Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Tokoh Jepun : Shinzo Abe

SKSE 6113 Seminar Kajian Terpilih


Disediakan untuk :
Dr. Ahmad Ali Bin Seman

Disediakan Oleh :
Mohamad Solehulhafiz Bin Mohamad Suhaimi
(P89903)
Semester 2 Sesi 2016/2017
Pengenalan
setelah beberapa dekad berlalu, Jepun sentiasa mengecapi kejayaan demi kejayaan

kegemilangan yang sedang diraih ini merupakan hasil daripada kepimpinan peringkat tertinggi yang telah
mencorakkan perkara tersebut.

jika suatu dahulu figura seperti Meji, Nogi Maresuke, Fukuzawa Yukhici dan Masaaki Imai disebut-sebut
sebagai pemacu perubahan jepun, begitu juga dengan shinzo abe.

walaupun masih berbakti kepada negaranya, beliau tetap disebut-sebut sebagai wira permodenan dan
kegemilangan jepun.
Latarbelakang
Abe dilahirkan daripada sebuah keluarga politik yang terkemuka di jepun.
keluarganya berasal dari wilayah Yamaguchi.
datuknya, Kan Abe dan bapa, Shintaro Abe ialah ahli politik.
ibu Abe, Yoko Kish pula merupakan anak perempuan Nobusuke Kishi , perdana menteri Jepun
dari 1957 hingga 1960 yang telah menubuhkan Parti Demokratik Jepun.
pada tahun 1955, Parti Liberal dan Parti Demokratik Kishi digabungkan sebagai gabungan
anti-berhaluan kiri dan dinamakan sebagai LDP.
Abe memperolehi pendidikan daripada Seikei Elementary School, Seikei Junior High School
dan Seikei Senior High School.
beliau belajar pentadbiran awam dan lulus dengan ijazah sarjana muda dalam sains politik
dari University Seikei pada tahun 1977.
kemudian berpindah ke Amerika Syarikat dan mengkaji dasar awam di University of Southern
California selama tiga semester.
pada bulan april 1979, Abe mula bekerja di Kobe Steel untuk beberapa tahun.
beliau meninggalkan syarikat itu pada tahun 1982 dan menjawat beberapa jawatan kerajaan
termasuk Pembantu Eksekutif kepada Menteri Luar Negeri, Setiausaha Sulit kepada Pengerusi
Majlis Am LDP, dan Setiausaha Sulit kepada Ketua Setiausaha LDP.
Shinzo Abe telah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat buat pertama kali di wilayah Yamaguchi
pada tahun 1993 selepas kematian bapanya pada tahun 1991.
Beliau memenangi undian paling banyak untuk mengalahkan empat wakil rakyat yang lain.
Pada tahun 1999, beliau menjadi Pengarah Bahagian Hal Ehwal Sosial, Timbalan Ketua
Setiausaha Kabinet semasa pemerintahan Yoshiro Mori dan dalam Kabinet Yunichiro Koizumi
pada tahun 2000-2003 dan selepas itu beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti
Liberal Demokratik.
Kemudian pada tahun 26 Sep 2006 beliau bertugas sebagai Perdana Menteri yang paling
muda dalam sejarah Jepun iaitu ketika berusia 52 tahun.
Menjadi Perdana Menteri
26 september 2006, abe telah dilantik kerana memenang 339 daripada 475 undi di Diet Jepun.
selepas pelantikan tersebut, berlaku perubahan drastik dalam sistem pentabirannya. antara
perubahan yang dilakukan ialah:
a) Ekonomi
memberikan komitmen kepada pembaharuan fiskal yang telah dimulakan oleh pemimpin
terdahulu, Junichiro Koizumi.
mengambil beberapa langkah ke arah mengimbangi perbelanjaan bajet Jepun, melantik
seorang pakar berkaitan cukai, Koji Omi sebagai Menteri Kewangan.
b) Pendidikan
Sejak tahun 1997 Abe memegang jawatan sebagai ketua biro "Institute of Junior Assembly
Members Who Think About The Outlook of Japan and History Education
Pada bulan Mac 2007, Abe bersama-sama dengan ahli politik sayap kanan telah mencadangkan
satu rang undang-undang untuk menggalakkan semangat nasionalisme
mengadakan kempen "love for one's country and hometown" di kalangan belia Jepun yang
bertujuan untuk menanamkan perasaan cintakan negara.
Peristiwa Hitam
LDP menerima kekalahan yang teruk kerana tidak mendapat undi popular dalam tempuh 52
tahun sewaktu pilihan raya 2007.
berpunca daripada skandal dana politik yang diterima oleh menteri pertanian, Norihiko
Akagi.
Abe cuba memulihkan pentadbirannya dengan mengumumkan barisan cabinet yang baru
pada 27 ogos 2007.
cubaan ini gagal apabila menteri pertanian yang baru, Tahekiko Endo pula didapati terlibat
dalam scandal kewangan.
pada 2 sep 2007, abe mengumumkan perletakan jawatan
Dilakukan selepas sidang parlimen bermula kerana parti LDP tidak mendapat undi popular
disebabkan dasar yang beliau perkenalkan dan campur tangan jepun dalam perang di
Afghanistan serta factor kemerosotan kesihatan.
PM kali kedua: Kebangkitan Semula
pada pilihan raya 2012, parti Abe berjaya memenangi undi popular dengan kemenangan 249
kerusi daripada 480 kerusi yang dipertandingkan.
beliau dan kabinet kedua, yang digelar "kabinet Penyelesaian Krisis" atau crisis-busting
cabinet
antara dasar yang diperkenalkan ialah nippon o torimodusu dengan menjanjikan
kebangkitan ekonomi Jepun, mengurangkan perbelanjaan pengurusan dan meningkatkan
dana awam.
kemudian beliau dilantik semula menjadi PM dengan sokongan 328 drpd 480 orang MP.
antara dasar yang diperkenalkan :
1. Abenomics (dasar matawang dan dasar fiscal)
2. dasar dalam negara (pendidikan, meningkatkan populasi)
3. dasar luar negara (menjadi anggota keselamatan PBB)
Pilihan Raya 2013
kempen Abe untuk pilihan raya 2013 tertumpu kepada tema kebangkitan ekonomi,
meminta pengundi untuk memberinya mandat untuk meneruskan pembaharuan, dan
mengambil pendekatan yang lebih sederhana pada pertahanan dan hal-hal perlembagaan.
Dalam pilihan raya yang diadakan pada Julai 2013 , LDP muncul sebagai parti terbesar
dengan 115 kerusi (kemenangan sebanyak 31) dan Komeito dengan 20 (kemenangan
sebanyak 1),
memberikan kuasa kepada Abe untuk mengawal Diet Jepun.
Keputusan ini diibaratkan sebagai memberi Abe "three golden years" dalam membawa
kestabilan untuk melaksanakan dasar-dasar yang beliau cadangkan dalam parlimen.
antaranya ialah :
Menggalakkan Pertumbuhan Penduduk
pada tahun 2014, abe memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membantu
program-program yang berperanan menolong individu bujang jepun mencari
pasangannya.
program yang bertajuk "marriage support program" telah bermula dengan harapan
untuk meningkatkan kadar kelahiran di jepun.

