Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 63

4/1/17

PERBEZAAN INDIVIDU
DAN
PEMBELAJARAN
GAYA KOGNITIF

FIELD DEPENDANT / INDEPENDANT


APA ITU GAYA KOGNITIF?
Cara individu mempersepsi dan menyusun maklumat mengenai
persekitarannya. (Woolfolk, 1998)
Cara individu memproses dan berfikir mengenai perkara yang
dipelajarinya. (Borich dan Tombari, 1997)
Antara gaya kognitif ialah ;
a) Gaya bebas medan/ field Independence(FI) vs bersandar medan/
field dependence (FD)
b) Impulsif/ impulsive vs reflektif/ refrective.
FIELD INDEPENDENCE DAN FIELD DEPENDENCE.
Diperkenalkan oleh Herman Witkin dan Goodenough
(1977).
Ujian Embedded Figures Test digunakan untuk menkaji
sama ada individu mempunyai ciri gaya kognitif bebas
medan atau bersandar medan.
Dalam ujian tersebut individu akan mencari bentuk
geometri dalam gambar rajah dalam jangka masa yang
ditetapkan.
Ujian ini boleh dilakukan secara berkumpulan. Group
Embedded Figures Test (GEFT).
PROSES PEMBELAJARAN GAYA KOGNITIF FIELD
DEPENDANT (FD )/ INDEPENDENT (FI)
Pelajar FD lebih mudah menunjukkan kebolehan pada isi
kandungan mata pelajaran yang bersifat sosial.
FI kurang baik berkaitan isi pengajaran sosial. Guru perlu beri
tumpuan lebih kepada pelajar FI yang mengambil subjek sosial
seperti pengajian sosial.
Pelajar FD memerlukan pengukuhan dan matlamat yang
ditakrifkan daripada luar. Manakala pelajar FI mempunyai
penetapan matlamat dan penyelesaian masalah daripada
dalam dirinya sendiri.
Pelajar FD sukar membina struktur sendiri
dan cenderung mempelajari sesuatu yang
sudah disediakan.
Pelajar FI boleh berusaha mencari sesuatu
sebelum mempunyai struktur dan berusaha
membinanya tanpa bantuan orang sekeliling.
Pelajar FD lebih mudah dipengaruhi oleh
kritikan berbanding pelajar FI.
FIELD DEPENDANT FIELD INDEPENDANT
Sngat baik dgn bhn Tidak berapa baik dgn bhn
pengajaran sosial. pengajaran social
Pengukuhan dn matlamat
Beri tumpuan yg lebih kpd
ditakrif dri luar.
Kesan hukuman dlm bentuk FI berkenaan tajuk sosial.
kritik lisan mempengaruhi Pengukuhan dan matlamat
pelajar jenis ini. ditakrif dlm diri sendiri.
Sukar hendak menyediakan dn Tdk sukar menyusun bhn
menyusun sndiri bhn pelajaran. pelajaran sendiri.
Menerima maklumat tnpa perlu
Pencapaian sains dn
menganalisis dan membentuk
semula. matematik yg lbh baik.
Kerap membuat pilihan Kebolehan analisis.
akademik yg tdk sesuai dgn
kognitif
Pertukaran aliran sains dan
GAYA KOGNITIF

