Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 41

KULIAH 1

MALAYSIA : KESEPADUAN
DALAM KEPELBAGAIAN

MPW3133 1
1.1 Pengenalan

- Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara


mundur kpd negara sedang membangun dan kini
menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm
Wawasan 2020).

- Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit


yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman
penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13
Mei 1969)

MPW3133 2
- Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran penting
yg diperoleh ialah:

1. Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap


sekiranya tidak disertai kestabilan politik.
2. Kestabilan politik shj tidak memadai tanpa
pembangunan ekonomi yg seimbang.
3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik
perlu berjalan dgn lancar dan seimbang agar tidak
wujud kepincangan sehingga menimbulkan
konflik.

MPW3133 3
Keseimbangan : melibatkan agihan habuan ekonomi
yg saksama & perkongsian kuasa pemerintahan yg
matang.

Persoalannya
1. Apakah faktor yg boleh membawa
keseimbangan?
2. Apakah perkara yg perlu dipertahankan atau
dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara
berterusan?

Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan


hubungan etnik yg harmonis

MPW3133 4
KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK

1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang


kaum yg pernah menghadapi konflik etnik.
2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh
struktur sosial masyarakat dan memberi
pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan
kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur
masyarakat bersifat kolonial.
3. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan
sejarah dan kemampuan sosioekonomi
sesebuah negara.

MPW3133 5
4. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan
sumber ketegangan sosial dlm sesebuah
masyarakat.
5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu
prasangka dan diskriminasi di sesebuah
negara serta gambaran peranan faktor personaliti
dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat.
6. Hubungan etnik penting dalam memahami
kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan
pengindustrian dan perubahan sosial).
7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial
dan perancangan sosial sesebuah negara.

MPW3133 6
Usaha-usaha Ke Arah Memupuk Perpaduan
Nasional

- Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (kini


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional /JPNIN).
- Pengenalan Rukun Negara (ideologi
kebangsaan).
- DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr
Kebudayaan Kebangsaan.
- Gabungan parti-parti politik (Barisan
Nasional)
MPW3133 7
MPW3133 8
- Integrasi antara wilayah (antara bandar dgn
luar bandar) dan antara Semenanjung
Malaysia dgn Sabah & Sarawak.

- Usaha kerajaan (top-down) shj tidak


memadai tetapi mesti digenapkan dgn usaha yg
berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama
& sumbangan drp sektor swasta, sektor komuniti
dan semua parti politik.

MPW3133 9
- Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia
tidak bergantung semata-mata kpd keadaan
berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik
tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yg
berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan
yg kaya drp pelbagai kumpulan)

- HE merupakan satu ciri penting yg


mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun
tahap perpaduan nasional di negara kita sukar
diukur, namun negara luar melihat Malaysia sbg
negara yg berjaya mewujudkan HE yg harmonis

MPW3133 10
KONSEP ASAS
HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA

MPW3133 11
Objektif Pengajaran

Memahami konsep-konsep asas


hubungan etnik

Menjelaskan kepentingan memahami


konsep asas hubungan etnik

Menjelaskan aplikasi konsep-konsep


hubungan etnik dalam masyarakat
Malaysia
MPW3133 12
Pengenalan
Di Malaysia, usaha-usaha memupuk perpaduan
yang harmoni antara pelbagai etnik sentiasa
dilaksanakan dalam setiap lapisan masyarakat,
terutamanya di kalangan para pelajar melalui
sistem pendidikan sedia ada.

Bagi membina suatu kefahaman yang lebih


mendalam, usaha ini mestilah didahului dengan
memperkenalkan beberapa konsep-konsep asas
yang mendasari hubungan etnik.

Tiga konsep penting yang akan dibincangkan ialah


masyarakat, budaya dan perpaduan.

MPW3133 13
KONSEP MASYARAKAT
Kamus Dewan :
Masyarakat : kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama (dari sesuatu tempat dengan aturan
dan cara tertentu) atau pergaulan hidup.
Bangsa : jenis manusia daripada satu asal keturunan
atau kumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan.

Masyarakat
Bahasa : komuniti manusia yang tinggal bersama-
sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran
tertentu dari segi bahasanya,
Istilah : jaringan perhubungan antara pelbagai
individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan
keseluruhan hubungan sosial.
Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah
negara.
MPW3133 14
Bangsa, Masyarakat dan Negara

Malaysia terdiri daripada masyarakat yang


multiracial (berbilang kaum) dan multiculture
(berbilang budaya) yang mempunyai asas-asas
kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang
lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan
mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia
berteraskan konsep negara bangsa.

Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur


dari tiga perspektif utama iaitu
aspek kenegaraan - simbol
aspek kewarganegaraan - warganegara
aspek kebangsaan - kebudayaan

MPW3133 15
Keperluan Mengkaji Masyarakat

1. Manusia Hidup Bermasyarakat

2. Memahami Cara Hidup


Bermasyarakat

3. Memahami Budaya dan Masyarakat


Lain

4. Memupuk Kerjasama di Antara


Masyarakat
MPW3133 16
Masyarakat dan Budaya
Kebudayaan tidak wujud jika sekiranya tidak ada
masyarakat.

