Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 39

TEORI KOS PENGELUARAN

KONSEP
PENGELUARAN
FUNGSI
PENGELUARAN

1 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


KONSEP PENGELUARAN
Jangka masa pendek
- merujuk kepada satu tempoh apabila firma tidak dapat
menyesuaikan tingkat pengeluaran atau mengubah kapasiti
lojinya mengikut kehendak pasaran kerana wujud sekurang-
kurangnya satu faktor tetap.

Jangka masa panjang


- merupakan satu tempoh masa yang cukup untuk firma
mengubahkan kuantiti semua faktor pengeluaran yang
digunakan, termasuk saiz-saiz lojinya atau berupaya
menyelaraskan tingkat keluarannya mengikut perubahan
pasaran kerana tidak wujudnya input tetap atau semua input
adalah input berubah.

2 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


KONSEP PENGELUARAN
Loji
- merupakan satu unit pengeluaran yang berbentuk fizikal yang
digunakan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan oleh
sesebuah firma. Cth: bangunan kedai, kilang, kebun, mesin,
pejabat dan kedai runcit.

Firma
- merujuk kepada organisasi yang memiliki sebuah loji atau
banyak loji untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Cth:
Syarikat Telekom Malaysia, KFC, Tenaga Nasional

Industri
- Gabungan semua firma yang menghasilkan barangan yang
sama atau hampir sama.
3 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3
FUNGSI PENGELUARAN

 Menunjukkan hubungan antara jumlah input


(faktor pengeluaran) dengan jumlah output.
 Menerangkan berapakah input yang perlu
digunakan untuk menghasilkan sejumlah output
pada suatu tingkat teknologi tertentu.
 Daripada fungsi pengeluaran, seseorang
pengeluar dapat mengenal pasti apakah
kombinasi faktor pengeluaran yang paling cekap
untuk menghasilkan satu tingkat keluaran tertentu.
4 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3
FUNGSI PENGELUARAN

 Dalam jangka panjang: Qx = f ( T, B, M, P )


Qx = Jumlah keluaran barang x
T = Tanah
B = Buruh
M = Modal
P = Pengusaha
dan T, B, M, P ialah input berubah.

5 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


FUNGSI PENGELUARAN
 Dalam jangka pendek: Qx = f ( Ť, B, M, P )
- dengan andaian faktor tanah ialah faktor tetap.

 Untuk mengkaji fungsi pengeluaran dalam jangka pendek,


andaikan:
a) hanya 2 faktor pengeluaran digunakan, iaitu buruh sebagai satu
faktor berubah dan tanah sebagai satu faktor tetap, untuk
menghasilkan barang x. Fungsinya ditulis sebagai:
Qx = f ( Ť, B )
- Jadi fungsi pengeluaran juga dikenali sebagai
fungsi pengeluaran satu input berubah.
b) Semua buruh yang digunakan adalah homogen, iaitu sama
jenis, mereka mempunyai tingkat kemahiran yang sama cekap.
c) Tingkat teknologi adalah tetap.
6 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3
Jadual Jumlah Keluaran, Keluaran
Purata dan Keluaran Sut

Bilangan Buruh Jumlah Keluaran Keluaran Purata Keluaran Sut x


x (unit) x (unit) (unit)
0 0 - -
1 6 6 6
2 20 10 14
3 33 11 13
4 40 10 7
5 45 9 5
6 48 8 3
7 49 7 1
8 48 6 -1
7 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3
Jadual Jumlah Keluaran, Keluaran
Purata dan Keluaran Sut

Jumlah Keluaran (TP)


- merupakan jumlah barang yang dapat
dihasilkan dengan menggunakan suatu tingkat
input berubah tertentu (buruh).
- TP semakin meningkat apabila bilangan buruh
yang digunakan bertambah daripada seorang
sehingga 7 orang. Pada buruh ke-7, jumlah
keluaran mencapai tahap maksimum dengan 49
unit. Oleh itu, tambahan buruh seterusnya iaitu
buruh ke-8 telah mengurangkan jumlah keluaran
daripada 49 unit kepada 48 unit.
8 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3
Jadual Jumlah Keluaran, Keluaran
Purata dan Keluaran Sut

