Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 49

EDUP 3033 MURID &

PEMBELAJARAN
Nama Pensyarah: Pn Vasuki
Disediakan oleh: Chui Jia Wei
Teh Jie Min (Q8)
M7: Banding beza ketiga-tiga pandangan ahli
teori behavioris tersebut dengan menggunakan
pengurusan grafik yang sesuai.

Selepas pembentangan buat satu aktivit


menguji pemahaman tajuk berkenaan.
Teori Pelaziman
Klasik Ivan Pavlov
(1849-1936)
Teori Pelaziman Klasik
J.B. Watson (1878-1958)

Teori Pelaziman Operan


E.L Thorndike (1874-1949)

Teori Pelaziman Operan B.F


Skinner (1904-1990)
Teori Pelaziman Klasik Ivan
Pavlov (1849-1936)
Pavlov merupakan salah seorang daripada
ahli teori Behavioris.

Beliau dilahirkan pada 14 September 1849


di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau telah
meninggal dunia pada Meninggal 27
Februari 1936 di Leningrad Rusia ketika
berusia 86 tahun.
Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing
dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur.
Dengan cara itu, beliau dapat mengumpulkan,
menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan
bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan
yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan
air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan
mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan
aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan
luar dapat mempengaruhi proses ini.
Sebelum Pelaziman Proses Pelaziman Selepas Pelaziman
RANGSANGAN TAK Eksperimen RANGSANGAN TAK
TERLAZIM 1. Bunyi loceng TERLAZIM
(Makanan) 2. Tunggu sementara (Makanan)
3. Diberikan makanan
Gerak balas tak terlazim 4. Proses berulang- Gerak balas tak terlazim
(Perembesan) ulang (Perembesan)

RANGSANGAN NEUTRAL RANGSANGAN TERLAZIM


(Bunyi loceng) (Bunyi loceng)

Tiada gerak balas Tiada gerak balas


(Tiada perembesan) (tiada perembesan)
Menunjukkan bagaimana cara untuk membentuk
perilaku anjing agar ketika mendengar bunyi loceng ia
akan memberi respon dengan mengeluarkan air liur
walapun tanpa diberikan makanan.

Jika anjing secara terus menerus diberikan ransangan


berupa bunyi loceng dan kemudian mengeluarkan air liur
tanpa diberikan sebuah hadiah berupa makanan.
Maka kemampuan stimulus terkondisi (bunyi bel)
untuk menimbulkan respons (air liur) akan hilang. Hal ini
disebut dengan extinction atau penghapusan.
Konsep Keterangan
Rangsangan Tidak Terlazim Sesuatu yang mampu
menghasilkan sesuatu tindakbalas.
Contoh: makanan
Gerakbalas Tidak Terlazim Sesuatu yang dihasilkan oleh
sesuatu rangsangan
Contoh : lelehan air liur
Rangsangan Terlazim Rangsangan yang baru diberi
bersama rangsangan lama
Contoh : loceng
Gerakbalas Terlazim Gerakbalas yang dihasilkan oleh
rangsangan oleh rangsangan
baharu setelah dipadankan
dengan ransangan lama.
Contoh : lelehan air liur
3 Proses Lain Pavlo
GENERALISASI -Anjing akan mengeluarkan
air liur sebagai respon kepada bunyi dan juga
bunyi yang hampir sama.

DISKRIMINASI -Anjing respon pada satu atau


dua bunyi dengan memastikan makanan diberi
selepas satu bunyi.

PENGHAPUSAN -Rangsangan lazim diberi ( bunyi 1) tetapi


tidak diikuti dengan makanan -Gerak balas lazim ( salivating )
semakin tiada dan akhirnya hilang terus
IMPLIKASI KEPADA GURU
Kemungkinan reaksi emosi seseorang kepada
pelbagai situasi mungkin dipelajari melalui pelaziman
lazim. Contohnya: Seseorang merasa gementar apabila
melihat guru disiplin. Mungkin sebelum ini dia telah
melakukan kesalahan dan didenda oleh guru tersebut.
Ini menyebabkan dia takut. Pembelajaran tentang
emosi, sikap, idea dapat dipelajari di sekolah. Kadang-
kadang pembelajaran emosi dapat mengganggu
pembelajaran akademik.
Teori Pelaziman Klasik
J.B. Watson (1878-1958)
1878 Telah dilahirkan di
Greenville, South Carolina.

