Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

Pentaksiran Psikometrik:

Inventori Tret Personaliti


(ITP)
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TUJUAN:
PSIKOMETRI
K
Ujian ini ditadbir untuk membantu :

1. murid mengenal personaliti, menyedari


kebolehan dan potensi diri;
2.ibu bapa mengenal pasti personaliti anak;
3.murid merancang hala tuju kerjaya yang
bersesuaian dengan personaliti;
4.guru merancang pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan
bersesuaian dengan kebolehan murid.
Teori:
PSIKOMETRI
K

1. Bersandarkan Teori Tret dan Faktor yang diperkenalkan oleh Frank


Parsons(1944).

2. Tiga langkah dalam proses pemilihan kerjaya dan pendidikan;

a. menolong individu mengenal pasti potensi diri dari aspek personaliti,


minat, nilai dan pencapaian dengan menggunakan ujian psikometrik
seperti ujian minat kerjaya, ujian personaliti, ujian nilai dan ujian
pencapaian.

b. mengumpul seberapa banyak maklumat mengenai sesuatu pekerjaan


dan bidang pengajian seperti keperluan latihan, tempat latihan, syarat
kelayakan akademik, jangka masa latihan dan maklumat lain yang
berkaitan.

c. membuat keputusan dalam memilih kerjaya selaras dengan tret


personaliti untuk masa depan individu.
PSIKOMETRI
K
MODEL PERKEMBANGAN
KERJAYA BERSEPADU: Donald
Super (1957)
Kesahan & Kebolehpercayaan
alat ujian PSIKOMETRI
K
Kajian rintis telah dijalankan : 1000 murid
tingkatan 1 daripada 47 buah sekolah
menengah di Malaysia.
Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah

> 0.8
ITP mengandungi 15 konstruk dan setiap
konstruk mempunyai 10 item.
KONSTRUK ITP PSIKOMETRI
K
CARTA ALIR PENTADBIRAN PSIKOMETRIK
Masa : Bulan ketiga sesi persekolahan
Murid dikumpulkan Sasaran : ITP Tingkatan 1 dan 4
IMK - Tingkatan 1, 3 dan 5
Tempat : Sesuai dan kondusif
Kaedah pentadbiran
Edaran kertas ujian &
borang jawapan Arahan menjawab mengikut keperluan inventori
Penstrukturan :Etika kerahsiaan dan limitasi

Menjawab di atas borang jawapan


Penerangan Kertas ujian tidak boleh diconteng dan perlu

dikembalikan

Murid menjawab soalan Masa: 30 minit

Murid mengira skor masing-masing dengan


Pengiraan skor

bimbingan GBKSM

Pengisian skor dalam Mengedar BPP ITP kepada murid


Murid memindahkan skor ke dalam Borang
Borang Profil Profil Psikometrik
Psikometrik (BPP)
GBKSM akan memberikan pentafsiran skor
Pentafsiran skor
Pengesahan/ tanda tangan GBKSM
Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling (TERHAD)
Penyimpanan fail BPP Simpan mengikut urutan nama dalam kelas
Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling
PSIKOMETRI
K

SESI
MENJAWAB ITP
(30 MINIT)
Arahan Ujian
PSIKOMETRI
K
Pastikan tempat selesa seperti dewan peperiksaan atau di
dalam kelas.
GBKSM membuat penstrukturan Etika Kerahsiaan.

Apabila pelajar telah bersedia beri arahan;

Anda diberikan masa lebih kurang 30 minit.


Tidak ada jawapan salah atau betul.
Jawab semua soalan.
Jika anda tidak pasti, pilihlah soalan yang anda fikir sangat
berkaitan dengan anda.
Jawablah secara pantas dan jujur.
Pilih satu sahaja, Ya atau Tidak.
Pengiraan PSIKOMETRI
K

Pengiraan skor dan pembentukan profil inventori


boleh dibuat secara manual.
Borang jawapan ITP mengandungi 15 baris dan 10

lajur.
Bilangan baris menjelaskan bahawa instrumen ini

mengukur 15 konstruk iaitu empat belas (14)


konstruk tret personaliti dan satu konstruk skala
ketelusan.
10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret diwakili oleh

15 item.
Pengiraan
Pengiraan PSIKOMETRI
K

Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut;


1.Pelajar dikehendaki mengira jawapan yang
ditanda Y sahaja mengikut baris 1 hingga baris
ke15.
2.Isikan jumlah jawapan Y di ruangan yang
disediakan di bahagian kanan borang jawapan.
3.Tukarkan jumlah skor kepada nilai peratus dan
masukkan dalam Borang Profil Psikometrik
(BPP).
PSIKOMETRI
K

Definisi Konstruk ITP


LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Definisi Konstruk PSIKOMETRI
K
Definisi Konstruk
PSIKOMETRI
K
Definisi Konstruk
PSIKOMETRI
K
Definisi Konstruk
PSIKOMETRI
K
Definisi Konstruk
PSIKOMETRI
K
Pentafsiran ITP
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Tafsiran Skor- 1. Autonomi
PSIKOMETRI
K
Tahap Skor Tafsiran

Rendah 1-30% Anda lebih suka menerima arahan orang


lain, akur kepada peraturan dan
mempunyai sifat kebergantungan yang
tinggi.

