Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Fiqh muamalat dan jinayat

(DIYAT)
pppy1172
dr. ahmad dahlan bin salleh
ustaz muhammad zuhaili bin samian

(A156602) NURZAWANI BINTI ZAINI


(A156263) NUR SYAFIKA BINTI ZAHARI
(A152914) NOR ZAHIDAH BINTI ABDULLAH
(A152747) NURUL SYUHADA BINTI MOHD
MUSTHAPAR KAMAR
(a156183) aisyatul amni binti mohd zain
PENGERTIAN DIYAT
Diyat (bahasa) Isim masdar
daripada perkataan wada, yadi dan
asalnya wadiyah atas wazan faalah.
Bermaksud memberi atau membayar
diyat. Huruf ha ganti daripada wau.
Kamu menunaikan diyat atau
pampasan apabila kamu
memberinya.

Diyat (istilah) Nama bagi harta


yang wajib dibayar kerana sesuatu
Jenis-jenis DIYAT (segi jenayah)
Diyat nyawa iaitu diyat dibayar
sebagai pampasan kepada nyawa
yang dibunuh.
Diyat anggota badan iaitu diyat
dibayar sebagai pampasan kepada
anggota badan yang dipotong.

Jenis-jenis DIYAT (segi


jenayah)
Diyat mughallazah (berat) iaitu diyat
bagi pembunuhan dengan niat dan
DIYAT nyawa
Kadar diyat bayaran ganti rugi bagi
jenayah terhadap nyawa ataupun
terhadap anggota badan seperti
kecederaan.

Terdapat tiga kategori pembunuhan


iaitu:
1) Pembunuhan dengan niat.
2) Pembunuhan separuh sengaja.
3) Pembunuhan tanpa niat.
DIYAT BUNUH DENGAN
i.
SENGAJA
Dasar hukuman bagi kesalahan membunuh
dengan niat ialah Qisas. Oleh kerana Qisas
adalah hak keluarga mangsa, mereka berhak
mengubah hukuman qisas kepada hukuman
diyat. Sekiranya hukuman ini diubah dengan
diyat, ia perlu dibayar dengan tiga jenis unta
iaitu 30 ekor hiqqah (berumur genap 3 tahun),
30 ekor jazaah (berumur 4 tahun) dan 40 ekor
unta khalifah (unta yang bunting).

o. Sekiranya unta tidak diperolehi, pesalah wajib


membayar nilai yang sama. Pembayaran ini
mestilah menggunakan harta pesalah sendiri
dan dibayar serta-merta tanpa ditangguh.
DIYAT BUNUH SEPARUH
i.
SENGAJA
Diyat 100 ekor unta daripada TIGA jenis
unta :
. 30 ekor hiqqah (berumur genap 3 tahun)
. 30 ekor jazaah (berumur 4 tahun)
. 40 ekor unta khalifah (unta yang bunting)

o. Bunuh separuh sengaja pembayaran


menggunakan harta keluarga pesalah
lelaki (aqilah).

o. Pembayaran dibuat dalam tempoh 3 tahun.


o. Setiap tahun 1/3 diyat.
DIYAT BUNUH TANPA
i.
SENGAJA
Diyat 100 ekor unta daripada LIMA jenis unta :
. 20 ekor anak betina makhadh (unta betina genap
1 tahun)
. 20 ekor anak betina labun (unta betina genap 2
tahun)
. 20 ekor anak jantan labun (unta jantan genap 2
tahun)
. 20 ekor hiqqah (berumur genap 3 tahun)
. 20 ekor jazaah (berumur 4 tahun)

o. Bunuh tanpa sengaja pembayaran menggunakan


harta keluarga pesalah lelaki (aqilah).

o. Pembayaran dibuat dalam tempoh 3 tahun.


