Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 60

PUNCA DARURAT

PENGISYTIHARAN DARURAT,
1948
Menjelang pertengahan tahun 1948, kempen
keganasan komunis semakin hebat.

Pasukan gerila komunis beroperasi sepenuhnya


di kawasan perlombongan dan perladangan
bertujuan untuk menimbulkan kegelisahan dan
perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pihak
kerajaan.
Pada 16 Jun 1948, 3 orang peladang Eropah iaitu
Arthur Walker, John Allison dan Ian Christian
dibunuh dalam masa 1 hari di Sungai Siput, Perak.

Peristiwa ini memberi alasan yang cukup kepada


Sir Edward Gent, Pesuruhjaya tinggi British untuk
mengisytiharkan DARURAT.

Pada mulanya, darurat diisytiharkan di Perak dan


Johor pada 18 Jun 1948. Seterusnya pada 19 Jun
1948, beliau mengisytiharkan darurat di seluruh
Tanah Melayu dan disusuli oleh Singapura pada 23
Jun 1948.
Kerajaan British kemudiannya mengharamkan
PKM serta pertubuhan lain di bawah
naungannya pada 23 Julai 1948.
Seterusnya, pengisytiharan darurat ini bermula

secara rasmi peperangan menentang


pengganas komunis.

Tarikh Kawasan yang terlibat


18 Jun 1948 Perak dan Johor
19 Jun 1948 Seluruh Tanah Melayu
23 Jun 1948 Singapura
Tarikh Pengisytiharan Darurat
Pada beberapa tahun berikutnya selepas darurat
diisytiharkan, keganasan PKM semakin bertambah.
Pada peringkat awal, sasaran PKM tertumpu
kepada peladang British dan orang Eropah yang
lain.
Seterusnya, para pekerja ladang dan orang awam
yang tinggal di pinggir-pinggir hutan.
Tindakan pihak komunis menjadikan orang awam
sebagai mangsa keganasan mereka menyebabkan
PKM semakin dimusuhi orang ramai.
Ini memberi sokongan moral kepada pihak
kerajaan untuk mendapatkan kerjasama orang
ramai menghancurkan kegiatan komunis.
PKM kemudiannya mengalihkan perhatian kepada
pasukan keselamatan di Tanah Melayu. Langkah
ini bertujuan untuk membebaskan sesetengah
kawasan luar bandar dengan menghancurkan
struktur pentadbiran di kampung-kampung dan
menggantikannya dengan sistem pentadbiran
baru yang menjadikan kawasan itu bebas
daripada kekuasaan British.

Kejayaan terbesar PKM ialah pembunuhan Sir


Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu pada 6, Oktober 1951.
Peladang British dan orang Eropah yang
lain.

Para pekerja ladang dan orang awam yang


tinggal di pinggir-pinggir hutan.

Pasukan keselamatan di tanah melayu.

Sir Henry Gurney

Sasaran PKM
LANGKAH-LANGKAH
MEMBANTERAS
KOMUNIS OLEH
KERAJAAN
Undang-
undang
darurat
Hubungan
Kekuatan
antara kaum
pasukan
di Tanah
keselamatan
Melayu

Langkah-
langkah
Kawasan
Sistem
hitam dan
Kawalan
putih

. Rancangan
Briggs
1. Mengisytiharkan undang-
undang darurat

Parti-parti politik yang berhaluan kiri dan radikal


telah diharamkan.

Antara parti yang diharamkan ialah Parti


Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Hizbul
Muslimin (HZ).
Sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan
atau membantu komunis akan ditangkap serta
dibuang negeri.

Sesiapa yang bersahabat dengan komunis akan


dihukum mati.
2. Meningkatkan kekuatan
pasukan keselamatan
Sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan
atau membantu komunis akan ditangkap serta
dibuang negeri.

Sewaktu darurat, kira-kira 40000 orang tentera


termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah
dikerah untuk menghapuskan komunis.
Sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan
atau membantu komunis akan ditangkap serta
dibuang negeri.