1958 - Meninggal dunia.

Watson melihat psikologi sebagai


kajian tentang tingkah laku
manusia yang dapat dikawal dan
diramal.
Kajian beliau berkaitan dengan pelaziman dan kawalan emosi
manusia iaitu uji kaji tentang Albert (1920) yang baru berumur
9 bulan. Dalam kajian ini kanak-kanak Albert telah dibiarkan
untuk bermain sendiri dengan tikus putih. Ketika Albert sedang
asyik bermain dengan tikus, Watson telah membunyikan
ketukan yang kuat. Tindakan ini telah dilakukan berulang kali
setiap kali Albert bermain dengan tikus putih. Hasil dari
tindakan ini Albert terkejut dan terus menjadi takut
kepada tikus putih kerana telah mengaitkan tikus tersebut
dengan bunyi yang mengejutkan.
Akhirnya Albert telah takut kepada semua benda
putih yang berbulu seperti rambut Watson dan juga
peran muka Santa Klaus. Watson telah membentuk teori
bahawa kanak-kanak memiliki tiga tindak balas emosi
yang asas, iaitu takut, marah dan sayang.
Tindak balas emosi ini dapat dilazimkan.
Eksperimen Little Albert

Tikus --> Albert tidak taku


Bunyi kuat --> Albert takut
Tikus + Bunyi kuat --> Albert takut
Tikus --> Albert takut
Benda putih dan berbulu --> Albert takut
Video
Watson menyarankan guru boleh mempengaruhi
pembelajaran pelajar dengan mengadakan rangsangan
yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru
seharusnya memilih rangsangan yang menyeronokkan.
Pembelajaran merupakan proses cuba-jaya (trial
and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting
and connecting).
Eksperimen ini merupakan asas pendedahan kepada
pelaziman operan Skinner.
Teori Pelaziman Operan
E.L Thorndike (1874-1949)
1895 Mendapat ijazah daripada universiti Wesleyan
1896 mendapat master di universiti Harvard
1898 Mendapat Ph.D pada tahun dari Columbia
1898 Pembantu profesor pedagogi di Western Reserve
University
1898 Presiden Persatuan Psikologi Amerika
Penulisan beliau: Educational Psychology (1903), Mental
and Social Mesurements
(1904), Animal Intelligence (
Teori Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori
cuba-ralat. Teori ini telah dikemukakan oleh Edward L.
Thorndike pada tahun 1911. Beliau menggunakan seekor
kucing untuk membuat kajian. Dalam eksperimen ini,
Thorndike membuktikan bahawa haiwan dan juga manusia
belajar melalui proses cuba jaya, iaitu kaedah cuba dan ralat.
Eksperimen Thorndike ke
atas seekor kucing di
dalam sangkar
HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE
Hukum Kesediaan -merupakan keupayaan seseorang individu
di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti
pembelajaran. Mengikut Thorndike, terdapat tiga keadaan
yang berlaku dalam proses pembelajaran iaitu:
Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya yang
dijalankan akan menghasilkan kepuasan.

Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, tetapi tidak dapat


dilakukannya, maka ia akan menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.

Apabila seseorang pelajar tidaak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa untuk
belajar, maka ia akan juga menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.
Hukum Latihan- menyatakan bahawa semakin banyak
latihan yang tertentu dijalankan, semakin bertambah kukuh
ikatan atau asosiasi gerak baals yang tertentu dengan
rangsangan yang berkaitan. Dengan perkataan lain, sekiranya
pasangan rangsangan-gerak balas (stimulus-response) wujud
berkali-kali, maka ikatannya akan bertambah kukuh dan
tinggi kemungkinan untuk gerak balas wujud lagi pada masa
akan datang.
Hukum Kesan- menyatakan bahawa ikatan rangsangan
dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya
individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak
balasnya dihasilkan. Sekiranya gerak balas yang tidak
mendatangkan hasil yang berkesan akan kian menjadi lemah,
khasnya apabila sesuatu gerak balas yang membawa kesan
yang menyakitan atau kurang menyeronokkan.
IMPLIKASI TEORI THORNDIKE DALAM P&P
Teori Pelaziman Operan B.F
Skinner (1904-1990)
B.F Skinner adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, pelopor
dalam bidang kajian pelaziman operan, dan mendapat ijazah
kedoktorannya (Ph.D) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard.
Pada tahun 1938, beliau menerbitkan buku berjudul Behaviour of
Organism yang terkandung huraian prinsip-prinsip utama pelaziman
operan, berdasarkan kajian-kajian beliau yan telah dijalankan dalam
tahun 1930-an.

