MTES3063

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

dalam Pentaksiran Pembelajaran


Matematik
Apa itu KBAT?
Kemahiran berfikir yang tidak menggunakan
algoritma dan boleh mempunyai banyak
penyelesaian.

Tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir


dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Merupakan empat aras teratas dalam Taksonomi


Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisis,
menganalisa, menilai dan mencipta.
Berlaku apabila seseorang individu mendapat
maklumat baru, menyimpan, menyusun serta
mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada
dan akan memanjangkan maklumat itu untuk
mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian
situasi rumit.

Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,


kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu.
Mengapa KBAT ditekankan?
Laporan TIMSS 2011 mendedahkan kejatuhan
kedudukan Malaysia dalam mata pelajaran
matematik iaitu pada kedudukan 16(1999),
10(2003), 20(2007) dan 26(2011).
Markah purata juga jatuh iaitu 519(1999),
508(2003), 474(2007), ke 440(2011).
Kedudukan Malaysia dalam Proggramme for
International Student Assesment (PISA) ialah di tempat
ke 57 daripada 74 buah negara yang menyertai.

Dalam PPPM, Kementerian Pendidikan Negara


menetapkan Malaysia perlu mencapai skor purata 500
dalam TIMSS menjelang tahun 2015 dan menjelang
tahun 2025.

Oleh itu, kemahiran berfikir aras tinggi perlu diterapkan


dalam sistem pendidikan di Malaysia terutamanya
dalam pendidikan Matematik kerana murid perlu
mempunyai keupayaan penaakulan, membuat unjuran
dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dalam
suasana berlainan.
Jenis Penyelesaian Masalah Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dalam Pentaksiran
Matematik
1. Bukan rutin
2. Lembaga Peperiksaan (LP)
3. TIMSS
4. PISA
5. Model dan Heuristic (Mdh)
6. I-Think
7. Penyelesaian Masalah Berstruktur (PMB)
Bukan Rutin
Bukan rutin ialah masalah yang memerlukan
tahap pemikiran yang mana apabila murid
melibatkan diri untuk menentukan tahap
pembelajaran mereka.
Ciri-ciri:
1. Meningkatkan kemahiran menaakul
2. Terdapat lebih daripada satu cara penyelesaian
dan strategi
3. Penyelesaian memerlukan lebih daripada
membuat keputusan dan memilih operasi
matematik
4. Menggalakan perbincangan dalam kumpulan
bagi mendapatkan penyelesaian
Lembaga Peperiksaan
1. Sebiji belon mempunyai luas permukaan
6162 . Selepas 5 hari, belon tersebut
mengecut sebanyak 5%. Berapakah jejari
belon tersebut selepas 5 hari?
TIMSS
Domain kandungan
NOMBOR 30% ALGEBRA 30%
- Nombor Bulat - Pola
- Pecahan dan Perpuluhan - Ungkapan Algebra
- Integer - Persamaan, Formula dan Fungsi
- Nisbah, Kadar dan Peratus

GEOMETRI 20% DATA dan KEBARANGKALIAN


20%
- Bentuk Geometri - Organisasi dan Persembahan
- Pengukuran Geometri Data
- Lokasi dan Pergerakan - Interpretasi Data
- Kebarangkalian
Pengetahuan(35%)
Domain Kognitif
1. Penggunaan matematik
2. Bergantung kepada pengetahuan matematik
3. Kebiasaan dengan konsep matematik
4. Fakta
5. Prosedur
6. Pengetahuan konsep
Aplikasi (40%)
Terdiri daripada situasi dunia semasa
Soalan matematik sebenar
Soalan titikberatkan tugasan rutin dan telah biasa
dilaksanakan

Domain kognitif
1. Aplikasi alat-alat matematik dalam pelbagai konteks.
2. Fakta, konsep dan prosedur yang diketahui oleh pelajar
dengan masalah yang rutin.
3. Aplikasi ilmu pengetahuan matematik mengenai fakta,
kemahiran dan prosedur.
4. Mempunyai kepiawaian latihan dalam kelas.
Penaakulan (25%)
Sesuatu yang baru dalam konteks suasana yang mencabar.
Sebarang penyelesaian kepada masalah mestilah
melibatkan beberapa langkah.
Melibatkan pemindahan pengetahuan dan kemahiran
kepada situasi baru.

Domain Kognitif
1. Perkara yang logik akal menuju ke arah pemikiran yang
sistematik.
2. Termasuklah pemikiran intuitif dan induktif.
3. Berdasarkan kepada corak dan kebiasaan yang boleh
digunakan untuk mencapai penyelesaian kepada masalah
bukan rutin.
PISA
Memberi penekanan tentang penguasaan proses,
kefahaman tentang konsep, dan kebolehan
menyelesaikan pelbagai situasi dalam setiap
domain.