Anggota Home Guard ini berkhidmat dengan


mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara
untuk mengekang pergerakan komunis di
samping memastikan segala keperluan asas
seperti bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian
serta peralatan senjata tidak sampai ke tangan
komunis.
Kaum wanita juga terlibat menganggotai Home
Guard.

Kerajaan dapat bantuan ketenteraan dari


Komenwel ( British, Australia, New Zealand dan
Fiji )
3. Wujud Sistem Kawalan
Sistem Kawalan ini dinamakan Jawatankuasa eksekutif Perang.

Ia melibatkan jabatan kerajaan di semua peringkat.

Jawatankuasa yang diwujudkan di peringkat Persekutuan


dikenali sebagai Majlis Gerakan Darurat, manakala di peringkat
daerah dikenali sebagai Jawatankuasa Eksekutif Perang
Daerah.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh polis, tentera dan pegawai


kanan awam.
4. Memperkenalkan Rancangan
Briggs

Pada April 1950, Leftenan Jeneral Harold Briggs


dilantik sebagai Pegarah Gerakan Tanah Melayu.

Beliau telah diberi kuasa penuh ke atas polis dan


angkatan tentera di samping kuasa menyelaras
tindakan jabatan-jabatan dalam soal keselamatan
dalam negeri.
5 aspek utama yang diberikan tumpuan oleh
Rancangan Briggs,iaitu:

1. Menempatkan semula di bawah pengawasan


polis, lebih kurang 60000 peneroka kaum Cina di
luar bandar yang menjadi asas sokongan
terhadap komunis.
2. Mengumpulkan buruh-buruh lombong dan buruh
ladang getah tempatan.
3. Memperbesar dan melantih dan memperkesankan
polis cawangan khas untuk memperkemaskan
aspek pasukan.

4. Tentera menyediakan sejumlah pasukan yang


minimum di seluruh negara untuk membantu polis
dan serentak dengan itu menumpukan usaha-
usaha menjalankan gerakan pembersihan di
kawasan-kawasan tertentu.

5. Polis dan tentera beroperasi secara bersama yang


digerakkan menerusi bilik gerakan yang
dikendalikan secara bersama dan integrasi yang
rapat dalam bidang perisikan.
5. Mewujudkan kawasan hitam
dan putih
Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah dilantik
sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu. Beliau telah mewujudkan kawasan hitam
dan kawasan putih.

Rancangan tersebut digunakan untuk memberi


kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu
supaya tidak member bantuan kepada pihak
komunis.
Ini bertujuan untuk menghalang rakyat daripada
terpengaruh dengan ideologi komunis.

Kawasan-kawasan yang terdapat anasir komunis


diisytiharkan sebagai kawasan hitam. Pihak
tentera dan polis mengadakan sekatan dan
kawalan yang rapi di kawasan tersebut.

Usaha utuk membersihkan kawasan hitam


daripada pengaruh komunis dilakukan dari Johor
hingga ke utara Tanah Melayu.
Kawasan yang berjaya dibersihkan daripada
anasir komunis pula dikenali sebagai kawasan
putih.

Kawasan tersebut telah dimajukan oleh kerajaan


dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas
seperti jalan pengangkutan, pusat kesihatan dan
sebagainya.

Hal ini telah menyebabkan rakyat bekerjasama


dengan pihak kerajaan untuk memerangi
komunis.
6. mengeratkan hubungan
antara kaum di Tanah Melayu

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara


Kaum merupakan usaha ke arah itu.

Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut adalah


untuk mengurangkan sokongan orang Cina
terhadap gerakan Parti Komunis Malaya.
Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh wakil-
wakil daripada semua kaum utama di Tanah
Melayu, contohnya Dato Onn bin Jaafar mewakili
orang Melayu, E.E.C. Thuraisinggam mewakili
kaum India dan Tan Cheng Lock mewakili kaum
Cina.

