Aplikasi Hukum Termodinamik

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Aplikasi Hukum

Termodinamik
Hukum Termodinamik Kedua
Berkaitan dengan keadaan yang wujud semasa perubahan dan
tindak balas berlaku.
Diformulasikan supayadapat menentukan arah yang akan dilalui
oleh perubahan yang diberikan.
Sebagai contoh, apabila sesuatu larutan cecair yang awalnya
terdiri daripada dua bahagian yang berbeza kepekatan pelarutnya,
dapat diperhatikan bahawa kedua-dua bahagian akan meresapi
satu sama lain dan akan membentuk satu larutan homogen.
Proses berbalik yang akan menunjukkan larutan ini berpisah
secara spontan menjadi kedua-dua kawasan berbeza kepekatanya.
Cohtoh proses tidak berbalik ialah haba yang sentiasa
mengalir daripada jasad yang panas kepada yang sejuk
apabila kedua-duanya berada dalam keseimbangan
terma.
Semasa sebarang proses berbalik, sistem akan sentiasa
berada dalam keadaaan keseimbangan supaya proses
ini boleh diterbalikkan dengan tepat.
Sistem ini mestilah berupaya untuk menjejak semula
tahap-tahapnya tepat seperti keadaan yang asalnya
dantidak terdapat sebarang entropi yang dikaitkan
dengan keadaan asal ini.
Aplikasi Termodinamik
Kedua
Enjin Haba Balikan
Enjin haba balikan adalah sebuah system termodinamik
yang beroperasi dalam suatu kitar dan memindahkan
haba sejuk ke takungan haba panas
Enjin haba balikan boleh dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu pam haba dan penyejuk.
Peti Sejuk
Peti sejuk seperti juga enjin haba bekerja dalam kitar
termodinamik
Bahan bekerja yang digunakan di dalam system
penyejukan dipanggil bahan pendingin
Contoh bahan pendingin yang lazim digunakan adalah
Refrigerant-134a dan Ammonia
Kitar penyejukan yang digunakan dengan meluas ialah
kitar penyejukan mampatan wap
Peti sejuk yang beroperasi menggunakan kitar ini terdiri
dari empat komponen utama iaitu pemampat,
pemeluwap, injap pengembangan dan penyejat seperti
ditunjukkan
Takungan panas sistem ini ialah pemeluwap di mana
haba disingkirkan kesekitaran dan takungan sejuk pula
ialah penyejat di mana haba diserap dari ruangan yang
disejukkan
Pemampat pula membekalkan sejumlah kerja kepada
sistem untuk ia beroperasi
Pam Haba
Pam haba juga digunakan bagi memindahkan haba dari
takungan sejuk kepada takungan panas
Pam haba beroperasi dalam kitar yang sama seperti
penyejuk tetapi berlainan tujuan
Tujuan pam haba ialah menetapkan ruangan yang
dipanaskan pada suhu yang tinggi
Ini dapat dilaksanakan dengan menyerap haba dari
ruangan sejuk
Contoh pam haba ialah sistem pemanas yang digunakan
untuk memanaskan bilik atau bangunan pada musim sejuk
Aplikasi Hukum Termodinamik 3
Hukum termodinamik 3 tidak mempunyai banyak aplikasi
praktikal dalam kehidupan seharian, berbanding dengan yang
pertama dan undang-undang kedua.
Hukum ketiga dasarnya memberitahu kita bahawa ia adalah
mustahil, oleh mana-mana prosedur, untuk mencapai suhu
sifar mutlak
Sebahagian besar daripada penggunaan langsung hukum
termodinamik ketiga berlaku dalam suhu yang sangat rendah,
untuk meramalkan tindak balas daripada pelbagai bahan
entropi.
[Aditya Pathak, Jurutera Kimia]

You might also like