INSURANS

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

KAEDAH MENGAJAR

TAJUK: INSURANS
(PERDAGANGAN TING: 5)
DEFINISI
Rancangan pembahagian risiko atau rancangan
sosial yang menyediakan ganti rugi dalam bentuk
kewangan terhadap kerugian.

Perjanjian pampasan dengan syarikat insurans di


mana syarikat insurans memberikan perlindungan
terhadap harta benda yang diinsuranskan dengan
membayar ganti rugi untuk memulihkan kerugian
itu kepada kedudukan asal
PERANAN INSURANS

D I VI DU PERNI
AGA
IN

3 PIHAK
BERKEPENTINGAN

NEGARA
INDIVIDU
Memberi perlindungan kepada individu dan
keluarga.
Masa depan seorang individu dan keluarga akan
terjamin.
Insurans bekal hidup - satu cara simpanan dan
di samping memberi perlindungan.
Memupuk tabiat berjimat cermat dengan
menyimpan wang.
Membantu masa depan individu (memberikan
pampasan atas kehilangan tempat bergantung).
PERNIAGA

Memberikan perlindungan kepada perniagaan


terhadap pelbagai risiko.
Dapat mengurangkan jumlah kerugian
sekiranya ditimpa kemalangan.
Melindungi pekerja daripada risiko tertentu.
Peniaga dapat meneruskan perniagaan
Polisi insurans tanggungan majikan
Membolehkan peniaga menumpukan
perhatian sepenuhnya kepada perniagaan
NEGARA

Membantu menyumbang kepada ekonomi


serta membangun ekonomi negara.
Wang premium boleh dilaburkan dalam
pelbagai sektor (mengumpulkan modal dalam
bentuk bon dan bil perbendaharaan)
Syarikat insurans boleh membeli sekuriti
kerajaan dan membantu usaha pembangunan
kerajaan.
Mewujudkan peluang pekerjaan dan
mengurangkan pengangguran
PRINSIP-PRINSIP INSURANS

PRINSIP-PRINSIP

Indemniti

Kepentingan Penuh
boleh insurans percaya mutlak

Sumbangan Subrogasi

Doktrin
Sebab Hampiran
Kepentingan boleh insurans

Mesti memiliki harta atau nyawa yang hendak diinsuranskan atau

Mempunyai kepentingan ekonomi atas harta atau nyawa yang hendak


diinsuranskan.

Tidak boleh menginsuranskan harta orang lain

Mengalami kerugian apabila harta atau nyawa itu musnah dan bukan
orang lain.

Seseorang dapat menginsuranskan nyawa isteri atau rakan


seperniagaan

TUJUAN:
Mengelakkan sesuatu pihak mengambil keuntungan disebabkan
kemusnahan harta benda orang lain.
Penuh percaya mutlak

Satu kontrak yang memerlukan kepercayaan penuh kepada semua


pihak

Insured mesti memberikan keterangan dan maklumat yang benar


dan tepat

Insured mesti mengisi borang cadangan dengan penuh percaya


mutlak

Insurans akan terbatal jika maklumat palsu

Insurer mesti menyatakan semua syarat perlindungan yang


ditawarkan dengan jelas.
Indemniti

Ganti rugi yang dibayar oleh insurer kepada insured apabila berlaku
kerugian ke atas risiko yang diinsuranskan.

Insured yang mengalami kerugian akan dibayar ganti rugi


mengikut
nilai kerugian yang sebenar atau lindungan dan tidak lebih, setakat
cukup untuk menggantikan kerugian yang sebenar dan tidak akan
memberi keuntungan kepadanya.

Meliputi semua insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan.

3 prinsip tambahan yang lain.

TUJUAN:
a) Keadaan insured dipulih kepada kedudukan asal seperti sebelum
berlaku kerugian.
b) Mengelakkan penipuan
a) Subrogasi

Insurer membayar ganti rugi kepada insured dan


Insured dibayar ganti rugi

Insurer mengambil alih tempat insured serta semua


hak bagi menuntut kerugian daripada pihak ketiga.

b) Sumbangan
Jika sesuatu risiko yang sama telah diinsuranskan secara

berganda dengan beberapa insurer insurans yang


berlainan, setiap insurer akan berkongsi sama banyak
ganti rugi atau pampasan untuk dibayar kepada insered
apabila berlaku risiko itu.
c) Doktrin sebab hampiran

Insured hanya akan dibayar ganti rugi atau


pampasan sekiranya kerugian yang dialami adalah
diakibatkan secara langsung oleh risiko yang telah
diinsuranskan.

Tidak ada pampasan dibayar jika punca berlakunya


kerugian itu adalah disebabkan oleh risiko-risiko
yang tidak diinsuranskan oleh polisi insurans itu.
Ganti rugi boleh dibayar dalam bentuk :

a) Wang tunai - Cara paling mudah dan sesuai untuk


menyelesaikan tuntutan

b) Ganti barang - Menggantikan barang-barang yang


diinsuranskan dengan yang baru.

c) Baik pulih - Kerosakan dibaik pulih, khususnya untuk kereta


motor. Insurer menyelesaikan bayaran membaik
pulih secara terus dengan bengkel yang
berkenaan.

d) Bina semula - Bangunan yang musnah dibina semula oleh


insurer

You might also like