Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

FATWA ROKOK,

SHISHA DAN VAPE


ROKOK
Rokok ialah tembakau yang digulung dalam daun nipah dan merokok
pula ialah perbuatan menghisap rokok. (Kamus Dewan Keempat)
Antara jenis rokok yang terkenal ialah Dunhill, Benson & Hedges,
Kent, Lucky Strike, Rothmans International dll
Masyarakat mengakui bahawa industri rokok telah memberikan
manfaat ekonomi dan sosial yang cukup besar
Industri rokok juga telah memberikan pendepatan yang lumayan
bagi negara
Namun begitu, hukum merokok tidak dinyatakan jelas dan tegas
oleh Al-Quran dan hadis Rasulullah
Oleh kerana itu, ahli fuqaha mencari jalan penyelesaian melalui
ijtihad
FATWA ROKOK

Menurut Imam Syafie dalam kitabnya al-Umm


jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau
sesuatu yang dihisap, dihidu atau disedut) yang boleh
memabukkan, perbuatan itu adalah jelas haram.
Maksudnya (termasuklah) juga yang mengandungi racun yang
menyebabkan kematian.
Aku tetap menganggapnya (memfatwakan) adalah haram.
Allah SWT mengharamkan (apa pun jenis) pembunuhan
kerana pembunuh bermakna membunuh diri mereka sendiri.
Imam Ibn Hajar Al-Haitami dalam Fath Al Muin telah
memberi dua sebab mengapa perkera sebegitu
diharamkan.
1. Mendatangkan kerosakan yang nyata atau menimbulkan
yang tersembunyi
2. Ia merosakkan tubuh badan dengan jelas.
PANDANGAN TOKOH AGAMA
FATWA SEMASA
Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf (mantan Mufti al-Diyar al-Misriyyah)
dalam kitabnya Fatawa Syariyyah wa Buhuth Islamiyyah, mengupas hukum
merokok itu:

Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini, dahulunya belumlah dikenali. Apabila


tembakau diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, ulama fiqah
dari pelbagai mazhab Islam pun membincangkannya untuk untuk menetapkan
hukum berdasarkan prinsip(kaedah) yang telah ditetapkan. Mereka
mengatakan: Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu ialah
harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal(keharusan ini), melainkan
adanya perkara-perkara mendatang(luaran) yang mengubah hukumnya
menjadi haram dan makruh.
Al-Imam al-Akhbar Mahmud Syaltut: Syeikh al-Azhar Mesir dalam Al-Fatawa Dirasah

li Musykilat al-Muslim al-Muasir fi Hayatihi al-Yaumiyyah wa al Ammah, (hlm.


384) menyebut mengenai bahaya merokok terhadap kesihatan dan harta:
Walaupun menghisap tembakau itu tidak memabukkan dan tidak merosakkan akal, namun
wujud pelbagai kesan yang membahayakan kepada kesihatan perokok itu sendiri dan juga
terhadap orang lain yang tidak merokok.

Sheikh Abdullah Babatein memfatwakan: Kami mengharamkan rokok dengan dua


sebab utama:

Boleh memabukkan apabila dihisap atau boleh mengkhayalkan.

Tembakau atau rokok adalah benda keji, kotor(busuk dan buruk) dan dikategorikan oleh
syarak sebagai: Benda keji, benda kotor dan boleh membinasakan.
Benda seperti ini nyata diharamkan oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT:


Maksudnya: Ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan
mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk
(Surah al-Araf 7:157)

Syeikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin: Merokok adalah haram hukumnya berdasarkan
makna yang terdapat daripada zahir ayat al-Quran dan al-Sunnah serta iktibar yang benar.
Firman Allah SWT:


Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan (dengan bersikap bakhil)
(Surah al-Baqarah 2: 195)
Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu. Wajh ad-dilalah
(aspek penilaian) daripada ayat tersebut adalah merokok termasuk perbuatan yang
mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.
KEPUTUSAN MAJLIS FATWA
Haiah Kibar Ulama: Dari Lajnah Daimah Lil Buhuth al-Ilmiah wa Ifta, Arab Saudi yang dibukukan
melalui majalah al-Buhuth al-Islamiyyah 5/289 telah mengharamkan rokok.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor: Mewartakan fatwa pengharaman rokok berkuat kuasa pada 7
Dis 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Di dalam Enakmen tersebut
dijelaskan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi orang Islam.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia: Muzakarah
kali ke-37 pada 23 Mac 1995 telah memutuskan tabiat merokok itu haram mengikut pandangan
Islam.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah: Berpegang kepada fatwa merokok adalah haram. Walaupun
sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat
pengamal perubatan, merokok boleh mendatangkan mudharat.
Kementerian Kehakiman dan Hal Ehwal Islam Emiriah Arab Bersatu(UAE) mengeluarkan fatwa
bahawa merokok adalah haram. Para Imam umumnya menyatakan sokongan terhadap fatwa ini
menerusi khutbah Jumaat.
HUJAH PENGHARAMAN ROKOK
Membahayakan kesihatan
Firman Allah SWT:


Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan
(dengan bersikap bakhil)
(Surah al-Baqarah 2: 195)

Dr. Muhammad Ali al-Bar seorang doktor yang juga penulis Hal al-Tabgh wa al-Tadkhin min al-
Muharramat terkenal dalam bidang ini. Beliau menegaskan:
Kesan buruk ke atas kesihatan disebabkan rokok sekarang adalah lebih berbahaya daripada penyakit
taun, kolera, cacar penyakit paru-paru dan kusta.
Memberi mudharat kepada yang lain
Sabda Rasulullah SAW:


Maksudnya: Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.
Riwayat Ahmad (2865) dan Ibnu Majah (2340)

Rokok mempunyai racun:


Menurut buku Rokok dan Keharamannya yang memuatkan tulisan Abdullah bin
Abdul Rahman al-Sind:
Nikotin merupakan suatu bahan beracun(sejenis dadah yang terdapat dalam daun
tembakau) yang lebih bias(keras) kesannya daripada segala racun.
Seandainya setitik daripada nikotin diletakkan di atas lidah seekor anjing, nescaya
anjing itu akan matio serta merta, sedangkan anjing itu sejenis haiwan yang lebih
tahan menghadapi racun daripada manusia. (Satu suntikan yang mengandungi 70
miligram nikotin dapat membunuh manusia dalam beberapa minit sahaja.
Membazir harta :
Firman Allah swt dalam surah al-Isra ayat 26-27 :





Maksudnya: Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan
boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah
saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk
yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Imam Ibnu Hazm dalam kitabnyaal-Muhalla(7/503, masalah no.


1027) menegaskan : pemborosan adalah haram. Yang
dimaksudkan dengan haram adalah :
Membelanjakan wang untuk perkara-perkara yang diharamkan oleh
Allah SWT, samada banyak ataupun sedikit, walaupun sebesar sayap
nyamuk sekalipun.
Pembaziran yang tidak ada keperluannya atau tidak diperlukan.
Membazirkan wang, walaupun dalam jumlah yang kecil, membazirkan
KERATAN AKHBAR
SHISHA
SHISHA

Pada tahun 2013, Muzakarah Khas Jawatankuasa


Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia memutuskan Shisha adalah haram
HUJAH PENGHARAMAN SHISHA
Islam menyuruh agar setiap seseorang itu mengambil yang baik lagi
berkhasiat untuk keperluan diri, keluarga dan sebagainya. Rokok dan
shisha tidak termasuk dalam kategori di atas bahkan ia termasuk dalam
kategori " "iaitu benda yang kotor dan jijik kerana pengambilan
kedua-dua benda ini boleh membawa kemudaratan kepada penghisap
rokok dan shisha serta orang lain di sekitarnya. Perkara ini telah diakui
oleh pakar-pakar perubatan berdasarkan kajian mereka.
Firman Allah Taala :

Ertinya : Dihalalkan kepada mereka benda-benda
yang baik dan diharamkan kepada mereka benda-benda yang
kotor.
(Surah Al-Araf : Ayat 157)
Islam melarang umatnya membiarkan diri sendiri dan orang lain terdedah dengan berbagai
bahaya dan kemudaratan. Menghisap rokok dan shisha adalah termasuk dalam kategori
membinasakan diri sendiri dan orang lain sama ada jangka pendek atau jangka panjang.
Pandangan pakar-pakar perubatan tentang bahaya asap rokok dan shisha kepada penghisap
rook dan orang lain disekitarnya adalah bukti jelas tentang kemudaratannya.

( )
Ertinya : Dan belanjakanlah harta benda dijalan Allah dan jangan kamu sengaja
mencampak diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah sesungguhnya
Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

(Surah Al-Baqarah : Ayat 195)


Sabda Rasulullah S.A.W:


(Hadis riwayat Ahmad)
Membelanjakan wang terhadap perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan dan
manfaat amatlah ditegah dalam islam. Perbuatan sedemikian boleh mendatangkan
keburukan dan membawa kepada pembaziran harta, masa dan tenaga. Menghisap rokok dan
shisha termasuk dalam kategori ini. Islam melarang setiap pembaziran seperti firman Allah :


Ertinya : Dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.
(Surah Al-Isra : Ayat 26)

Terdapat kaedah fiqh yang menegaskan pengambilan sesuatu yang memudaratkan adalah
di larang.




.

Ertinya : Setiap yang memudaratkan, maka hukum memakannya atau meminumnya
adalah haram.

Rokok dan Shisha diharamkan memandangkan ia mempunyai keburukan yang besar


berdasarkan kepada kenyataan pakar-pakar perubatan.
VAPE
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang
bersidang pada 21 Disember 2015 telah memutuskan bahawa hukum
penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Tan Sri Dato' Dr Abdul Shukor berkata semua ahli muzakarah


bersetuju bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah
haram. Keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada
semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur
pembaziran dan budaya tidak sihat.
Kajian dari sudut kesihatan turut diambil kira hasil maklumat yang diperoleh daripada
Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang melakukan pengumpulan maklumat mengenai kesan
penggunaan bahan itu di seluruh dunia.

pakar kesihatan juga mendapati vape dan rokok elektronik tidak dapat membantu perokok dan
perokok tegar untuk berhenti merokok," katanya.

Beliau berkata penggunaan vape dan rokok elektronik diharamkan berdasarkan Qaedah Sad
al-Zara'e iaitu menutup keburukan lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku pada
masa hadapan.

Penggunaan rokok elektronik dan vape boleh diibaratkan seperti menghisap rokok konvesional,
yang mengandungi pelbagai bahan beracun.

Pihak berkuasa atau pemerintah boleh membuat keputusan pengharaman vape jika ada
kepentingan umum dan kebaikan.
Keputusan ini juga selari dengan pendapat di
beberapa negara Islam lain termasuk Arab Saudi,
Bahrain, Kuwait, Qatar dan Emirates Arab Bersatu.
Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu, dari sudut
kesihatan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia"Penjelasan Isu Rokok Elektronik dan
Vape"oleh Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman,
Timbalan Ketua Pengarah KKM yang juga merupakan
Pakar Perunding Kanan Kesihatan Awam. Manakala
dari aspek syariah oleh Felo Penyelidik Fatwa, Tuan
Haji Lokmanulhakim Hussain"Penggunaan Rokok
Elektronik dan Vape Dari Perspektif Hukum Syarak".
BAHANA VAPE

You might also like