Keluaran Purata (AP)


- merupakan keluaran perunit input berubah
(buruh).
- juga dinamakan sebagai daya pengeluaran
perunit buruh.
Keluaran Purata = Jumlah Keluaran
Jumlah Input Berubah
AP = TP
TVP

- Daripada buruh pertama sehingga ke-3, keluaran purata


meningkat daripada 6 unit kepada 11 unit. Keluaran purata
mencapai tahap maksimum pada buruh ke-3, dan kemudiannya
merosot daripada buruh ke-4 sehingga buruh ke-8.
9 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3
Jadual Jumlah Keluaran, Keluaran
Purata dan Keluaran Sut

Keluaran Sut / Marginal (MP)


- merupakan perubahan jumlah keluaran akibat perubahan
satu unit faktor berubah (buruh).
Keluaran Sut = Perubahan Jumlah Keluaran
Perubahan Kuantiti Input Berubah
MP = Δ TP atau TP1 – TPo
ΔTVF TVF1 – TVF0

- Keluaran sut buruh meningkat dari buruh yang pertama


sehingga buruh ke-2, kemudian merosot dari buruh ke-3
sehingga buruh ke-7 dan mencapai negatif pada buruh ke-
8.
10 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3
Keluk Jumlah Keluaran, Keluaran
Purata dan Keluaran Sut

11 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Keluk Jumlah Keluaran, Keluaran
Purata dan Keluaran Sut

Keluk Jumlah Keluaran


- meningkat drp buruh pertama sehingga buruh ke-7. Kadar
peningkatan jumlah keluaran adalah lebih laju pada buruh
pertama dan ke-2. ini ditunjukkan oleh kecerunan keluk TP
yang curam.
- selepas buruh ke-2, jumlah keluaran terus meningkat
tetapi dengan kadar yang perlahan. Ini ditunjukkan oleh
kecerunan TP yang semakin landai.
- TP mencapai tahap maksimum pada tingkat buruh yang
ke-7. Pertambahan buruh seterusnya akan mengurangkan
TP. Keadaan ini dapat diterangkan melalui HUKUM
Pulangan Berkurangan.

12 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Keluk Jumlah Keluaran, Keluaran
Purata dan Keluaran Sut

Keluk Keluaran Purata (KKP) dan Keluk


Keluaran Sut (KKS)
- KKP dan KKS mempunyai bentuk yang sama,
iaitu meningkat pada mulanya, mencapai titik
maksimum dan kemudian menurun.
- walau bagaimanapun, KKP sentiasa positif
walau pun menurun, tetapi KKS akan mempunyai
nilai negatif iaitu selepas buruh ke-7.
- KKS akan memotong KKP pada titik maksimum
KKP.

13 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Hubungan Antara Keluaran Purata dan
Keluaran Sut

Apabila keluaran sut melebihi keluaran purata


(MP > AP), keluaran purata sedang
meningkat (sebelum buruh ke-3).
Apabila keluaran sut kurang daripada keluaran
purata (MP < AP), keluaran purata sedang
menurun (selepas buruh ke-3)
Apabila keluaran sut sama dengan keluaran
purata (MP = AP), keluaran purata mencapai
tahap maksimum (pada buruh ke-3).

14 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Hukum Pulangan Berkurangan (HPB)

HPB menyatakan bahawa apabila faktor atau input berubah


(buruh) ditambah secara terus-menerus ke atas input atau faktor
tetap (tanah), maka jumlah keluaran akan bertambah dengan
cepat. Kemudian semakin perlahan dan akhirnya jumlah keluaran
merosot. Hukum ini menyebabkan keluk TP dan AP sedemikian rupa.
HPB bermula selepas buruh kedua apabila keluaran sut mula merosot.
Ini kerana, sebelum buruh kedua, faktor buruh masih kurang
berbanding dengan tanah. Kombinasi sedemikian menyebabkan buruh
dapat mengkhususkan pekerjaan mereka, maka keluaran sut buruh
(MP) bertambah.
Apabila semakin ramai buruh diambil untuk bekerja, keluaran sut
buruh (MP) akan merosot, tetapi TP masih meningkat dan mencapai
maksimum. Tahap ini dikatakan buruh optimum, iaitu tingkat buruh yg
menghasilkan TP maksimum (iaitu buruh ke-7).
Selepas buruh optimum (buruh ke-7), daya pengeluaran buruh
merosot dan MP menjadi negatif kerana TP merosot.