Sederhana 40-60% Anda mempunyai ciri-ciri autonomi pada


tahap sederhana dari segi keakuran,
kebebasan, berdikari dan mengawal
aktiviti harian.

Tinggi 70-99% Anda suka kebebasan sepenuhnya dalam


segala tindakan, sangat berdikari dan yakin
dalam membuat keputusan.
Tafsiran Skor- 2. Kreatif
PSIKOMETRI
Tahap Skor Tafsiran K

Rendah 1-30% Anda lebih suka menggunakan daripada


menghasilkan sesuatu. Anda kurang
menggunakan daya imaginasi tetapi selesa
menggunakan idea yang sedia ada.

Sederhana 40-60% Anda mempunyai ciri-ciri kreatif pada


tahap sederhana.

Tinggi 70-99% Anda mempunyai daya imaginasi yang


tinggi, banyak idea, boleh menghasilkan
karya kreatif yang original dan tidak suka
kerja yang berstruktur.
Tafsiran Skor- 3. Agresif PSIKOMETRI
Tahap Skor Tafsiran K
Rendah 1-30% Anda seorang yan pasif. Dalam kebanyakan hal
anda membenarkan orang memanipulasi diri dan
perasaan anda.

Sederhana 40-60% Anda seorang yang asertif atau mempunyai


ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda
selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa
yang sama anda tetap menjaga hati dan perasaan
orang lain.

Tinggi 70-99% Anda seorang individu yang agresif. Anda berani


dan suka mengkritik orang lain. Dalam
kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain
bukanlah merupakan tumpuan anda, yang
penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai.
Tafsiran Skor- 4. Ekstrovert
PSIKOMETRI
Tahap Skor Tafsiran K

Rendah 1-30% Anda seorang yang introvert, pemalu, suka


bersendirian, kurang selesa berada dalam majlis
keramaian dan bercakap di khalayak ramai.

Sederhana 40-60% Anda bersederhana dalam pergaulan sosial:


Berpada-pada dalam menjalin hubungan dengan
persekitaran.
Biasanya, rakan-rakan anda sealiran dengan
anda.

Tinggi 70-99% Anda seorang yang peramah, suka bergaul (out-


going), bekerja dalam kumpulan, suka
menghadiri majlis keramaian, yakin bercakap di
hadapan orang ramai dan bersikap positif.
Tafsiran Skor-5. Pencapaian
PSIKOMETRI
Tahap Skor Tafsiran K

Rendah 1-30% Anda kurang bermotivasi, tidak sukakan


persaingan dan tidak mementingkan
pencapaian.

Sederhana 40-60% Anda mempunyai tahap motivasi dan


pencapaian yang sederhana.

Tinggi 70-99% Anda seorang yang sangat bermotivasi,


sukakan persaingan dan berorientasikan
kecemerlangan.
Tafsiran Skor-6. Kepelbagaian
PSIKOMETRI
Tahap Skor Tafsiran K

Rendah 1-30% Anda sangat suka situasi yang tenang, stabil


dan selamat. Suka dengan aktiviti yang
rutin dan tidak suka perubahan.

Sederhana 40-60% Anda mempunyai tahap kepelbagaian yang


sederhana.
Anda seorang yang kurang fleksibel,
sederhana anjal dan mengambil masa
untuk melakukan perubahan.

Tinggi 70-99% Anda seorang yang suka kepada perubahan


dan perkara-perkara baru. Kerja-kerja
rutin sangat membosankan anda.
Tafsiran Skor- 7.
Intelektual PSIKOMETRI
K
Tahap Skor Tafsiran
Rendah 1-30% Anda berminat kepada aktiviti yang
berstruktur, berkemahiran dan praktikal.
Anda juga suka membaca bahan-bahan
hiburan dan tidak ilmiah.

Sederhana 40-60% Anda mempunyai tahap sederhana dari


segi aktiviti yang mencabar minda , ilmu
pengetahuan, akademik dan ilmiah.

Tinggi 70-99% Anda suka kepada aktiviti yang mencabar


minda dan berbentuk keilmuan,
mempunyai daya ingin tahu yang tinggi.
Tafsiran Skor- 8. Kepemimpinan
PSIKOMETRI
K
Tahap Skor Tafsiran
Rendah 1-30% Anda lebih suka menjadi pengikut daripada
memimpin.

