Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 20

STU 242 PSIKOLOGI SOSIAL

TAJUK 5; SIKAP

DR INTAN HASHIMAH MOHD HASHIM


Sikap

Sikap merujuk kpd evaluasi/penilaian


seseorang tentang apa-apa aspek dlm
dunia sosial mereka
Reaksi suka @ tidak suka kpd isu, ide,
objek, tingkahlaku atau kumpulan sosial
Contoh:
Suka perdamaian, kereta Mercedes,
mereka yg sopan, pelakon pujaan
Benci peperangan, kereta Toyota,
mereka yg berlagak
Sikap akan mempengaruhi keseluruhan
pengalaman kehidupan termasuk
proses memahami tentang dunia
Sikap implisit vs. eksplisit

Sikap mempengaruhi pemikiran


Sikap eksplisit- sikap yg disedari, boleh
dikawal dan mudah dilaporkan
Contoh: Sikap terhadap makanan
Sikap implisit kaitan tidak disedari antara
objek dgn tindakbalas penilaian, tidak mudah
dikawal dan sukar dilaporkan
Contoh: sikap terhadap isu sensitif spt
prejudisme, kaitan antara lemah dgn wanita
Sikap implisit masih mempengaruhi
pemikiran
Mengkaji Sikap Implisit
Sikap implisit boleh dikaji mengunakan IAT
(implisit association test)
IAT kesediaan mengaitkan perkataan tertentu
dgn kumpulan tertentu
IAT mungkin mengambarkan pandangan
masyarakat dan bukan sikap individu
Seseorang boleh berbohong menggunakan
IAT
Sikap mempengaruhi tingkahlaku
Sikap,terutamanya yg jelas (mudah didapati)
dan kuat akan mempengaruhi tingkahlaku
Contoh: Seseorang yg sangat suka KFC akan
membelinya
Sikap membantu meneka tingkahlaku
Proses kognitif termasuk cara kita berfikir
tentang kesan pada depan akan
mempengaruhi sikap dan tingkah laku
sekarang
Bagaimana sikap dipelajari?
Sikap
dipelajari melalui
pembelajaran sosial:

Pelaziman klasik
Pelaziman Instrumental
Pembelajaran melalui
pemerhatian
Pelaziman klasik 1

Satu bentuk pembelajaran asas di mana


satu stimuli yg pada asalnya neutral,
menimbulkan tindakbalas tertentu apabila
sering dipasangkan dgn stimulus lain yg
tidak neutral
Sikap ditimbulkan dgn kaitan antara
stimuli tidak terlazim (wanita cantik) dgn
stimuli terlazim (minuman keras)
Lain-lain contoh: kaitan antara kerutan pd
wajah ibu dgn kumpulan etnik tertentu
Pelaziman klasik 2
Pelaziman subliminal- pelaziman klasik
yg berlaku terlalu cepat dan di luar
kesedaran
Eksperimen gambar seseorang dgn
gambar negatif/positif
Kesan pendedahan- sikap menjadi
positif dgn hanya pendedahan
(terutamanya pendedahan subliminal)
Sikap yg terbentuk akan berterusan
walaupun antidiskriminasi ditekankan,
terutamanya dlm keadaan terancam
Pelaziman Instrumental

Satu bentuk pembelajaran asas di mana


tindakbalas yg membawa kpd ganjaran atau
pengelakan dari hukuman diperkukuhkan
Anak yg melahirkan sikap yg sama dgn ibubapa
diberi ganjaran dan ini meningkatkan sikap
tersebut
Contoh: Ibu memuji anak jika senyum kpd jiran
Kita akan melahirkan ide yg kita rasa akan
disokong dlm kumpulan tertentu
Kajian Levitan dan Visser (2009) rangkaian
sosial baru berpengaruh terhadap sikap
Pembelajaran pemerhatian
Pembelajaran melalui pemerhatian- satu
bentuk pembelajaran asas di mana individu
mempelajari sikap/tingkahlaku baru dengan
memerhati orang lain
Kita belajar mengikut sikap orang lain
mengunakan mekanisme perbandingan sosial
Kita mengikut sikap orang utk menjadi betul
Perbandingan dibuat dengan kumpulan rujukan
(kumpulan yg kita hargai dan kita rasakan
sama dgn kita)
Contoh: Pelajar U membentuk sikap tentang
jenama telefon bimbit mengikut rakan2 mereka
Bila dan bagaimana sikap mempengaruhi
tingkahlaku 1

