Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Sistem Pemerintahan Beraja Mutlak

dan Berpelembagaan di England


Pemerintahan dan
Pentadbiran
Raja Henry VII - Pengasas Dinasti Tudor Di England
Pengenalan

Selepas Zaman Pertengahan, telah berlaku


kemerosotan sistem feudalisme di Eropah.
Keadaan ini telah membolehkan raja-raja
mengumpul kekayaan dan mengukuhkan
kedudukannya.
Ini telah membawa kepada penubuhan
negara bangsa iaitu sebuah negara yang
bebas daripada konsep dunia empayar dan di
bawah kedaulatan raja berkuasa mutlak.
Negara bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti,
keluarga baharu, perkahwinan diraja dan konsep
empayar.
Perkembangan ini berlaku di negara England pada abad
ke-15 dan England berada di bawah pemerintahan
beraja mutlak hampir 2 abad iaitu bermula pada 1485
setelah berakhirnya Perang Bunga Ros.
Sistem pemerintahan beraja mutlak ini diasaskan oleh
Raja Henry VII dari Dinasti Tudor yang memerintah
England dan berakhir pada tahun 1603 semasa
pemerintahan Ratu Elizabeth I.
Mengikut sistem raja berkuasa mutlak,
seseorang pemerintah (raja) berkuasa
sepenuhnya untuk menggubal dan
melaksanakan segala dasar dan
kedudukannya adalah mengatasi undang-
undang negara.
Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, England
mempunyai kerajaan yang stabil dan mendapat
sokongan daripada rakyat.
Menghormati prinsip perbatasan kuasa pemerintah
seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta dan
tidak membelakangkan parlimen.
Dasar-dasar pemerintahan raja berkuasa mutlak di
England seperti keagamaan, luar negeri dan
perdagangan yang dijalankan oleh Raja Henry VII, Raja
Henry VIII dan Ratu Elizabeth I diterima oleh rakyat.
Namun demikian semasa pemerintahan
Dinasti Stuart (1603-1688), sistem
pemerintahan beraja mutlak semakin
diperkasakan oleh Raja James I dan Raja
Charles I sebelum bertukar kepada raja
berpelembagaan.
Perkembangan Sistem Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak

Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik dan


dapat mengawal 2 buah dewan parlimen
England yang terdiri daripada
House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat
diraja) dan
House of Common (knight, orang kaya dan
peguam).
Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di
luar bandar yang memiliki tanah dan menjadi
kaya daripada golongan bangsawan.
Di bandar pula muncul golongan bourjois
yang semakin kaya dan menguasai ekonomi
melalui kegiatan perdagangan.
Kedua-dua kumpulan mula berani
mempertikaikan pengaruh politik golongan
aristokrat dalam House of Lords.
Abad ini juga, wujud perbalahan antara mazhab
Kristian di England iaitu antara penganut
Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas
hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di
England) di atas pengamalan tradisional gereja
Kristian (Katolik).
Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan
agama di England daripada pengaruh gereja
Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas
daripada kawalan politik.
Golongan puritan menjadi semakin berpengaruh
dan menarik minat pelbagai golongan masyarakat
kerana dalam ajaran mereka. mengutamakan
kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau
istiadat agama yang tradisional.
Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani
dengan baik tentangan golongan puritan yang
tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan
ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada
kawalan politik.
Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603,
maka bermula pula era pemerintahan Dinasti
Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh
Raja James I dari Scotland.
Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart
berbeza dengan Dinasti Tudor, dan ini telah
membawa penentangan parlimen.
Berlaku kebangkitan golongan puritan sehingga
membawa tercetusnya perang saudara yang
dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-1648).
Raja James I merupakan raja yang berpegang
kuat kepada doktrin kuasa suci raja.
Baginda menegaskan bahawa kedudukan
raja mengatasi kedudukan undang-undang.
Oleh itu semua pihak seperti parlimen,
mahkamah, gereja, dan sebagainya mesti
berkhidmat kepada raja dan bukannya
berkongsi kuasa.
Pemerintahan Raja James 1 mendapat
tentangan daripada golongan puritan dan
ahli-ahli parlimen
kerana baginda mengamalkan dasar agama
yang lebih memihak kepada mazhab Katolik.
Tindakan baginda yang membelakangkan
parlimen dalam urusan pengenaan cukai
telah memburukkan lagi hubungan Raja
James I dengan golongan puritan.
Raja James

