Kewujudan Masyarakat Plural, Pluraliti Dan Pluralistik Sebelum Dan Selepas Kemerdekaan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

KEWUJUDAN MASYARAKAT

PLURAL, PLURALITI, DAN


PLURALISTIK
SEBELUM DAN SELEPAS
KEMERDEKAAN

SITI NUR AMALINA BINTI ZAKARIA


NADWA FASIHA BINTI MOHD RAMDHAN
IZZATI BINTI MOHAMMAD
SKOP
a. Definisi Plural, Pluraliti dan Pluralistik
b. Ciri-ciri Masyarakat Pluraliti dan Pluralistik
c. Kewujudan Pluraliti dan Pluralistik
1. Sebelum Kerajaan Melayu Melaka
2. Zaman Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
3. Zaman Penjajah
4. Pra Merdeka
5. Pasca Merdeka
Politik
Perlembagaan
Pendidikan
Ekonomi
DEFINISI
P LU RA L

Bahasa - Majmuk

Istilah - Masyarakat yang terdiri daripada


pelbagai etnik yang mempunyai agama,
budaya, bahasa, adat resam dan sebagainya
yang tersendiri, berbeza di antara satu sama
lain
P LU RA L I T I
Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di
suatu tempat pada suatu masa secara semula
jadi.
Contoh: Masyarakat Melaka.

P LU RA L I S T I K
Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di
suatu tempat pada suatu masa secara
terancang dan dipaksa oleh orang-orang
tertentu yang berkepentingan.
Contoh: Era penjajahan British.
CIRI-CIRI PLURALITI
DAN PLURALISTIK
PLUR AL ITI P LUR AL IS TIK
Semula jadi tanpa paksaan Secara paksaan
Datang sukarela mencari kehidupan dan Demi kepentingan ekonomi dan politik
kekayaan Inggeris
Disertai ahli keluarga Tidak disertai keluarga
Menjamin ketenangan pemikiran dan Tidak pernah melupakan negara asal
perasaan
Interaksi harmoni Dalam kelompok
Mengamalkan budaya tempatan Gagal mengenali antara satu sama lain
PLURALITI SEBELUM
KERAJAAN MELAYU MELAKA
Berlaku secara semula jadi tanpa paksaan

TUJUAN
Pengembangan agama, kekayaan dan kemegahan (gospel, gold, glory)
Untuk mencari kesenangan hidup dari tempat lain selain tempat asal
mereka

Contoh: di Jawa, seorang Raja Hindu memakai nama Arab


Contoh: di Champa, Raja Melayu dan rakyatnya beragama Hindu dan pada
abad ke 16 kebanyakkan ada yang telah memeluk Islam
Terdapat unsur asimilasi dalam kehidupan masyarakat pluraliti
PLURALITI SEBELUM
KERAJAAN MELAYU MELAKA
Ada yang sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan serta
mengamalkan budaya tempatan
Contoh: orang Cina yang datang ke alam Melayu membentuk kumpulan
masyarakat baru iaitu Baba dan Nyonya
Adat resam dan budaya masyarakat pendatang juga telah diterima pakai
Contoh: adat bersanding, bunga manggar dalam perkahwinan diambil dari
budaya hindu (orang India)
Kedatangan masyarakat luar telah mencorakkan budaya tempatan seperti
sistem sosial
Contoh: wujud kelas dalam masyarakat (raja, bangsawan, dan rakyat
bawahan) pengaruh Hindu
PLURALITI SEBELUM
KERAJAAN MELAYU MELAKA
PENGARUH
HINDU Naquib Al-Attas pengaruh Hindu dan Buddha tidak
Syed Muhammad
sangat mempengaruhi penduduk tempatan
Contoh: tiada nama-nama Hindu yang dipakai oleh masyarakat tempatan
kecuali di kalangan bangsawan sahaja
Beliau tidak menafikan bahawa wujud pengaruh Hinduism dan Buddhism
dari segi budaya dan adat
Contoh: watak dalam wayang kulit yang memakai nama-nama Hindu
(Ramayana, Sita Dewi, Hanuman)
Konsep raja dan kerajaan istilah dari budaya Hindu
Konsep negeri atau negara daripada perkataan Sanskrit
PLURALITI SEBELUM
KERAJAAN MELAYU MELAKA
PENGARUH
ARAB
Pedagang Arab juga banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat
tempatan
Contoh: nama-nama Arab yang diguna pakai seperti Abdul Aziz, Abdul
Rahman, Muhammad
Aspek ilmu pengetahuan, dipengaruhi oleh masyarakat Arab
Contoh: Ilmu Falsafah, Teologi (ketuhanan), Tasawuf
PLURALITI ZAMAN KEGEMILANGAN
KERAJAAN MELAYU MELAKA

Melaka kemuncak berlakunya pluraliti masyarakat.