15 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


KOS PENGELUARAN

 Merupakan bayaran atau perbelanjaan firma atas


faktor pengeluaran yang digunakan untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan.
 Oleh sebab faktor pengeluaran adalah terhad, maka
dari segi ekonomi, bayaran untuk menggunakan
faktor pengeluaran yang terhad ini adalah kos lepas
di mana kos ini perlu dibayar kepada pemilik faktor
pengeluaran supaya faktor pengeluaran tidak
dipindahkan untuk kegunaan kedua terbaik.
 Kos yang terlibat terdiri daripada kos eksplisit dan
kos implisit.

16 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Kos Pengeluaran

Kos Implisit
Kos Eksplisit - merupakan bayaran atas penggunaan faktor
- merupakan perbelanjaan pengeluaran yang dimiliki oleh pengusaha
sebenar firma atas faktor sendiri atau nilai alternatif yang dilepaskan
dalam proses pengeluaran.
pengeluaran yang digunakan - dikatakan sebagai kos tak nampak atau kos
dalam proses pengeluaran. lepas kerana jika faktor pengeluaran yang
- dikatakan sebagai dimiliki oleh pengusaha ini tidak terlibat dlm
perbelanjaan nampak atau aktiviti pengeluaran kini, dia boleh menerima
ganjaran (pendapatan) jika dijual kpd
secara langsung oleh firma di pengusaha lain. Cth: kebolehan atau
mana faktor pengeluaran yang kemahiran pengusaha itu sendiri, iaitu gaji yg
digunakan bukan dimiliki oleh terpaksa dilepaskan jika ia bekerja dengan
pihak lain.
firma. Cth: upah dan gaji - dlm ekonomi, untung normal merupakan
pekerja, bunga ats pinjaman, bil kos implisit krn ia merupakan pendapatan
elektrik dan air. minimum yg seseorg pengusaha mesti
menerima atas pelaksanaan tanggungjwb
sbg seorang pengusaha dlm firma. Juga
dikatakan sbg untung yang harus diperolehi
oleh firma supaya ia boleh meneruskan
17 12/07/2021
operasinya.
ROS - JKS: PS II SEM 3
Kos-kos Pengeluaran Jangka Pendek

RM
Output
(unit) TFC TVC TC AFC AVC AC MC

0 20 0 20 - - - -
1 20 17 37 20.0 17.0 37.0 17
2 20 24 44 10.0 12.0 22.0 7
3 20 29 49 6.7 9.7 16.3 5
4 20 31 51 5.0 7.8 12.8 2
5 20 34 54 4.0 6.8 10.8 3
6 20 43 63 3.3 7.2 10.5 9
7 20 65 85 2.9 9.3 12.2 22
8 20 88 108 2.5 11.0 13.5 23

18 9 20 113 133
12/07/2021
2.2 12.6 14.8
ROS - JKS: PS II SEM 3
25
Jumlah Kos Tetap (TFC)

Merupakan perbelanjaan atas faktor atau input tetap.


Cth: sewa kilang.
Hanya wujud dalam jangka pendek sahaja kerana
faktor tetap akan menjadi faktor berubah dalam
jangka panjang.
Tidak bergantung kepada tingkat keluaran.
Nilai sentiasa tetap.
Keluk kos tetap bergaris mendatar (lihat rajah keluk)

19 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Keluk Kos Tetap

20 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Kos Berubah (TVC)
Merupakan perbelanjaan untuk memperolehi input berubah.
Cth: kos pembelian bahan mentah, kos elektrik dan air, upah
buruh.
Berkadar langsung dengan tingkat keluaran. Iaitu semakin
banyak output dihasilkan, semakin banyak kos berubah perlu
dibayar dan sebaliknya.
Pada output kosong, kos berubah juga kosong.
Berdasarkan jadual: TVC meningkat drp RM17 kpd RM24
apabila tingkat output bertambah drp 1 unit kpd 2 unit. Apabila
tingkat output adalah 3 unit, kos berubah adalah RM29.
TVC akan terus meningkat selaras dengan pertambahan
tingkat output. Ini diwakili oleh keluk TVC yg berbentuk cerun
ke atas dari kiri ke kanan tetapi ia bukan berbentuk garis lurus
krn kadar pertambahannya tidak sama. Bentuk keluk TVC
dipengaruhi oleh Hukum Pulangan Berkurangan.
21 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3
Keluk Kos Berubah (TVC)

