaan dapat dijalankan dalam
sekelip mata yang dahulunya mungkin
dibelenggu oleh karenah pengisian borangborang kertas dan birokrasi.

Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu


juga dapat membantu mengintegrasikan semua
bahagian dalaman syarikat tersebut dengan
sesebuah transaksi perniagaan itu untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada
pelanggan.
Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat
tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan
tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada
beberapa bahagian dalaman yang berkenaan
seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan
bahagian pembuatan. Dengan ini
pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi
pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen.

Skop E-dagang
Secara amnya pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu
pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional,
peruncitan dan pelancongan.
Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan
E-dagang yang memberangsangkan. Dalam tahun 1998 sahaja
jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet telah mencecah
sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya
diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah AS$420 bilion.
Dalam bidang pendidikan pula jumlah penuntut jarak jauh telah
meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710
ribu pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada
2.2 juta penuntut menjelang tahun 2002.

Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan,


penggunaan teleperubatan telah meningkat sejumlah 300
peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah menerima
manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998.
Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam
pembelian aplikasi perbankan Internet kepada AS$93 juta
pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan telah meningkat
kepada AS$326 juta pada tahun 1999.
Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi daripada
penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka
telah meningkat kepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002.

10

Jaminan pengguna
Para pengguna kad kredit seperti VISA dan Mastercard tidak akan menghadapi
sebarang masalah apabila mereka menggunakan kad kredit mereka untuk
membeli-belah menerusi Internet. Dengan kehadiran teknologi enkripsi data
seperti Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET)
maka pengguna akan lebih terlindung untuk melakukan pembelian menerusi
Internet. Satu alternatif lain pula ialah dengan mengunakan perkhidmatanperkhidmatan seperti Net.Trader, Cybercash dan DigiCash yang membolehkan
menghantaran wang menerusi talian tanpa menggunakan sebarang nombor kad
kredit.
Lain-lain teknologi yang mennyokong dan menambahkan keselamatan
transaksi e-dagang termasuklah sistem kriptografi PKI atau Public Key
Infrastructure dan sijil digital. PKI dan sijil digital bertindak seperti kad
pengenalan yang akan mengesahkan identiti sebenar pengguna dan penjual dalam
setiap transaksi e-dagang dan ini meningkatkan kebolehpercayaan transaksi
tersebut.

11

Kedudukan E-Dagang di Malaysia


Kegiatan ekonomi, khususnya urusan jual beli, bukan sahaja
dilakukan secara manual, malah telah dijalankan melalui
dunia siber atau internet. Urusan ini yang dikenali sebagai edagang menyediakan pelbagai pilihan barangan di dalam laman
web bagi pengguna membuat pilihan seterusnya menjalani
urusan melalui laman web yang disediakan tersebut.
Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS)
berharap dapat meningkatkan kesedaran terhadap kelebihan
menggunakan perdagangan secara elektronik (e-dagang) yang
akan mengurangkan kos transaksi berurusan di kaunter.

12

Pengarah Urusan MEPS


Datuk Mohd Hata Robani berkata ..perkhidmatan Giro Antara
Bank dan Pertukaran Proses Kewangan (FPX) akan membolehkan edagang inovatif mencapai peringkat di mana pembayaran atau
pemindahan kredit boleh diakses dengan lebih selesa dan meluas.
Urus niaga e-dagang Malaysia dianggarkan berjumlah RM9.765 bilion
tahun ini, meningkat daripada RM7.233 bilion dalam tahun 2004. Ia
dijangka meningkat kepada RM13.183 bilion tahun depan dan mencecah
RM43.787 bilion menjelang tahun 2010.
Seterusnya Mohd Hata berkata ..menurut Bank Negara Malaysia,
penggunaan e-dagang boleh mengurangkan kos transaksi berurusan
di kaunter sebanyak dua peratus daripada jumlah keluaran dalam negara
kasar (KDNK) negara. Berdasarkan kepada KDNK 2004 negara, dua
peratus membawa jumlah kira-kira RM2 bilion .