Dengan wujudnya kerjasama tersebut, semangat


kebangsaan telah dapat ditanam dalam kalangan
kaum Cina dan India.

Pihak kerajaan telah melonggarkan pemberian


taraf kerakyatan.
RANCANGAN
BRIGGS
Rancangan Briggs
Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney.

Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah


Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs.
Tujuan
1) Menguasai kawasan-kawasan yang didiami
penduduk dan membina keyakinan rakyat agar
berasa benar-benar selamat dengan matlamat
untuk menyekat maklumat daripada berbagai-
bagai pihak.

2) Memusnahkan organisasi Min Yuen dalam


masyarakat dan dengan itu menghindari unit-unit
gerila hutan PKM daripada mendapat bekalan
makanan dan perisikan.
3) Untuk memusnahkan komunis dengan memaksa
mereka menyerang pasukan keselamatan di
tempat mereka sendiri.

4) Menyekat bekalan makanan, wang, maklumat


dan lain-lain kepada pihak komunis.
Fokus kepada 5 aspek untuk mengatasi
ancaman komunis di Tanah Melayu
a)Menempatkan semula di bawah pengawasan
polis. Lebih kurang 60000 peneroka kaum cina di
luar bandar yang menjadi asas sokongan
terhadap komunis.

b)Mengumpulkan buruh lombong dan buruh ladang


getah tempatan.

c) Memperbesarkan dan meningkatkan


keberkesanan Polis Cawangan Khas dalam
memperkemaskan aspek pasukan.
d) Menyediakan sejumlah pasukan tentera yang
minimum di seluruh negara untuk membantu
polis dan pada masa yang sama menumpukan
kepada usaha-usaha menjalankan gerakan
pembersihan di kawasan-kawasan tertentu.

e) Polis dan tentera beroperasi secara bersepadu


dan digerakkan menerusi Bilik-bilik Gerakan
yang dikendalikan secara bersama di samping
integrasi yang rapat dalam bidang perisikan.
CARA MEMBANTERAS
KOMUNIS
Rancangan Briggs telah berjaya memindahkan
lebih kurang 650000 setinggan ke 600
penempatan baharu dalam masa empat tahun
dengan kos USD$44.3 juta.

Kerajaan juga menawarkan pemberian sejumlah


wang kepada rakyat untuk penangkapan atau
mendapat maklumat terhadap chin peng
sejumlah $250000.
Ahli Biro Politik PKM $200000
Ahli Jawatankuasa $150000
Pusat PKM
Ahli Jawatankuasa $120000
Negeri dan Daerah
Anggota biasa $2000-2500
PERANG SARAF
Perang saraf
Juga dikenali sebagai Perang Psikologi.

Dilancarkan oleh Sir Gerald Walter Templer.

Bertujuan untuk menawan hati dan fikiran


penduduk tempatan supaya bekerjasama dengan
British membanteras kegiatan komunis.
Oleh sebab sebahagian besar komunis merupakan
orang Cina, Sir Gerald Walter Templer meminda
peraturan kewarganegara bagi membolehkan ramai
orang bukan Melayu, khususnya orang Cina menjadi
warganegara.

Hadiah wang tunai yang lumayan ditawarkan


kepada orang ramai yang memberi maklumat untuk
membolehkan kerajaan menangkap penggans
komunis.

Tawaran pengampunan secara beramai-ramai untuk


memulakan penghidupan baru diberi kepada
pengganas komunis yang menyerah diri secara
sukarela.
Kawasan putih dan hitam
Diperkenalkan supaya British boleh memudahkan
proses mereka dalam membanteras komunis.

Kawasan putih= kawasan tersebut telah bebas


daripada anasir komunis.

Kawasan hitam= Kawasan tersebut tidak bebas


daripada anasir komunis.
Melaka adalah antara semua negeri yang pertama
mendapat gelaran kawasan putih.

Menangkap dengan memperkenalkan kad


pengenalan.