Manusia sebagai anggota masyarakat telah


bertanggungjawab mencipta, menggubah, menokok-
tambah dan melestarikan budaya, dan telah
menurunkannya daripada generasi demi generasi
untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia.

Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua


generasi yang sentiasa melakukan proses
pengubahsuian berdasarkan keperluan semasa :
generasi yang menurunkan budaya
generasi yang menerima budaya

MPW3133 17
Masyarakat dan Budaya
Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan
menurunkan dua bentuk budaya,
budaya material, seperti Tembok Besar di Cina
dan Piramid di Mesir
budaya bukan material, seperti sistem
kepercayaan dan agama, falsafah dan
kesusasteraan, dan pemikiran sains dan
kemampuan mencita teknologi.

Paduan kedua komponen budaya inilah yang


menjadi pemacu kepada perkembangan dan
kemajuan sesebuah masyarakat.

Ahli masyarakat berperanan dalam membina dan


mempertahankan budaya masyarakat.
MPW3133 18
Keperluan Mengkaji Masyarakat
memahami hakikat bahawa manusia, demi
kelangsungan hidup, tiada pilihan lain selain hidup
bermasyarakat

memahami budaya masyarakat sendiri dan juga


masyarakat lain

memupuk kerjasama didalam masyarakat sendiri


dan dengan masyarakat lain

sifat dan ciri masyarakat perlu diketahui dan


difahami kerana masyarakat adalah sesuatu yang
dinamik.

MPW3133 19
Ciri-Ciri Masyarakat
1. Manusia Yang Hidup Berkelompok

2. Melahirkan Kebudayaan

3. Mengalami Perubahan

4. Terdapat Kepimpinan

5. Stratifikasi Sosial

MPW3133 20
Masyarakat Malaysia
Malaysia adalah sebuah masyarakat yang
mengandungi pelbagai etnik dan budaya.

Dari segi sejarah, masyarakat Malaysia juga telah


terbukti mempunyai asas kukuh untuk mewujudkan
masyarakat berilmu, bermoral dan mendokong cita-cita
murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara
bangsa.

Ini telah dimanifestasikan oleh pemimpin dan


rakyatnya melalui pemikiran, nilai sosio-budaya,
perlambangan dan jiwa kemanusiaan serta kerohanian
tinggi yang mereka amalkan sehingga hubungan etnik
yang harmoni terus bertahan dengan baik.

MPW3133 21
Masyarakat Malaysia
Konsep masyarakat Malaysia tidak boleh
disamakan dengan konsep bangsa Malaysia.

Konsep masyarakat Malaysia adalah sebuah


konsep yang lebih luas skopnya, atau boleh
dianggap sebagai sebuah konsep payung.

Konsep bangsa Malaysia yang pula merujuk


kepada satu cita-cita politik (Wawasan 2020
bangsa bersepadu = bangsa Malaysia).

Konsep bangsa Malaysia merupakan satu


konsep bangsa idaman yang dikehendaki.

MPW3133 22
Konsep Etnik
Istilah etnik berasal daripada perkataan
Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.

Etnik
bahasa : kaum atau bangsa.
istilah : kelompok manusia yang ditentukan
melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat
resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan
sebagainya.

Etnik ialah berkenaan bangsa manusia, ia


juga tidak memaksa perubahan terhadap
kepercayaan agama atau membuang
unsur sesuatu kaum
MPW3133 23
Etnisiti, Etnosentrik & Etnosentrisme
Etnisiti :
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.

Etnosentrik :
Menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan
lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang
rendah dan dianggap ganjil, berada di tahap rendah atau
tidak bermoral.

Etnosentrisme :
Kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dikalangan
anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan
etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada
kelompok lain.
Suatu perspektif melihat kelompok etnik lain daripada
lensa dan kacamata etnik sendiri.
MPW3133 24
Pengkelasan Etnik
Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu
konsep keturunan.

Walaupun keturunan itu bermakna keturunan


budaya, juga yang lebih ditonjolkan ialah identiti
etnik, ras atau sifat-sifat fizikal yang sama.

Oleh itu, etnik dapat dikelaskan melalui :


1. perbezaan budaya
2. demografi

Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai


kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang
berbeza.
MPW3133 25
Etnik-etnik Borneo

MPW3133 26
Konsep Ras dan Rasisme
Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali
digunakan secara berulangan walaupun ia
membawa makna yang berbeza.

Etnik :
Bahasa : kaum atau bangsa.
Istilah : kelompok manusia yang ditentukan melalui
perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian,
bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Ras :
Perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal-biologikal dalam
kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta
sering digunakan untuk membezakan kumpulan
MPW3133
manusia ialah warna kulit. 27
Rasisme
Rasisme :
Pandangan, pemikiran, atau kepercayaan
negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para
anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain
berdasarkan perbezaan faktor fizikal-biologikal
atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan
secara terbuka melalui perilaku atau tindakan
terbuka.