13

Masalah E-Dagang
Di dalam isu kepengunaan; urusan E-Dagang juga tidak
terlepas daripada pelbagai jenis penipuan yang mampu
berlaku dan ianya juga seringkali dilakukan oleh peniaga.
Antaranya, produk yang dipesan tidak dihantar kepada
pembeli setelah bayaran dibuat melalui debit ke kad kredit,
bank atau pos, dan produk yang dihantar tidak mematuhi
kualiti seperti yang diiklankan dalam laman web.
Syarikat yang mengiklankan barangan dan produk juga
mungkin akan menutup laman web selepas beroperasi
dalam jangkamasa yang singkat selepas mengaut
keuntungan daripada pembeli.

14

Satu kaji selidik sikap pengguna yang dikeluarkan oleh Visa


International mendedahkan bahawa kecurian atau kehilangan maklumat
peribadi atau kewangan merupakan kebimbangan utama di kalangan
pengguna seluruh dunia dengan 64 peratus melahirkan kebimbangan
terhadap kejadian itu.
Maklum balas global kepada kejadian kecurian atau kehilangan
maklumat mengatasi kemerosotan kualiti alam sekitar (62 peratus) dan
keganasan (58 peratus) sebagai punca-punca kebimbangan.
Isu-isu utama lain bagi pengguna adalah kehilangan pekerjaan (57
peratus), penyakit atau wabak (55 peratus) dan bencana alam (48
peratus).

15

Oleh itu, pengguna haruslah mengambil langkah berjaga-jaga sebelum


memesan sesuatu produk daripada mana-mana syarikat yang
mengambil pesanan di dalam laman web. Pihak berkuasa sukar untuk
mengenalpasti kegiatan penipuan sebegini walaupun pada hakikatnya,
peniaga yang melakukan penipuan dengan cara ini tidak terlepas
daripada mengikut garis panduan yang ada dalam akta-akta
yang melindungi pengguna.
Para pengguna dinasihatkan supaya terlebih dahulu mempelajari serta
mengetahui hak-hak mereka di dalam menjalani transaksi jual beli
melalui internet ini termasuklah hak untuk mendapatkan maklumat,
hak untuk mendapatkan transaksi yang selamat, hak untuk
mendapatkan gantirugi serta hak untuk maklumat peribadi.

16

Kita dapati di dalam kes di Malaysia ; terdapat peniaga yang cuba mendapatkan
kelebihan imej perniagaan dengan menggunakan nama pihak terkenal seperti
Petroliam Nasioanal Bhd & Ors v Khoo Nee Kiong di mana
Plaintif pertama adalah satu perbadanan petroleum nasional yang terkenal. Plaintif
kedua merupakan salah satu cabang pemasaran plaintif pertama dan plaintif ketiga
merupakan satu perniagaan memproses dan mengalirkan gas semulajadi dan ia
mengendalikan perniagaan gasnya di bawah nama dagangan 'Petronas Gas'.
Defendan adalah seorang individu yang menjalankan operasi-operasi dagangan
sebagai seorang tuanpunya tunggal berdaftar di bawah nama dagangan/perniagaan
Araneum Consulting Services' dan tiada kaitan langsung dengan plaintif-plaintif.
Sekitar tahun 2001, plaintif-plaintif telah membuat rangkaian carian ke atas namanama domain dalam internet dengan menggunakan enjin carian 'better-whois.com
dan mendapati bahawa defendan mempunyai nama-nama domain berdaftar
'petronas-dagangan.com', 'petronasgas.com', 'mypetronasdagangan.com' dan
'mypetronas.com' ('nama-nama domain tersebut') bagi tujuan jualan.

17

Bagi melindungi pengguna di Malaysia , pelbagai akta


telah digubal oleh Kerajaan Persekutuan termasuklah
Akta Kawalan Harga 1946, Akta Kawalan Bekalan 1961,
Akta Timbang Dan Sukat 1972, Akta Perihal Dagangan
1972, Akta Sewa Beli 1967, Akta Hakcipta 1987, Akta
Jualan Langsung 1993, dan yang terkini Akta
Perlindungan Pengguna 1999.
Dan statut undang-undang berkenaan e-dagang
di Malaysia adalah seperti Communications and
Multimedia Act, Computer Crimes Act, Digital Signature
Act, BNM Minimum Guidelines on Internet Banking in
Malaysia, Content Code, Electronic Commerce Act
2006, Personal Data Protection Bill dan E-Govt
Activities .