Pertahanan dan dasar keselamatan negara


memusatkan dasar keselamatan di pejabat Perdana Menteri dengan mewujudkan
Majlis Keselamatan Negara supaya dapat menyelaraskan dasar keselamatan negara.
Perkara ini telah diluluskan pada bulan November 2013 dan mula beroperasi pada bulan
berikutnya apabila Abe melanti Shotaru Yachi sebagai Penasihat Keselamatan Negara
pertama di Jepun.
Penggal Ketiga Sebagai Perdana Menteri (2014-Kini)

Pada 24 Disember 2014, Abe telah dipilih semula memangku jawatan Perdana Menteri oleh
Dewan Rakyat,
perubahan pertama dilakukan ialah memperkenalkan kabinet ketiganya dan
menggantikan Menteri Pertahanan, Akinori Eto kerana terlibat dalam kontroversi
pembiayaan.
Dalam ucapan dasar, Abe menyeru ahli Diet Jepun untuk membawa pembaharuan paling
terutama dalam bidang ekonomi, pertanian, penjagaan kesihatan dan sektor-sektor lain.
Dasar Luar
Dalam penggal ketiga, Abe banyak memberikan penekanan kepada dasar-dasar luar,
keselamatan dan isu pertahanan.
Dlam lawatan ke Timur Tengah pada Januari 2015, Abe mengumumkan bahawa Jepun akan
menyalurkan bantuan bukan ketenteraan kepada negara-negara yang menjalankan usaha
membasmi ISIS.
Bantuan yang disalurkan ialah sebanyak USD200 juta tersebut telah mengundang kemarahan
pengganas ISIS yang kemudiannya telah menculik dan membunuh dua orang warganegara
Jepun.
Akibat daripada tragedi tersebut, Abe telah mengishtiharkan kepada masyarakat dunia
bahawa Jepun dalam keadaan bersiap sedia untuk bekerjasama dengan negara-negara
yang berjuang menentang keganasan.
Hubungan Antarabangsa
beliau giat melakukan lawatan kerja ke negara-negara yang mempunyai hubungan yang
kurang baik dengan negara Jepun.
Antara negara yang dilawati beliau ialah China dan Korea Selatan.
Melalui pendekataan yang dilakukan oleh Abe, ketiga-tiga negara di lihat semakin erat.
Di India pula, Abe telah bertemu dengan Narendra Modi untuk berbincang berkenaan
dengan perjanjian ekonomi dan perkongsian teknologi nuklear dengan negara tersebut.
Pada disember 2015, kedua-dua buah negara telah memeterai perjanjian melibatkan
persetujuan India untuk membeli teknologi Shinkansen (dengan separuh pembiayaan
pelaburan dipinjamkan oleh Jepun),
India dinaikkan status sebagai rakan kongsi dalam eksesain ketenteraan dan mereka juga
bersetuju untuk berpadu tenaga dalam aspek kegiaan nuklear.
Pandangan Terhadap Tokoh
Seorang Yang Bertangungjawab
Meskipun apa jua rintangan yang berlaku, keutamaan adalah diberikan kepada
kepentingan dan kesejahteraan masyarakat Jepun.
Pada tahun 2007, beliau mengumumkan perletakan jawatan perdana menteri walaupun
baru sahaja memenangi pilihan raya umum.
Keputusan yang dilakukan ini adalah berpunca daripada masalah skandal dana politik yang
telah dilakukan oleh menteri di dalam kabinet beliau.
Namun atas dasar tanggungjawab, Abe tetap meneruskan keputusan yang telah diputuskan
Patriot dan Country-man
Pelan-pelan yang diwujudkan sepanjang tempoh pentadbiran beliau jelas membuktikan
perkara tersebut.
Sememangnya rakyat Jepun sudah terkenal dengan sifat sayang dan cinta yang mendalam
kepada negara, usaha untuk mengukuhkan lagi nilai murni tersebut tetap beliau lakukan
tanpa henti.
Sebagai negarawan, Abe berpegang teguh menafikan dakwaan negara luar seperti Korea