Bertujuan menilai tentang apa yang pelajar boleh


lakukan dengan apa yang telah mereka pelajari.

Bergerak ke luar daripada pendekatan biasa di


sekolah kepada penggunaan pengetahuan dalam
menyelesaikan masalah kehidupan seharian.
Ciri-ciri PISA:
1. Rangsangan
2. Pengenalan
3. Tugasan
4. Arahan
5. Peraturan pemarkahan
Model Dan Heuristic(Mdh)
Heuristik merupakan satu kaedah meneroka.
Model ini juga merupakan salah satu alat
untuk menyelesaikan masalah.
Kaedah Heuristik boleh melibatkan gambar
rajah, jadual, dan model.
Strategi untuk menyelesaikan masalah
item Heuristik ialah:
1. Melukis gambar rajah
2. Cari pola
3. Teka, semak dan ulang
4. Guna objek
5. Buat senarai semak
6. Guna jadual
7. Guna ayat matematik
8. Penyelesaian ke belakang
9. Guna kaedah logik
10. Permudahkan
I-Think
Program I-Think adalah proram untuk
meningkatkan dan membudayakan Kemahiran
Berfikir dalam kalangan murid untuk melahirkan
generasi yang mampu berinovasi.

Objektif:
1. Murid dan guru dapat berfikir kreatif dan kritis.
2. Murid berupaya membuat refleksi kendiri.
3. Murid lebih bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka.
Jenis-jenis Peta Pemikiran I-Think
1. Peta Bulatan
2. Peta Pokok
3. Peta Buih
4. Peta Buih Berganda
5. Peta Alir
6. Multi-Flow Map
7. Peta Dakap
8. Peta Titi
Penyelesaian Masalah Berstruktur
(PMB)
Ciri-ciri Penyelesaian Masalah Berstruktur (PMB):

1. Direka bentuk untuk murid memperoleh pengetahuan


dan kemahiran dengan mengemukakan masalah
matematik yang mencabar kepada murid.

2. Fokus terhadap kaedah yang digunakan untuk


menyelesaikan masalah.

3. Berguna apabila sesuatu konsep atau prosedur baru


hendak diperkenalkan.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
(PBS)
Pentaksiran Sekolah
Dijalankan dalam bentuk pentaksiran formatif yang
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Contoh: Lembaran kerja, ujian, pemerhaitan, kuiz,


senarai semak, tugasan rumah.

Dalam bentuk pentaksiran sumatif di akhir suatu unit


pembelajaran.

Contoh: Ujian bulanan, ujian penggal.


Fungsi Pentaksiran Sekolah
Mendapatkan maklumat tentang pembelajaran
murid untuk:
1. Mengetahui apa yang murid tahu dan boleh
buat.
2. Mengetahui sejauh mana mereka telah
menguasai apa yang telah dipelajari.
3. Membantu memperbaiki dan meningkatkan
pembelajaran murid.
Pentaksiran Formatif
Semasa dan sepanjang proses pengajarean
dan pembelajaran menggunakan pelbagai
kaedah, alat, teknik dan sumber yang ada
dalam mengelola, merekod, menterjemah dan
melapor maklumat.

Membuat pertimbangan menggunakan


pelbagai maklumat dan membuat penilaian.
Pentaksiran Sumatif
Dinilai di hujung unit pembelajaran.

Membuat pertimbangan menggunakan pelbagai


maklumat dan membuat penilaian tentang
prestasi, pencapaian dan keperluan murid untuk
meneruskan pembelajaran.

Maklumat dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif


mengikut standard yang ditetapkan oleh sekolah.
Pentaksiran Rujukan Standard
Proses mendapatkan maklumat tentang
sejauh mana murid tahu dan boleh membuat
atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi
yang ditetapkan oleh sekolah mengikut tahap-
tahap pencapaian seperti dihasratkan dalam
dokumen kurikulum.
Standard Prestasi
Pernyataan kriteria umum yang mendefinisikan hasil
pembelajaran.

Gambaran secara menyeluruh tentang tahap


penguasaan mrudi dalam pembelajaran.

Pernyataan yang memberi makna dalam bentuk


deskriptif kepada angka, abjad atau perkataan seperti
cemerlang, kepujian, baik dan belum menguasai bagi
menjelaskan apa yang murid tahu dan boleh buat hasil
daripada pembelajarannya.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like