18

Namun kita juga perlu ingat bahawa dalam melaksanakan Koridor Raya
Multimedia maka Kerajaan Malaysia juga telah mengeluarkan Jaminan
bahawa internet tidak akan dikenakan sebarang tapisan . Dan dalam
konteks ini bermakna bahawa e-dagang adalah terbuka luas di dalam
transaksi di alam siber di Malaysia.
Keterbukaan e-dagang dalam persekitaran alam siber sebenarnya
menimbulkan banyak persoalan perundangan. Negara-negara maju
seperti Kesatuan Eropah yang dianggap menerajui dunia dalam edagang juga mempunyai pelbagai masalah dengan sistem perundangan
dalam menangani pelbagai isu-isu kepengunaan khususnya transaksi
jualan barang.

19

Isu isu yang timbul secara relatif dengan perkara e-dagang dan
kepenggunaan di Malaysia telah menimbulkan persoalan kajian yang
dapat digariskan sebagaimana di bawah :(1) Adakah soalan asas seperti ikatan kontrak dapat diputuskan ?
(2) Sejauh manakah pengguna dilindungi oleh akta-akta yang
dikuatkuasakan mengenai e-dagang ini?
(3) Adakah akta-akta yang ada ini mampu menyelesaikan masalah
kepenggunaan seterusnya benar-benar melindungi pengguna?
(4) Adakah pengguna di negara ini sedar akan kewujudan undangundang yang melindungi mereka dan memperuntukkan remedi tertentu
bagi mereka menuntut keadilan dalam transaksi jualbeli e-dagang ?

20

Adakah soalan asas seperti ikatan kontrak


dapat diputuskan ?
Kita kini telah ada Akta Perdagangan
Elektronik 2006 yang diharapkan bagi
penyelesaian berkenaan kontrak namun
persoalan mengenai ikatan kontrak bagi
e-dagang masih tidak terjawab
di bawah akta berkenaan.

21

Sejauh manakah pengguna dilindungi oleh akta-akta yang


dikuatkuasakan mengenai e-dagang ini?
Perlindungan pengguna bagi e-commerce di Malaysia adalah
bergantung kepada undang-undang yang sedia ada . Dan
dengan perbezaan sumber undang-undang pengguna
di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak maka
perlindungan pengguna masih berada dalam keadaan tidak
menentu.
Akta Jualan Barang di Malaysia adalah berpandukan UK Sales
of Goods 1893. Ianya masih tiada pindaan manakala di UK
telah ada Sales of Goods Act 1979, Unfair Contract Terms Act
1977, Consumer Protection Act 1987, Unfair Contract Terms in
Consumer Contracts Regulations 1999, Consumer Protection
( Distance Selling) Regulations 2000 bagi memberikan
perlindungan pengguna.

22

Namun Akta Jualan Barang (AJB) memberikan Sek 62 yang


membolehkan masalah kepatuhan untuk AJB sendiri dengan klausa
contract out.
Manakala itu pula Akta Perlindungan Pengguna 1999 (APP 1999)
di Malaysia dengan jelas tidak memperuntukkan secara nyata
kedudukan perlindungan kepada pengguna kerana Seksyen 2(4) APP
1999 menyatakan akta ini adalah secondary dan tidak prejudis kepada
akta-akta lain ( kepada AJB dan Akta Kontrak 1950).
Seterusnya Seksyen 2(g) APP tiada menyatakan bahawa
ianya akan merangkumi atau melindungi transaksi
perdagangan elektronik.

23

Keujudan statut seperti Akta Perdagangan Elektronik


2006 dan Akta Kerajaan Elektronik 2007 adalah bagi
perancangan, kawalan dan pemantauan bagi e-dagang .
Statut-statut ini adalah manifestasi kesungguhan
Malaysia dalam perlaksanaan e-dagang ; namun
keujudannya pula seolah bertindan dan dengan itu
telah menimbulkan keraguan pengguna.

