Download as ppt or pdf
Download as ppt or pdf
You are on page 1of 28
Gaya Pembelajaran Adalah telah diketahui umum bahawa. setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Misalnya, ada yang suka belajar dengan secara diri sendiri; ada yang suka belajar dengan kawan karib- atau secara kumpulan; ada yang suka belajar melalui syarahan atau perbincangan; ada yang suka belajar melalui pgmerhatian, kajian atau rujukan bahan; ada yang suka belajar dalam keadaan Sunyi dan tenang; tetapi ada yang suka belajar dalam keadaan yang ada siaran irama lagu atau muzik: dan pelbagai gaya belajar beraneka ragam yang lain. Pengertian Dan Definisi Gaya Pembelajaran Gaya bermaksud stail atau cara. Maka gaya pembelajaran seseorang meru- juk kepada sail atau cara pembelajarannya. Di bawah’konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru. Mengikut ahli psikologi mahzab kognitif, gaya pembelajaran meru- pakan pelbagai cara membuat persepsi dan memproses maklumat untuk membentuk konsep dan prinsip. Peterson (1971) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai pendekatan yang digemari oleh seseorang pelajar. Dunn dan Dunn (1978), dalam buku Teaching Students Through Theiy Individual Learning Styles! A Practical Approach, merujuk gaya pembela. jaran sebagai cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru. Di dalam buku mereka Learning Style Inventory Development and Re- search (1982), Dunn dan Dunn menghuraikan gaya pembelajaran sebagai cara bagaimana wnisur-unsur daripada lima rangsangan, iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi, dapat mempengaruhi keupayaan se. seorang individu untuk memahami, berinteraksi dan bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya. Gregore (1979) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai tingkah laku yang dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila menggunakan m danya berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan mem- proses maklumat daripadanya. Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembe- lajaran yang tersendiri. Warisan baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pembentukan gaya pembelajaran seseorang. Slavin (1994) mengaitkan personatiti dengan gaya pembelajaran dan mengatakan : “Sebagaimana pelajar-pelajar mempunyai personaliti yang berbeza-beza, sama-sama juga mereka mempunyai pelbagai cara belajar.” Rumusan Gaya pembelajaran merupakan stail atau cara belajar seorang individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan mem- peroleh maklumat, ilmu pengalaman atau kemahiran yang diingini. Gaya pembelajaran adalah hasi] gabungan faktor-faktor individu sendiri seperti jantina, umur dan personaliti, di samping pengaruh-pengaruh wari- san baka dan persekitaran, iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan sekolah. Faktor-faktor yang mempengeruhi gaya pembelajaran Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Dunn dan Dunn (1982), terdapat unsur-unsur daripada lima rangsangan yang mempengaruhi gaya pembela- jaran seseorang. Di antara lima rangsangan ini ialah persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Unsur-unsur daripada lima rangsangan ini merupakan faktor-faktor penting yang memainkan peranan dalam pemben- tukan pelbagai jenis gaya pembelajaran pelajar. Rangsangan Persekitaran Rangsangan persekitaran merangkumui empat unsur yang utama, jaitu ca- haya, bunyi, suku dan reka bentuk tempat belajar. Kadar terangnya cahaya merupakan faktor penting yang mempenga- ruhi gaya pembelajaran setiap individu. Misalnya, ada yang suka belajar dengan lampu terang benderang; ada yang suka belajar dengan cahaya yang sederhana terang sahaja. Secara amnya, tidak ramai orang suka belajar di bawah cahaya yang malap atau terlalu terang. Jenis bunyi pula