HABITS OF MIND
Tabiat atau disebut sebagai habit atau kebiasaan dalam diri
adalah suatu perkara yang dilakukan secara berterusan dalam
kehidupan.
Pernah dengar tentang frasa 'sudah menjadi tabiat'?
Menjadi tabiat bermaksud sesuatu perkara itu sudah menjadi
kebiasaan yang dilakukan setiap hari atau masa. Jika tidak
melakukannya, mungkin seseorang itu dianggap tidak sempurna,
berada dalam situasi meresahkan atau dianggap 'buang tabiat'.
Tabiat negatif; Menggigit kuku, berangan, merokok, melepak,
bergosip.
Tabiat positif; Membaca Al-Quran atau buku, bangun di awal
pagi untuk bersolat, tersenyum, dan sebagainya.
Berterusan(Persisting)
Meneruskan tugas walaupun hasilnya mungkin tidak jelas
dengan serta-merta. Kekal focus
Mengurus Gerak Hati (Managing Impulsivity)
Membuat perancangan dan berfikir sebelum anda bertindak.
Mengambil masa untuk membuat pilihan. Kekal tenang
apabila tertekan atau dicabar.
Bertoleransi
Mendengar dengan empati (Listening with
understanding and empathy)
Berusaha untuk memahami pemikiran dan perasaan orang
lain.
Menangguhkan buah fikiran untuk menghormati sudut
pandangan orang lain. Meletakkan diri dlm situasi orang lain.
Berfikir secara fleksibel (Thinking flexibly)
Mengubah fikiran anda, mencadangkan cara lain dan menimbangkan
semua idea.
Berfikir tentang pemikiran anda (Thinking about thinking
Metacognition)
Menyedari tentang pemikiran, perasaan dan tindakan anda sendiri dan
bagaimana mereka mempengaruhi orang lain.
Berusaha untuk ketepatan (Striving for accuracy)
Ingin menjadi tepat, untuk melakukan yang terbaik. Anda mahu
menguasai ujian diberikan.
Menyoal & menyelesaikan masalah (Questioning and posing
problems)
Bertanya soalan-soalan yang bernas. Membangunkan strategi untuk
menyelesaikan masalah & mencari masalah untuk menyelesaikan.
Menggunakan pengetahuan lepas ke situasi baru
(Applying past knowledge to new situation)
Mempertimbangkan situasi baru & berfikir tentang
perkara-perkara anda tahu yang akan membantu anda.
Mementingkan pengalaman.
Mengaplikasikan pengetahuan yg dipelajari dlm
sesebuah situasi.

Berfikir & berkomunikasi dengan jelas dan tepat


(Thinking and communicating with clarity and
precision)
Cuba untuk menyampaikan fikiran dengan tepat apabila
bertutur dan menulis.
Mengumpul data melalui semua deria
(gathering data through all senses)
Memikirkan tentang apa yang saya lihat dan
dengar. Merasa, Menghidu, menyentuhnya.

Mencipta, membayangkan & berinovatif


(creating, imagining, innovating)
Menghasilkan idea-idea baru yg berbeza dri
norma. Berusaha mengekalkan keaslian.
Tertarik kepada keajaiban
Meneroka keajaiban dunia
Mengambil risiko-risiko yang bertanggungjawab (taking
responsible risks)
Sukakan cabaran, bergerak di luar zon selesa anda.

Menghadapi ketakutan daripada melakukan kesilapan.


Mencari humor (finding humor)
Menyukai unsur lucu.
Tidak terlalu serius.

Ketakbergantungan berfikir (thinking inderdependently)


Bekerja dengan & belajar dari orang lain.
Mendengar secara mendalam & membina keseronokkan
daripada pendapat orang lain.
4/1/17

Terbuka kepada pembelajaran berterusan (remaining


open to continuous learning)
Bersifat terbuka untuk perkara-perkara yang baru.
Mengaku bahawa anda tidak tahu jawapannya.
Menikmati pembelajaran.
GAYA PEMBELAJARAN
DUNN & DUNN
Persekitaran
Cahaya: Ada murid yang suka belajar suasana terang dan
sederhana terang. Tidak ramai murid yang suka belajar dalam
cahaya yang malap dan terlalu terang.
Bunyi: Ada murid yang suka belajar dengan bunyi muzik dan
ada murid yang suka belajar dalam keadaan yang senyap dan
sunyi.
Suhu: Ada murid yang suka belajar dengan suhu yang sejuk dan
ada murid yang suka belajar dalam keadaan yang dingin dan
sederhana.
Reka bentuk tempat belajar: Susunan kerusi meja dalam bilik
darjah yang selesa dapat mempertingkatkan keberkesanan
pembelajaran.
Emosi
Motivasi: Motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi
intrinsik suka belajar dengan insiatif sendiri dan
motivasi ekstrinsik suka mengikut yang berstruktur
daripada guru.
Keazaman dan Tanggungjawab: Murid yang mempunyai
keazaman yang kuat akan mengambil insiatif sendiri
dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang.
Struktur: Murid yang struktur suka membuat peraturan
sendiri dan mengikut apa yang distruktur.
Sosial
Perseorangan: Suka belajar secara sendiri dan tidak
berharap orang lain berdamping dan mengganggunya
semasa belajar.
Berpasangan: Belajar bersama rakan karib dan boleh
memperolehi banyak kemajuan melalui interaksi dua
hala.
Berkumpulan: Gaya pembelajaran merangkumi ciri
perbincangan dan kerjasama.
Orang dewasa: Belajar bersama orang yang disanjung
contohnya seperti ibu bapa.Orang dewasa dapat
menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi.
Fisiologi
Masa Belajar: Memilih waktu tertentu untuk
belajar. Ada murid yang lebih suka belajar pada
waktu pagi ataupun pada waktu malam.
Mobiliti: Terdapat murid yang suka berdiri atau
berjalan ke sana sini semasa belajar. Ada murid
yang kerap kali suka bertukar tempat duduk
semasa belajar.
Pemakanan: Terdapat murid yang suka makan,
atau minum semasa belajar.
Persepsi: Terdapat murid yang membuat andaian
Psikologi
Otak Kiri dan Otak Kanan: Mempunyai kemahiran
berfikir dalam bidang logik, analitis, bahasa, fakta,
matematik dan ingatan.(kiri)
Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif,
sintesis, warna, reka bentuk, perasaan, irama, muzik
dan imaginasi.(Kanan)
Refleksi: Murid yang suka belajar dengan cara berfikir.
Gerak hati: Belajar bergantung kepada angin atau
moodnya.
Global/Analitik: Suka belajar sesuatu dengan teliti.
GAYA PEMBELAJARAN