PENGAMPUNAN DARIPADA
Keluarga
DIYAT
mangsa pihak lelaki berhak
menggugurkan kesemua atau sebahagian
diyat. Ini kerana allah SWT meletakkan hak ini
sebagai hak manusia. Hak diberikan bertujuan
memulihkan hubungan manusia supaya tidak
diancam angkara dendam dan dengki.
Sekiranya pihak yang berhak, menggugurkan
haknya, ia suatu perbuatan mulia dan terpuji.

Berdasarkan firman Allah (Surah al-Baqarah:


178-179).

Berdasarkan firman Allah (Surah al-Baqarah:


237).
DIYAT ANGGOTA BADAN
Diyat anggota badan - bergantung kepada
kepentingan anggota badan yang terbabit.
Dengan ini, diyat tersebut mungkin bersifat
penuh atau hanya sebahagian.

Diyat penuh akan dikenakan pada jenayah


yang menyebabkan kedua-dua tangan
terputus daripada pergelangannya, kedua-
dua kaki, semua hidung iaitu bahagian
hidung yang lembut terdiri daripada kedua-
dua lubang dan pemisahnya, kedua-dua
buah zakar, kedua-dua mata, empat kelopak
mata, lidah dan kedua-dua bibir.
DIYAT ANGGOTA BADAN
Sebahagian Diyat 50 ekor unta.
Bagi setiap satu jari tangan dan kaki - 10
ekor unta.
Bagi setiap kelopak mata suku diyat - 25 ekor
unta.

Kecederaan muadhdhihah 5 ekor unta.


Setiap gigi normal yang dicabut - 5 ekor
unta.
Diyat bagi kecederaan atau sebagainya yang
tidak dapat dinilai dengan tepat seperti
memotong anggota yang tidak berguna,
contohnya tangan yang lebih daripada dua,
semua kecederaan ini dikenakan hukumah.
PENGERTIAN HUKUMAH
Hukumah - Sebahagian Diyat yang dibayar
kepada mangsa jenayah.

1) Ia diketahui dengan cara menilai mangsa


dengan harga seorang hamba beserta sifat-
sifat yang ada padanya.
2) Setelah itu, mangsa akan dinilai sekali lagi
selepas jenayah tersebut.
3) Perbezaan antara nilai sebelum dan selepas
jenayah ini akan menentukan status diyat yang
wajib dibayar. Ini kerana keseluruhan anggota
dibayar ganti rugi dengan diyat yang penuh.
Dengan ini, setiap bahagian yang cedera akan
dibayar ganti rugi mengikut kadarnya.
PENGERTIAN HUKUMAH
a) Jika harga sebelum berlaku jenayah adalah 100,
ditanya pula berapakah harganya selepas berlaku
jenayah? Jika nilainya adalah 90, maka
perbezaannya adalah 10, iaitu 10 ekor unta jika
mangsa adalah merdeka, lelaki dan beragama
Islam.
b) Hukumah dikenakan tidak melebihi diyat anggota
yang dinilai. Jika hal ini berlaku, pemerintah akan
mengurangkan sedikit nilai hukumah tersebut.
Jika anggota tersebut tidak mempunyai nilaian
tertentu, disyaratkan agar tidak melebihi diyat
nyawa.
c) Dinamakan demikian kerana kadarnya bergantung
kepada keputusan hakim, walaupun ada orang
lain yang membuat nilaian, ia tidak akan diterima
pakai.
DIYAT PEREMPUAN
Diyat bagi jenayah yang dilakukan terhadap
perempuan separuh dari diyat lelaki, sama
ada bagi diyat nyawa ataupun anggota, sama
ada bagi kecederaan pada anggota atau pada
keupayaan.
Diyat perempuan separuh diyat lelaki.
(riwayat al-Baihaqi 8/95)
Diriwayatkan daripada Ibn Syihab, Makhul dan
`Ata, kata mereka: Kami diberitahu oleh para
sahabat bahawa diyat bagi orang Islam yang
merdeka pada zaman Rasulullah SAW ialah 100
ekor unta. Lalu Umar bin al-Khattab RA
menetapkan jumlah diyat sekiranya pesalah
daripada penduduk bandar ialah sebanyak
1000 Dinar atau 12 ribu Dirham.
DIYAT PEREMPUAN
Diyat bagi perempuan Islam yang merdeka -
sekiranya perempuan itu merupakan penduduk
bandar ialah 500 dinar atau 6 ribu dirham.
Sekiranya jenayah terhadap perempuan
tersebut dilakukan oleh orang Badwi, diyatnya
ialah 50 ekor unta. Orang Badwi ini tidak
dikenakan membayar emas ataupun perak.
Hikmah di sebalik penentuan diyat perempuan
hanya separuh daripada diyat lelaki ialah
pendapatan. Syara telah menggariskan
kepentingan (keperluan) harta bagi perempuan
adalah separuh daripada (kepentingan harta)
bagi lelaki seperti mana pusaka. Konsep ini
bertepatan dengan realiti dan tabiat yang
berbeza antara lelaki dan perempuan.
DIYAT JANIN
Janin - kandungan yang terdapat dalam perut
ibu sebelum dilahirkan dan mula menjalani
fasa pembentukan dan kejadian.

