Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PERKARA BERKAITAN KES

MAL/SIVIL
[ADVOKASI PERBICARAAN]
ETIKA BERPAKAIAN
Dari segi cara berpakaian dalam mahkamah,
telah ada garis panduan berpakaian yang
dikeluarkan oleh JKSM untuk Peguam Syarie.
Arahan Amalan JKSM No. 3 Tahun 2005
menyatakan bahawa
keputusan Mesyuarat Arahan Amalan
Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1
Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005
bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah
Alam, Selangor telah bersetuju dan
mengesahkan untuk menerima pakai arahan
amalan pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam
Syarie dalam Mahkamah yang bertindak sebagai
wakil mana-mana pihak, bagi Mahkamah Rayuan
Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah, iaitu
berpakaian kemas dan menutup aurat :-
Lelaki : bersongkok hitam/berserban putih, berjubah
khas dan berkot hitam, berkemeja putih, bertali leher
gelap dan berseluar panjang hitam atau berbaju
melayu hitam dan bersampin hitam serta berkasut
hitam.
Perempuan : berjubah dan berkot hitam, berbaju
kurung berwarna gelap/bercorak hitam putih atau
berblaus putih dan berkain hitam dan bertudung
putih serta berkasut hitam bertutup.

Manakala Arahan Amalan No. 4 Tahun 2005 pula


menyatakan garis panduan pakaian Peguam Syarie,
Pendakwa Syarie, Pegawai Undang-undang dan Pegawai
Syariah dari Biro Bantuan Guaman yang hadir ke
Mahkamah Rendah Syariah, iaitu berpakaian kemas dan
menutup aurat :-
Lelaki : bersongkok hitam/berserban putih, berkot hitam,
berkemeja putih, bertali leher gelap dan berseluar panjang
hitam atau berbaju melayu hitam dan bersampin hitam
serta berkasut hitam.
Perempuan : berkot hitam, berbaju kurung berwarna
gelap/bercorak hitam putih atau berblaus putih dan berkain
hitam dan bertudung putih serta berkasut hitam bertutup.

Isu tudung putih ini telah menjadi rungutan di


kalangan Peguam Syarie wanita, kerana tudung
warna putih dikatakan jarang, cepat kotor dan
sebagainya. Akhirnya, berkuatkuasa 15 April
2014, warna tudung diperluaskan di mana warna
tudung lain yang dibenarkan ialah warna
kelabu gelap serta tidak bercorak.

GELARAN PEGAWAI MAHKAMAH


Menurut Arahan Amalan JKSM No. 16 Tahun 2007,
gelaran panggilan yang digunakan dalam mana-mana
perbicaraan atau surat menyurat kepada mahkamah
syariah adalah seperti berikut
Dalam Perbicaraan
(i) Pengerusi Panel Rayuan Syariah - Yang Amat Arif
(ii) Ketua Hakim Syarie Negeri - Yang Amat Arif
(iii) Hakim Mahkamah Rayuan Syariah - Yang Arif
(iv) Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Yang Arif
(v) Hakim Mahkamah Rendah Syariah - Tuan Hakim
(vi) Ketua Pendaftar/Pendaftar - Tuan/Puan Pendaftar
(vii) Pendakwa Syarie/Peguam Syarie - Tuan/Puan
Yang Bijaksana
Surat Menyurat
(i) Pengerusi Panel Rayuan Syariah - Yang Amat Arif
(ii) Ketua Hakim Syarie Negeri - Yang Amat Arif
(iii) Hakim Mahkamah Rayuan Syariah - Yang Arif
(iv) Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Yang Arif
(v) Hakim Mahkamah Rendah Syariah - Tuan Hakim
(vi) Ketua Pendaftar/Pendaftar - Tuan/Puan Pendaftar
(vii) Pendakwa Syarie/Peguam Syarie - Tuan/Puan
(viii) Pegawai Sulh Tuan/Puan
(vix) Penolong Pendaftar Tuan/Puan Penolong
Pendaftar
ETIKA KETIKA DI DALAM MAHKAMAH
Anda mesti cuba untuk duduk, dengan
kedudukan Plaintif di sebelah kanan hakim dan
Defendan di sebelah kiri hakim. Jika anda
sedang berdiri dan tiba-tiba lawan anda berdiri
untuk mencelah atau bercakap (yang mana ia
tidak digalakkan), maka anda perlu serta-merta
duduk. Sepatutnya hanya seorang peguam
berdiri pada satu-satu masa.
Sebelum apa-apa pendengaran, jika anda
melihat Peguam Syarie senior tanpa tempat
duduk, tawarkan tempat duduk anda kepadanya.
Ia adalah perbuatan mulia, sopan dan
seharusnya dijadikan sebahagian daripada
tradisi di mahkamah syariah.
Di hadapan mahkamah, sebelum mula bercakap,
pastikan keadaan hakim terlebih dahulu samada
beliau telah bersedia atau belum, untuk
mendengar dari anda. Kebiasaannya hakim akan
memberikan klu untuk anda memulakan
advokasi.
Mulakan advokasi anda di hadapan hakim
dengan mendapatkan kebenaran hakim terlebih
dahulu sebelum mengatakan atau melakukan
sesuatu, seperti
Dengan izin, Yang Arif