MODEL KOLB
Model Pembelajaran Kolb
Model Pembelajaran Kolb adalah satu model pembelajaran
pengalaman yang telah mendapat perhatian berbagai bidang pengajian
khususnya yang memerlukan latihan amali.
Teori pembelajaran pengalaman Kolb menyatakan idea bukanlah satu
unsur pemikiran yang tidak boleh diubah tetapi ia terbentuk dan
dibentuk semula melalui pengalaman.
Pembelajaran adalah satu proses di mana konsep sentiasa diubahsuai
oleh pengalaman.
Kolb telah mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil bagi
menjadikan teori ini produktif kepada pembelajaran :
Pelajar perlu terlibat secara aktif dalam
aktiviti pengalaman baru

Menggunakan pemerhatian reflektif


Kolb bagi menghubungkan pengalaman
Membentuk konseptual abstrak bagi mencadangkan
membentuk teori dan generalisasi sedia ada; secara tak langsung dari
beberapa pendengaran, pembacaan dan
yang logik. langkah :
sebagainya kepada pemerhatian
baru

Menggunakan teori baru dalam membuat


keputusan dan menyelesaikan
masalah.
Model ini mengkategorikan pelajar
kepada dua bentuk kecenderungan:

1)
Pengalaman konkrit (rasa)
Konseptualisasi abstrak (fikir)

2)
Eksperimentasi aktif (buat)
Pemerhatian reflektif (tonton)
Exprementasi Pemerhatian
aktif (buat ) Reflektif ( tonton )

TerdapatPengalaman
empat jenis gaya pembelajaran
Konkrit Akomodotor Kolb Diverger
(rasa)

Konseptualisasi Konverger Asimilator


Abstrak
( fikir )
Diverger Converger

1) Boleh menjana banyak idea. 1) Cekap membuat penaakulan deduktif.


2) Mempunyai imaginasi yg tinggi. 2) berfokus dan boleh membuat
3) Berfikiran terbuka. keputusan.
4) Boleh berinteraksi dgn org lain. 3) Dpt mengaplikasi idea terhadap
situasi praktikal.

Assimilator Accomodator

1) Bersifat logikal dan tidak berputar - 1) Berorentasikan tindakan dan hasil.


belit 2) Gemar menimba pengalaman baru.
2) Bersistematik 3) Suka mengambil risiko.
3) Cekap dr segi membina teori. 4) Cenderung kepada bidang kesenian
4) Cekap melakukan tugasan berbentuk 5) Melibatkan diri secara peribadi.
kuantitatif 6) Berupaya utk menyesuaikan diri
terhadap situasi baru
Dapatan kajian

Prestasi pelajar lebih baik bagi pelajar yang dideahkan dengan 4


fasa.
Faktor gaya pembelajaran didapati tidak memberi kesan terhadap
peningkatan kognitif pelajar.
Faktor lain seperti motivasi dan lain-lain memberikan kesan yang
lebih kuat terhadap kemahiran kognitif berbanding gaya
pembelajaran.
4/1/17
GAYA PEMBELAJARAN