menghasilkan gaya pembelajaran yang beraneka jenis. Misalnya, terdapat pelajar yang suka belajar dengan bunyi muzik atau di tempat yang ada siaran radio atau televisyen. Sebaliknya, terdapat pelajar yang hanya boleh menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya dalam keadaan yang senyap sunyi dan tenteram. Biasanya, suhu yang sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan- keberkesanan pembelajaran. Ramai pelajar tidak suka belajar di bawah cuaca panas tanpa kipas atau berhawa dingin. Reka bentuk tempat belajar, misalnya susunan meja-kerusi dalam bilik darjah yang selesa juga boleh mempertingkatkan keberkesanaan pem- belajaran. Keselesaan tempat duduk dapat mengurangkan keletihan pelajar dalam sepanjang, masa persekolahan. Maka, ramai pelajar suka belajar di tempat duduk yang sesuai dengan gaya duduk tersendiri. Rangsangan Emosi — Emosi berkaitan rapat dengan perasaan jiwa seseorang. Unsur-unsur em : . : . * 10: merangkumi motivasi, keazaman, sikap tanggungjawab dan struktur, : Motivasi biasanya dibahagikan kepada motivasi ekstrinsik dan m intrinsik, Pelajar yang mempunyai motivasi instrinsik yang kuat diasanya suka belajar dengan inisiatif sendiri. Manakala, pelajar yang bergantung motivasi ekstrinsik hanya boleh belajar mengikut arahan yang berstrakty, daripada guru. Otivasj Sikap keazaman dan tanggungjawab pula dapat mempengaruhi gaya pembelajaran. Pelajar yang mempunyai sikap keazaman dan tanggungjawab akan mengambil inisiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang. Manakala, pelajar yang kurang berazam dan kurang bertanggun- jawab hanya dapat belajar dalam tempoh masa yang singkat, dan memerly. kan masa rehat sebelum meneruskan proses pembelajarannya. Rangsangan Sosial Unsur-unsur yang terdapat dalam rangsangan sosial ialah perseorangan, berpasangan, rakan sebaya, berkumpulan, berpasukan, dan orang dewasa. Pelajar yang suka bersendiri, gaya pembelajarannya pula perseorangan, iaitu dia suka belajar diri sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan ganggunya semasa belajar. Ada pelajar lebih suka belajar bersama dengan kawan karibnya. Pelajar yang mempunyai pasangan karib yang sentiasa belajar bersama dengannya boleh memperolehi lebih banyak kemajuan melalui interaksi dua hala. Belajar versama-sama dengan rakan sebaya, kumpulan atau pasukan adalah merujuk kepada pembelajaran secara kumpulan. Gaya pembelajaran ini merangkumi ciri perbincangan, sumbangsaran dan ke.jasama yang melibatkan diri dalam permainan, pertandingan atau menjalankan sesuatu projek. Orang devas pula ble mempengrh aap cel an cr jar, Kase oan devase yang enon Pela yang sul bi aoe ora dewasa yang disan jung akan bersempat mengemukakan “lgn-soalan tentang masalah yang dihadapt semasa belaja. Bimbingan 9g dea, mislnyaibu bapa bukan sakaj dapat membantunya menye- ian masalah pembelajaran yang dihadapinya tetapi juga dapat mening- han semangat sera eyakinannya terhadap pembelajaran. Rangsangan Fisiologi pangsangan fisiclogi merangkumi unsur-unsur seperti persepsi, pe- nakanan, masa belajar dan mobiliti atau pergerakan. Pelajar biasanya memperoleh maklumat atau pengalaman melalui persepsi visual, auditori ataupun kinestetik-tactile. Sekiranya seseorang pe- jar mempunyai persepsi visual yang tajam, dia akan suka belajar dengan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, graf, gambar rajah, slaid, video, televisyen, komputer dan sebagainya. Sekiranya seseorang pelajar yang mempunyai persepsi auditori yang baik, dia akan suka belajar dalam keadaan yang ada suara latar belakang seperti siaran muzik dari radio atau kaset. Sebaliknya, pelajar yang mempunyai persepsi auditori yang kurang baik akan lebih suka belajar secara diri sendiri. Bagi pelajar yang mempun- yai kinestetik-tactile yang