Kerajaan British telah mewajibkan semua


penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad
pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12
tahun.
Catuan makanan
Diperkenalkan kerana sebahagian daripada
penduduk Tanah Melayu merupakan ahli Min
Yuen.

Melalui catuan makanan ini, maka dijangka ahli


Min Yuen tidak akan mampu untuk memberikan
makanan mereka kepada ahli tentera PKM yang
berada di dalam hutan.

Min Yuen = bukan ahli tentera dalam PKM , tetapi


berperanan sebagai pengintip (sama ada
secara sukarela atau dipaksa).
PERANAN
ORANG ASLI
Akibat tekanan hebat pasukan keselamatan dan
penubuhan kawasan petempatan semula,
kegiatan pihak komunis semakin tersepit.

Akibat pelbagai sekatan daripada pihak kerajaan,


PKM yang kian tersepit terpaksa mengalihkan
perhatian kepada masyarakat orang Asli bagi
mendapatkan bantuan.
Selain bantuan makanan, pengganas komunis tidak
banyak memperoleh bantuan daripada orang Asli
kerana kehidupan mereka juga susah.

Walau bagaimanapun, pihak komunis tidak bergantung


lama untuk mendapatkan bantuan makanan daripada
orang Asli kerana kerajaan segera bertindak dengan
menerima pasukan keselamatan bagi melindungi
keselamatan masyarakat orang Asli.

Tindakan ini secara tidak langsung dapat menarik


orang Asli untuk memberi kerjasama kepada kerajaan
dan seterusnya memutuskan bantuan kepada PKM.
PERJUANGAN
KESATUAN
BURUH
RUNDINGAN
BALING 1955
Rundingan Damai Baling merupakan
perundingan di antara Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya
(PKM).

Rundingan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan


Tunku Putera, Baling, Kedah Darul Aman,
Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.
Rombongan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu :
Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, David
Marshall dan Hamid Jumat

Rombongan PKM: Chin Peng, Chen Tien dan Rashid


Maidin.

Pada bulan Jun 1955, sepucuk surat dihantar oleh


Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng
Heng. Surat itu menyatakan tawaran rundingan
kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu,
Tunku Abdul Rahman.

Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin


Peng.
Dalam surat itu, Chin Peng menyatakan PKM
bersedia mengadakan rundingan bagi
menamatkan darurat dan memulihkan keamanan
di tanah melayu.

Beliau juga mencadangkan supaya parti-parti


politik mengadakan satu persidangan bagi
merancang cara-cara yang sesuai untuk segera
menamatkan darurat.
Surat itu dihantar tepat pada waktunya ketika
parti-parti politik sedang bersiap sedia untuk
menghadapi pilihan raya pertama di tanah
melayu.

PKM mungkin sengaja memilih waktu itu kerana


menyedari kebanyakan parti-parti politik, termasuk
Parti Perikatan menjadikan isu kemerdekaan dan
keamanan sebagai tema utama dalam manifesto
parti masing-masing.
Dalam manifestonya, Parti Perikatan
mengemukakan 2 cadangan berkenaan dengan
darurat:

1. Berusaha menamatkan darurat dengan


menawarkan pengampunan secara beramai-
ramai. Jika uasaha itu gagal, tindakan akan
diambil untuk mendapatkan bantuan asing bagi
menentang pengganas komunis.
2. Memperuntukkan sebanyak $50 juta setahun
yang dikongsi bersama oleh kerajaan
Persekutuan untuk membiayai uasaha
menentang komunis dan perbelanjaan lain akan
ditanggung oleh mana-mana negara yang ingin
turut serta menentang ideologi komunis di
peringkat antarabangsa.
Julai 1955, Kerajaan Perikatan berjaya dalam
pilihan raya di Tanah Melayu.

Tunku Abdul Rahman Putra dilantik menjadi Ketua


Menteri Persekutuan Tanah Melayu di bawah
sistem berkerajaan sendiri.