HONEY & MUMFORD


Menurut Honey dan Mumford (1992), gaya pembelajaran
didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah
laku individu yang mengamalkannya. Honey dan Mumford
(1983) membahagikan gaya pembelajaran kepada empat
kumpulan iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.
AKTIVIS
Bersikap ingin mencuba sesuatu yang
baru
Berminat kepada pengalaman baru, yang
mencabar tetapi mereka mudah berasa
bosan terhadap peraturan yang terperinci
Bertindak dahulu sebelum
mempertimbangkan kesannyaMempunyai
fikiran terbuka dan ingin mengambil tahu
akan perkembangan terbaru dalam
pembelajaran serta persekitarannya
Golongan aktivis adalah golongan yang
kreatif dan mampu menghasilkan idea-
idea serta jalan penyelesaian yang kreatif
dan menarik dalam situasi-situasi
pengajaran dan pembelajaran yang
ditimbulkan oleh guru
REFLEKTOR

Berminat dalam mengulas pengalaman


dan suka membuat pemerhatian melalui
pelbagai perspektif
Mengumpulkan maklumat yang banyak
dan menganalisis pengalaman tersebut
sebelum membuat sesuatu keputusan
Persepsi dan pengamatan mereka tajam
dan sensitif terhadap perubahan-
perubahan yang berlaku di sekeliling
TEORIS
Mudah terangsang kepada teori, model
dan sistem pemikiran yang praktikal atau
menerima unsur logik
Mereka lebih mementingkan rumusan
atau kesimpulan yang dibuat berasaskan
bukti, analisis, kenyataan atau idea dan
oleh itu rumusan atau kesimpulan yang
dihasilkan oleh mereka adalah kurang
Bersifat objektif dalam melihat
sesuatu pandangan atau idea
daripada pelbagai perspektif supaya
mereka dapat melihat situasi
tersebut dengan lebih jelas
PRAGMATIS
Golongan yang mengamalkan gaya
pembelajaran pragmatis adalah lebih
berkeyakinan, banyak bercakap dan lebih
proaktif mengikut perkembangan dan sentiasa
mengekalkan tahap emosi yang tinggi
Golongan ini juga gemar mencuba idea, teori
dan teknik untuk menguji sama ada iaberguna
atau tidak dalam situasi sebenar
Mereka gemar membincangkan perkara yang tidak
mempunyai objektif dan tidak mempunyai
keputusan tetap kerana mereka adalah golongan
yang suka membuat keputusan secara praktikal dan
gemar menyelesaikan masalah secara cuba jaya
Mereka bersifat kreatif dan inovatif kerana mereka
akan sentiasa cuba untuk membaiki sesuatu idea
supaya ia dapat digunakan sebaik-baiknya dalam
situasi yang sebenar
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU
TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
TAHAP KECERDASAN
Kepercayaan Guru Tentang Konsep Kecerdasan
- Guru tidak harus mempunyai pemikiran bahawa pelajar yang
kurang cerdas tidak mempunyai harapan untuk berjaya dalam
hidup dan boleh diketepikan.
Penilaian
- Penilaian hendaklah benar-benar menguji kebolehan pelajar dan
bersifat adil
Kemahiran Berfikir
- Menggalakkan memodelkan cara berfikir dan pendekatan yang
digunakan dalam menyelesaikan masalah dalam bilik darjah
Pemilihan Kaedah Kumpulan
- Membentuk aktiviti mengikut kaedah kumpulan berdasarkan tahap
keupayaan murid

Program Penggayaan dan Pemulihan


- Guru menyediakan latihan dan bahan mengikut kumpulan murid,
penggayaan untuk kumpulan yang cerdas dan pemulihan untuk kumpulan
yang lemah

Pengajaran Terancang/modul/bahan multimedia


-Penyediaan bahan bagi pelbagai kumpulan agar murid dapat memahami
pbjektif pengajaran.