cekap dan kuat, dia suka belajar dengan cara menyentuh dan merasa. Gaya pembelajarannya diperlihatkan aktif dan tidak~ boleh duduk diam dalam tempat belajar bagi tempoh masa yang agak lama. Tentang pemakanan, terdapat pelajar yang suka makan ataupun mi- mum semasa belajar. Sekiranya pelajar ini tidak dapat makanan atau minumannya, pembelajaran akan menjadi kurang seronok, dan seterusnya menjejaskan keberkesanan pembelajarannya. Terdapat pula pelajar memilih waktu tertentu untuk pelajar. Biasanya, ramai pelajar lebih suka belajar dalam waktu pagi ataupun waktu malam, kerana suasana kedua-dua tempoh masa adalah lebih segar, kondusif, nya- man dan tenteram daripada waktu petang. Maka, pula ada pelajar yang suka belajar pada waktu lewat malam kerana suasana senyap sunyi. Tentang unsur mobiliti, terdapat pelajar yang suka berdiri atau berjalan sana-sini semasa belajar. Ada pula yang suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar. Memangnya, terdapat ramai pelajar yang suka belajar dengan berdudukan tanpa bergerak di sesuatu tempat yang selesa. Rangsangan Psikologi Rangsangan psikologi merangkumi unsur-unsur termasuk analitik aig, global, gerak hati, refleksi,dan pemprosesan otak kiri atau otak kanan Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran analitik ialah pelajar yang suka belajar sesuatu dengan secara teliti. Pelajar jenis ini suka menganalisis fakta dan isi pelajaran secara terperinci. Manakala, pelajar yang mempun- yai gaya pembelajaran global suka belajar sesuatu dengan secara keselur. han, iaitu dia suka mengamati aspek-aspek atau perkara secara menyeluruh atau holistik. Gaya pembelajaran yang mempunyai unsur gerak hati merujuk kepada ~ gaya pembelajaran pelajar yang bergantung kepada angin atau moodnya, Jika anginnya baik, pelajar ini akan belajar bersungguh-sungguh; kalau ti- dak, dia akan berangan-angan dan tidak memberi tumpuan. Gaya pembelajaran yang mempunyai unsur gerak hati merujuk kepada gaya pembelajaran pelajar yang bergantung kepada angin atau moodnya, Jika anginnya baik, pelajar ini akan belajar bersungguh-sungguh; kalau ti- dak, dia akan berangan-angan dan tidak memberi tumpuan. Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran bersifat reflektif ialah pe- lajar yang suka beiajar dengan cara berfikir. Pelajar ini lebih suka meng- gunakan kemahiran berfikir untuk membuat kajian, membentuk hipotesis, menganalisis, mentafsir dan membuat kesimpulan. Mengikut Roger Sperry (1981), otak kiri manusia mempunyai kema- hiran berfikir dalam bidang logik, analitis, urutan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Manakala, otak kanan manusia mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif, sintesis, warna, reka bentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Maka, gaya pembelajaran yang menggunakan pemprosesan otax kiri bercenderung kepada pembélajaran bahasa, penulisan, logik, sains dan matematik. Sedangkan, gaya pembelajaran yang menggunakan pem- prosesan otak kanan bercenderung kepada pembelajaran muzik, pendidi- kan seni, mereka bentuk dan aktiviti-aktiviti yang becorak kreatif. Rajah 9.1 berikut menggambarkan rangsangan dan unsur-unsur pembelajaran Model Dunn dan Dunn dalam sesuatu grafik peta m' 9. Gava Pembelajaran angsangan dan Unsur-Unsur Gaya Rajah 9.1 : Peta Minda Gaya Pembelajaran Model Dunn dan Dunn Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran Mengikut Murnford dan Honey (1986), gaya pembelajaran boleh di kate- gorikan kepada empat jenis, iaitu aktivis, reflekrif, reoris dan pragmatis. 1. Aktivis Cara belajar sescorang yang merupakan gaya pembelajaran aktivis adalah orang, yang melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam aktiviti_ pembelajarannya. Golongan pelajar ini biasanya mempunyai ciri-ciri seperti berikut: - Mempunyai sikap tidak sabar, tergesa-gesa. Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap perkara. perkara baru di alam sekitar. Bergerak pantas dan cepat membalas. Gemar meneari pengalaman baru dengan cuba jaya diri sendiri. Penuh semangat, fleksibel dan berfikiran terbuka. Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat dan sentiasa mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah sendiri_ Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya suka melibat- kan diri dalam Jatihan amali, permainan, sukan dan aktiviti kokuriku- lum. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang, sesuai di- gunakan untuk kumpulan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis ialah kaedah inkuiri-penemuan, kaedah projek, penyelesaian masalah, kerja praktik, perbincangan, sumbangsaran, sesi buzz, simu- lasi dan main peranan. - Reflektif Cara belajar seseorang yang merupakan gaya pembelajaran reflektif adalah orang yang suka memerhati, memikir dan membuat refleksi ‘kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam sekitar. Mereka mempunyai idea sendiri, memerhati, menyoal siasat, mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir. Di antara ciri-ciri gaya pembelajaran reflektif ialah : Suka memikir perkara-perkara dalam alam sekitar diri sendiri. Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip, keputusan atau projek serta membuat refleksi kendiri. Suka mencari hakikat yang sebenar. Sikap berhati-hati, berwaspada dan sentiasa memikirkan pelbagai pilihan dengan teliti. Seorang pendengar yang baik tetapi lambat bertindak balas. Belajar dan membuat kerja secara sistematik. Tidak terburu-buru membuat keputusan atau kesimpulan. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan reflektif biasanya suka bela- jar mata pelajaran seperti sejarah, bahasa dan suka melibatkan diri dalam aktiviti projek dan kajian luar. Oleh itu, strategi pengayaran dan pembela- jaran yang sesuai digunakan untuk kumpulan pelaiar ini ialah kaedah penyelesaian masalah, inkuiri-penemuai, projek dan perbincangan. Teoris Golongan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran bersifat teoris ialah gemar menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan sesuatu perkara. Di antara ciri-ciri golongan pelajar ini ialah: Memiliki fikiran rasional dan logikal. Mempunyai sikap berdisiplin serta bersifat objektif. Kurang kreatif dan menitikberatkan penggunaan pemprosesan otak kiri. Suka membentuk hipotesis, menguji hipotesis dan membuat kesim- pulan berdasarkan bukti. Suka mengesan sebab dan akibat sesuatu perkara yang berlaku Berminat mengkaji fenomena-fenomena yang berlaku dalam alam sekitar. Golongan pelajarbersfat ters ini biasanya suka belaar im matik, sains, logik, geoprafi dan sejarah, Oleh itu, stategi Dengan dan pembelajaran yang susua digunakan untuk mengejar mereka ith Kaede indus dan deduksi,bertukar pendapat melalui pebicangey dan mengumpul data untuk membuat analisis, tfsiran dan mem rumusan melalui kaedah penyelidikan, 4. Pragmatis Golongan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran bersifat pragma tis adalah pelajar yang bersifat praktikal dan mementingkan hakikat yang sebenar daripada teori, hukum atau prinsip yang sedia ada, Mereka mengutamakan aplikasi teori, hukum dan prinsip yang sedia ada dalam situasi yang sebenar. Di antara ciri-ciri gaya pembelajaran pragmatis ialah: © Bersifat praktikal dan berpijak di bumi nyata. Mementingkan bukti dan hakikat yang sebenar sebagai objektif pembelajaran. Percaya perkara yang dapat dilihat daripada mendengar. Mengutamakan kegunaan dan penggunaan sesuatu perkara. Lebih bersifat ckspresif daripada kreatif. Suka membuat perbandingan. Golongan pelajar di bawah gaya pembelajaran pragmatis suka menggunakan bahan-bahan konkrit untuk menjalankan aktiviti_ pembe lajaran. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di gunakan untuk golongan pelajar ini ialah kaedah kerja praktik, strategi pemusatan bahan termasuk bahan elektronik, carta dan gambar rajah, serta kaedah deduksi yang melibatkan aplikasinya. jenis Gaya Pembelajaran La Mengikut Slavin (1994), gaya pembelajaran bolehlah digolongkan dalam dua kategori yang dihuraikan secara ringkas seperti berikut : 1. Gaya pembelajaran bergantung (Dependent learning style) - Golongan pelajar ini mengutamakan bidang kognitif dalam semua pola dan menerimanya secara keselurahan. Ciri-ciri gaya pembelajaran ini ialah = Mempersepsi sesuatu situasi atau pola secara menyeluruh. Menerima pendapat yang bersifat umum. Aktiviti pembelajaran berdasarkan motivasi ekstrinsik. Sentitif terhadap pandangan dan teguran orang lain. Suka dibimbing oleh orang yang disanjungi. Yidak mempunyai inisiatif belojar dan terlalu bergantung, kepada motivasi dan pengajaran guru. ‘Tidak bolch menentukan objektif pembelajaran diri sendiri. Mempunyai sikap menurut perintah dan belajar apa yang diajar puny: tanpa menyoal. Pelajar bergantung lebih suka belajar bersama dengan rakan sebaya dalam kumpulan kecil. Strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk pelajar golongan ini ialah kaedah kescluruhan kelas, demonstrasi, dan syarahan, dan kae- dah kumpulan. 2. Gaya pembelajaran tidak bergantung (Independent learning style) Golongan pelajar ini mementingkan analisis bahagian-bahagian pola atau corak sécara terperinci. Di antara ciri-ciri gaya pembelajaran tidak berguntung ialah Mengamati perkara secara analitik. Berminat menentukan objektif pembelajaran sendi Kurang sentitif terhadap pandangan dan teguran orang. Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat. Mampu menguruskan pembelajaran sendiri. Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Belajar dengan inisiatif sendiri. Golongan pelajar yang tidak bergantung lebih suka belajar dan ‘ber: fikir masalah diri sendiri. Strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk golongan pelajar ini ialah kaedah uji kaji, kaedah inkuiri- penemuan, dan kaedah penyelesaian masalah. Implikasi Gaya Pembelajaran Dalam Proses Pengajaran-Pembelajaran Untuk memperoleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang opti- mum, guru harus dapat mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya dan menggunakan strategi yang sesuai seperti mengikut ciri-ciri gaya pembela- jaran yang ditonjolkan. Untuk mengenal pasti ciri-ciri gaya pembelajaran murid-murid, guru harus rujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran, iaitu unsur-unsur yang dirangkumi dalam lima rangsangan yang telah dibincangkan dalam awal bab ini. Guru harus sedar bahawa setiap orang murid mempunyai gaya pembe- lajaran yang berbeza. Oleh itu, tiada satu sahaja kaedah mengajar yang sempurna untuk mengajar semua murid dalam sesuatu kelas. Jadi, strategi pengajaran yang digunakan hendaklah bercorak pelbagai jenis. Sehubungan ini, strategi pengajaran yang utama ialah strategi berpusatkan murid dan bahan. Bagaimanapun, mengikut kajian, strategi yang paling sesuai diguna- oat engi nas pei erezan gave peeljaran mand gtd lh penbeljaan mater yang mental pagan en i el saa pena, een, Kump dn kes ohne, Pentldarn matt nla ana menenagan ak annua enon plu tart mega, Pendekatan Dan Strategi Pembelajaran Penguasaan (Mastery Learning) Pembelajaran Penguasaan juga dikenali sebagai Pembelajaran Masteri. Perkataan masteri berasal daripada Bahasa Inggeris yang mempunyai erti seperti kehandalan, kepandaian ataupun menguasai sesuatu kemahiran dengan cekap dan lengkap. Berdasarkan huraian ini, pembelajaran masteri boleh diertikan sebagai kehandalan pembelajaran