Mohon izin, Yang Arif


Setiap kali merujuk kepada dokumen, anda perlu
memastikan hakim sedang bersama-sama anda
merujuk kepada dokumen yang sama. Persilakan
hakim untuk sama-sama melihat dokumen
berkenaan. Sebagai contoh anda boleh berkata

Yang Arif, mohon izin untuk saya merujuk


kepada Ekshibit-1?
Dengan izin Yang Arif, saya merujuk kepada
dokumen berikutnya, Ekshibit-2.
Saya mohon perhatian Yang Arif untuk merujuk
Ekshibit 3 dalam Afidavit
Sekiranya hakim sukar untuk menemui
dokumen atau mukasurat atau petikan yang
dirujuk, atau jika anda tidak pasti samada
hakim berada pada mukasurat atau petikan
yang dirujuk, maka anda boleh bertanya

Adakah Yang Arif bersama saya, di perenggan 1


mukasurat 6?
Sekiranya hakim sukar untuk menemui
dokumen atau mukasurat atau petikan yang
dirujuk, atau jika anda tidak pasti samada
hakim berada pada mukasurat atau petikan
yang dirujuk, maka anda boleh bertanya

Adakah Yang Arif bersama saya, di perenggan 1


mukasurat 6?
KEMAHIRAN MEMBUAT BANTAHAN

Memastikan pihak lawan tidak menyalahgunakan


proses Mahkamah.

Bantahan awal / preliminary objection


- isu berhubung bidangkuasa
- isu berhubung kausa tindakan
- isu ketidakpatuhan kepada undang-undang
prosedur
- hendaklah dilakukan dalam tempoh masa yang
munasabah.
- sebaiknya hendaklah dimulakan dengan suatu notis
kepada pihak lawan bagi menyatakan hasrat untuk
membuat bantahan awal.
hendaklah terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran hakim sebelum penghujahan
bantahan dimulakan.

sebaiknya hendaklah dibuat secara bertulis

tidak dilakukan secara semberono. Biasanya


sekiranya Mahkamah mendapati bantahan yang
dikemukakan adalah tidak berasas dan
kelihatan untuk melengah-lengahkan masa,
Mahkamah akan kenakan kos terhadap pihak
yang membuat bantahan tersebut.
MEMBUKA KES (OPENING STATEMENT)

mengemukakan fakta kes. Fakta yang dipersetujui


dan fakta yang tidak dipersetujui. Dokumen yang
dipersetujui dan tidak dipersetujui.
menyediakan road map umum tentang bagaimana
arah tuju perbicaraan akan dibawa oleh pihak.
menyatakan bilangan saksi, hubungan saksi dengan
pihak dan apakah keterangan yang akan diberikan
oleh saksi tersebut. Cthnya: En X akan memberikan
keterangan berhubung dengan pendapatan dan
kemampuan Defendan.
should be as persuasive as possible, tetapi bukan
dalam bentuk hujahan.
KEMAHIRAN MENGEMUKAKAN SOALAN

Keterangan Utama / soal utama

Buat persiapan awal / interview saksi sebelum hadir


ke Mahkamah.
Tentukan fokus keterangan seseorang saksi terhadap
fakta-fakta yang diketahuinya secara khas.
Tidak perlu seseorang saksi memberikan keterangan
bagi menyokong semua dakwaan pihak-pihak
Hendaklah fokus kepada fakta dalam pliding.
Hendaklah fokus kepada fakta yang dipertikaikan.
Soalan terbuka: membuka ruang kepada
penerangan dan tidak memimpin
Soalan terbuka dan terarah:

- membuka ruang kepada penerangan yang


spesifik dan terarah.
- dimulakan dengan soalan untuk membentuk
ground / foundation yang kemudiannya diikuti
dengan soalan yang lebih spesifik.

Saksi dibenarkan membuat rujukan kepada apa-


apa catatan
Soal Balas

Tidak terhad kepada perkara yang disoal dalam soal


utama. Tetapi hendaklah berkaitan dengan kes.
Soalan tertutup: memaksa saksi menjawab secara
spesifik tanpa penjelasan dan biasanya memimpin.
- biasanya menggunakan ayat setuju jika saya
katakan..
-memaksa saksi untuk menjawab ya atau tidak
-sebaiknya dimulakan dengan soalan yang
membentuk foundation / asas yang kemudiannya
dikuti dengan soalan yang spesifik kepada jawapan
yang dikehendaki.

You might also like