Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Kuliah 2

Profesionalisme Pendidikan

Tajuk :
Falsafah Pendidikan Islam
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Falsafah Pendidikan Islam
- Berasaskan ajaran Al- Quran.
- Menurut Hassan Langgung (1979) aspek yang mendasari Pendidikan
Islam ialah ;
i. Keesaan Tuhan (Tauhid)
ii. Kepercayaan pesuruh-pesuruhnya
iii. Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan
kerohanian.
iv. Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri
v. Kehidupan kerohanian dan akhiran
vi. Persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua umat Islam

- Falsafah Pendidikan Islam berasaskan daripada ajaran Al Quran.


Kurikulum Pendidikan Islam pula kepada ajaran al-Quran sebagai
pengajian utama diikuti bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
- Kurikulum pendidikan mencakupi pengajian kemanusiaan, termasuk
psikologi, sosiologi, sejarah dan ekonomi.
- Pendidikan Islam menyepadukan pendidikan ilmu keduniaan dan
akhirat.

FHH/P29633 2
2. Perbandingan Mazhab-mazhab Falsafah dengan Falsafah
Pendidikan di Malaysia.

-Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan raktay Malaysia


yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni.
-KBSR dan KBSM dirancang untuk mencerminkan Falsafah dan
Matlamat Pendidikan Negara.
- Falsafah Negara mengandungi sebahagian unsur daripada falsafah
pendidikan barat, timur dab Islam.
-Falsafah negara lebih ke arah falsafah pendidikan
rekonsttruktivisme. Kerana menekankan matlamat pendidikan
sebagai pencapai kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat
harmoni dan kemakmuran.
- Fungsi pendidikan di Malaysia ialah mengembangkan potensi
pelajar secara menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk insan
yang harmonis dan seimbang.

FHH/P29633 3
3. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

a. Dasar Pendidikan Kebangsaan


- Dasar pendidikan negara berasaskan Rukun
Negara.
- Justeru, negara berhasrat:
- i. Mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakat.
- Ii. Memelihara satu cara hidup demokrasi
- Iii. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama.
- Iv. Mempunyai satu kebudayaan nasional yang
kaya dan pelbagai corak.
- v. Membina satu masyarakat maju yang
menggunakan sains dan teknologi moden.

FHH/P29633 4
4. Falsafah Pendidikan di Malaysia

- Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik dan


sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan
berguna.
- Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat yang
sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut;
i. Percaya dan patuh kepada Tuhan
ii. Berilmu pengetahuan
iii. Berakhlak mulia
iv. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
v. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
vi. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.

FHH/P29633 5
5. Melalui pendidikan juga diharap mencapai :

i. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi


kewajipannya sebagai seorang warganegara
ii. Mengahsilkan rakyat yang progresif, mahir dan cekap supaya
dapat menjalankan tugas dengan produktif serta sempurna.
iii. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta
mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi
iv. Melahirkan rakyat yang taat setai kepada Raja dan cinta kepada
negara
v. Melahirkan rakyat yang memahami dan mengamalkan prinsp-
prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi.
vi. Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan
membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan.

FHH/P29633 6
6. Faktor-faktor Mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan

- Falsafah Pendidikan mengandungi isi dan pandangan yang


rasional tentang pendidikan.
- Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan
haluan kepada pakar pendidikan merancang sistem
pendidikan.
- Faktor-faktor mempengaruhi perkembangan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ialah :
i. Faktor Agama
ii. Faktor Sosial
iii. Faktor Ekonomi
iv. Faktor Individu
v. Faktor Sejagat

FHH/P29633 7
i. Faktor Agama
- Berkaitan dengan agama rasmi negara dan agama-agama lain
di negara kita. Agama Islam menjadi teras kepada proses
penggubalan FPK.

ii. Faktor Sosial


- Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum.
- Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada
amalan toleransi, bekerjasama dan hormat menghormati antara
satu sama lain. Amalan ini penting kepada perpaduan rakyat.

iii. Faktor Politik


- FPN berasaskan kepada ideologi negara.
- Perpaduan negara merupakan agenda utama negara.
- Pengaruh politik penting dalam menentukan dasar Pendidikan
negara.

FHH/P29633 8
iv. Faktor Ekonomi

-Ekonomi negara bergantung kepada tahap pendidikan rakyat.


-Cita-cita memperkembangkan ekonomi menjadi salah satu matlamat
pendidikan negara seperti terkandung dalam FPK.

v. Faktor Individu

- Potensi seseorang dapat dikembang melalui pendidikan.


- Potensi individu melibatkan aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
- Hasrat melahirkan individu yang seimbang dan harmonis
terkandung dalam FPK.

vi. Faktor Sejagat

-Sistem pendidikan antarabangsa mempengaruhi FPK.


- Idea-idea dari luar memberi pengaruh kepada FPK.
- Contoh program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan
pendidikan dan pendidikan seumur hidup.
FHH/P29633 9
7. Falsafah Pendidikan dan Peranannya

-Falsafah difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar,


rasional dan bernas.

-Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan


memebri arah tuju/ pedoman untuk perkara-perkara penting dalam
kehidupan.

- Falsafah Pendidikan sebagai pedoman, arah tuju atau


pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan
pendidikan.

FHH/P29633 10
8. Peranan FPK

- Peranannya ialah :
i. Sebagai pemebri panduan dan hala tuju untuk mengembang dan
memajukan pendidikan.
ii. Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat
Pendidikan Negara
iii. Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami
pendidikan negara
iv. Sebagai bimbingan untuk para pendidik melaksanakan tugas
v. Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan
kurikulum bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan
pembelajaran
vi. Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar
pendidikan
vii. Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam
sebarang usaha untuk melaksanakan tugas mahupun aktiviti
pendidikan.

FHH/P29633 11
9. Unsur-unsur FPK

i.Pendidikan suatu usaha berterusan


ii.Memperkembang potensi individu
iii.Perkembangan potensi secara menyeluruh dan
bersepadu
iv.Insan yang seimbang dan harmonis
v.Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
vi.Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
vii.Rakyat Malaysia yang berketrampilan
viii.Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
ix.Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
x.Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati
kesjahteraan diri
xi.Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan.

FHH/P29633 12

You might also like