Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

TEORI-TEORI

KEPIMPINAN
DR ZAHERAWATI ZAKARIA
2.1 TIPOLOGI DAN
TA K S O N O M I K E P I M P I N A N
Tidak semua pemimpin dilahirkan dengan sifat kepimpinan semula
jadi. Oleh yang demikian, pemimpin jenis ini perlulah dibentuk dan
dilatih agar menjadi lebih berkarisma dan mempunyai kemahiran tinggi.
Keberkesanan dan kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada
penerimaan oleh pihak pekerja. Tanpa penerimaan yang baik daripadA
pihak pekerja, sudah tentu pemimpin tersebut akan mengalami masalah
dalam melaksanakan tugas(Razali ,1990).
Pendorong kepada keberkesanan seorang pemimpin itu ialah status,
gaji, pencapaian, ganjaran, jaminan kerja dan jawatan, pengiktirafan
dan juga penghargaan diri.
2.2 CIRI-CIRI SEORANG
PEMIMPIN

Teori sifat atau teori ciri. Teori ini seterusnya menyatakan


bahawa kepimpinan ialah ciri yang lahir semula jadi dalam diri
seseorang (Beaumont, 1993). Antara contoh pemimpin yang
dilahirkan untuk memimpin ialah seperti Nabi Muhammad SAW,
Mahatma Ghandi, Adolf Hitler dan Winston Churchill.
Kepimpinan ialah satu proses mempengaruhi, kerana tanpa
pengaruh maka tidak wujud konsep kepimpinan. Ia merupakan
satu proses berterusan bukan hanya dilaksanakan atau diamalkan
apabila keadaan terdesak atau apabila timbul sesuatu krisis.
2 . 3 K L A S I F I KA S I P E M I M P I N

1. Pengurus barisan pertama


Pengurus di bahagian ini terlibat dengan tugasan
untuk menyelia sahaja. Sebagai penyelia, pengurus
kategori ini hanya menumpukan kerja mereka
kepada subordinatnya sahaja tanpa mengambil kira
subordinat yang lain. Kebanyakan pengurus kategori
ini lebih kepada pemberian arahan di peringkat
operasi.
2. Pengurus pertengahan
Pengurus bahagian pertengahan merupakan bos
pengurus barisan pertama. Ini bermakna segala arahan
daripada pengurus kategori ini lebih kepada pengurus
bahagian pertama. Namun dalam beberapa keadaan,
pihak pengurusan pertengahan juga akan terlibat dalam
memberi arahan kepada pekerja di bahagian operasi.
Menurut Md. Zhahir (2000) lagi, tanggungjawab utama
pengurus kategori ini ialah menjadi perantara antara
pihak bawahan dan atasan dalam organisasi di samping
melaksanakan segala dasar dan polisi yang telah
ditetapkan oleh pihak atasan.
3. Pengurus atasan
Pengurusan atasan biasanya dikaitkan dengan ketua
pegawai eksekutif sesebuah organisasi. Pegawai ini
akan bertanggungjawab terhadap keseluruhan
program dan aktiviti organisasi. Para pengurus di
peringkat ini akan terlibat dalam pembentukan dasar
berhubung dengan operasi dan interaksi organisasi
dengan persekitarannya.
4. Pengurus fungsian
Pengurus kategori ini bertanggungjawab terhadap aktiviti organisasi
seperti pengeluaran, pemasaran, sumber manusia dan kewangan.

5. Pengurus am
Pengurus kategori ini dipertanggungjawabkan untuk mengawal satu
unit yang melibatkan syarikat, anak syarikat, cawangan dan juga
operasi umum. Oleh itu, tugas pengurus am lebih besar dan kompleks
kerana terpaksa mengawal semua aktiviti yang melibatkan syarikat,
anak syarikat serta cawangan.
2.4 PERANAN PEMIMPIN

2.4.1 Melaksanakan Misi dan Visi Organisasi

2.4.2 Mengeratkan Hubungan antara Subordinat

2.4.3 Menerima dan Memberi Maklumat

2.4.4 Membuat Keputusan


2 . 5 T E O R I P E N D E KATA N S I FAT

Pemimpin sebagai personaliti semula jadi yang membezakan


mereka dengan individu bukan pemimpin.
Ini disusuli dengan pendapat yang mengatakan bahawa
faktor fizikal seperti gagah dan memiliki kecerdasan yang
baik akan menentukan sama ada seseorang itu layak menjadi
pemimpin ataupun tidak.
Pendekatan ini percaya bahawa pemimpin haruslah memiliki
sifat dan tabiat istimewa yang tidak dimiliki oleh individu lain.
Ramai sarjana yang sependapat bahawa pelantikan seseorang pemimpin
bukanlah ditentukan oleh sifat semula jadi pemimpin itu sendiri, tetapi turut
dipengaruhi oleh faktorfaktor lain seperti politik, persekitaran, sosiologi,
umur dan juga kelas sosial (Razali, 1989; Greenberg & Baron, 1997).

