Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

ALATAN ELEKTRIK

DOMESTIK
KENDALIAN BERASASKAN
MOTOR ELEKTRIK
KIPAS MEJA
PENGENALAN KIPAS MEJA

Kipas meja merupakan salah satu peralatan elektrik yang
beroperasi dari beban motor. Ia merupakan satu peralatan
elektrik yang mudah dibawa dan digunakan oleh pengguna.

1.0 ASAS KENDALIAN KIPAS MEJA

Pastikan suis meja dalam keadaan OFF sebelum diletakkan
di kawasan permukaan rata.
Donggakan kepala kipas ke bawah atau ke atas pada hala
yang ingin dituju.
Pasangkan palam pada bekalan kuasa dan di ON kan.
Tekan butang pilihan kelajuan yang dikehendaki
Tarik atau tekan Picu Pusingan Kipas bagi mendapatkan
hembusan angin setempat atau bergerak bebas.
Setelah selesai menggunakan tekan butang 0 pada suis
pilihan dan OFF kan suis pada soket alur keluar
2.0 GAMBARAJAH TERBURAI KIPAS MEJA
BAHAGIAN
FUNGSI
Motor
Kipas meja menggunakan motor aruhan
AU 1 fasa untuk memusingkan bilah.
Motor aruhan AU satu fasa ini
mempunyai dua komponen utama yang
berfungsi untuk menghasilkan putaran
apabila bekalan AU di sambungkan ke
motor.
Bahagian asas motor AU ini adalah
pemegun (Stator) dan pemutar (Rotor)
Pemegun (Stator)
Berfungsi untuk membekalkan medan magnet yang berputar kepada
pemutar.
Medan magnet ini dihasilkan melalui dua jenis belitan pada pemegun.
Belitan ini adalah belitan pemula dan belitan larian. Kedua-dua belitan ini
disambung secaera selari ke punca bekalan serta bertindih pada pemegun
pada susunan tertentu.
Belitan pemula ia terdiri daripada dawai halus tembaga dililitkan di
bahagian luar pemengun berhampiran dengan pemutar.
Bilangan lilitan pemula adalah kurang daripada bilangan lilitan larian.
Belitan pemula mempunyai nilai rintangan yang tinggi serta induktan yang
rendah.
Belitan larian pula terdiri daripada dawai dililitkan di bahagian dalam teras
besi pemegun. Belitan ini mempunyai nilai rintangan yang rendah serta
nilai induktan yang tinggi.
Belitan pemula berfungsi untuk menentukan arah pusingan kipas dan juga
berfungsi untuk memulakan putaran kipas.
Belitan larian adalah untuk menentukan kelajuan pusingan motor kipas.
Untuk membolehkan kipas berputar pada kelajuan berbeza, belitan
tambahan atau belitan larian berbilang di tambah pada belitan larian.
Pemilih penyambungan belitan larian berbilang dikawal oleh suis pemilih.
Pemutar (Stator)
Merupakan bahagian yang berpusing di dalam
motor kipas meja.
Pemutar bagi kipas meja adalah dari jenis sangkar
tupai.
Pemutar ini tidak mempunyai sebarang belitan.
Pemutar ini adalah berbentuk selinder dan dibina
daripada palang-palang pengalir kuprum atau
aluminium yang diisi ke dalam lubang alur teras
pemutar bagi membentuk sangkar tupai.
Kedua-duaa bahagian hujung palang disambung
bersama menggunakan pateri pada gelang hujung.
Palang pengalir menjadi laluan untuk arus teraruh
pada pemutar yang disebabkan oleh perubahan
medan magnet di pemegun.
Teras pemutar dibina daripada keluli berlamina.
Pemuat (Kapasitor)
Pemuat biasa digunakan sebagai kapasitor
pemulaan kerana fungsinya adalah untuk
permulaan motor.
Kebiasannya nilai kapasitor yang sering
digunakan adalah 1uF-1.5uF.
Penggunaan kapasitor terdapat perubahan
fasa yang lebih besar antara arus di lilitan
permulaan dengan lilitan putaran. Ini akan
memberi daya kilas yang lebih besar
kepada motor untuk memulakan putaran
kipas.

Suis Pilihan
Suis pilihan berfungsi untuk mengawal kelajuan kipas
meja.
Terdapat empat pilihan suis utama yang terdapat pada
kipas meja yang bertanda 0,1,2, dan 3.
Nombor-nombor ini mewakili aras kelajuan putaran
kipas. Apabila suis bertanda 0 ditekan, sambungan
sumber bekalan ke talian bekalan motor akan
terputus. Ini akan menyebabkan motor tidak berputar.
Apabila suis bertanda 1, 2 dan 3 ditekan, sumber
bekalan akan disambungkan ke motor dan akan
menyebabkan motor berputar. Namun begitu terdapat
perbezaan sambungan antara suis pemilihan 1,2 dan 3
ke bahagian lilitan pemegun kerana untuk
menghasilkan perbezaan kelajuan putaran pada motor
kipas.

Fius atau Pemutus Litar Haba (Thermal Cut Off)

Fius ini berfungsi untuk memutuskan litar
sekiranya berlaku lebihan arus beban dan
melindungi kipas sekiranya motor kipas sudah
terlalu panas.
Ianya berfungsi untuk memberi perlindungan
kepada kipas supaya tidak mengalami
kerosakan lain yang lebih serius.
Kedudukan Fius biasanya diletakkan di dalam
balutan bersama belitan pemegun. Nilai arus
nominal bagi fius yang digunakan untuk kipas
meja adalah dari 600mA ke 2A bergantung
kepada sais kipas.

Bilah Kipas
Bentuknya membolehkan hembusan
angin dapat dicipta.
Penyelenggaraan yang kerap amat
penting kerana sekiranya berhabuk
mengurangkan hembusan udara
kipas.

RAJAH BLOK KIPAS MEJA
LITAR SKEMATIK KIPAS
MEJA

You might also like