Beliau terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan


menggunakan Kotak Skinner. Walaupun tikus jauh berbeza dengan
manusia, namun Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep
berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia.
Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk
membesarkan anaknya di dalam Kotak Skinner.
EKSPERIMEN SKINNER

Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan


disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini
disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini
menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang
jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam
eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran
dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.
Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas
sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan
boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif
adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian
adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar
itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan.
Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan
dengan hukuman atau denda.
PENEGUHAN

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan


sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991),
pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan
kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan
dan merangsang otak. Skinner membahagikanpengukuhan
kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan
peneguhannegatif.
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan
Skinner, iaitu: pengukuhan positif, pengukuhan negatif,
dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.
i. Pengukuhan Positif
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran
setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan
perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik
darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu
bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan
dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian
selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab
soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar,
memberi hadiah dan sebagainya. Jadual dibawah
menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.
Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong
pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan
yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya
tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan.
Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.
Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif)
yang memberi kesan ialah:
(a) memuji secara ikhlas,
(b) memuji dengan cepat,
(c) memuji tanpa pilih kasih,
(d) memuji usaha dan cuba jaya,
(e) memuji tingkah laku yang spesifik
ii. Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak
selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu
tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa
memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang
diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran
bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan
kerjasekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah)
dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini
(leteran bapa).
Peneguhan boleh dilaksanakan
secara berterusan atau berkala.
Jadual menunjukkan jadual
peneguhan yang boleh digunakan
untuk membentuk tingkah laku yang
diingini. Jadual peneguhan ini
meliputi peneguhan berterusan,
peneguhan berkala tetap,
peneguhan berkala
berubah,peneguhan berkala nisbah
tetap dan peneguhan berkala nisbah
berubah.
iii. DENDAAN
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau
mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya,
dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan
dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
iv. PRINSIP PREMACK
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang
kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk
mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang
diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas
Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain
selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini.
Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang
menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik
darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.
Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik,
satu aktiviti bermain komputerakan diadakan
v. PELUPUSAN
Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan
akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:

Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat


dikenal pasti.
Peneguhan itu tidak lagi digunakan.
Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses
pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan
serta merta.
IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER DALAM
P&P

Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan


secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya
dapat dikukuh dan dikekalkan
Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih
berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa
kesakitan
Prinsip penghapusan sesuai untuk memodifikasikan tingkah
laku pelajar yang tidak diingini.
Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalu
proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu
dan kemahiran dengan tepat.
Menggunakan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk
merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan
berkala yang berpatutan bagi menjamin tingkah laku operan
itu dapat dikukuh dan dikekalkan.
Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan
tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian
waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau
displin bilik darjah.
Banding Beza
Kesimpulan
Teori ini memberi galakan kepada murid-murid untuk
lebih bergiat dalam persaingan sihat untuk menjawab
soalan-soalan yang diberikan oleh guru kerana
menekankan aspek peneguhan.
Murid akan lebih berwaspada dengan dendaan yang
akan diberikan sekiranya gagal membuat apa yang
disuruh oleh guru.
Murid akan mudah memahami pembelajaran disamping
dapat mengaplikasikan pembelajaran tersebut.
Rujukan
Noriati A.Rashid & Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.
(2015). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar.
http://pismpf2010.blogspot.my/2010/07/teori-behavioris.html
http://wizpismpd.blogspot.my/p/kandung.html
http://teoribehaviorismeivanpavlov.blogspot.my/
https://www.scribd.com/doc/35926657/Banding-Beza-Pandangan-
Ahli-Teori-Behavior-Is
http://teoripembelajaranbehavioris.blogspot.my/2010/09/teori-
skinner-pelaziman-operan.html

You might also like