Pada mulanya TVC bertambah dengan kadar yang perlahan, kemudian dengan
22 kadar yang semakin cepat12/07/2021
apabila output terus meningkat.
ROS - JKS: PS II SEM 3
Jumlah Kos (TC)

Dalam jangka pendek, TC terdiri drp kos berubah dan kos tetap krn faktor
pengeluaran yang digunakan terdiri drp faktor tetap dan faktor berubah.
Jumlah Kos = Jumlah Kos Tetap + Jumlah Kos Berubah
TC = TFC + TVC
Berdasarkan jadual, menunjukkan Tc semakin bertambah apabila tingkat
output semakin meningkat.
Pada tingkat output kosong, Tc sama dengan kos tetap (RM20) krn kos
berubah adalah kosong. (ini ditunjukkan oleh keluk TC yang bermula
dengan RM20 – rujuk rajah keluk)
Berdasarkan rajah 6.4: keluk TC tidak bermula dengan kosong krn
walaupun firma berhenti operasi ia tetap perlu menanggung kos tetap.
Oleh itu, pada output kosong, TC dlm jangka pendek adalah sama
dengan kos tetap iaitu 20.
Keluk TC bercerun positif. Iaitu semakin banyak output dihasilkan,
semakin banyak jumlah kos yang perlu ditanggung kerana kos berubah
yang semakin meningkat. Oleh itu bentuk keluk TC adalah seperti kos
23 berubah. 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3
Keluk Jumlah Kos, Jumlah Kos
Berubah dan Jumlah Kos Tetap

24 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Kos Tetap Purata (AFC)

Ialah kos tetap perunit keluaran.


Kos Tetap Purata = Jumlah Kos Tetap
Jumlah Keluaran
AFC = TFC
Q
Oleh krn jumlah kos tetap tidak berubah walaupun tingkat
keluaran meningkat, maka AFC akan semakin kecil
apabila tingkat keluaran bertambah.
Berdasarkan jadual: nilai AFC sentiasa positif.
Keluk AFC berbentuk cerun ke bawah dari kiri ke kanan.

25 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Keluk Kos Tetap Purata

26 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Kos Berubah Purata (AVC)
Merupakan kos berubah perunit keluaran.
Kos Berubah Purata = Jumlah Kos Berubah
Jumlah Keluaran
AVC = TVC
Q
Berdasarkan jadual: Apabila tingkat keluaran
bertambah, kos berubah purata akan menurun
pada mulanya, kemudian meningkat semula
selepas mencapai titik minimum pada tingkat
output 5 unit.
Keluk AVC berbentuk ‘U’.
27 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3
Keluk Kos Berubah Purata (AVC)

28 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Kos Purata (AC)

Merupakan kos perunit keluaran.


Kos Purata = Jumlah Kos
Jumlah Keluaran
AC = TC = VC + FC
Q Q
Kos Purata = Kos Tetap Purata + Kos Berubah Purata
AC = AFC + AVC
Berdasarkan jadual: Apabila tingkat keluaran meningkat, kos
purata akan menurun, kemudian meningkat semula selepas
mencapai titik minimum pada tingkat output 6 unit.
Keluk AC berbentuk ‘U’ seperti rajah 6.7.

29 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Keluk Kos Purata (AC)

30 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Kos Sut (MC)
Merupakan perubahan jumlah kos akibat daripada perubahan
satu unit keluaran.
Kos Sut = Perubahan Jumlah Kos
Perubahan Jumlah Keluaran
MC = ΔTC
ΔQ
 Oleh sebab TC = TFC + TVC dan nilai TFC sentiasa malar, maka
perubahan jumlah kos dalam jangka pendek juga sama dengan
perubahan jumlah kos berubah. Jadi;
Kos Sut (MC) = ΔTC
ΔQ
 Berdasarkan jadual: kos sut menurun apabila tingkat keluaran
bertambah dan mencapai titik minimum pada tingkat keluaran 4
unit, kemudian meningkat semula.
 Keluk MC adalah berbentuk ‘U’ seperti rajah 6.8.
31 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3
Kos Sut (MC)

32 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Keluk Kos Tetap Purata, Kos Berubah
Purata dan Kos Purata.