Sekiranya pesalah melakukan jenayah


terhadap janin yang merdeka dan Islam sama
ada lelaki mahupun perempuan dengan cara
menyerang perut dikenakan ghurrah iaitu
seorang hamba lelaki dan perempuan atau
membayar satu perdua puluh diyat
bersamaan dengan 5 ekor unta. Jika unta,
pesalah wajib membayar dengan nilai yang
sama. Menurut setengah pendapat, pesalah
perlu membayar 50 Dinar.
DIYAT JANIN
Umar RA telah menilai diyat bersamaan dengan
1000 Dinar. Dengan ini, 1/20 diyat bersamaan 50
Dinar.
Sekiranya ibu kandungan sendiri melakukan
sesuatu yang boleh menyebabkan kematian janin
seperti menelan ubat untuk menggugurkan anak
tanpa ada keperluan yang mendesak (darurat),
dia wajib dikenakan 1/20 diyat yang dibayar
kepada waris janin. Si ibu tidak akan menerima
bahagiannya daripada diyat kerana dialah
pembunuh janin tersebut. Seorang pembunuh
tidak boleh mewarisi harta.
Doktor yang menjalankan perkhidmatan
pengguguran kandungan tanpa sebab yang
mendesak hukumannya ialah diyat dan membayar
kaffarah.
SYARAT WAJIB DIYAT JANIN
Jenayah yang dilakukan memberi kesan
kepada janin seperti memukul, memberi
ubat atau sebagainya. Bukan sekadar
tamparan kecil atau sebagainya yang tidak
memberi kesan kepada janin.

Berpisah (gugur dari kandungan ibu).


Sekiranya jenayah yang dilakukan
menyebabkan si ibu mati tetapi janin tidak
berpisah daripada ibu, penjenayah tidak
dikenakan membayar diyat janin.
Keguguran ini dikira berdasarkan
sebahagian daripada janin terpisah bagi
membuktikan kewujudannya.
SYARAT WAJIB DIYAT JANIN
Kandungan yang terpisah mestilah disahkan mati.
Sekiranya janin tersebut masih hidup, ia perlu dilihat.
Sekiranya masih sihat dalam tempoh yang lama tanpa
ada tanda kesakitan dan kemudian mati, pesalah tidak
akan dihukum. Ini kerana, pada zahirnya kandungan
ini mati disebabkan oleh faktor lain.
Sekiranya kandungan tersebut mati ketika keluar atau
masih hidup tetapi sakit dan menyebabkan
kematiannya, maka pesalah dikenakan diyat penuh.
Kehidupan bayi boleh diketahui melalui tangisan atau
wujud tanda yang menunjukkan dia hidup seperti
bernafas, menghisap susu dan lain-lain.
Sekiranya janin mati selepas kematian ibunya akibat
serangan tersebut, pesalah diwajibkan membayar
diyat janin.
Sekian Terima Kasih
zawani zahidah
syuhada
syafika
amni

You might also like