Terlalu sukar untuk membezakan sifat-sifat yang dimiliki oleh seseorang


pemimpin. Menurut beliau lagi, bolehkah kita membezakan antara sifat-sifat
yang dimiliki oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed, Margaret Thatcher, Adolf
Hitler, Sukarno, Mahatma Gandhi dan lainlain lagi. Mereka ialah pemimpin
yang pernah mengetuai satu-satu kerajaan, namun adakah semua sifat
mereka serupa? Oleh itu, jelaslah bahawa sifat semula jadi bukanlah penentu
mutlak kepada pelantikan seseorang pemimpin.
2 . 6 T E O R I P E N D E K ATA N T I N G K A H
L A K U ( B E H AV I O R A L
T H E O RY )

...pendekatan ini menilai ragam kelakuan seseorang pemimpin seperti autokratik


berbanding demokratik, orientasi terhadap kerja berbanding dengan sosio-emosional,
tumpuan terhadap pekerja berbanding dengan tumpuan pengeluaran dan
sebagainya. (Razali, 1990: 16).
Pengenalpastian kepimpinan yang efektif dengan melihat kepada tingkah laku
pemimpin serta kesan tingkah laku tersebut terhadap pencapaian subordinat di
bawahnya. Kajian terhadap tindakan yang telah dilakukan oleh pemimpin yang
berkesan dan bukannya apa yang ada pada pemimpin tersebut.
Sinonimnya, kajian tingkah laku mengharapkan penemuan terhadap penentu
tingkah laku pemimpin yang berkesan dan jika andaian ini betul dan terbukti,
kesimpulan yang boleh kita buat ialah pemimpin itu boleh dibentuk.
2 . 6 . 1 KA J I A N O L E H U N I V E R S I T I O H I O S TAT E

Dua pendekatan tingkah laku yang menjadi nadi utama iaitu pendekatan tingkah
laku pertimbangan dan juga tingkah laku struktur. Tingkah laku pertimbangan
menjelaskan tentang semangat kekitaan, saling mempercayai antara satu sama lain,
keselesaan dan hormat menghormati dalam kalangan pemimpin terhadap subordinat
di bawahnya. Ini termasuklah perasaan timbang rasa dan sentiasa memenuhi
keperluan mereka.

Hasil kajian ini mendapati bahawa pemimpin yang mempunyai tingkah laku
pertimbangan yang tinggi akan memiliki subordinat yang lebih proaktif, berdaya
saing dan berpuas hati berbanding dengan pemimpin yang mempunyai tingkah laku
pertimbangan yang rendah (Stogdill, 1974).
2 . 6 . 2 KA J I A N O L E H U N I V E R S I T I
MICHIGAN

Dua pendekatan yang mempengaruhi kepuasan dan produktiviti sesuatu


kumpulan atau organisasi. Pendekatan tersebut ialah pendekatan
berorientasikan pekerja dan pendekatan berorientasikan pengeluaran.

Penemuan kajian ini mendapati bahawa tingkah laku pendekatan


berorientasikan pekerja akan mendapat tempat di hati pekerja berbanding
pendekatan berorientasikan pengeluaran. Ini bermakna pengurus yang inginkan
produktiviti dan prestasi yang baik dalam kalangan pekerja haruslah lebih
bersikap bertimbang rasa dan prihatin dengan keperluan pekerja.
2.6.3 GRID
PENGURUSAN
Menurut Black dan Mouton (1964), pengurus
berprestasi terbaik haruslah menggunakan gaya
pengurusan berpasukan. Pengurus pada gaya ini akan
memberikan tumpuan yang lebih bukan sahaja kepada
tugas dan pengeluaran tetapi turut menekankan
terhadap kebajikan pekerja. Selain itu, terdapat juga
gaya pengurusan kelab, pengurusan jalan tengah,
pengurusan daif dan juga pengurusan kuasa.
2 . 7 T E O R I P E N D E KATA N
S I T UA S I

Menurut Md. Zhahir (2000: 90), teori situasi diperkenalkan


dengan tujuan untuk:
(i) Mengenal pasti faktor situasi yang paling penting.

(ii) Meramalkan gaya kepimpinan yang paling berkesan dalam


situasi yang dihadapi.
Teori pendekatan situasi akan menyentuh beberapa teori seperti
Teori Pendekatan Kontigensi Fiedler, Teori Pendekatan Matlamat-
Laluan, Teori Vroom-Yetton dan juga Model Situasi Kepimpinan
Hersey dan Blancard.
2 . 7 . 1 T E O R I P E N D E KATA N
KO N T I G E N S I F I E D L E R

Teori ini telah diperkenalkan oleh Fred Fiedler yang telah menghasilkan
kajian bertajuk Contigency Model of Leadership Effectiveness pada tahun
1951. Melalui kajian ini Fiedler (1976) telah menggunakan teknik khas
bagi melihat keberkesanan stail pemimpin berinteraksi dengan ahli
kumpulan dan bagaimana setiap ahli kumpulan menilai ahli yang lain.