Selatan bahawa berlaku kekerasan terhadap comfort women oleh tentera Jepun semasa
tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Abe sekeras-kerasnya menafikan dan mengajak rakyat untuk bersama-sama bersetuju
tentang perkara tersebut.
Bijak Menyusun Strategi
Abe telah menggunakan setiap peluang yang terhidang bagi melebarkan sayap kekuasaan
negara Jepun.
Abe menyedari bahawa dalam era globlalisasi, kekuasaan tidak melalui senjata dan
peperangan.
perkara ini berlaku dengan berpandukan kepada strategi dan perancangan yang tersusun.
Oleh yang demikian, beliau aktif menjalinkan kerjasama dengan negara-negara kuasa besar
seperti Amerika, Rusia dan China.
Rangkaian yang dijalinkan dalam bidang ekonomi, teknologi dan ketenteraan
Ini lihat sebagai langkah Abe untuk meluaskan pengaruh Jepun diperingkat global.
Hasil hubungan yang tersebut secara tidak langsung telah meningkatkan penguasaan Jepun.
Penghargaan
Darjah Kebesaran
Member Special Class Of The Order Of Abdulaziz Al Saud, April 2007. (Arab
Saudi)
Grand Cross Of The Order Of Honour ( Greece )
Member First Class Of The Shaikh Isa Bin Salman Al Khalifa , August 2013.( Bahrain)
Grand Cross Of The Ivorian Order Of Merit, January 2014. ( Ivory Coast )
Knight Grand Cross Of The Order Of Orange-nassau, October 2014. (Belanda)
Grand Collar Of The Order Of Sikatuna, Rank Of Raja 3 June 2015. (Philipina)
Penghargaan
2013 Foreign Policy Top 100 Global Thinkers, 2013. (Usa)
Herman Kahn Award, September 2013. (Usa)
Asian Of The Year Award, December 2013. (Singapura)
Time 100 In 2014, April 2014. (Usa)

Ijazah Kedoktoran
Rangsit University, Mac 2013. (Thailand)
Jawaharlal Nehru University, Disember 2015. (India)
Kesimpulan
Shinzo Abe merupakan antara tokoh negara matahari terbit yang sangat berpengaruh
dan disayangi rakyatnya.
Keadaan ini bukan sahaja disebabkan oleh sikap Abe yang berjiwa rakyat,
tetapi turut dipengaruhi oleh tahap disiplin yang tinggi dan semangat pantang
mengalah dalam apa jua keadaan, sehingga telah menimbulkan perasaan kagum
dalam kalangan masyarakat Jepun.
Rujukan
Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden : 1800-1955. Selangor: Adabi Publication.
Pyle, Kenneth B. 2006. Abe Shinzo and Japans Change of Course. Amerika Syarikat: Universiti
California.
Md. Nasrudin Md Akhir & Asmadi Hassan. 2007. Dinamisme Politik dan Budaya Jepun. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Anon. 2007. Abe Call for the Strategis Ties between Japan and India. Nerve. 22 Ogos: BI.
http://www.nerve.in/news:25350081594. [27 Mac 2017].
Anon. 2015. Japan PM Abe in Islamic State Hostage vow. BBC NEWS. 12 Disember: BI.
http://www.bbc.com/news/world-middle-east-30893735. [29 Mac 2017].
Anon. 2015. Japan Pm Urges Drastic Reforms Since WW2. The Diplomat. 18 Feb: BI.
http://thediplomat.com/2015/02/japanese-pm-abe-urges-most-drastic-reforms-since-ww2/. [27 Mac
2017].
Anon. 2017. Japans Goverment Target Reform. Stratfor. 21 Mac: BI.
https://www.stratfor.com/analysis/japans-government-targets-reform. [28 Mac 2017]
Bryan Walsh. 2006. The Abe Enigma. Time, 11 Sep: BI.
http://www.time.com/time/asia/magazine/article/0,13673,501060918-1533514,00.html. [27 Mac 2017].

You might also like