Rasisme adalah gabungan prejudis dan kuasa


diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna
kulit, mata dan ciri-ciri fizikal-biologikal selainnya.

MPW3133 28
Tahap Rasisme
Rasisme
1. Tahap Individu
dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu
.
wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih
tinggi dan ada yang berstatus lebih rendah.

2. Tahap Institusi
melibatkan dasar dan pelaksanaan yang
bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk
ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras
yang berbeza.
dapat dilihat secara tersirat di dalam struktur
MPW3133
sosial. 29
Konsep Prejudis
Prejudis :
pandangan negatif yang tersemat di dalam hati
seseorang atau satu kelompok etnik, yang
sering tidak diluahkan secara terbuka,
mengenai ahli atau kelompok etnik lain.

Selalunya pandangan ini adalah tidak berasaskan


maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi.

Apabila prejudis disuarakan ianya menjadi


stereotaip.

MPW3133 30
Konsep Prejudis
Prejudis antara etnik berlaku apabila
sesebuah etnik memandang negatif terhadap
etnik lain.

Prejudis yang tinggi terhadap sesebuah etnik


lain adalah sukar diubah walaupun fakta yang
kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa
kefahaman tersebut adalah salah.

Prejudis yang wujud biasanya berasaskan


sokongan yang aktif daripada masyarakat
sekeliling.

MPW3133 31
Konsep Prejudis
Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis
disalurkan dari satu generasi kepada satu
generasi lain.

Kesan sikap prejudis semakin mudah


dilihat apabila berlaku persaingan bagi
mendapatkan sesuatu yang terhad sama
ada dari aspek politik, ekonomi sosial dan
sebagainya.

MPW3133 32
Konsep Stereotaip
Stereotaip :
Kenyataan-kenyataan umum yang negatif
terhadap sesuatu etnik seperti semua orang
Arab itu Islam, orang Belanda itu kedekut dan
sebagainya.
Gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu
perlakuan baik atau buruk yang ditujukan
kepada sesuatu etnik oleh etnik lain. Ini terhasil
apabila berlaku pertembungan dua atau lebih
komuniti etnik.

Stereotaip boleh menimbulkan perasaan dan


implikasi negatif di kalangan masyarakat majmuk
di Malaysia.
MPW3133 33
Konsep Diskriminasi
Diskriminasi :
Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh
seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau
kelompok etnik lain yang mempengaruhi prilaku pihak
yang berpandangan negatif.
Perbuatan membezakan seseorang individu atau
sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik
semata-mata.

Diskriminasi merupakan terjemahan prasangka


yang ada pada sesuatu etnik.

Diskriminasi semakin mudah berlaku terutama


apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam
sesebuah masyarakat, sama ada di peringkat
individu ataupun kumpulan etnik.
MPW3133 34
Konsep Budaya

Budaya
budhi (Sanskrit)
kecergasan fikiran dan akal
daya (Melayu Polynesia)
kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

Budaya
tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa
yang menggerakkan jiwa
MPW3133 35
Budaya :
The way of life of a people, including their attitudes,
values, beliefs, arts, sciences, modes of perception,
and habits of thought and activity. Cultural features
of forms of life are learned but are often too persive
to be readily noticed from within
(Dictionary of Philosophy).

Kamus Dewan (1997) :


tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi
meliputi cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya.

Budaya :
cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi
anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir
sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik,
agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai,
peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan
oleh mereka sebagai anggota masyarakat
MPW3133 36
Budaya boleh dibahagikan kepada dua:
1. budaya kebendaan
2. budaya bukan kebendaan

1. Budaya kebendaan
peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah,
kereta, perahu, senjata dan sebagainya.
Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang
berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.

2. Budaya bukan kebendaan


kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat
istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani
kehidupan seperti hantaran dalam perkahwinan
masyarakat Melayu berbeza dengan masyarakat
India

MPW3133 37
Elemen Pembina Budaya
(Kluckhon, C)

i. peralatan dan kelengkapan hidup


manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem
ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasa.
v. kesenian.
vi. sistem pengetahuan.
vii.agama dan kepercayaan.
MPW3133 38
Terdapat dua peranan utama budaya:

1. membina imej negara ke arah


mewujudkan keperibadian dan identiti

2. memupuk kesedaran kebangsaan dan


kenegaraan berasaskan ciri-ciri
kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan
mental

Manusia membentuk budaya dan


perkembangan budaya akan mengikut
perkembangan masyarakat.

MPW3133 39
Ciri-Ciri Budaya

1. Dipelajari
2. Perkongsian
3. Kesejagatan
4. Diwarisi
5. Berubah
6. Perlambangan
7. Pandangan Semesta
MPW3133 40
SEKIAN,
TERIMA KASIH

MPW3133 42

You might also like