Tunku berjanji bahawa kerajaan pimpinannya


akan berusaha menamatkan darurat dengan
segara.
9 September 1955, Yunku menawarkan
pengampunan secara beramai-ramai kepada Chin
Peng dan semua pengganas komunis yang penah
melakukan pembunuhan.

Sesiapa yang menyerah diri tidak akan dikenekan


sebarang tindakan oleh pihak kerajaan.

Jika masih mahu mengekalkan ideologi komunis


yang dianuti akan dibenarkan pulang ke China.
Tawarn ini diumumkan melalui 40 juta risalah yang
digugurkan dari kapal terbang ke dalam hutan
belantara.

Kerajaan Tanah Melayu bersedia menunggu


jawapan daripada PKM, walaupun Tunku
diingatkan bahawa tersebut tidak mungkin berjaya
kerana pengganas komunis tidak akan mengambil
sebarang tindakan, kecuali setelah menerima
arahan daripada Jawatankuasa Pusat PKM.
Selepas 3 minggu membuat tawaran
pengampunan, Chin Peng memberi jawapan
secara bertulis meminta diadakan satu gencatan
senjata yang disusuli dengan rundingan untuk
menamatkan darurat.

Surat itu yang ditandatangani sendiri oleh Chin


Peng dikirim dari Kampung Klin Intan di Perak.
Setelah mendapat kebenaran daripada kerajaan
British, Tunku memberi jawapan bahawa beliau
bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan
Chin Peng.

Perbincangan untuk membuat persiapan bagi


rundingan itu tidak dibuat di KL seperti yang
dicadangkan oleh oleh PKM. Sebaliknya
berlangsung di Klian Intan, sebuah bekas
kawasan lombong bijih timah.
Perbincangan itu berlansung sebanyak 3 kali.

Kerajaan Tanah Melayu diwakili oleh Too Joon


Hing ( Menteri Muda Pelajaran ) dan Ian C. Wylie
( Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Polis ).

PKM diwakili oleh Chen Tien ( Ketua Propaganda


PKM ) dan Chin Peng (pembantu kanan ).
Chin Peng meminta kerajaan memberi jaminan
tentang keselamatan rombongannya sepanjang
rundingan diadakan.

Rundingan itu dijadualkan berlangsung dalam 4


sesi selama 2 hari iaitu pada 28 dan29 Disember
1955 di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera,
Baling, Kedah Darul Aman.
WAKIL PARTI
WAKIL KERAJAAN
KOMUNIS MALAYA

Tunku Abdul Rahman Putra


Chin Peng
( Ketua Menteri Persekutuan
( Setiausaha Agung )
Tanah Melayu )

David Marshall Chen Tien


( Ketua Menteri Singapura ) ( Ketua Propaganda )

Tan Cheng Lock


Rashid Mydin
( Presiden MCA )
(Ahli Jawatankuasa Pusat )
Dalam rundingan itu, Tunku mencadangkan
supaya PKM meletakkan senjata dan menyerah
diri tanpa syarat serta menerima tawaran
pengampunan daripada pihak kerajaan.

Chin Peng enggan menerima cadangan itu dan


menuntut PKM dibenarkan bergerak sebagai
sebuah parti politik yang sah.

Tuntutan itu tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan.


Rundingan Baling akhirnya tidak menghasilkan
sebarang keputusan muktamad.

Selepas merdeka, darurat masih belum tamat.

Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan


persidangan Parlimen menyatakan bahawa
negara telah merdeka dan tiada alasan PKM
untuk meneruskan perjuangan menentang
penjajahan.
Oleh itu, baginda menyeru pengganas komunis
supaya menyerah diri mengikut syarat-syarat
yang ditetapkan dan kerajaan bersedia memberi
pengampunan.

Seruan baginda tidak menerima jawapan segera


daripada PKM.

Chin Peng sekali lagi menulis surat kepada Tunku


dan meminta diadakan mula rundingan, tetapi
pihak kerajaan menolak permintaan itu.
TERIMA KASIH

You might also like