Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 17

SEJARAH EROPAH AWAL

ZAMAN MODEN
(1500-1800) ENLIGHTENMENT
KONSEP ENLIGHTENMENT
Perkataan ini berasal daripada perkataan
en.light.en.ment yang membawa makna
an enlightening atau being enlightening.
Dalam bahasa Melayu, istilah ini lebih
sinonim dengan beberapa maksud iaitu
pencerahan, penyerlahan dan kesedaran.
KONSEP ENLIGHTENMENT
Immanuel Kant :
orang-orang yang mendukung
Pencerahan tidak percaya pada
petunjuk atau garis panduan
orang lain tetapi mesti berfikir
sendiri dan mempunyai
kebebasan berfikir untuk
mencapai tingkat kefahaman
masing-masing
KONSEP ENLIGHTENMENT
Zaman ini juga melihat kepada gerakan
pemikiran dan kepercayaan yang berkaitan
dengan konsep ketuhanan, sebab-musabab,
alam dan sikap manusia yang membentuk
pemikiran moden dan liberal.
Zaman ini dianggap sebagai zaman kesedaran
di mana semangat kepercayaan dan pegangan
manusia bersifat kritikal, berasaskan sebab-
musabab dan melibatkan penggunaan kaedah
saintifik.
KEMUNCULAN AHLI FALSAFAH
Voltaire
Beliau berminat dengan kebebasan
berfikir. Beliau turut juga
Mempopularkan idea-idea saintifik
baru seperti Falsafah Induktif oleh
Roger Bacon, Fizik oleh Isaac
Newton dan psikologi oleh John
Locke yang mana doktrinnya
merupakan idea sebenar yang diperoleh
daripada pengalaman. Hal ini sekali gus
menguburkan autoriti terhadap
kepercayaan beragama.
KEMUNCULAN AHLI FALSAFAH
Kekaguman Voltaire terhadap
England adalah kerana kebebasan
beragama, kebebasan akhbar serta
sanjungan yang diberikan kepada
penulis sepertinya.
Beliau merupakan tokoh
Enlightenment yang bersungguh-
sungguh dalam memperjuangkan
kebebasan berfikir untuk umat
manusia. Beliau mengeluarkan
kritikan pedas terhadap ketua
negara dan pembesar agama
pada zaman itu.
KEMUNCULAN AHLI FALSAFAH
Jean Jacques Rousseau
Beliau terkenal dengan karyanya yang
popular iaitu Social Contract (1762) yang
menegaskan bahawa semua kerajaan
menjalankan kuasa mereka berdasarkan
perjanjian yang dibuat oleh manusia
sesamanya dengan sukarela dalam satu
keadaan alam yang boleh ditukar pada bila-
bila masa.
Social Contract menegaskan bahawa
negara berada dalam keadaan yang paling
kejam tanpa undang-undang dan moraliti.
KEMUNCULAN AHLI FALSAFAH
Beliau menjelaskan bahawa sikap
buruk manusia adalah disebabkan
keburukan masyarakat. Orang baik
hanya boleh dihasilkan oleh
masyarakat yang baik.
Beliau turut menyanjung tinggi
hukum alam manusia. Baginya,
segala-gala di dunia ini sebaik-
baiknya harus berlangsung tanpa
paksaan. Hubungan suami isteri
juga menurut beliau tidak harus
dibelenggu dan harus berjalan
menurut adat peradaban.
KEMUNCULAN AHLI FALSAFAH
John Locke
Rakyat haruslah diberi pilihan untuk
menentukan kerajaan sendiri.
Kehendak rakyat hendaklah
disalurkan menerusi undang-
undang dan adalah perlu
membentuk satu perlembagaan
yang diberi kuasa oleh rakyat bagi
memastikan undang-undang
dipelihara dan bertanggungjawab
dalam hubungan dengan negara
asing.
KEMUNCULAN AHLI FALSAFAH
Rakyat juga mempunyai kuasa untuk
menjatuhkan pemerintah sekiranya corak
pemerintahannya tidak meyakinkan
mereka.
John Locke dalam bukunya yang berjudul
Two Treaties of Government (1689)
menjelaskan bahawa kekuasaan tertinggi
mestilah berada pada tangan rakyat
(Parlimen).
FAKTOR PERKEMBANGAN
ENLIGHTENMENT
Pengaruh Gerakan Renaissance
Gerakan Reformasi
Kelahiran Kelas dan Golongan
Pertengahan
Peranan Ahli Falsafah
CIRI-CIRI ZAMAN
ENLIGHTENMENT
Rasional Terhadap Ilmu Pengetahuan
Keyakinan Terhadap Aras Pemikiran
Bersifat Optimistik
Penolakan Terhadap Autoriti Lepas
Sikap Anti-Paderi
KESAN ZAMAN
ENLIGHTENMENT
POLITIK
Mereka sudah mula menerima kewujudan
negara serta memfokuskan perhatian
mereka kepada kaedah penggunaan
kuasa politik bagi memperbaiki taraf hidup
manusia.
Masyarakat sudah mula percaya bahawa
kuasa datang daripada masyarakat.
KESAN ZAMAN
ENLIGHTENMENT
EKONOMI
Sistem pemburuhan (serf-dom) dianggap kaedah
pengeluaran yang tidak berperikemanusiaan dan
bersifat tidak ekonomik.
Mereka telah menggalakkan penubuhan
syarikat-syarikat dengan galakan peminjaman
kapital, jaminan pasaran, kemudahan
pengumpulan barang mentah, mengadakan
sistem timbangan dan penggunaan mata wang
yang seragam.
KESAN ZAMAN
ENLIGHTENMENT
SOSIAL
manusia akan menjadi lebih bertambah
baik pada generasi yang akan datang
tanpa kongkongan gereja.
Kuasa Pope telah dikurangkan dan
mereka kini memerlukan kebenaran diraja
sebelum membuat perlantikan dan agen-
agen dari Rom telah mulai hilang kuasa
mereka untuk melawat monastri.
KESAN ZAMAN
ENLIGHTENMENT
Kuasa menapis surat khabar diambil dari
gereja dan ditadbir oleh negara.
Toleransi diperluaskan kepada semua
golongan tidak kira seseorang itu
Protestant, Ortodoks Kristian mahupun
Yahudi.
ADA SOALAN?

You might also like