3-Jantung, Sistem Peredaran Darah N Sistem Prnfsan

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 22

KULIAH 3

ANATOMI DAN FISIOLOGI:


JANTUNG,
SISTEM PEREDARAN DARAH
DAN
SISTEM PERNAFASAN
JANTUNG
Organ terpenting dalam badan manusia. Darah dipam
keluar dari jantung dan sampai ke segenap pelusuk tubuh
badan melalui sistem peredaran darah
Organ berotot yang terletak di bahagian rongga di antara
peparu kiri dan peparu kanan.
Berbentuk kon, hujung runcing di bawahnya menghala ke
arah kiri badan.
STRUKTUR JANTUNG
Dibahagikan kepada bahagian kiri dan kanan oleh septum
tengah. 4 ruang dalam jantung
Injap mengawal pengaliran darah:
i. Injap bikuspid
ii. Injap trikuspid
iii. Injap sabit
Denyutan jantung 60-80 kali seminit secara automatik,
boleh bertambah mengikut keadaan
SISTEM PEREDARAN DARAH
Mengedarkan darah dari jantung ke seluruh badan dan akan
kembali ke jantung semula
Melibatkan 2 jenis peredaran:
i. Sistem peredaran sistemik
ii. Sistem peredaran pulmonari
3 jenis salur darah:
i. Arteri
ii. Vena
iii. Kapilari
PEREDARAN DARAH MELALUI
SALUR DARAH
JANTUNG

VENA
ARTERI

KAPILARI
Arteri Vena
KOMPOSISI DARAH MANUSIA
Seorang manusia dewasa terdapat kira-kira 5 liter darah
Terdiri daripada kira-kira 45% sel darah dan 55% plasma
Sel darah terdiri daripada pelbagai jenis sel iaitu eritrosit
(sel darah merah), leukosit (sel darah putih) serta platlet
KOMPONEN FUNGSI
DARAH
Plasma Membawa makanan tercerna, garam mineral dan vitamin ke
sel-sel badan.
Membawa bahan kumuh seperti karbon dioksida, air dan urea
ke organ-organ perkumuhan.
Menyebarkan haba ke seluruh badan dan mengekalkan suhu
badan pada 37C.

Sel darah merah Mengangkut oksigen dalam darah

Sel darah putih Mengepung dan menelan mikroorganisma yang masuk ke


dalam badan kita.
Melindungi dan mempertahankan badan daripada serangan
mikroorganisma seperti bakteria
Platlet Membantu dalam proses pembekuan darah semasa berlaku
kecederaan supaya badan tidak kehilangan darah yang banyak.
FUNGSI DARAH
1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel
dan tisu badan
2. Melawan jangkitan kuman
3. Membawa bahan buangan atau kumpulan,hormon-
hormon dan enzim
4. Memberi warna kepada kulit
5. Mengawal suhu badan
KUMPULAN DARAH
Darah: A, B, AB dan O
Isipadu darah biasa didermakan 450ml
Jenis darah terwaris dan mewakili sumbangan dari ibu
bapa
SISTEM PERNAFASAN
Sistem pernafasan: oksigen disedut masuk ke dalam tubuh
dan diedarkan keseluruh tubuh dan mengeluarkan karbon
dioksida dari tubuh
Mekanisma pernafasan berlaku secara automatik
Individu berbeza mempunyai kadar pernafasan yang
berbeza
Akibat sistem pernafasan yang tidak sihat menyebabkan
asma, bronkitis, pneumonia, batuk kering, kanser paru-paru
dan kekurangan oksigen
FISIOLOGI PERNAFASAN
i. Tarikan nafas (inspiration)
ii. Hembusan nafas (expiration)
iii. Perhentian sebentar (pause)
SENAMAN DAN KESIHATAN
Melalui senaman, dapat meningkatkan tahap kecergasan diri
dan dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung
Membantu peredaran darah yang baik
Menstabilkan kawalan dalam sistem pernafasan
Pembentukan badan yang sihat dan otak yang cerdas

You might also like