Ketegangan hubungan ini telah mendorong


Raja James I membubarkan parlimen pada
tahun 1611.
Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan
kuku besi raja, maka rakyat telah bersatu untuk
menafikan kuasa mutlak raja.
Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah
mengemukakan Petition of Right yang
mengutuk tindakan autokratik raja
Raja Charles I

Raja Charles I telah mengenakan pelbagai


jenis cukai dengan bebas dan menaikkan
cukai dengan sewenang-wenangnya telah
mengancam ahli-ahli parlimen.
Dalam aspek agama pula, Raja Charles I
memulihkan semula amalan roman khatolik
sebagai amalan dalam gereja Anglican yang
menyebabkan kebangkitan golongan puritan.
Pada tahun 1639, Raja Charles I telah
menubuhkan semula parlimen
tujuan mendapatkan peruntukkan yang
diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen
enggan bekerjasama dengan baginda.
Ini telah mendorong baginda membubar
semula parlimen yang baru ditubuhkan
dalam masa 3 minggu dan menangkap
beberapa ahli parlimen.
Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland
yang telah menyebabkan beberapa orang British
bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik.
Sekali lagi berlaku pertikaian tentang penubuhan
tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau
parlimen.
Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera
parlimen di bawah pimpinan Oliver Cromwell telah
berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645
dan tahun 1648.
Raja Charles I telah dihukum bunuh.
Parlimen telah mengisytiharkan England
sebuah negara republik dengan Oliver
sebagai ketua negara yang baharu.
Pemerintahan Oliver berhadapan dengan
kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan
diggers yang dianggap mengancam
pemerintahannya.
Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia dan
diganti dengan anaknya iaitu Richard
Cromwell.
Walau bagaimanapun dalam masa setahun
memerintah beliau telah meletakkan
jawatannya kerana tidak mendapat sokongan
parlimen dan tentera.
Perkembangan Raja Berperlembagaan di England

Raja Charles II telah ditabal sebagai raja England


selepas Richard Cromwell meletak .
Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga
membawa kepada perkembangan politik kepartian
apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan
Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai
oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis.
Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak
diberikan ruang untuk terlibat secara langsung
dalam politik di England ketika itu.
Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada
tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II
yang lebih cenderung untuk memulihkan
kembali doktrin kuasa suci raja.
Oleh itu Raja James II telah disingkirkan
Marry II dan Raja William of Orange telah
ditabal sebagai raja England yang baharu
selepas berlakunya Revolusi Cemerlang
(1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.
Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill
of Right pada 1699.
Raja berperlembagaanadalah sejenis
kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem
berperlembagaan yang mengiktiraf raja
sebagai ketua negara.
Toleration Act bertujuan mewujudkan
kebebasan beragama bagi penganut Kristian
yang bermazhab Protestan di England.
Manakala Bill of Right pula mengemukakan
beberapa peruntukan berhubung dengan
bidang kuasa raja dalam soal undang-undang
dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk
mengecapi kebebasan.
Raja berperlembagaan di England
memerintah berdasarkan peruntukan yang
diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi
mempunyai kuasa autokratik.
Raja tidak boleh memansuhkan undang-
undang yang telah diluluskan oleh parlimen.
Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan
dalam urusan mahkamah dalam aspek
penguatkuasaan undang-undang
Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of
Settlement diluluskan pada 1701 .
menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja
yang layak menjadi raja.
Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai
institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan
dalam soal legislatif dan eksekutif.
Sistem pemerintahan beraja mutlak di England juga telah
menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen
dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara
langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik
negara tersebut.
Raja boleh menghadapi Petition of
Right yang dikemukakan oleh rakyat dan
mempertahankan kedudukannya
berdasarkan undang-undang.
Dalam menjalankan pemerintahan, raja
tertakluk kepada perlembagaan dan juga
dibatasi oleh undang-undang bagi
membenarkan sesuatu tindakan yang diambil
oleh raja
Oleh yang demikian pada 1689 bermula
sistem pemerintahan raja berpelembagaan di
England dan kekal sehingga hari.

You might also like