Proses Perancangan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Proses Perancangan

Idris
Shahril
Faijan
Aiman
Proses Perancangan
1) Menentukan Matlamat Dan Objektif
2) Menganalisis Persekitaran Perniagaan
3) Membentuk Alternatif Tindakan
4) Menilai Alternatif
5) Memilih Alternatif Tindakan
Menentukan Matlamat Dan Objektif
Matlamat yang ditetapkan boleh merangkumi matlamat dan objektif
jangka masa panjang dan jangka masa pendek.
Objektif boleh mengukur pencapaian organisasi kerana sasaran
ditentukan dalam bentuk kuantitatif.
Matlamat harus jelas, realistik, boleh diukur dan dapat dicapai sama
ada dalam jangka masa pendek atau dalam masa panjang.
Sebagai contoh, matlamat jangka panjang ialah membuat pelaburan
langsung membina kilang pengeluaran kereta di China.
Menganalisis Persekitaran Perniagaan
Setelah menetapkan matlamat dan objektif, pengurus perlu
melakukan analisis secara terperinci terhadap persekitaran dalaman
dan persekitaran luaran perniagaan.
Pengurus menggunakan analisis SWOT.
Sebagai contoh, analisis persekitaran dalaman ialah kekuatan
kewangan dan tenaga pekerja, kekuatan luaran termasuklah kualiti
produk yang tinggi.
Membentuk Alternatif Tindakan
Pengurus dikehendaki mejana seberapa banyak alternatif yang
mungkin wujud dan dapat membantu organisasi membuat keputusan
dengan lebih tepat.
Kaedah menjana idea melibatkan aktiviti sumbangan saran yang
memberi penekanan kepada bilangan kuantiti idea dan tindakan idea
dan tindakan yang banyak.
Pengurusan boleh menawarkan promosi, meningkatkan kualiti produk
dan menggunakan ketua kerajaan dalam hubungan diplomatik antara
Malaysia dengan China.
Menilai Alternatif
Pengurus menilai semua tindakan alternatif yang telah dikenal pasti
bagi mengukur tahap keupayaan setiap alternatif untuk mencapai visi,
misi dan objektif.
Setiap tindakan alternatif akan dinilai dari segi kelebihan dan
kelemahannya sebelum sesuatu keputusan dimuktamadkan.
Kriteria yang boleh digunakan untuk menilai alternatif tindakan ialah
hasil keputusan, risiko dan kemampuan organisasi untuk
melaksanakan setiap alternatif tindakan tersebut.
Sebagai contoh, mengadakan promosi melibatkan kos yang tinggi
tetapi mampu mendorong pengguna membeli pengguna membeli
kerana harga jualan lebih murah dengan harga jualan pesaing di
China.
Memilih Alternatif Tindakan
Berdasarkan penilaian terhadap alternatif tindakan yang telah dikenal
pasti, pengurus harus memilih alternatif tindakan terbaik yang dapat
membantu organisasi untuk mencapai matlamat dan objektif yang
telah ditetapkan

You might also like