Sederhana 40-60% Anda mempunyai tahap kepimpinan yang


sederhana.
Hanya boleh memimpin kumpulan-
kumpulan kecil.
Tinggi 70-99% Anda mempunyai ciri kepemimpinan yang
tinggi, tegas, bijak membuat keputusan dan
suka menjadi ketua.
Anda juga mempunyai inisiatif, daya
penggerak yang tinggi dan boleh
mempengaruhi orang lain.
Tafsiran Skor- 9. Struktur PSIKOMETRI
K
Tahap Skor Tafsiran

Rendah 1-30% Anda lebih suka kepada aktiviti yang tidak


bersisitematik dan tidak berulang-ulang.
Anda tidak suka kepada peraturan yang rigid.

Sederhana 40-60% Ciri personaliti struktur anda berada di tahap


sederhana.

Tinggi 70-99% Anda suka kepada perkara berstruktur, rutin


dan terperinci. Lebih gemarkan kerjaya yang
memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian
dan berulang-ulang.
Tafsiran Skor- 10. Resilien
PSIKOMETRI
Tahap Skor Tafsiran K

Rendah 1-30% Anda mempunyai daya ketahanan yang rendah


dari aspek fizikal, mental dan emosi, mudah
mengalah, cepat bosan dan menangguhkan
kerja.

Sederhana 40-60% Ciri-ciri ketahanan psikologi anda adalah pada


tahap sederhana.
(Ada sifat cuba jaya dan ikhtiar)

Tinggi 70-99% Anda mempunyai daya ketahanan yang tinggi


dari aspek fizikal, mental dan emosi serta akan
menghabiskan semua tugas yang diberikan.
(Semangat juang yang tinggi, berjiwa kental,
asertif tinggi, ikhtiar bersungguh-sungguh, dan
berkobar-kobar)
Tafsiran Skor- 11. Menolong
PSIKOMETRI
Tahap Skor Tafsiran K

Rendah 1-30% Anda kurang prihatin terhadap emosi dan


keperluan orang lain. Lebih memfokus
kepada diri sendiri.
(Tidak peduli, tidak kisah persekitaran,
tidak sensitif)

Sederhana 40-60% Ciri-ciri menolong anda adalah di tahap


sederhana.
(Simpati dan penglibatan dalam aktiviti
kebajikan di tahap sederhana)

Tinggi 70-99% Anda mempunyai sifat empati yang tinggi,


prihatin, peka, mudah menghulurkan
bantuan secara sukarela.
Tafsiran Skor- 12. Analitikal
PSIKOMETRI
Tahap Skor Tafsiran K

Rendah 1-30% Anda adalah individu yang praktikal (anda


bukan orang yang berorientasi teoritikal),
tidak suka menganalisis dan kurang peka
terhadap persekitaran.

Sederhana 40-60% Tahap kepekaan dan pemerhatian anda


terhadap persekitaran adalah sederhana.
Anda seorang yang teoritikal dan praktikal.

Tinggi 70-99% Anda adalah seorang yang peka terhadap


persekitaran, suka membuat pemerhatian
dan menganalisis diri sendiri, orang lain,
dan persekitaran.
(Perlu bukti sahih dan berasaskan fakta)
Tafsiran Skor- 13.Kritik Diri
PSIKOMETRI
Tahap Skor Tafsiran K

Rendah 1-30% Anda seorang yang sangat yakin. Adakala


terlalu yakin dan berkecenderungan untuk
menganggap diri selalu betul.

Sederhana 40-60% Anda seorang individu yang stabil dari


aspek emosi dan psikologi.
Anda seorang yang suka muhasabah diri,
kenal pasti kekuatan & kelemahan serta
sentiasa mempertingkat kemajuan diri.

Tinggi 70-99% Anda sering berasa rendah diri, bimbang,


rasa bersalah, resah dan cemas terhadap
apa yang dilakukan.

Individu yang mendapat skor melebihi


80% dicadangkan berjumpa guru
kaunseling.
Tafsiran Skor- 14.Wawasan
PSIKOMETRI
Tahap Skor Tafsiran K

Rendah 1-30% Anda tidak mementingkan perancangan masa


hadapan, hala tuju, visi dan misi.
(Biar masa tentukan saya)

Sederhana 40-60% Anda selesa dan berpuas hati dengan


pencapaian dan keadaan semasa.
(Matlamat dan objektif setakat ada sahaja,
tiada enthusiasm: Anda individu berjaya)

Tinggi 70-99% Anda mempunyai daya imaginasi dan cita-cita


yang tinggi, serta dapat menjangkau
pandangan yang jauh. Anda mempunyai hala
tuju, visi dan misi yang jelas.
(Saya yang menentukan masa: Anda individu
yang cemerlang)
Tafsiran Skor- 15. Ketelusan PSIKOMETRI
K

Skor Tafsiran

50 99% Anda tidak telus ketika memberi maklum


balas terhadap item-item inventori.
Dapatan tret personaliti anda tidak
menepati personaliti diri anda.
Ketelusan individu digambarkan dengan
skor yang rendah.
Terima Kasih

You might also like