Ini kerana Melaka terkenal sebagai:
Pusat perdagangan bebas (pelabuhan)
Pusat penyebaran ilmu pengetahun
Pusat penyebaran Agama Islam
Faktor Melaka menjadi pusat pluraliti
masyarakat
Sultan Melaka yang berwawasan dan berwibawa

Sistem pentadbiran Melaka yang cekap dibantu oleh


bendahara
Dasar pelabuhan dan perdagangan bebas

Pemelukan Islam oleh Raja Melaka

Sultan Melaka yang cintakan ilmu pengetahuan

Tolak ansur dikalangan rakyat


STRUKTUR PEMERINTAHAN KESULTANAN
MELAYU MELAKA

SULTAN
MAJLIS TERTINGGI
BENDAHARA
TEMENGGUNG
LAKSAMANA
PENGHULU BENDAHARI
Pembesar (Bergelar Seri seramai 8 org)
Pembesar (Bergelar Raja seramai 16 org)
Pembesar peringkat rendah (seramai 32 org)
Kesan Melaka menjadi pusat pluraliti
masyarakat
Pedagang dari Eropah, China, India, Arab dan Parsi datang berdagang
dengan bebas dan aman.
Pedagang Arab Menyebarkan Islam serta mengajar pelbagai bidang ilmu
pengetahuan (tasawuf, fiqah, ibadah)
Raja Melaka berkahwin dengan Puteri Hang Li Po dari China dan membuat
hubungan diplomatik dengan Negara China.
Berlakunya asimilasi antara imigran dengan masyarakat Melaka.

Contoh:
Baba dan Nyonya
Upacara bersanding dan bunga manggar (India atau Hindu)
Majlis Khatam Al-Quran, berzanji dan marhaban (Arab)
Makyong (Cina Buddha)
Wayang Kulit (pengaruh Hindu)
PLURALITI ZAMAN PENJAJAH
Penjajah yang datang telah membawa ideologi yang dilalui mereka sejak di
Eropah lagi
Mereka telah melalui pengalaman fahaman yang memisahkan di antara
agama dan kehidupan dunia kerana pertentangan antara golongan
agamawan (paderi) dengan ilmu sains moden (golongan intelek)
Fahaman yang telah dibawa oleh penjajah barat ialah Sekularisme

ILMU
Ilmu kolonial yang berasaskan sains moden yang bersifat rasional dan saintifik
telah mencorakkan dasar-dasar pentadbiran, ekonomi dan pendidikan penjajah
PLURALITI ZAMAN PENJAJAH
PENDIDIKAN
Dwi-sistem iaitu pendidikan agama dan pendidikan sekular

PENTADBIRAN
Sistem pentadbiran yang memisahkan di antara negara dan agama

EKONOMI
Berubah dari pertanian sara diri kepada sistem ekonomi perindustrian dan
perdagangan (sistem ekonomi kapitalis)
PLURALITI ZAMAN PENJAJAH
IDEOLOGI PENJAJAH BARAT
Prejudis dan ideologi mereka tidak benar kerana keadaan agama Kristian
(orthodox) di Eropah tidak sama seperti ajaran dalam agama Islam di Timur
Mengubah corak pentadbiran Tanah Melayu kepada sekularisme
Urusan negara dipegang oleh British
Urusan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu dipisahkan daripada
pentadbiran dan diserahkan kepada Raja Melayu atau Sultan
Ideologi penjajah Barat telah mencorakkan fizikal Tanah Melayu dalam
aspek pentadbiran dan pemodenan, malah menguasai corak pemikiran
pemimpin dan masyarakat di Tanah Melayu
MASYARAKAT PLURALISTIK
PRA MERDEKA
Perkembangan perusahaan bijih timah dan perusahaan getah menyebabkan British
membawa masuk secara besar-besaran orang Cina dan India
Menyebabkan jumlah penduduk bukan Melayu melebihi jumlah penduduk Melayu

Kuasa British menguasai Tanah Melayu melalui perjanjian seperti Perjanjian 1786
Penang telah diberi oleh Sultan Kedah kepada British
Tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor Perak menerima Residen British (J.W.W Birch)

1895 Perjanjian Persekutuan dan terbentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak,


Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan) di kuasai oleh British
British meluaskan jajahan ke atas Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui
perjanjian Bangkok pada 1909 - setiap penasihat dilantik di setiap negeri
MASYARAKAT PLURALISTIK
PRA MERDEKA
KESAN
I. Memisahkan Agama Islam daripada politik, pentadbiran, undang-undang,
ekonomi, dan pendidikan
II. Menghapuskan kuasa Sultan sebagai pemerintah negeri
III. Memperkenalkan sistem pemerintahan pusat (federal) yang ditadbir oleh
Residen
IV. Sultan-sultan hanya diberi elaun dan menguasai agama serta adat
istiadat Melayu
V. Undang-undang Islam dipakai oleh Tanah Melayu telah dibuang dan
digantikan dengan Common Law British
MASYARAKAT PLURALISTIK PASCA
MERDEKA
POLITIK
Malaysia sebuah negara yang berupaya melaksanakan sistem
demokrasi dengan berkesan.
Setiap etnik membentuk parti politik:
Melayu (UMNO)
Cina (MCA) Parti Perikatan (menang pilihanraya umum
pertama 1955)
India (MIC)

Menuntut kemerdekaan daripada British.