Antara fokus utama kepada pendekatan ini ialah untuk mengukur dan
menentukan sama ada pemimpin lebih cenderung kepada orientasi
terhadap tugas atau orientasi terhadap perhubungan.
Ringkasnya, Fiedler menyokong pendapat yang mengatakan
bahawa kepimpinan ialah proses mempengaruhi. Semakin tinggi
kuasa dan pengaruh pemimpin untuk mempengaruhi orang
bawahannya semakin berkesan sifat kepimpinannya.

Terdapat tiga dimensi yang kritikal bagi menentukan tahap


pemimpin mempunyai pengaruh terhadap bawahannya (Kuasa
kedudukan, Struktur tugas, Perhubungan antara pemimpin dan
pengikut
2 . 7 . 2 T E O R I P E N D E KATA N
L A LUA N - M AT L A M AT
HOUSE
Teori ini melihat peranan pemimpin untuk menjelaskan dan menetapkan matlamat
organisasi dan subordinat, memberi laluan kepada pekerjapekerja supaya mereka
dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan seterusnya mengalihkan
halangan yang menjadi penghalang kepada peningkatan kualiti dan prestasi pekerja.

Pemimpin dikenal pasti sebagai punca kepada ganjaran yang bakal diterima. Model
ini juga banyak bergantung kepada ramalan dan andaian tentang ganjaran dan
hadiah yang bakal diterima hasil daripada prestasi yang diberikan. Tugas pengurus
pula haruslah mengurangkan halangan dan cabaran yang menjadi penghalang
kepada pencapaian prestasi terbaik dan semestinya cabaran tersebut bersifat
realistik dan mampu untuk dicapai.
2 . 7 . 3 M O D E L V R O O M -Y E TT O N

teori ini telah memasukkan dua faktor utama dalam menghuraikan stail
kepimpinan iaitu kualiti dan juga penglibatan pekerja dalam pembuatan
keputusan.

Model ini diperkenalkan pada tahun 1973 dengan tujuan untuk membantu
pengurus-pengurus menentukan keadaan dan masa yang sesuai bagi melibatkan
pekerja-pekerja dalam pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah.

Model ini juga merumuskan tiga stail gelagat kepimpinan iaitu autokratik,
perundingan dan stail kepimpinan.
2 . 7 . 4 M O D E L S I T UA S I
KEPIMPINAN HERSEY DAN
BLANCARD

Hersey dan Blanchard (1974) percaya bahawa gaya kepimpinan


yang berkesan bergantung kepada kematangan subordinat yang
melaksanakannya. Konsep kematangan yang dihuraikan bukanlah
menjurus kepada umur dan emosi seseorang pekerja tetapi lebih
kepada kesediaan dan juga kesanggupan seseorang pekerja menerima
tugas yang diberikan.

Pada asasnya, teori ini terbahagi kepada empat fasa dalam


menghuraikan perhubungan antara pihak pengurus dan juga pekerja.
1. Fasa pertama

Berlaku semasa pekerja baru mula bekerja dan melaporkan diri di


organisasi. Pada fasa ini, stail kepimpinan yang sesuai ialah yang
berorientasikan kepada tugas kerana pekerja tersebut perlu diarahkan
dalam menjalankan tugas-tugas mereka.

2. Fasa kedua

Pada fasa ini, pekerja sudah mula memahami tugas yang diberikan. Namun
pengurusan berorientasikan tugas masih diperlukan kerana pihak pekerja
masih belum mampu menerima tanggungjawab sepenuhnya.
3. Fasa ketiga

Pada fasa ini, pekerja telah berada agak lama dalam organisasi. Kebolehan dan
kemahiran pekerja juga turut bertambah dan bersedia untuk menerima
tanggungjawab dan cabaran yang lebih besar. Pihak pengurus akan memberikan
sedikit kelonggaran kepada pekerja tanpa pengawasan yang terlalu rapi.

4. Fasa keempat

Setelah berada lama dalam organisasi, para pekerja menjadi lebih yakin,
berkeupayaan dan berpengalaman. Para pekerja juga telah diberikan kebebasan untuk
membuat keputusan dan bertindak sendiri tanpa pemantauan yang kerap daripada
pihak pengurusan. Malah, pekerja juga telah diberi tanggungjawab yang lebih besar
bagi menentukan hala tuju organisasi.
KESIMPULAN
Kepimpinan merupakan kuasa dan pengaruh yang
menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya.
Perkaitan antara pengaruh dengan kuasa dalam
kepimpinan penting dan tidak dapat dipisahkan untuk
mencapai sesuatu matlamat. Jika membincangkan
tentang kepimpinan, kita tidak akan terlepas daripada
aspek-aspek pengaruh dan kuasa pemimpin, gaya
kepimpinan, ciri-ciri dan dimensi utama kepimpinan.

You might also like