seperti menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cekap dan lengkap. Oleh itu, pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk memastikan murid dapat menguasai apa yang diajar adalah berkesan dan mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan memuaskan. Penggunaan pendekatan pembelajaran masteri ialah berlandaskan kepercayaan bahawa semua murid boleh menguasai-sesuatu kemahiran atau perkara yang diajar dengan cekap dan lengkap, sekiranya ada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta masa yang mencukupi. Rasional Pelaksanaan Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri harus dilaksanakan di peringkat sekolah kerana sebab-sebab berikut = 1. Pembelajaran Masteri bukanlah perkara yang be7u dan unsur-unsumnya telah terkandung dalam KBSR dan KBSM. N Penggunaan pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran masteri memastikan semua murid dapat menguasai apa yang diajar. 3. Sekolah-sekolah di negara maju yang menggunakan pendekatan strategi pengajaran dan pembelajaran masteri telah mendapat\ pencapaian murid mereka lebih tinggi di samping prestasi meningkat Strategi Pengajaran-Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri Strategi pengajaran-pembelajaran untuk pembelajaran masteri merangkumi empat langkah seperti berikut : 1. Tentukan hasil pembelajaran dengan merangka objektif pembelajaran secara eksplisit, iaitu berdasarkan hasil perlakuan murid-murid setelah mereka didedahkan kepada proses pengajaran-pembelajaran. Objektif pelajaran cksplisit ini mengandungi unsur-unsur yang boleh diukur dalam proses penilaian. Ajarkan murid-murid “dengan kaedah dan teknik mengajar yang berkesan, termasuk penggunaan bahan-bahan pelajaran yang sesuai. Nilaikan hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran dengan tujuan menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid selepas aktiviti pengajaran- pembelajaran. Laksanakan aktiviti pemulihan untuk “murid-murid yang belum menguasai kemahiran sepenuhnya, dan berikan aktiviti pengayaan untuk murid-murid yang telah mencapai objektif pelajaran dengan memuaskan. Rajah 9.2 berikut menunjukkan unsur-unsur penting talam penggunaan strategi. pengajaran-pembelajaran untuk pembelajaran masteri. Sifat Peribadi Guru Gaya Pembelajaran Musial H Kasdan P&P} Bahan P&P Nilaicniial muri Pergurusan Kelas dan Aktivith Pte PP Perkara Lain Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajar Rajah 9.2 : Steategi pengujaran dan pembelay (Sumber | Pusat Perkembangan Kurikutum. Menyayangi / Meneintai Herasa yakin Perangsang, Pendorong Berdedikasi, Berkomited Proaktit Menyelesaikan masalah Gerakan Sistem 4M Ar Dunn Dune Wichita Berpusat kepada Berpusat kepada murid Menarik ° Sumber Pengs Pengurusan 16 nila murni Muri Bahan Masa Pemulihan & pengayaan Rekod 7 Kecerdasan Patriotieme, Pendidikan Alam Sekitar Pendidikan Pencegahan Dadah dan AIDS Kerahiran Keibubapaan Keselamatan di Jalan Raye Soalan Perbincangan Huraikan konsep gaya pembelajaran di bawah konteks psikologi pen- didikan Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran se. seorang. Mustrasikan unsur-unsur termasuk rangsangannya yang terdapat dalam ciri gaya pembelajaran dengan peta minda. Bincangkan EMPAT jenis gaya pembelajaran yang dikenal pasti oleh Murnford dan Honey. Apakah implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bandingkan perbezaan di antara gaya pembelajaran bergantung dengan tidak bergantung yang, dikenal pasti olch Slavin Mengapakah pembelajaran masteri merupakan strategi pengajaran yang, paling berkesan untuk mengatasi masalah-masalah yang ditimbulkan oleh berbeza-beza gaya pembelajaran murid? Beri sebab-sebab berdasarkan strategi pengajaran yang terlibat dalam pembelajaran masteri.

You might also like