UMNO pernah bergabung dengan parti PAS namun berpecah kerana
perbezaaan ideologi
1974 Barisan Nasional dibentuk
PERLEMBAGAAN
Terdapat persekutuan berlapis di Tanah Melayu:
Persekutuan Tanah Melayu
Persekutuan Malaysia

Perlembagaan Persekutuan Malaysia


Penerusan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
dengan penambahan & pengubahsuaian.
Undang-undang tertinggi yang menjadi sumber segala
perundangan lain.
Dari segi sejarah, terdapat 2 peringkat kontrak sosial di alam
Melayu:
1. Berlaku di zaman pluraliti iaitu waad atau janji taat setia dan saling
menghormati di antara rakyat dan raja.
2. Berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat
yang dikenakan oleh British untuk memberi kemerdekaan kepada
Kontrak
Tanah sosial pertama
Melayu. Kontrak sosial kedua
Demang Lebar Daun mewakili Orang Melayu bersetuju
rakyat, Sang Sapurba mewakili memberi taraf kerakyatan
raja atau pemerintah kepada orang bukan Melayu.
Orang bukan Melayu bersetuju
ke atas peruntukan hak-hak
istimewa orang Melayu.
CLC (Communities Liason Committee/Perhubungan Antara Kaum)
ditubuhkan
Tujuan: Mewujudkan persefahaman mengenai kontrak sosial.
Usaha antara Dato Onn Jaafar & Tun Tan Cheng Lock dan disokong oleh
pemerintah kolonial untuk menyelesaikan isu-isu antara entik.
Kesan : Menjadi asas kepada penggabungan parti politik antara kaum di
Tanah Melayu pada masa itu.
PENDIDIKAN
Sistem Pendidikan pada zaman British:
Sekolah Inggeris rendah dan menengah (anak bangsawan Melayu dan
hartawan Cina & India.
Sekolah Melayu rendah dan agama
Sekolah vernakular (Cina & India)

Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan


keseragaman kurikulum, sukatan matapelajaran dan orientasi.
Penyata Razak (1956) menyatukan etnik-etnik di bawah satu
Penyata Rahman Talib (1960) sistem pendidikan
Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan

Akta Pendidikan 1957


Sekolah pelbagai aliran masih dibenarkan dengan bahasa ibunda masing-
masing sebagai bahasa pengantar.
Bahasa Melayu diwajibkan di Sekolah Cina dan India.
Mata pelajaran Sejarah dan Geografi mestilah bercirikan Malaysia
EKONOMI
Selepas merdeka 1957, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha
untuk mengatasi masalah sosio ekonomi dan sosio politik.
Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada 4
peringkat:
Rancangan Pra merdeka meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan
Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu
Pertama (1956-1960)
Perancangan selepas merdeka merangkumi Rancangan Persekutuan
Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan
Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1966-1970)
Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar-dasar Pembangunan Negara (DPN)
Zaman penjajahan British telah berlakunya sistem ekonomi
dualisme:
1. Sistem ekonomi moden (Cina & India) :perdagangan dan perusahaan
moden, tertumpu di bandar, pengurusan dan organisasi moden
2. Sistem ekonomi pertanian (Melayu) : komoditi padi dan perikanan,
tertumpu di luar bandar
Kesan sistem ekonomi dualisme:
. Berlaku agihan tenaga kerja mengikut etnik-etnik utama di Malaysia
. Berlaku ketidakseimbangan ekonomi antara etnik

Perkara ini adalah punca pencetus konflik 13 Mei 1969.


Oleh itu, Dasar-dasar Pembangunan Negara (DPN) dirangka bagi
mewujudkan keseimbangan ekonomi.
KESIMPULAN
Kedatangan penjajah telah menyebabkan wujudnya masyarakat plural di
Tanah Melayu
Sistem hidup barat diguna pakai dalam setiap aspek
Kerjasama di antara rakyat yang berbilang etnik telah membawa kepada
kemerdekaan di Tanah Melayu
Usaha-usaha ini harus diperkukuhkan agar negara terus berada dalam
aman dan damai

You might also like