33 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Keluk Kos Tetap Purata, Kos Berubah
Purata dan Kos Purata.

 Bentuk keluk AC dan AVC adalah sama, iaitu berbentuk


‘U’. Ini menunjukkan bahawa apabila tingkat keluaran
bertambah, AC dan AVC pada mulanya akan menurun
sehingga mencapai titik minimum masing-masing di B
dan C, kemudian akan meningkat semula. Keluk AFC
pula sentiasa menurun apabila tingkat keluaran
bertambah tetapi ia sentiasa positif.
 Walaupun kedua-dua keluk Ac dan AVC berbentuk ‘U’,
keluk AVC akan mencapai titik minimum B lebih awal iaitu
pada tingkat output Q1 berbanding dengan titik minimum
AC (dititik C) pada tingkat keluaran Q2. Di samping itu,
jarak antara AC dengan AVC pada mulanya adalah besar
dan kemudian semakin kecil.
34 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3
Keluk Kos Tetap Purata, Kos Berubah
Purata dan Kos Purata.

 Sebelum tingkat keluaran Q1, AC akan jatuh dengan lebih laju


berbanding dengan kadar kejatuhan AVC. Hal ini kerana AC
merupakan campuran AVC dan AFC yang masing-masing sedang
menurun.
 Pada tingkat keluaran antara Q1 dengan Q2, AVC sedang
meningkat tetapi ini tidak berlaku pada AC. Hal ini kerana kadar
kejatuhan AFC yang melebihi kadar kenaikan AVC. Dengan kata
lain, daya tarikan AFC yang menurun melebihi daya tarikan AVC
yang meningkat. Ini mengakibatkan AC masih dalam keadaan
turun walaupun AVC meningkat.
 Selepas keluaran Q2, AC akan meningkat walaupun AFC masih
merosot. Hal ini kerana daya tarikan AFC menurun kurang
daripada daya tarikan menaik oleh AVC. Ini menyebabkan AC
meningkat selepas Q2.
35 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3
Hubungan antara Kos Purata dan Kos
Berubah Purata dengan Kos Sut

36 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Hubungan antara Kos Purata dan Kos
Berubah Purata dengan Kos Sut

 Apabila kos sut sama dengan kos purata dan kos


berubah purata, kos purata dan kos berubah purata
mencapai titik minimum. Ini ditunjukkan oelh
persilangan keluk MC dengan AC dan AVC di titik B
dan A pada tingkat output masing-masing, iaitu pada
Q2 dan Q1.

a) Apabila AC = MC, maka AC mencapai titik minimum di titik B.


b) Apabila AVC = MC, maka AVC mencapai titik minimum di titik A.

37 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Hubungan antara Kos Purata dan Kos
Berubah Purata dengan Kos Sut

 Apabila kos sut kurang daripada kos purata dan kos


berubah purata, maka kos purata dan kos berubah
purata sedang menurun, ini dapat ditunjukkan oleh
tingkat output sebelum Q2 bagi kos purata dan
sebelum Q1 bagi kos berubah purata.

a) Apabila MC < AC maka AC sedang meningkat.


b) Apabila MC < AVC, maka AVC sedang menurun.

38 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3


Hubungan antara Kos Purata dan Kos
Berubah Purata dengan Kos Sut

 Apabila kos sut lebih daripada kos purata dan kos


berubah purata, maka kos purata dan kos berubah
purata sedang meningkat. Ini ditunjukkan oleh
tingkat output selepas Q2 bagi kos purata dan
selepas Q1 bagi kos berubah purata.

a) Apabila MC > AC maka AC sedang meningkat.


b) Apabila MC > AVC, maka AVC sedang meningkat.

39 12/07/2021 ROS - JKS: PS II SEM 3

You might also like