Halangan situasi (takut nampak tidak baik,


tidak sopan, takut nampak lemah dan tidak
konsisten) menyebabkan ada sikap tidak
dapat diluahkan
Kejahilan Pluralistik- kita secara keseluruhan
tidak memahami sikap orang lain dan
merasakan sikap mereka tidak sama dgn kita
Sikap yg kuat (tinggi dr segi tindakbalas
emosi, kepastian, kebenaran) akan diluahkan
(Wigand dlm The Insider)
Bila dan bagaimana sikap
mempengaruhi tingkahlaku 2

Sikap ekstrem yg mempunyai pelaburan


tinggi dan penting kpd individu akan
mempengaruhi tingkahlaku (Kajian tentang
peningkatan umur utk pengambilan
alkohol)
Sikap pasti (tiada keraguan) vs sikap betul
(sikap yg patut ada)
Peranan pengalaman personal (contoh:
pernah terlibat dalam kemalangan, lebih
bersikap negatif terhadap pemandu cuai)
Bagaimana sikap memandu
tingkahlaku 1

Teori tindakan bertakulan


Mencadangkan keputusan untuk
mengambil tindakan tertentu ialah kesan
dari proses rasional di mana kesemua
pilihan yg ada telah dipertimbangkan,
kesan dari setiapnya dinilai sehingga
keputusan untuk mengambil tindakan
dibuat.
Keputusan ditonjolkan dlm niat untuk
bertingkahlaku yg mana ini akan
mempengaruhi tindakan yg akan diambil
Contoh: Tindakan untuk bersenam
Bagaimana sikap memandu
tingkahlaku 2

Teori tingkahlaku dirancang


Sambungan kepada teori di atas.
Mencadangkan bahawa selain dr sikap
terhadap sesuatu, norma subjektif tentang
perkara itu, individu juga mempertimbangkan
kebolehan untuk melakukan sesuatu perkara
tersebut
Contoh: Tahu bersenam baik dan diterima
tetapi rasa tidak berdaya melakukan- masih
tidak melakukan
Pelan implementasi akan membantu
Sikap dan Reaksi Spontan
Model proses-sikap-ke-tingkahlaku
Kejadian mencetuskan sikap kita dan
norma yang bersesuaian dengan keadaan
itu
Kedua ini kemudiannya menentukan
tindakan yg akan diambil
Contoh: Ada pemandu mengambil jalan
kita, kita rasa geram, menunjukkan rasa
geram kepada pemandu yg tidak sopan
merupakan tingkahlaku diterima, kita
membunyikan hon kpd pemandu tersebut
Bagaimana sikap diubah;Persuasi
Persuasi; cubaan untuk mengubah sikap
seseorang dengan mengunakan pelbagai
mesej
Cubaan persersuasi akan berjaya sekiranya:
Penyampai boleh dipercayai (tahu apa yg
mereka cakapkan)
Penyampai menarik
Mesej persesuasi tidak terlalu ketara
Mengunakan emosi (tarikan ketakutan) spt
gambar di kotak rokok
Mengelak dari cubaan persuasi

Reaktan- reaksi negatif terhadap


ancamam kpd kebebasan individu
Amaran awal (iklan) tentang cubaan
persuasi mengurangkan pengaruh
Pengelakkan terpilih (memilih
channel)
Mempertahankan sikap (berdebat
secara terbuka)
Perbezaan individu dalam mengelak dari
persuasi

Ada individu yang lebih kuat dalam


menahan diri dari mengalah kepada
persuasi
Mereka yg dalam keadaan
kemelesetan ego lebih cenderung
menerima persuasi
Disonansi kognitif

Keadaan dalaman yg muncul apabila


individu menyedari ketiadaan konsistensi
antara dua sikap atau antara sikap dan
tingkahlaku
Contoh: tidak suka tetapi masih berkawan
dgn orang itu
Disonansi kognitif boleh dikurang dgn

Mengubah
sikap@tingkahlaku
Mendapat justifikasi
baru
Menerima ketiadaan
konsistensi

You might also like