24

Adakah akta-akta yang ada ini mampu menyelesaikan


masalah kepenggunaan seterusnya benar-benar
melindungi pengguna?
Kita tidak dapat membuat sebarang kesimpulan tentang
perkara ini kerana Kesatuan Eropah sendiri menghadapi
kebuntuan tentang duduk perkara ini. Namun kejayaan
mereka kita perlu contohi dan bersama kejayaan maka
sudah tentu kita juga akan mewarisi keburukannya.Contoh
terbaik e-dagang boleh kita dapati di Denmark.

25

Adakah pengguna di negara ini sedar akan kewujudan undangundang yang melindungi mereka dan memperuntukkan remedi
tertentu bagi mereka menuntut keadilan dalam transaksi jualbeli
e-dagang ?
Terdapat dua keadaan signifikan ke atas perundangan di Malaysia
dengan aplikasi e-dagang yakni perubahan-perubahan yang
berkenaan :(1) prinsip undang-undang terhadap pemakaian terma tak saksama
dalam hubungan perdagangan; dan
(2) prinsip undang-undang berkenaan Doktrin Priviti Kontrak

26

Prinsip Perundangan : Terma Tak Saksama atau Kontrak Bentuk


Seragam
Pada peringkat awal maka perlaksanaan kontrak bentuk seragam
adalah bagi keperluan kelancaran perdagangan. Di dalam kes
Thompson , Midland & Scottish Railway dan LEstrange v
Graucob Ltd penghakiman kes-kes ini telah menyimpulkan bahawa
walaupun kontrak bentuk seragam dapat berfungsi dengan adil tetapi
tidak dinafikan ia juga mempunyai fungsi yang tidak adil iaitu dengan
wujudnya non-negotiated small print clause yang menghapuskan
hak-hak asas kontraktual salah satu pihak kepada kontrak berkenaan.

27

Dalam senario e-dagang maka kontrak terma tak saksama dalam


hubungan perdagangan dan perkhidmatan selalu digunapakai yang
mengakibatkan tiada kuasa perundingan diberikan kepada pengguna.
Perkara ini masih berleluasa di Malaysia sedangkan negara lain seperti
Singapura, United Kingdom , Israel , Indonesia dan juga Thailand telah
mempunyai perundangan yang mengawal kontrak terma tak saksama.
Dalam senario kontrak terma tak saksama ini maka pasaran adalah
menjadi dominasi pihak peniaga. Kebiasaannya peniaga akan
memasukkan penggunaan fasal pengecualian kepada tanggungjawab
yang sepatutnya berada di bahu peniaga.

28

Prinsip Perundangan : Doktrin Priviti Kontrak


Sistem e-dagang juga memerlukan kawalan kepada perdagangan
secara menyeluruh. Sebelum tahun 1999 agak sukar bagi menyentuh
liabiliti kontraktual terhadap pengilang.
Dengan ada APP 1999 maka liabiliti pengilang secara kontraktual
telahpun bermula. Dalam senario ini maka kelemahan yang diujudkan
oleh doktrin priviti kontrak dapat diatasi di mana pengilang yang
selama ini dibiarkan terlepas kerana doktrin priviti kontrak yang
bertapak melalui Privy Council dalam kes Kepong Prospecting Ltd
& Ors v Schmidt .

29

Para pengguna sememangnya sentiasa terdedah dengan masalah


kepenggunaan termasuk dalam urusan jualbeli di dalam transaksi
e-dagang dan sering merasakan mereka masih tidak dilindungi.
Namun begitu, fenomena ini boleh diatasi sekiranya semua pihak
termasuk pengguna sendiri bekerjasama dalam meningkatkan
tahap perlindungan pengguna di negara ini.
Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia adalah pengguna dan
dengan demikian maka sewajarnya perlindungan undang-undang
diberi keutamaan termasuk dalam e-dagang dalam memastikan
kepentingan pengguna tidak terjejas.
Terima kasih.
Musbri Mohamed
April 2011

30

You might also like