Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Kurikulum dalam Pendidikan

(EDUP 3013)
Disediakan oleh : Qathrun Nada binti Abdul Rahman

Solehatunnur binti Norazami

Kuliah : PISMP 1.03 (PA)

Pensyarah : Tuan Haji Ishak bin Ali Shah


1. Bagaimanakah guru dapat
melaksanakan kurikulum secara
berkesan di dalam bilik darjah.
Berikan contoh-contoh yang
relevan?
Murid- murid hendaklah
dilibatkan dengan aktif di

secara berkesan di dalam bilik darjah


Cara guru melaksanakan kurikulum
dalam PdP/PdPc

Pembentukan kumpulan kecil

Guru mengamalkan gaya


perubahan pencetus

Isi pelajaran hendaklah


dikaitkan dengan pengetahuan
dan pengalaman murid-murid

Penggunaan pelbagai kaedah


didalam proses pengajaran
Murid- murid hendaklah dilibatkan
dengan aktif di dalam PdP/PdPc

Guru hendaklah melibatkan murid- murid dalam PdP/PdPc


untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal
sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran.
Dalam kebanyakkan situasi pembelajaran, murid- murid belajar
dengan lebih baik lagi jika mereka melakukan aktiviti jasmani
sambil menumpukan kepada aktiviti- aktiviti mental.
Contohnya :
Guru boleh meminta pelajar untuk berfikir dan memberi
jawapan bagi soalan yang akan dipaparkan di skrin layar putih
dalam masa yang ditetapkan oleh guru. Kemudian, guru boleh
memberi ganjaran bagi murid yang dapat menjawab soalan.
Pembentukan kumpulan kecil

Guru mewujudkan pembahagian murid kumpulan dengan


menggabungkan murid yang berpotensi untuk cemerlang dengan
murid yang kurang cemerlang atau sederhana dalam pencapaian
mereka.
Setiap pelajar dalam kelas tersebut boleh belajar dan tiada
seorang pelajar pun boleh terlepas daripada proses pembelajaran.
Contohnya :
Guru mengadakan permainan atau kuiz bagi setiap topik yang
telah diajar dan difahami oleh murid-murid bagi memastikan
murid-murid dapat memahami topik tersebut dengan lebih
mendalam.
Guru mengamalkan gaya perubahan
pencetus

Gaya perubahan pencetus ini sebenarnya satu kombinasi


tingkah laku, keprihatinan dan pengetahuan guru serta
penegasan terhadap tindakan-tindakan yang diambil oleh guru
tersebut.
Hal ini demikian kerana, pelaksanaan kurikulum di negara kita
adalah sama, namun dari segi kualiti dan kuantiti didapati
bahawa guru-guru yang mengamalkan gaya perubahan
pencetus adalah lebih berjaya berbanding guru-guru yang
mengamalkan gaya pengurus dan petindak balas.
Contohnya, apabila terdapat pelajar yang tidak dapat
menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru tersebut, guru
tidak boleh terus menghukum, namun guru perlu menyoal
selidik murid dahulu dan guru perlu menjadi sebagai fasilitator
kepada murid-murid tersebut.
Isi pelajaran hendaklah dikaitkan
dengan pengetahuan dan pengalaman
murid-murid
Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru
kurang mendatangkan kesan kepada murid- murid,
sekiranya pelajaran itu jauh dari pengalaman dan
pengetahuan am sedia ada mereka.
Pelajaran akan lebih bermakna kalau dikaitkan dengan
pengalaman yang telah ada pada mereka.
Contohnya :
Guru perlu memastikan bahawa isi pelajaran haruslah
disertakan dengan contoh- contoh yang telah mereka alami.
Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami.
Penggunaan pelbagai kaedah
didalam proses pengajaran

Guru hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang akan


digunakan.
Pastikan kaedah ini dapat memberi kejayaan atau kesan positif dalam
pembelajaran murid- murid.
Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid
berfikir dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif.
Para sarjana Pendidikan Islam banyak memperkatakan tentang
kaedah pengajaran dalam kitab- kitab tulisan mereka yang sewajarnya
diikuti dan dipraktikkan oleh pendidik- pendidik Islam khususnya dan
para pendidik umumnya.
Antara kaedah-kaedahnya : kaedah hafalan, syarahan, dialog, soal
jawab, perdebatan, latih tubi, bercerita dan sebagainya.
2. Bincangkan faktor utama yang
mempengaruhi perubahan
kurikulum di negara kita.
Faktor
politik

Faktor utama
Faktor
Faktor mempengaruhi pembangunan
perkembangan perubahan dan
ilmu perkembangan
kurikulum di dunia
Malaysia

Faktor
perubahan
sosial
Faktor politik

Apabila bertukarnya tampuk kepimpinan negara,


maka akan berlakulah perubahan kurikulum dan
dikaji semula.
Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi
setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh
mereka.
Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar
Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat kerajaan
untuk menghasilkan pekerja berilmu.
Faktor pembangunan dan
perkembangan dunia

Pembangunan dan perkembangan dari segi


teknologi maklumat dan globalisasi.
Hal ini demikian kerana negara yang ingin maju
dan membangun tidak seharusnya mempunyai
kurikulum yang statik.
Oleh itu kurikulum harus diubahsuai mengikut
peredaran masa dan kemajuan sains dan
teknologi.
Faktor perubahan sosial

Latar belakang budaya dan sosial yang hendak


distrukturkan untuk murid-muridnya.
Hal ini juga perlu dititikberatkan kerana kurikulum yang
mantap mampu mewujudkan sosial yang sihat di
kalangan murid.
Oleh itu, perkara ini mestilah sentiasa diubah agar
sejajar dengan peredaran zaman.
Faktor perkembangan ilmu

Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa


berkembang.
Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat
menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan
sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.
Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum
supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar
ilmu-ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid
bagi mengimbangi keperluan zaman.
Rujukan

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah


Noordin (2016). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar
Sdn. Bhd. 108.
Noraini Osman (2011, November 03). blogspot.my. Didapatkan dari
blogspot.my Web site: http://noraiani.blogspot.my/2011/11/kurikulum-
standard-sekolah-rendah.html?m=1
Wadah Ilmiah (2009, Mac 24). blogspot.my. Didapatkan dari
blogspot.my Web site:
http://spailmiah.blogspot.my/2009/03/renungan-pendidikpengurusan-
bilik.html?m=1
Sekian
Terima Kasih

You might also like