Novel Tingkatan 4

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 26

NOVEL TINGKATAN 4 DI SEBALIK DINARA

Ramalan 1 : Berdasarkan sebuah novel yang telah anda


pelajari, huraikan dua contoh yang boleh dikaitkan dengan
nilai kasih sayang. (7 markah)
Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor, contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai kasih
sayang ialah kasih sayang seorang adik terhadap
abangnya.
Contohnya, Farisha amat menyayangi abangnya, Azraai
dan dia menangis apabila mengetahui abangnya
menghadapi masalah jantung.
Nilai kasih sayang yang kedua ialah kasih sayang
seorang anak terhadap ayah. Contohnya, Farisha sayang
akan ayahnya, Karl dan dia berasa sangat sedih apabila
melihat ayahnya terlantar sakit walaupun kali pertama
Farisha berjumpa dengannya.
Ramalan 2 : Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
kaji, huraikan tema novel tersebut. (8 markah).

Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang


Noor, pengarang memaparkan tema cabaran dan rintangan
yang dihadapi oleh para saintis dalam menjalankan
penyelidikan.
Karl menghadapi cabaran untuk menyelamatkan
perisiannya yang dinamakan Dinara. Akibat perasaan
dendam, Dinara telah diceroboh oleh musuhnya dan
mereka memasukkan virus ke dalamnya.
Selain itu, Karl menghadapi cabaran untuk
menjejaki Farisha dalam usaha untuk menyelamatkan
Dinara daripada kemusnahan kerana Farisha sahaja yang
mampu menjadi penyelamat.
Ramalan 3 : Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan dua
konflik yang dihadapinya. (7 markah )

Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang


Noor, watak utama dalam novel ini ialah Farisha.
Farisha menghadapi konflik apabila abangnya,
Azraai memberitahu bahawa dia merupakan anak angkat
dalam keluarganya. Farisha menyelesaikan konflik ini
dengan perasaan sedih dan cuba menerima hakikat tersebut
dengan hati yang terbuka.
Selain itu, Farisha menghadapi konflik dengan
ayahnya, Karl yang pernah menanam pelbagai mikrocip
dalam tubuhnya sejak kecil. Farisha menghadapi konflik
dengan menyelesaikan konflik ini dengan tidak
menyimpan perasaan dendam terhadap ayah kandungnya
itu.
Ramalan 4 : Jelaskan dua latar masyarakat yang
terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

(8 markah)

Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang


Noor, latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini
ialah masyarakat yang bijak mengendalikan komputer.
Contohnya, Farisha merupakan pakar dalam bidang
komputer dan menubuhkan Syarikat Secured Shell Sdn.
Bhd. bersama-sama dengan Rosman. Selain itu, Karl juga
berusaha untuk mendapatkan Farisha bagi membantu
pekerja Soft Lab menyelamatkan Dinara daripada
kemusnahan.
Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat
yang penyayang. Contohnya, Azraai amat menyayangi
adik angkatnya, Farisha sehingga bertindak memasang
alat keselamatan di rumah Farisha untuk melindunginya.
Seterusnya, Azraai juga bertindak menyembunyikan
Farisha apabila dia diburu oleh Medina.
Ramalan 5 : Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, huraikan dua peristiwa yang memaparkan nilai
keberanian. (7 markah)

Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang


Noor, peristiwa yang memaparkan nilai keberanian ialah
peristiwa Farisha berani untuk berdikari. Contohnya,
Farisha menaiki kapal terbang seorang diri dari
Lapangan Terbang Senai menuju ke Kuala Lumpur.
Peristiwa seterusnya yang memaparkan nilai
keberanian ialah peristiwa Azraai berani menyatakan
kebenaran.
Contohnya, Azraai berani berterus terang kepada Farisha
tentang Farisha merupakan anak angkat dalam keluarga
mereka selepas menunjukkan satu fail peninggalan arwah
ayahnya.
Ramalan 6 : Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam
sebuah novel yang telah anda pelajari. (8 markah).

Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor,


persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan
tanggungjawab dalam melaksanakan arahan ketua.
Contohnya, pekerja-pekerja di Soft Lab
bertanggungjawab untuk menjejaki Farisha seperti yang
diminta oleh Karl.
Selain itu, terdapat persoalan ketabahan dalam
menghadapi dugaan hidup. Contohnya, Farisha tetap
tabah mendengar berita yang diberitahu oleh Azraai
tentang dirinya yang merupakan anak angkat dalam
keluarga mereka.
Ramalan 7 : Jelaskan dua latar masa yang terdapat
dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
(SPM 2016) (7 markah)

Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang


Noor, dua latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah
pada waktu pagi. Contohnya, Rosman berjanji untuk
menjemput Farisha pada pukul 7.45 pagi.
Selain itu, latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah
pada waktu petang. Contohnya, pertemuan antara Aqram
dengan Farisha pada pukul 3.00 petang, iaitu Aqram
akan menunjukkan sistem Dinara dan menyerahkan
dokumen yang telah siap disediakan kepada Farisha.
Ramalan 8 : Pengarang mewujudkan peristiwa-
peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari,
jelaskan tiga peristiwa yang dapat dijadikan teladan.
(8 markah)
Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor, peristiwa yang dapat dijadikan teladan ialah
peristiwa Aqram berterima kasih kepada Karl yang telah
menjadikan kehidupannya lebih baik. Contohnya,
peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita perlu
berterima kasih kepada seseorang yang berbuat baik
kepada kita.
Peristiwa yang dapat dijadikan teladan seterusnya
ialah peristiwa Aqram, Dr Maxi, dan kakitangan Soft
Lab bekerjasama untuk menyelamatkan Dinara daripada
menghadapi kemusnahan.Contohnya, peristiwa ini dapat
dijadikan teladan kerana kita perlu bekerja sebagai satu
pasukan dalam menghadapi segala masalah dan
rintangan.
Peristiwa yang dapat dijadikan teladan berikutnya
ialah peristiwa Farisha yang tidak berdendam terhadap
Karl yang banyak merencanakan kehidupannya melalui
penyelidikan sains. Contohnya, peristiwa ini dapat
dijadikan teladan kerana kita tidak sewajarnya
menyimpan perasaan dendam terhadap bapa kandung
sendiri.
Ramalan 9 : Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, huraikan dua kritikan pengarang terhadap
masyarakat yang terdapat dalam novel itu. (7 markah)

Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang


Noor, kritikan pengarang terhadap masyarakat yang
terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang menaruh
dendam terhadap seseorang. Contohnya, Medina
berdendam terhadap Karl yang telah mensabotaj dirinya
semasa menjalankan uji kaji sehingga menyebabkan
Medina hampir menjadi separuh gila.
Kritikan pengarang terhadap masyarakat seterusnya
ialah masyarakat yang suka mengambil kesempatan
terhadap seseorang. Contohnya, Alia telah mengambil
kesempatan dengan memasukkan dua batang jarum pada
tengkuk Farisha semasa Farisha pening kepala sehingga
menyebabkan Farisha berada dalam keadaan bawah
sedar.
Ramalan 10 : Jelaskan tiga latar tempat yang terdapat
dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
(8
markah)
Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor, latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah di
Hentian Pagoh. Contohnya, Azraai memberhentikan
keretanya dan Farisha diculik oleh dua orang lelaki di
sini.
Latar tempat yang terdapat dalam novel ini
seterusnya ialah di Soft Lab, Cyberjaya. Contohnya,
Aqram dan beberapa orang kakitangan bekerja di
syarikat ini yang diketuai oleh Karl.
Latar tempat yang terdapat dalam novel ini
berikutnya ialah ruang bilik kaca besar. Contohnya, Karl
terlantar sakit dan mendapat rawatan di ruang bilik kaca
besar.
Ramalan 11 : Watak utama dalam sesebuah novel boleh
menjadi idola kepada pembaca. Berdasarkan sebuah
novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua
keistimewaan watak utama sehingga mengagumkan
pembaca (7 markah)

Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang


Noor, watak utama dalam novel ini ialah Farisha.
Keistimewaan watak utama sehingga
mengagumkan pembaca ialah Farisha seorang yang
berani. Contohnya, Farisha berani pulang seorang diri
dari Johor ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal
terbang.
Keistimewaan watak utama sehingga mengagumkan
pembaca seterusnya ialah Farisha seorang yang bijak.
Contohnya, Farisha bijak dalam bidang komputer dan
dia berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba.
Selain itu, dia juga menjadi buruan Karl untuk
menyelamatkan Dinara.
Ramalan 12 : Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam
sebuah novel yang telah anda pelajari.
(8 markah)
Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor,
pengajaran yang terdapat di dalam novel ini ialah kita
hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
Contohnya, Aqram, Dr. Maxi, dan kakitangan Soft Lab
bekerjasama untuk menyelamatkan Dinara daripada
menghadapi kemusnahan.
Pengajaran yang terdapat di dalam novel ini seterusnya ialah
kita hendaklah bersimpati terhadap masalah yang menimpa
orang lain. Contohnya, Aqram bersimpati terhadap Shida
yang akan dijadikan bahan uji kaji bagi menggantikan
Farisha.
Pengajaran yang terdapat di dalam novel ini
berikutnya ialah kita hendaklah berterima kasih kepada
orang yang membantu kita.Contohnya, Aqram berterima
kasih kepada Karl yang telah menjadikan kehidupannya
lebih baik.
Ramalan 13 : Jelaskan tiga perwatakan seorang watak
sampingan yang terdapat dalam novel yang telah anda
pelajari. ( 7 markah ).

Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor,


watak sampingan dalam novel ini ialah Azraai.
Azraai seorang yang penyayang. Contohnya, Azraai amat
menyayangi adik angkatnya, Farisha. Azraai tetap
mementingkan keselamatan Farisha dengan meningkatkan
sistem keselamatan di rumah Farisha untuk melindunginya.
Selain itu, Azraai seorang yang bertanggungjawab.
Contohnya, Azraai segera melarikan dan
menyembunyikan Farisha demi keselamatannya sebaik-
baik sahaja dia mengetahui bahawa ibu Farisha telah
dapat berkomunikasi dengan Farisha.
Seterusnya, Azraai seorang yang amanah.
Contohnya, Azraai menunaikan amanah arwah ayahnya
untuk memberitahu Farisha tentang statusnya sebagai
anak angkat dalam keluarganya.
Ramalan 14 : Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, huraikan dua contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai
tanggungjawab. (8 markah)

Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang


Noor, contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai
tanggungjawab ialah tanggungjawab seorang abang
terhadap adik. Contohnya, Azraai bertanggungjawab
melarikan dan menyembunyikan Farisha sebaik
sahaja dia mengetahui bahawa ibu Farisha telah dapat
berkomunikasi dengan Farisha.
Contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai
tanggungjawab seterusnya ialah tanggungjawab terhadap
tugas. Contohnya, Aqram menjalankan tanggungjawab
dengan bersungguh-sungguh untuk menjejaki Farisha
dalam usaha menyelamatkan Dinara. Dia berjaya
mengesan Farisha di Lapangan Terbang Senai semasa
dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

You might also like