Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA

BERDAULAT

SISTEM DEMOKRASI
BERPARLIMEN DI MALAYSIA
DEMOKRASI BERPARLIMEN

DEMOKRASI BERPARLIMEN
Sistem pemerintahan yang memberi peluang kepada rakyat untuk
membuat keputusan.
Rakyat terlibat dalam pemerintahan melalui wakil yang dipilih.
Raja/Sultan menjadi lambang taat setia rakyat.
Melahirkan sebuah kerajaan Adil, Stabil, Sejahtera.
PILIHAN RAYA
PROSES-PROSES PILIHAN RAYA

Pengumuman tarikh pilihan raya.


Proses penamaan calon.
Kempen pilihan raya.
Hari mengundi.
Proses pengiraan undi.
Pengumuman keputusan pilihan raya.
Ucapan calon yang menang.
PARLIMEN
KOMPONEN PARLIMEN

Yang di-Pertuan Agong.


Dewan Negara.
Dewan Rakyat.
FUNGSI DAN PERANAN PARLIMEN

Memeriksa dasar-dasar kerajaan.


Meluluskan perbelanjaan kerajaan.
Membuat pindaan undang-undang yang sedia ada.
Membuat dan melulus undang-undang Persekutuan.
Meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
FUNGSI DAN PERANAN YANG DI
PERTUAN AGONG

Menjalankan kuasa pemerintahan berpandukan perlembagaan .


Ketua agama Islam di negeri-negeri tidak beraja dan di negeri baginda.
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Memanggil Parlimen bersidang dan menangguh serta membubarkan
Parlimen.
Melantik Peguam Negara, Ahli-ahli Dewan Negara dan Yang Dipertua
Negeri.
Melantik Perdana Menteri dan timbalannya.
PERBEZAAN ANTARA DEWAN NEGARA
DAN DEWAN RAKYAT

DEWAN NEGARA
Terdiri daripada seramai 70 orang ahli.
Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 30 tahun.
Jawatan dipegang selama satu penggal (tiga tahun)
Ahli dewan dipilih daripada kalangan mereka yang mempunyai khidmat
cemerlang dalam profesion masing-masing.
DEWAN RAKYAT

Terdiri daripada seramai 219 orang ahli.


Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 21 tahun.
Jawatan dipegang selama lima tahun.
Ahli dewan dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.
DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

Terdapat 12 DUN di Malaysia kecuali Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.


SYARAT DAN KELAYAKAN MENJADI
ADUN

Waras akal fikiran.


Berumur 21 tahun ke atas.
Tidak diistiharkan muflis.
Memenangi pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri.
Tidak memegang jawatan berpendapatan.
RAJA BERPERLEMBAGAAN
CIRI-CIRI RAJA BERPERLEMBAGAAN

Kuasa raja diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Raja tidak berkuasa secara langsung.
Raja dikehendaki menerima nasihat anggota kabinet dan bertindak
menurut nasihat-nasihat itu.
Raja menjalankan tugas-tugas secara simbolik.
MAJLIS RAJA
BIDANG TUGAS MAJLIS RAJA-RAJA
Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di
Sabah dan Sarawak.
Pemilihan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang
diPertuan Agong.
Memelihara adat istiadat orang Melayu dan agama Islam di seluruh
Persekutuan.
Merundingkan perlantikan hakim-hakim, Ketua Audit Negara, ahli-ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihanraya.
Mempertimbangkan perubahan sempadan negeri.
Membincangkan perkara-perkara diraja.
Membincangkan dasar-dasar negara.
TUGAS TANGGUNGJAWAB
WARGANEGARA DALAM KERAJAAN
DEMOKRASI
Setiap warganegara mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap
negara.
Warganegara yang baik ialah warganegara yang menyumbang kepada
pembangunan dan kemakmuran negara.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
WARGANEGARA

Menjaga keamanan.
Menyokong rancangan kerajaan.
Taat setia kepada raja dan pemimpin.
Menjaga imej dan nama baik negara.
Mengundi.
AMALAN BERTERIMA KASIH KEPADA
NEGARA

Melibatkan diri dalam rancangan kerajaan.


Menghargai kemudahan yang disediakan.
Mengharumkan nama negara.
Menjaga kelestarian alam sekitar.
Menyuarakan pendapat melalui saluran yang sah.
Mengekalkan perpaduan

You might also like