Pembelajaran Koperatif
-Aktiviti pembelajaran dijalankan dalam kumpulan (murid yang cerdas bantu
yang lemah)
Agihan Tugas Mengikut Minat dan Keupayaan
- Latihan dan tugasan yang sesuai dengan tahap keupayaan murid bagi
menggalakkan murid berfikir dan berkembang mengikut tahap keupayaan dan
kebolehan murid

Kepelbagaian Bahan Bantu Mengajar


-Dapat merangsang minda murid dan dapat aplikasikan dalam kehidupan
seharian

Kepelbagaian Bentuk Penilaian


-Penilaian kertas dan pensil tidak dapat menggambarkan kecerdasan yang sebenar
-Pelajar boleh dinilai semasa menjalankan aktiviti melalui hasil kerja, buku skrab,
projek dan sebagainya.
Kanak-kanak
Berkeperluan Khas
Masalah Kecacatan Fizikal
- kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal
- memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti pendakap

(brances) atau kerusi roda.


- ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan

urat saraf yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) serta kecederaan

ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.


Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik
Darjah
Perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya.
Mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang
penyakit sawan atau asthma.
Guru juga perlu peka kepada keperluan murid.
kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan komputer atau pen ataupun
pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya ada tugasan
melibatkan penulisan
Masalah penglihatan
- Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-
kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.
Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.
- Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat
menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung
kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan
mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan
boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan
sokongan disediakan untuk mereka.
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Dalam Bilik Darjah

menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai/bahan
audio untuk membantu pembelajaran.

Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna
yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat
dalam satu muka surat

Beri perhatian kepada susunan bilik darjah

Pastikan kedudukan kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan. Susunan bilik


darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan
memberi mereka akses yang mudah berada dalam bahan-bahan pembelajaran.
Masalah Pendengaran
- Dua kategori masalah pendengaran, separa pekak dan pekak.
- Separa pekak - penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-
kanak ini menerima pendidikan secara audio.
- Kanak-kanak yang pekak perlu menerima pendidikan menggunakan teori lain
seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan
audiometer dalam unit decibel.
- Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan
mendengar lebih daripada 10 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa
pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60
decibel.
Implikasi Kepada Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

Perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolah-sekolah khas untuk


kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain.
Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan
membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau
mengajar.
tempatkan mereka di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka
melihat wajah guru.
4/1/17

Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang


lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk
memudahkan kefahaman murid. Sediakan persekitaran
pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau
gangguan bunyi lain.

Penggunaan bahasa isyarat - satu cara efektif untuk


berkomunikasi

dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan


untuk mengeja.
Masalah Pembelajaran
sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau
tidak berminat.
Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang,
sukar memberi tumpuan dan mudah lupa.
Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak
menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan
maklumat.
4/1/17

Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada


satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau
penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis.

Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar,


berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun
mengira.
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik
Darjah
a) Peneguran positif.
)Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik sahaja
murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Misalnya seorang
murid yang sebelum ini sentiasa menghantar kerja rumah lewat dan
tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh
diberi galakan atau pujian atas tindakannya.
b) Time-out
)Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk satu masa
tertentu. Diharapkan masa persendirian memberi peluang kepada
murid memikirkan tentang tingkah lakunya.
c) Tidak peduli

)Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang


menunjukkan tingah laku yang tidak diingini.
)Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru
menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang
sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan
sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya
mengelak perkara yang murid tidak minat.
4/1/17

Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan sesuatu


persekitaran di sekolah yang boleh membantu penglibatan
mereka dalam aktiviti sekolah. Mereka tidak seharusnya disisih
sehingga tercicir daripada sisitem persekolahan. Mereka juga
dibimbing cara-cara mengawal emosi serta kemahiran mengurus
diri.
Lembab (Slow Learner)
Perkembangan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak peringkat
bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap
bunyi atau suara ataupun tidak balas menggenga masih belum hilang
walaupun usia bayi lebih 3 bulan.
Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang
diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka
tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran.
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik
Darjah
Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang.
Bahan pdp perlu dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas.
Strategi pdp diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya
meminta seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-
rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007)
Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak tersebut. Ia boleh diberi
dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang
lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka..
Autisme

Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu


sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autisme ini menghadapi
masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau
mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan.
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah.
Berfokus kepada kemahiran-kemahiran kesediaan untuk belajar, misalnya
duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor
misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti
berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.
Menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak berdikari.
Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan.
Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu
mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara
yang perlu dilakukan pada hari itu.
PINTAR CERGAS
Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan

berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih

daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik

darjah untuk membantu mereka merealisasikan

sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.


Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik

Darjah.
Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program:

pengasingan, pemecutan (acceleration) atau pengayaan.

Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di

mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan

kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-

kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat mebantu perkembangannya

secara optima.

You might also like